Saturday, March 31, 2012

'Dia' sudah kembali!!

Apa yang dah kembali tu kan?

Lappy pink aku dah kembali ke pangkuan aku semalam.

Seronok tak terkata. Entri semalam tu, 'dia' macam dengar dan tahu-tahu je kan. Selepas je entri itu aku publish, dalam pukul 11 dapat panggilan dari kedai komputer kata lappy aku sudah siap di baiki. Alhamdulillah....

Malam tadi juga terus ambil, tapi hari ni dari pagi bz. Petang ni pun sibuk juga nampaknya, tapi sebab tak sabar nak menaip semula guna lappy ni, buka sekejap dan terbitlah entri ringkas ini.

Akan kembali online seperti biasa bila masa mengizinkan. Rindu nak bw macam selalu ni....hehe.

Sekian....

~ يوس ~

Friday, March 30, 2012

Kan dah jatuh saham Alia!!

Baru balik dari klinik. Bawa Alia jumpa doktor untuk lihat kakinya yang dah sedikit bengkak akibat melecur terkena seterika. Dapat deretan ubat yang amaunnya agak banyak bagi dia. Muka cuak. Tapi suka hati sebab dapat mc....cheh!

Abahnya kata, "Kan dah jatuh saham Alia!!". Namun dia masih belum mengerti saham itu apa...hehe.

Kalau lihat dari gambar kakinya di atas, nampak teruk juga kan? Punca? Nak cerita bagaimana ya?

Rasanya aku sendiri sedikit stress dengan kelincahan dan super duper aktif anak bongsuku Arif. Tak tahulah dia dapat energy dari mana, tapi pergerakkannya memang sangat pantas dan selalu aku tak terkejar apa yang dia lakukan.

Masih ingat lagi cerita Arif pecahkan mangkuk yang kelihatan bulat saja pecahannya di tengah2. Semua sedikit hairan kan bagaimana dia buat macam tu. Semalam dia pecahkan lagi mangkuk terakhir dari corak bunga yang sama.

Dan dia jugalah yang menjadi punca kaki kakaknya terkena seterika panas. Ketika itu, aku yang baru saja selesai menggosok baju meletakkan seterika yang masih panas di atas katil seketika sementara aku meletakkan papan penggosok di tempat biasa. Alia sedang baring di atas katil masa tu. Jarak jauh juga dari seterika.

Tak perasan kelibat Arif yang dah berada di situ juga tiba2 (mulanya dia di luar bilik)telah mengangkat seterika yang masih panas itu dan dengan tidak sengaja mungkin di letakkan seterika itu di atas kaki kakaknya. Apa lagi menjerit sakanlah minah tu. Kejadian berlaku petang Selasa lalu.

Aku ingat setelah beberapa hari oklah kakinya, tapi semalam Arif pijak pula kakinya yang melecur tu dan apa lagi makin tersiat dan bertambah teruk luka di kakinya. Kesian Alia. Masa mula kena aku hanya sapukan dengan ubat gigi bagi rasa sejuk.

Bila tengok agak bengkak pagi ini kenalah bawa ke klinik.

Tulah. Arif sekarang semakin panjang akal. Ada je benda baru dia buat. Terbaru sekali dia suka minum air lepas tu dia luahkan balik air tu ke lantai. Saja je nak buat aku hangin. Lagi aku jeling marah, lagi dia sembur air tu. Aduh! Penat rasa tau. Memang anak bertuah tau!

Moga kecik2 je susahkan ibu ya nak, besar nanti tolong ibu kan Arif. Begitulah ceritanya. Mood berblog pun makin ke laut. Lappy pink masih lagi rosak. Bila nak elok agaknya. Dah dua tiga kali tanya jawapan di beri hampa. Jangan tak boleh di baiki sudah...huhu.

Sekian.

_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

Monday, March 26, 2012

Cincin Angry Bird

Sila jangan percaya kalau budak ni kata dia nak beli cincin untuk cikgunya....hihi.

Cincin angry bird ni dah banyak kali dia beli. Semuanya tak sampai seminggu kang lesap. Itu pasal bila Abid minta lagi cincin angry bird aku buat dunno je. Pandai pulak auta kata nak beri cikgu dia, huhu.

