Wednesday, March 21, 2012

Home » , , » Bawaku Pergi | Lagu Zizan dan Kaka ni boleh bawa pengaruh negatif??

Bawaku Pergi | Lagu Zizan dan Kaka ni boleh bawa pengaruh negatif??

Malam ini aku jumpa lappy. Seronok bukan main rasa...hihi.

Ok,apa aku nak cerita ni? Sebenarnya nak ulas sedikit berita hari ini mengenai adik Siti Nur Fatihah yang di beritakan tidak di culik sebenarnya tapi dia sendiri yang nak melarikan diri ikut teman lelakinya. Mesti semua dah tahu kan. Kalau siapa belum tahu tu cuba baca sini.

Nak ulas apa ni? Malas nak komen sebenarnya. Tapi rasa tindakannya memang betul-betul menyusahkan. Tiba-tiba kisah adik Siti Nur Fatihah ni mengingatkan aku pada lagu Zizan dan Kaka bertajuk Bawaku pergi tu. Masa balik Melaka tempohari, kami asyik di perdengarkan dengan lagu ini di radio. Hari ini,semalam kelmarin pun,setiap kali buka radio dalam kereta mesti ada lagu ni.

Aku mula tak perasan apa pun. Sedap juga lagu ni, tapi tak berapa menghayati senikata lagunya pun. Tiba-tiba masa tu SRD bersuara. Kata dia, " Lagu ni ajar budak-budak sekarang ajak pakwe dia lari dari rumah. Patutlah ramai suka lari dari rumah!"

Aku jawab, " Eh! Ya ka bang?" ."Tak caya,cuba dengar betul-betul!", jelas SRD lagi. Aku pun dengarlah bait2 liriknya betul-betul. Ada benarnya juga kata SRD tu. Boleh bawa pengaruh negatif pada remaja lah kiranya lagu ni kan??

Cuba korang pulak dengar. Setuju tak?



Jangan ada yang mengikut suruh boipren dia bawa dia pergi gara-gara lagu ni sudah ya! Jangan di ikut hawa nafsu.Berpijaklah pada bumi yang nyata. Kenapa nak lari dari realiti. Realiti lah mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya ok.

Mungkin ini hanya sekadar lagu. Cuma kebetulan liriknya begitu. Jadi siulan anak muda remaja kini pula tu. Tapi lirik dia boleh bawa pengaruh negatif lah. Siap kata tak perlu kembali lagi.Aduh!!!Tapi melodinya aku suka. 

Sekadar pendapat aku saja, moga tiada yang terasa.

p/s: Adik Siti Nur Fatihah tu terpengaruh dengan lagu ni ke ekk,? Sampai sanggup berlakon macam di culik,buat keluarga dia risau.Buat satu Malaysia risau ok!

~ يوس ~

25 comments:

  1. Ana baru je suruh Tima tgk lirik lagu ni.. Tny pendpt dia. Yelah, cite psl buku merah (passport) dan jgn bgtau mak bapak dan kwn2.

    Mengarut btul lagu ni.. peliknya lagu ni makin diminati dan dpt tmpt yg baik dlm carta lagu di radio.

    Lagu yg 1 word dia dikatakan tak senonoh kena banned. Lagu yg bawa pengaruh negatif tak pulak kne ban.. Pelik!

    ReplyDelete
  2. salam...

    terkejut gak masa tahu berita ni, tak sangka semua ni hanya lakonan..


    kesian kat mak bapak yang menangis tu, siap masuk tv lagi.huhuhu

    ReplyDelete
  3. Hmmm mcmanalah boleh lepas plak lagu ni, mula2 dgr ingatkan buku merah tu buku check up pregnant Kat gomen tu kakakakakka

    ReplyDelete
  4. sy pon setuju. penulis lirik neh tak pk panjang punya olang...

    ReplyDelete
  5. KAk Azie dah buat draf nak tulis entri pasal lagu ini juga. Dah kecoh juga pasal lagu ni kan?

    ReplyDelete
  6. setuju lagu ni boleh bawa pengaruh negatif, setakat dengar kalau tak hayati lirik takper..takut budak sekarang ni cepat sangat terpengaruh.

