Thursday, March 01, 2012

Home » Tomato dan ais batu pengganti scrub dan toner

Tomato dan ais batu pengganti scrub dan toner

Nak berkongsi dengan semua tips penjagaan muka yang aku dapat dari rancangan Safiyya di tv9 sebentar tadi.
Tips berkesan untuk kecerahan kulit muka dan penjagaan wajah kita di samping dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia pada muka.

1. Buah tomato di belah dua. Sebelah untuk waktu pagi dan sebelah lagi untuk malam sebelum tidur.
2. Sebelah tomato tadi di taburkan sedikit gula di atasnya. Gosokkan muka kita dgn tomato itu perlahan2 sama seperti cara kita scrub muka selalu tu.
3. Setelah itu biarkan jus tomato td kering di muka kita sendiri selama lebih kurang 5 minit sebelum di bilas dgn air suam.
4. Lap muka kita dgn tuala bersih atau tisu.
5. Ambil ketulan ais pula dan sapukan ke muka. Ketulan ais ni adalah pengganti toner muka sebenarnya.
6. Kemudian keringkan muka dgn tuala bersih dan bolehlah mula gunakan pelembap muka atau alat solek seperti biasa.
7. Lakukan ini 2 kali seminggu pagi dan malam untuk dapatkan wajah yang bersih dan segar.

Ok kawan2. Aku pun tak pernah cuba lagi ni.
Tapi nampak mudah, jimat duit dari belanja untuk toner dan scrub muka.
Macam aku memang tak pandai sangat nak ber'scrub' atau ber'toner' ni.
Tengok wajah cik kak yang beri tips ni di tv tadi, memang lembut, cerah dan bersih aje kulit muka dia.
Jom kita cuba sama-sama nak? . . .hehe.

Sekian.


_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

26 comments:

  1. tengok jugak safiyya episod tu, mmg nampak mudah tapi tak try lg buat, bertangguh memanjang nak mencubanya :)

    ReplyDelete
  2. best nie..mmg patut cuba hehehehehe tq for sharing ;)

    ReplyDelete
  3. oh cam gitu eh kak, sebenarnya kan saya pun tak rajin nak scrub, setakat cuci je oklah..

    ReplyDelete
  4. boleh try ni
    thanks kak
    tapi kalau malas memang tak leh wat pape r =)

    ReplyDelete
  5. Macam baguslah Yus... kakak tak pernah buat style ini.

    Kalau makan tomato huh... dlm tomyam lagi best hihi....

    ReplyDelete
  6. mudah tapi nak cari masa nak buat

    masyaallah susah tul

    ReplyDelete
  7. Boleh juga nak cuba nanti...thanks 4 sharing Yus....

    ReplyDelete
  8. t.kasih kak..boleh try ni. :)

    ReplyDelete
  9. Thnks Yus kerana berkongsi...akak ni rajin sikit berskrub2 ni...hehehe

    ReplyDelete
  10. dulu pernah buat kak...tapi tak letak lag gula kat tomato tu.... skrg ni je malas nak yg mudah je...

    ReplyDelete
  11. boleh cuba ni kak... kebetulan mmg ada stok tomato ngan ais kat peti sejuk tu. izan pun tak rajin berscrub n bertoner bagai...

    ReplyDelete
  12. Sgt menarik.. tq sudi share info.. :)

    ReplyDelete
  13. @Kakzakie

    Akak, yus gelak baca komen akak ni, hihi

    ReplyDelete
  14. bagus bhn mcm ni..semulajadi dan tiada kesan sampingan dan bhn kimia :)

    ReplyDelete
  15. TQ info nie yus
    ieda nak cuba nanti
    kalau ingat lahh ekeke;)

    ReplyDelete
  16. akak dah penah try dulu guna tomato ni tp takla guna ketul ais tp rasanya kulit akak tak sesuai ngan tomato coz lepas tu kuar biji2 kecik kt muka.kalu madu lebah tu mmg dah beberapa kali la cuma madu mahal so takleh la kerap sgt.lg sedap kalau buat ayam panggang madu.

    ReplyDelete
  17. wah tsangat snang tu, yus!
    harap2 esok tak lupa tepek d muka ;D

    ReplyDelete
  18. terima kasih Yus atas prkngsian ni...Boleh jugak try buat lepas ni...

    ReplyDelete
  19. mudah n menarik..leh la try pasni

    ReplyDelete
  20. cam senang tpi sya ni pemalas...huhuuu

    nak cantik kenalah rajin kan...

    tq share ni yea...

    ReplyDelete
  21. huhu..kena tunggu kerajinan sampai... :)

    tq for sharing

    ReplyDelete
  22. Macam menarik nak try lah :)

    ReplyDelete
  23. Boleh buat. tapi macam malas je. Alamak.. camana nak cantik kalau malas, kan kak Yus. :)

    ReplyDelete
  24. Senang banget.. tp ibu yusuf ni tak berapa nak kerajinan. scrub yg beli pun bertahun tak habis.. hihi..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...