Semalam di rumah maktok dia, boleh pula terjumpa semula salah satu cincin angry bird yang dulunya hilang tu. Tulah bergaya sekejap dengan cincin tu sambil mata memandang atas. Apa jenis posing ni Abid?

Lepas je posing, selang beberapa minit tanya semula dah hilang balik. Kalau dia minta cincin emas hilang macam tu je, mahu menangis tak berlagu aku huhu. Auta Abid ibu dah tahu dah. Tak yah nak kelentonglah ya! Hehe.

Sekian.


_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

Friday, March 23, 2012

Abid nak beli cincin.

Dialog antara aku dan Abid tadi.

Abid: Ibu, belikanlah Abid cincin.

Ibu: Abid nak buat apa? Ingat cincin tu murah ke?

Abid: Alah, Abid nak cincin macam ibu.

Ibu: Abid kan lelaki, mana boleh pakai cincin macam ibu.

Abid: Bukan Abid nak pakai. Abid nak kasi cikgu.

Ibu: Nak kasi cikgu? Abid nak kasi cikgu Abid cincin apa tu?

Abid: Cincin angry bird lah!

Ibu: (Oh! Itu rupanya maksud dia) dalam hati jelah ...huhu

_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

Wednesday, March 21, 2012

Bawaku Pergi | Lagu Zizan dan Kaka ni boleh bawa pengaruh negatif??

Malam ini aku jumpa lappy. Seronok bukan main rasa...hihi.

Ok,apa aku nak cerita ni? Sebenarnya nak ulas sedikit berita hari ini mengenai adik Siti Nur Fatihah yang di beritakan tidak di culik sebenarnya tapi dia sendiri yang nak melarikan diri ikut teman lelakinya. Mesti semua dah tahu kan. Kalau siapa belum tahu tu cuba baca sini.

Nak ulas apa ni? Malas nak komen sebenarnya. Tapi rasa tindakannya memang betul-betul menyusahkan. Tiba-tiba kisah adik Siti Nur Fatihah ni mengingatkan aku pada lagu Zizan dan Kaka bertajuk Bawaku pergi tu. Masa balik Melaka tempohari, kami asyik di perdengarkan dengan lagu ini di radio. Hari ini,semalam kelmarin pun,setiap kali buka radio dalam kereta mesti ada lagu ni.

Aku mula tak perasan apa pun. Sedap juga lagu ni, tapi tak berapa menghayati senikata lagunya pun. Tiba-tiba masa tu SRD bersuara. Kata dia, " Lagu ni ajar budak-budak sekarang ajak pakwe dia lari dari rumah. Patutlah ramai suka lari dari rumah!"

Aku jawab, " Eh! Ya ka bang?" ."Tak caya,cuba dengar betul-betul!", jelas SRD lagi. Aku pun dengarlah bait2 liriknya betul-betul. Ada benarnya juga kata SRD tu. Boleh bawa pengaruh negatif pada remaja lah kiranya lagu ni kan??

Cuba korang pulak dengar. Setuju tak?



Jangan ada yang mengikut suruh boipren dia bawa dia pergi gara-gara lagu ni sudah ya! Jangan di ikut hawa nafsu.Berpijaklah pada bumi yang nyata. Kenapa nak lari dari realiti. Realiti lah mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya ok.

Mungkin ini hanya sekadar lagu. Cuma kebetulan liriknya begitu. Jadi siulan anak muda remaja kini pula tu. Tapi lirik dia boleh bawa pengaruh negatif lah. Siap kata tak perlu kembali lagi.Aduh!!!Tapi melodinya aku suka. 

Sekadar pendapat aku saja, moga tiada yang terasa.

p/s: Adik Siti Nur Fatihah tu terpengaruh dengan lagu ni ke ekk,? Sampai sanggup berlakon macam di culik,buat keluarga dia risau.Buat satu Malaysia risau ok!

~ يوس ~

Tuesday, March 20, 2012

Melaka Wonderland - Mandi manda (bahagian 2)

Sambungan dari entri bahagian 1 pagi tadi. Gambar mandi - manda kami sekeluarga. Sebenarnya tak ambil banyak sangat gambar. Lebih syok main air dari posing. Tapi oklah dari takde langsung kan.

