Monday, November 24, 2014

Home » » Anugerah, Birthday dan Optimus Prime

Anugerah, Birthday dan Optimus Prime

"Ada yang up status di fb kata tak perlulah kongsi kisah kejayaan anak yang tak seberapa, ada orang yang anaknya lebih berjaya diam-diam je ni baru dapat sikit dah kecoh"...huhu.

Oklah, lain orang lain pendapat, ramai juga yang up status kejayaan anak-anak masing-masing. Tumpang seronok baca, ibu pun up juga. Tapi terasa jugalah dengan status di atas, bukan nak bermegah atau apa cuma nak abadikan sebagai sweet memories. Dan ibu tahu, kejayaan anak ibu tidaklah seberapa di banding dengan anak-anak kawan lain, tapi ianya dah cukup menggembirakan hati ibu. Walau tak cemerlang tip top, semua ibubapa pun pasti tersenyum bila anak dapat anugerah kan.

Dan tahun ini antara 5 anak2 ibu,2 yang berjaya dapat anugerah. Hari ni nak abadikan cerita Abid anak ke 3 ibu yang manis.

Kejayaan dapat tempat ke 3 untuk sekolah kebangsaan, serta terbaik dalam mata pelajaran Jawi. Tahniah Abid!

Majlis Anugerah yang di adakan pada 19 November yang lalu.

Abid juga dapat anuerah untuk sekolah agama. Berjaya dapat tempat ke 2, kalah lagi dengan Zabir kawan baikknya yang ibu tunjuk mukanya pada gambar di atas tu. Tinggi kawannya tu kan, dapat 5 hadiah untuk sekolah pagi saja, sekolah agama dapat lagi 1. Ibu memang suka Abid kawan dengan Zabir, sebab nampak peningkatan yang sangat baik dalam pelajaran. Bila anak-anak kita berkawan dengan kawan2 yang pintar ni, mereka dapat auranya sama kan. Tu yang bagusnya.

Gambar kenang-kenangan terima hadiah untuk tahun 2, 2014. Majlis di adakan pada 19 November juga.

Dan tarikh 20 November pula ialah hari ulangtahun Abid yang ke 8. Selamat hari ulangtahun ke 8 anak ibu Muhammad Abid Zulfan.

wajah-wajah Abid dari lahir hingga sekarang.

Dari awal tahun dia dah minta nak robot Opitmus Prime. Tapi bila melihat harganya ibu dan abahnya ni buat dunno je. Setiap kali ke Aeon Big BP ( dulunya Carefour) mesti dia menuju ke rak yang ada terpamer Optimus Prime tu. Di belek satu2. Setiap kali itu juga di mintanya. Kalau ikut ibu memang tak bagi punya, huhu.

Tapi nak bagi dia bersemangat sikit belajar, ibu cabar dia, kalau sekolah pagi dan sekolah petang Abid dapat no baik dan dapat hadiah di pentas, mungkin abah akan belikan Optimus Prime tu, siapa tahu? Berdasarkan prestasinya pertengahan tahun, sekolah pagi no 27, sekolah petang no 5, so ibu pun yakin tak yakinlah dia dapat ke tak capai. Sekali dapat, alhamdulillah. Memang tak sangka juga. Dia sendiri menjerit gembira walau tidak tempat pertama. 

Dan kerana birthday Abid juga jatuh bulan November, abahnya berbesar hati tunaikan permintaan dia nak Optimus Prime tu. Harap dapat di jaga dengan baik ya Abid. 

Wajah Abid bila dapat Optimus Prime. Sebenarnya dah malas nak senyum tu, tak sabar nak buka Optimus Prime dia.
Belajar erti syukur ya Abid kerana abah mampu belikan untuk Abid, sedangkan di luar sana ramai yang tidak mampu. Ibu dan abah berdoa sentiasa moga Abid dan anak-anak yang lain terus cemerlang dunia akhirat.

Terima kasih pada yang sudi baca.  

p/s: next cerita Arif pula...

~ يوس ~

14 comments:

  1. tahniah Abid..acik tak tau pun harga mainan macam tu mahal yus..dah lama tak de yang kecik.
    tak pe yus kongsik kejayaan anak..sebab yus suka kan..untuk kenangan buka nak bangga diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal lah bagi yus acik, kalau robot gitu dah beratus, kan mahal tu...huhu

      Delete
  2. Biarlah apa orang nak kata...

    bukan mudah nak puaskan hati orang, hati kita pun kadangkala kita tak terjaga...

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat Abid. Auntie tumpang gembira - apa yg org lain rasa terpulanglah.

    ps: Yus kakak rindu abg Ariflah.. mana N3 utk dia? Dah jadi abang terus sunyi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti yus update ya kakzakie, ni tgh pasang azam nak rajin semula blog... doakan ya..◕‿◕

      Delete
  4. Wah..bestnya hadiah dia..tahniah, semoga lebih sukses dia masa akan datang.

    ReplyDelete
  5. tulah diana kan, bukan semua orang kita boleh puaskan hati mereka...◕‿◕

    ReplyDelete
  6. alhamdullilah...tahniah adik abid..bestnya dia dpt hadiah transformer

    ReplyDelete
  7. Tahniah Abid.. Alhamdulillah, rezeki Abid dapat naik pentas. Semoga cemerlang dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan..:)

    Tahniah Abid..
    Bagi saya, apa yg kita tulis tentang kejayaan anak anak di FB, atau blog..bergantung pada niat kita...kalau setakat nak abadikan sebagai kenangan sendiri, bagi saya takde salah nya

    ReplyDelete
  9. Tahniah abid..

    Mesti suka sgt dpt jg optimus prine dia.. huhu..lya pom suka share mcm2; psl asya kat blog. Sbb niatnya just nk abadikan kenangan.. jauh sekali nk.mnunjuk sbb tahu ramai lg y lbh hebat. Tp kt sbg ibu bila tgk kejayaan anak walau sbsar kuman skali pom kita akn sgt2 teruja n happy

    ReplyDelete
  10. Memang seronok bila tengok anak anak kita berjaya. Betul tu Yus kita tak bermaksud nak menunjuk pun sebenarnya...cuma nak tunjuk kegembiraan dan sebagai kenang kenangan...Tahniah buat Abid....

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...