Sunday, November 23, 2014

Home » , » SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2014 MELALUI SMS

SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2014 MELALUI SMS

Pagi ini menerima WhatsApp dari rakan yang juga seorang guru tentang tarikh pengumuman keputusan UPSR 2014. Anak ambil periksa, ibu yang berdebar sama...huhu. 

Di maklumkan, calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014 akan memperoleh keputusan UPSR mereka pada 26 November ini. Selain daripada mendapatkan keputusan di sekolah masing2 pada hari tersebut bermula jam 10 pagi,  keputusan boleh juga disemak melalui SMS bermula jam 10:00 pagi 26 November 2014 sehingga 11:59 malam 2 Disember 2014.

Ini image yang saya terima dari rakan ; Makluman untuk murid/ibu bapa/penjaga Tahun 6 mengenai Semakan Keputusan UPSR melalui SMS.


Semua dah mudah sekarang kan. Segalanya di hujung jari. Tapi kesian pula pada Aqil anakku, kerana pada hari yang sama 26 November tu, dia masih perlu menghadapi kertas akhir untuk peperiksaan SDEA ( Sijil Darjah Enam Agama). Peperiksaan dahlah habis pukul 12 tengahari, tak dapatlah nak pergi sekolah ambil keputusan awal, kiranya ibu jelah yang tolong ambil keputusan ni nanti ya...

26 November, hari akhir peperiksaan SDEA bagi murid2 sekolah agama Kerajaan Negeri Johor.
Rasanya tak tenanglah jawab periksa SDEA dia ni. Semua gara-gara pengulangan beberapa kertas UPSR 2014 menyebabkan tarikh keputusan lambat dari biasa, kalau tidak pengumuman tentu tidak bertindih dengan tarikh peperiksaan SDEA ni.

Takpelah, kena fikir yang positif. Semoga keputusan peperiksaan kedua-duanya UPSR dan SDEA tidak mengecewakan.



Murid Yang Mendapat Keputusan Cemerlang

Bagi calon yang mendapat keputusan cemerlang boleh memohon kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

Maklumat permohonan boleh rujuk melalui judul pautan (link) yang disertakan

Klik – Permohonan SBP Tingkatan 1 permohonan sudah dibuka pada 1 Oktober hingga 30 Oktober

Klik – Permohonan MRSM Tingkatan 1 permohonan akan dibuka mulai tarikh keputusan UPSR diumumkan

Pautan sumber : [Klik]


Untuk Aqil, dia dah kata dapat 5A atau tidak, tak mahu pergi mana-mana Asrama...huhu, tapi ibu dia 50-50, kejap nak anak masuk asrama, kejap kata tidak. Ibu yang konfius ya Aqil...hihi, yang nak belajar dia, apa2 yang terbaiklah nak...

Sama-sama kita doakan semoga anak2 yang ambil UPSR tahun ini mendapat keputusan yang cemerlang, Ameen.

~ يوس ~

11 comments:

  1. In syaa Allah yus.Aqil dah berusaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih acik erna, Yus pun doakan dia dapat yang terbaik, tapi kalau tidak pun kena redha dan tetap happy sebab dia dah usaha yang terbaik.

      Delete
  2. Kemudahan di hujung jari, mungkin bukan semua orang 'memilikinya'...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kakcik Nur, bukan semua ada kemudahan yang kita ada, Syukur atas nikmat dariNya.

      Delete
  3. Kak Azie pun, tidak mahu menekan anak dgn resultnya nanti. Asrama pun rasanya tak apply. Mungkin lepas PMR baru boleh apply.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami ni yang sbp cuba je apply kata abahnya kot dia dapat result bagus, tetiba dia rasa teruja nak masuk asrama ikut kawan2nya, tapi kalau dia taknak tak mau paksa juga, apa2 terpulang pada dia.

      Delete
  4. betul tu kakcik.
    walaupun ramai dah berintenet dari rumah namun tak semua yg ada kemudahan ini.
    bagi yang ada adalah kelebihan buat mereka.

    ReplyDelete
  5. Aqil berdebar
    Ibu-ayah Aqil lagilah berdebar kan
    Tak apa Aqil exam SDEA ayah boleh tolong tengokkan keputusannya.

    ReplyDelete
  6. salam kak..lama tak jengah sini...

    semoga aqil cemerlang dlm semua bidang..

    mak berdebar byk dari anak

    ReplyDelete
  7. Tahniah diucapkan kepada semua calon yang berjaya mendapat Keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2014.. ;)

    ReplyDelete
  8. Macam macam exam budak sekarang ni. Kesian sungguh .....banyak benda nak kena hafal hihi...
    Dah legalah Aqil ye....dah dapat 4A hihi

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...