Kawasan Melaka Wonderland ni takdelah sebesar Gambang Waterpark. Mungkin sebab belum siap sepenuhnya.Segala transaksi dalam resort tu pun masih perlu guna duit, so agak bahayalah kan. Kena ada sorang yang tukang jaga dompet. Nasib baik ada emak ikut sekali. Mak tok budak2 ni pun memang tak nak masuk dalam air. Suka tengok anak cucu main air je. ..hehe.

Ada locker untuk simpan barang, tapi bila nak ambil barang, kemudian nak simpan semula kira kena masuk duit lagilah. Kalau asyik keluar masuk dompet berapa kali nak kena bayar kan. Dahlah sekali guna locker RM4 eh ke RM5? Lupa pulak.

Ok. Penerangan gambar serba ringkas macam bhg 1 tadi.

*Gambar 1*
>>Aqil, Alia Abid baru turun dari slide berair yang panjang.

*Gambar 2*
>> Anak2 aku bersama abah dan dua orang bapa saudara mereka yang sedikit sengal haha.

*Gambar 3*
>> Aku dan suami @ SRD yang baru turun slide yang tinggi. Serius takut juga naik slide ni. Dahlah berpusing-pusing. Tapi ada satu lagi slide yang lebih buat jantung aku berdegup kencang. Sampai bontot, leher, kaki pun rasa kebas selepas tu. Ada gambar tapi segan nak letak. Nampak sangat muka aku yang kecut perut masa tu. Adik aku tu pun pandai pulak amik gambar. Betul2 time muka aku dan SRD gabra. Saja nak gelakkan aku lepas tu. Apa pun aku enjoy sangat. Puas hati dapat naik. Naik dua slide tu je, yg lain semua malas dah nak rasa kecut perut lagi...huhu

*Gambar 4*
>> Ini pula aksi adik2 aku yang berdua tu. Aku tak naik slide yang ni. Dah seram slide yang sebelumnya tu. Tapi tulah, gambar aku tak berapa pandai nak snap, tu yang jauh aje.

* Gambar 5*
>> Kami semua kecuali SRD dan emak tiada dlm gambar. Dalam kolam yang paling sesuai untuk anak2.

*Gambar 6*
>> Aku dan Arif. Tak tahu kenapa muka dia semacam masa ni. Apa yang pasti dah nak balik masa ni. Dah pukul 1, so takut keluar lambat, lambat bersiap balik, nanti lambat pula solat zohor. Tapi Arif yang tak nak naik masa tu, belum puas dia main air agaknya.

Paling seronok masa berendam dalam parit ala2 terusan. Takde gambar kat situ sebab kamera dan hp tak di bawa bersama masa tu. Kat sini semua anak2 pakai life jacket sebab airnya agak dalam. Tapi mereka seronok pulak terapung dengan life jacket tu, boleh berenang kata Abid. Sampai tiga kali pusing pun dia tak puas.

*Gambar 7*
>> Aksi Afif sebelum pulang.

Keseluruhan, oklah Melaka Wonderland ni. Lepas ni SRD kata boleh pergi A Famosa Waterworld kat Simpang Ampat tu pulak. Adik aku kata sana lagi best.

Lupa cakap. Sini sama macam Bukit Gambang Waterpark jugak. Tak boleh bawa makanan masuk. Siapa yang dah bawak tu, kesian aku tengok kena tinggalkan bekal di pintu masuk luar je. Kami pun cuma beli air, nugget dan fries je di sana. Sampai rumah baru melantak makan puas2. Mana taknya, ayah aku yang tak pergi sebab terlibat dengan kursus haji untuk orang ramai di masjid tu rupanya dah siap masak makanan untuk kami. Ada sambal udang, sayur pucuk dan soo hoon tumis air, serta tahu goreng cicah sambal kicap. Pergh makan tak ingat sebab masing2 lapar. Ayah aku memang pandai masak, tu yang bertuah tu, hehe.
Oklah. Sekian cerita kami ke Melaka Wonderland. Seronok sangat sampai semua muka sunburn teruk juga. Hidung aku pun dah macam badut, merah masih belum hilang...huhu.

