Rasa aku lebih selalu guna lecak kot.
Beberapa hari senyap dari dunia blog, aku akui rindu sebenarnya.
Tapi lappy masih dalam workshop, nak selalu guna hp ni pun jadi malas.
Dua tiga hari ni hujan aje kan.
Pagi ini pun sama, hujan yang turun buat aku rasa nak relax aje.
Tapi ada sorang budak kecik yang tak bagi aku relax.
Ada saja ragamnya yang buat aku bz dan mencuit hati.
Contoh pagi tadi, dalam pada aku menjemur kain di beranda belakang, dia dah ke luar dengan berkaki ayam main lecak.
Nampak muka aku lagi dia menyeringai sambil kakinya semakin laju di celup-celup dalam lecak itu.
Arif, Arif!
Selalu buat ibu kurang sabar.
Tak kisahlah tu, yang penting Arif sentiasa berada di depan mata ibu.
Bila tengok anak-anak, mula terbayang pembunuhan kejam adik Dirang.
Dunia sekarang semakin tak selamat.
Anak2 nak bermain di luar pagar rumah pun rasa takut nak lepaskan.
Semua tempat ada risiko bahaya kan?
Membaca mengenai Dirang di bunuh kerana dendam terhadap neneknya rasa macam tak masuk akal langsung.
Kenapa semakin ramai manusia kurang akal dan pedoman di luar sana?
Satu pertanyaan dari Alia yang menyentuh hati aku,"kalau Alia hilang macam Dirang, ibu buat apa?"
Ya Allah, kalau itu terjadi pada anak-anak aku, tak tahu bagaimana harus ku harungi dugaan itu.
Minta dijauhkan dari berlaku.
Semoga anak-anak kita sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa.
Al-Fatihah untuk adik Dirang.
Peristiwa ini juga ,membuat aku teringat cerita SRD menemuduga pelajar untuk dapat biasiswa.
Pelajar yang dapat 9A+ dalam SPM tetapi gagal bila di temuduga.
Skill menjawab soalan masa temuduga langsung tiada.
Mereka macam tahu maklumat dari buku saja langsung tak dapat kaitkan dengan pengalaman sendiri.
Persoalannya, bagaimana anak2 kita nak belajar dari pengalaman kalau semua ibu bapa dah makin takut nak lepaskan anak2 sendiri.
Anak2 lebih banyak di kurung di rumah, di suruh baca buku 24 jam, atau lebih banyak bermain dengan komputer berbanding bermain dengan kawan2 di luar rumah.
Banyak beza dengan zaman kita dulu kan.
Salah siapa agaknya?
Persoalan yang sukar untuk di jawab kan.
Hmmm....
................
Sent from my Nokia phone :)
beban yang sgt terbeban kan..isskk..
ReplyDeleteal-fatihah buat arwah dirang..mmg dunia dah makin hilang kewarasan (org2 nya)...
ReplyDeletesmlm sarah lak bagi soalan cepumas kat i..dia tanya camne le kalau ibu dan ayah mati..cian sarah.. :(( huhuhu
Arif tengah lasak Yus... seronok sesekali dapat jengah keluar rumah. Ibu sidai baju itulah peluang digunakan:)
ReplyDeleteKenyataan yg amat benar sekali Yus. Kakak yg anak dah remaja 13-16 tahun itu pun tak benarkan dia keluar sendirian. Pergi-balik asrama kakak sanggup ambil cuti. Kalau mereka ada outing pun kakak temankan... takut itulah satunya Yus...
kat sini panggil "lecah" kak...
ReplyDeletesedih sgt bila baca ttg berita pembunuhan adik dirang tu..krn dendam pd neneknya..arwah mjadi mangsa
ReplyDeleteAs salam Yus,
ReplyDeleteAl-Fatihah buat adik Dirang...
Nauzubillah anak hilang! Minta dijauhkan... Msia macam dah tak selamat :(
Susah nak ckp, terlalu menumpukan pd akademik anak tak terlatih EQnya... EQ & IQ perlu seimbang... Mungkin kite perlu fikir cara lain didik anak :)
nak jawab pun susah kak ;(
ReplyDeletemakin lama makin kejam manusia ni kan...semoga ALLAH melindungi anak2 kita..
ReplyDeletekita sudah lama tak sejahtera...
ReplyDeletekesian anak2 zaman sekarang kan.. zaman kita dulu petang boleh beriadah dgn kawan2..zaman sekarang ni balik2 tengok tv, balik2 main game..mana tak ramai yang obese..
ReplyDeleteyelah sis..tak kan nak kurung anak 24 jam kat rumah jer kan.