    ReplyDelete
  7. Assalam, sebagai seorang ibu yang ada anak dara, selalu terfikir.. nak didik macam mana lagi anak-anak ni supaya tak terpengaruh dgn kawan2 sampai sanggup susahkan mak bapak macam ni..

    ReplyDelete
  8. byk kali dgr lagu ni kak.. memang liriknya macam x sesuai.. budak2 zaman skrg kn cpt sgt terpengaruh..

    ReplyDelete
  9. betul lah sis..
    nak nak skrg kes lari dari rumah ni mmg makin menjadi-jadi. agaknya terpengaruh sbb dgr lagu ni kot.
    tapi sy suka muzik lagu ni...bab lirik jerlah cam tak ok

    ReplyDelete
  10. dulu2 kalau mak dan ayah marah tak terfikir nak lari rumah. mak ayah jaga kita sampai kita rasa kita bergantung hidup pada mereka..tambah2 fikir kalau lari mana nak cr sayang mak dan ayah..nanti rindu..mak dan ayah pergi kerja pun dah rindu...huhu

    budak2 sekarang ni mudah ja nak lari ikut pakwe...kurang kasih sayang sgt ke apa??

    ReplyDelete
  11. lo...memang lirik dia membawa pengaruh yg tak elok ni...

    ReplyDelete
  12. isshh.. apa la bikin lagu camni..

    ReplyDelete
  13. betul tu yus...1st time dgr lagu ni dulu akak dah tangkap maksud dia...ajak boifren lari ke luar negara jauh2 n taknak kasi parent tahu lak tu

    ReplyDelete
  14. mama pun suka melodi lg nih cuma jika diperhatikan lirik2nya mmg cam mengajak anak2 lari dr rumah. difikiran mama kann.. mengapa la harus mudah terpengaruh sedangkan yg selalu bersama kita masa senang dan susah adalah keluarga. sesal kemudian hari tak guna. banyak yg buruk dr yg baik.

    ReplyDelete
  15. Semoga anak2 skrg fikir dulu sblm buat sesuatu.....kita pun susah hati nie sbb ada anak perempuan yg meningkat remaja.....

    ReplyDelete
  16. alahai....siap lakonan ditarik bagai tu....adik dia siap tanak gi sekolah nak tgu kakak...

    mak abah dia agaknye mcm2 terfikir dah ttg anak..tapi anak buat gitu...

    ReplyDelete
  17. tulah yus..muziknya sedap
    didengar tapi lirik..skeriii

    sian dgn ibu bapa budak tak sedar diri tu kan...semoga di berikan hidayah!

    ReplyDelete
  18. bila ada lirik baru terperasan..bila dgr langsung tak perasan..memnag tak eloklah

    ReplyDelete
  19. part yg "jgn lupa bawa buku merah " tue yg bahaya..suruh lari pi lombok kot huhuhhhh

    ReplyDelete
  20. nak buat lagu biarlah yg berunsur nasihat...ni menggalakkan lagi plk..ape pun mmg tumpng geram dgn kes ni...nape la snggup buat mcm tu ye..tak sian kat mak ayah ker..?tak pikir panjang bdk2 ni..

    ReplyDelete
  21. baru munna perasan lirik dia mcm ni....

    ReplyDelete
  22. salam kak...
    tulakan..mula2 kesian ingtkan btl2 kena culik..rupanya larik ikut boypren..ape la...

    huhu..iyekah lagu ni penyebabnya??

    ReplyDelete
  23. aah la say no pd lagu ni..agak takda orang ke tapis lagu2 mcm gini? makin menggalakkan pula...

    nk kena banned lgu ni..

    ReplyDelete
  24. pertama kali miss dgr lagu ne,miss lgsung tak fhm..tp bila dgr balik2,lain pula mksud lagu ne kan...

    PERLU KE ‘BLOGWALKING’

    ReplyDelete
  25. Moga Allah lindungi anak2 kita daripada anasir2 jahat.. Semakin mencabar nak membesarkan anak2 zaman skrg ni..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...