_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

Melaka Wonderland (bahagian 1)

Ok. Gigih nampaknya aku nak update aktiviti cuti sekolah yang lalu walau tak jumpa lappy atau pc. Niat nak pinjam lappy SRD terbantut sebab bila malam je dah sibuk benda lain. Lepas tu mengantuk, awal mata dah rasa nak tutup huhu.

Gambar semua dah siap tersusun. Aku letak penerangan di bawah ni ajelah.

*Gambar 1*
>>Kami ke Melaka Wonderland yang terletak di Air Keroh Sabtu lepas. Perkelahan yang tidak dirancang dari awal pun. Anak2 sibuk nak mandi-manda, makanya balik rumak mak di Melaka terus ajak semua ke sini. Emak dan dua orang adik aku ikut sama. Ayah je tak dapat ikut sama sebab sibuk dengan kelaa tabung haji yang di adakan setiap minggu di masjid. Kira bergambar di pintu masuk Melaka Wonderland lah ni.

*Gambar 2*
>>Pengalaman kami ke Gambang sebelum ni membuatkan aiu asyik bandingkan Melaka Wonderland ni dengan Gambang Waterpark. Tiket masuk saja sini lagi mahal nampaknya. Dewasa RM30 dan kanak2 RM25. Warga tua 55 tahun ke atas RM15. Ini untuk hujung minggu dan cuti sekolah. Kalau hari biasa dewasa RM26 dan kanak2 RM 20. Isnin tutup ya kawan2.

*Gambar 3*
>> MW ni di rasmikan oleh Ketua Menteri Melaka bulan Mei 2010 lagi tapi aku sendiri tahu kewujudannya tahun lepas. Nampak sangat tak jalan2 sangat Melaka walau rumah keluarga aku di sana huhu.

*Gambar 4*
>>Masuk je mula2 main slide ni dulu dua tiga round. Siapa paling seronok? Anak2lah kan.

*Gambar 5*
>>Kemudian ambil peluang bergambar dengan mascort MW ni. Ada 3 karakter tapi kami sempat bergambar dengan yang pink kepala panjang ni je. Lagi 2 sibuk layan orang lain.

Ok. Sekian serba ringkas bahagian 1 cerita kami ke MW. Nanti sambung gambar mandi-manda pulak untuk bhgn 2. Penatlah update guna hp ni. Gambar pun dah malas letak watermark semua. Janji update, huhu.

Sekian. Tq sudi baca dan jengah sini lagi ya kawan2. Akan aku cuba balas kunjungan walau lambat. Terpaksa slow motion guna hp ni, huhu.


_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

Monday, March 19, 2012

Aktiviti cuti sekolah - Mac 2012

Bila update blog melalui email guna henfon pulak tu, macam nilah. Tak dapat nak susun gambar dengan betul. Tak dapat nak letak caption bawah gambar. Tak dapat nak cerita panjang macam selalu. Aaaahhhhhhh! Tension juga macam ni. Apa boleh buat, lappy masih di hospital.

Dari gambar dah dapat nyatakan serba ringkas kot aktiviti kami cuti sekolah seminggu baru ni. Walau banyak juga lepak di rumah saja, tapi SRD isi juga dengan aktviti ceria bersama anak-anak. Bila anak-anak seronok, ibu pun sama seronok dan gembira.

Kemana agaknya kami tu ya? Cuba teka?
Takde hadiah, just for fun. Nanti bila dapat pinjam lappy SRD aku cuba update cerita penuh...hehe.

Apa aktiviti cuti kawan2 pula? Apa yang pasti tentu semua seronok dan rasa hari ni berat nak mula rutin biasa. Monday blues terlebih, akulah tu...huhu.


_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

Wednesday, March 14, 2012

Arif: Dia seronok main lecak!| Rentetan dari peristiwa adik Dirang

Lecak ke becak ya?
Rasa aku lebih selalu guna lecak kot.

Beberapa hari senyap dari dunia blog, aku akui rindu sebenarnya.
Tapi lappy masih dalam workshop, nak selalu guna hp ni pun jadi malas.