ReplyDeletemanusia skrg ni dah ramai yang sakit mental kot..takut pulak bila baca kes bunuh sana-sini.
bunuh manusia mcm bunuh ayam pulak yer
kesiah mnengenangkan nasib keluarga Dirang.... napa perlu ada manusia yang berhati kejam menjadikan kanak2 mangsa...
ReplyDeleteSedih dengan kisah Dirang, tak pasal2 menjadi mangsa...
ReplyDeletesebak. x leh bercakap. :(
ReplyDeleteMemang hati tak pernah senang untuk 'melepaskan' anak2 ke luar rumah! :(
ReplyDeletetakut nak fikir...sebab dendam manusia jadi jahat sejahatnya..mereka lupa atau tak tahu membunuh muslim itu boleh jatuh kafir..apatah lagi ini seorang anak kecil yang suci..
ReplyDeletememang risau nak lepaskan anak. anak saya pernah hilang gak. Baru2 ni..hilang masa kat masjid. Dalam dok tengok dia main depan mata sekali boleh terlepas pandnag juga..nasib baik tak ada orang jahat ambil...haish taktaulah nak kata apa...Dia punya fobia, lansubg umar tak mau pakai baju masa malam dia terhilang tu...
semoga anak-anak kita semuanya selamat saja..amin...
perkara2 mcm kes arwah dirang mmg munna takut sgt.... semoga anak2 kita selamat dari bencani ni semua
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeleteamboi arif men lecak ye.. hehe..meh kite men skali..
psl adik dirang tu..tu la kan..sedih mmbacanya..alfatihah utk arwah..
x sanggup nk bygkan..cukup la sehari seri hilang msa kt psr mlm tu.. cukupla...mintak dijauhkan.. :'(
risau je kan kak, kat luar rumah sendiri pun kena awasi sekarang ni..beza dgn zaman kita kat kg dulu, bebas kemana, petang baru balik comot2 hihi
ReplyDeleteskang musim hujan kan kak.
ReplyDeletekalau boleh balance kan pembelajaran anak anak dengan aktiviti luar juga.^__^
budak2 suke main lecak lah yusss .. anak2 ieda macam tuu jugak , kalau kita ada baru takut .. erghh ..
ReplyDeletememang takut yus ..
duk rumah punn dah rasa x selamat ..
anak2 kecil selalu jadi mangsa ..
adakalanya rasa nak menjerit marah kenapa sanggup perlakukan anak2 kecil macam tuu ..
x tahu kenapa , dimana perikemanusiaan seorang manusia .. pelik macam mana boleh jadi macam tuu .. sedih sgt2 ..
main lecak nih silap ari dpt cacing kang.. hehee
ReplyDeletesini dah hujan since ahad.. rasa macam musim tengkujuh..
ReplyDeleteanak2 memang suka main lecak kan.. main hujan pon best..
dah rasa speechless dah nak bercerita tentang kes adik dirang ni....
ReplyDeletesemoga pembunuhnya dihukum segera.. tak masuk akal betul, anak tak berdosa dijadikan mangsa
aris seronok main lecak ye, betul tu kak yus, akrg ni risau nk lepaskan anak2 even main depan rumah, kuatkan semngat juga biarkan Najwa naik bas sekolah tu, baru darjah 1 kan...moga doa kita supaya anak dipelihara olehNya
ReplyDeleteitu la anak2 skrg ni byk duk di rumah..sbb mak pak tak larat nak jaga mereka di luar...masing2 sibuk bekerja...anak2 kadang2 nak perhatian..kita yg tak terlayan dan terkejar..
ReplyDeletedunia semakin moden.. tp arus pemikiran terlalu kebelakang.. yang menjadi mangsa, anak2 kita yang baru nak mula hidup.. nak biarkan mereka merasa dan mengalami apa yg kita lalui dulu terasa takut.. kebebasan mereka jadi tersekat dek adanya org2 yang hatinya tak macam manusia lagi dah...
ReplyDeletekak ina kecik2 dulu pun suka main lecak time ujan2 tu..selalu gak kena pukul dgn ranting pokok rambutan oleh nenek.Mmg takut nak lepas anak2 main tanpa pengawasan kita zaman skrg ni.
ReplyDeleteAlfatihah buat adik dirang...
ReplyDeletearif ni mcm nabhan jugak pntang jumpa air,pasir semua dia wat sapu kat badan :)
sedih sgtkan kak baca pasal adik dirang tuh.. Al-Fatihah utk arwah.. syurga menantinya di sana..
ReplyDeletekemain sonok ha arif dpt main lecak yer.. klu anak sy pun sama kak.. kt kg jelah leh wat aktiviti camnih sbb bertanahkan.. hehe..