Dua tiga hari ni hujan aje kan.
Pagi ini pun sama, hujan yang turun buat aku rasa nak relax aje.
Tapi ada sorang budak kecik yang tak bagi aku relax.
Ada saja ragamnya yang buat aku bz dan mencuit hati.

Contoh pagi tadi, dalam pada aku menjemur kain di beranda belakang, dia dah ke luar dengan berkaki ayam main lecak.
Nampak muka aku lagi dia menyeringai sambil kakinya semakin laju di celup-celup dalam lecak itu.
Arif, Arif!
Selalu buat ibu kurang sabar.
Tak kisahlah tu, yang penting Arif sentiasa berada di depan mata ibu.

Bila tengok anak-anak, mula terbayang pembunuhan kejam adik Dirang.
Dunia sekarang semakin tak selamat.
Anak2 nak bermain di luar pagar rumah pun rasa takut nak lepaskan.
Semua tempat ada risiko bahaya kan?

Membaca mengenai Dirang di bunuh kerana dendam terhadap neneknya rasa macam tak masuk akal langsung.
Kenapa semakin ramai manusia kurang akal dan pedoman di luar sana?

Satu pertanyaan dari Alia yang menyentuh hati aku,"kalau Alia hilang macam Dirang, ibu buat apa?"
Ya Allah, kalau itu terjadi pada anak-anak aku, tak tahu bagaimana harus ku harungi dugaan itu.
Minta dijauhkan dari berlaku.

Semoga anak-anak kita sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa.
Al-Fatihah untuk adik Dirang.

Peristiwa ini juga ,membuat aku teringat cerita SRD menemuduga pelajar untuk dapat biasiswa.
Pelajar yang dapat 9A+ dalam SPM tetapi gagal bila di temuduga.
Skill menjawab soalan masa temuduga langsung tiada.
Mereka macam tahu maklumat dari buku saja langsung tak dapat kaitkan dengan pengalaman sendiri.

Persoalannya, bagaimana anak2 kita nak belajar dari pengalaman kalau semua ibu bapa dah makin takut nak lepaskan anak2 sendiri.
Anak2 lebih banyak di kurung di rumah, di suruh baca buku 24 jam, atau lebih banyak bermain dengan komputer berbanding bermain dengan kawan2 di luar rumah.
Banyak beza dengan zaman kita dulu kan.
Salah siapa agaknya?
Persoalan yang sukar untuk di jawab kan.
Hmmm....


................
Sent from my Nokia phone :)

Tip tangani kanak-kanak mengamuk

* Elak tunjukkan rasa sayang kepadanya hanya kerana sesuatu tingkah laku baik yang dilakukannya contohnya, "mama sayang kamu berkongsi dengan adik."

* Tunjukkan kepadanya bahawa anda sentiasa menyayanginya walau siapa dia.

* Cuba gunakan sense of humor untuk meredakan mood tidak baik yang ditunjukkannya.

* Bantunya meluahkan rasa marahnya dengan memperakui perasaan yang sedang dialaminya itu supaya dia memahami yang dia tidak dibenci kerana memiliki perasaan tersebut.

* Elakkan dari menjerit memarahinya bila dia cuba meluahkan rasa marahnya!

* Tunjukkan kepadanya bagaimana mengawal rasa marah melalui contoh yang anda sendiri lakukan.


#* SUMBER: Ratu Berita Harian m/s R6 - slot Bersama Dr Mastura Badzis *#.


_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

Friday, March 02, 2012

Aqil: Anak ibu kena buli lagi?

Ibu pun tak pasti sama ada ini kes buli ke tak?
Namun ibu rasa ini kes tak puashati pelajar.
Namun ibu jadi gerun tau Aqil.
Anak ibu ni terdedah dengan amarah budak2 lain.
Siapa yang salah?
Aqil ke puncanya?

Ceritanya, petang semalam dia balik dari sekolah agama dengan muka yang suram.
Sampai depan pintu terus tunjuk leher pada aku.
"Ibu Aqil kena cekik dengan budak darjah 6!"

Aduh!Kena lagi.
Gaduh sampai cekik2 leher kawan apa kes ni?
Risau aku dengan budak2 zaman sekarang ni.

Kata Aqil, dia tengah sapu sampah sambil gurau2 dgn kawannya.
Guru takde, dan waktu hampir nak balik masa tu.
Dia bertugas sapu sampah semalam.
Tetiba ada budak darjah 6 lalu depan kelas tu.
Aqil pandang budak tu semacam kot.
Budak tu jadi hangin terus kata, "Apa pandang2?"


Aqil pula jawab, "Nko sekolah pagi kelas 6B kan?
"Kalau 6B kenapa? Nko kelas apa?"
"Aku 4T!"

"Nama je 4T tapi bodoh!"
Lepas cakap benda tu dia terus cekik Aqil.
Sampai merah berbekas leher anak aku!
Kawan Aqil cuba meleraikan pun kena cekik sekali.
Nasib baik ada ustazah lalu kata Aqil, terus dia berhenti dan melarikan diri.

Budak lelaki mmg macam ni ke?
Rasa tercabar sikit mula nak tunjuk hero?
Aqil menangis sambil bercerita tu.

Aku pun tak faham kenapa budak tu hangin.
Mungkin ke cara Aqil sebut dia 4T tu dgn nada riak?

Kelas T@Terbilang kat sekolah ni kira kelas A lah,
dan kelas B@Bistari kelas yang paling akhir dari 4 kelas yang ada untuk setiap darjah.
Adakah itu puncanya dia hangin?

Aduh!! Aqil, tolonglah jangan cari pasal dengan pelajar lain nak!
Risau ibu tau!

Aqil balik sekolah agama sekali dengan anak jiran aku yang juga ketua pengawas sekolah agama.
Kira satu keretalah sbb jiran aku tu yang bertugas amik mereka.
Jelas anak jiran aku tu, budak yang cekik Aqil ni pernah kena tangkap dengan guru sbb curi jam kawan di sekolah.

Adeh! Tolonglah Aqil.
Jangan berlagak pandai lain kali.
Awak tu kecik aje.

Gambar atas, konon nak tunjuk leher Aqil yang masih merah berbekas masa balik semalam.
Tapi tak clear sangat guna kamera hp ni.

Korang, sebagai ibu apa patut aku buat ekk??
Anak aku Aqil ni pun pantang orang bercakap, suka menjawab.
Risau!!!!!!!

Please Aqil, behave and mind your own business.
Jangan sibuk orang lain boleh tak?
huhu.

Sekian...

_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

Thursday, March 01, 2012

Tomato dan ais batu pengganti scrub dan toner

Nak berkongsi dengan semua tips penjagaan muka yang aku dapat dari rancangan Safiyya di tv9 sebentar tadi.
Tips berkesan untuk kecerahan kulit muka dan penjagaan wajah kita di samping dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia pada muka.

1. Buah tomato di belah dua. Sebelah untuk waktu pagi dan sebelah lagi untuk malam sebelum tidur.
2. Sebelah tomato tadi di taburkan sedikit gula di atasnya. Gosokkan muka kita dgn tomato itu perlahan2 sama seperti cara kita scrub muka selalu tu.
3. Setelah itu biarkan jus tomato td kering di muka kita sendiri selama lebih kurang 5 minit sebelum di bilas dgn air suam.
4. Lap muka kita dgn tuala bersih atau tisu.
5. Ambil ketulan ais pula dan sapukan ke muka. Ketulan ais ni adalah pengganti toner muka sebenarnya.
6. Kemudian keringkan muka dgn tuala bersih dan bolehlah mula gunakan pelembap muka atau alat solek seperti biasa.
7. Lakukan ini 2 kali seminggu pagi dan malam untuk dapatkan wajah yang bersih dan segar.

Ok kawan2. Aku pun tak pernah cuba lagi ni.
Tapi nampak mudah, jimat duit dari belanja untuk toner dan scrub muka.
Macam aku memang tak pandai sangat nak ber'scrub' atau ber'toner' ni.
Tengok wajah cik kak yang beri tips ni di tv tadi, memang lembut, cerah dan bersih aje kulit muka dia.
Jom kita cuba sama-sama nak? . . .hehe.

Sekian.


_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...