Monday, April 15, 2013

Home » » Temujanji untuk taklimat Program Teman Kamar Bersalin

Temujanji untuk taklimat Program Teman Kamar Bersalin

Apa itu teman kamar bersalin?

Dulu dah pernah buat entri panjang lebar mengenai topik ini. Siapa yang ketinggalan belum pernah baca tu, boleh terjah entri Teman Kamar Bersalin....dan pengalaman aku melahirkan Alia dan Abid dan juga entri Program Teman Kamar Bersalin... ni ya.

Ingatkan dah anak ke 5 tak perlu lagi nak hadir taklimat kalau mau suami turut serta dalam kamar bersalin (labour room), tapi nampaknya kena juga...huhuhu. Lebih-lebih lagi pengalaman lalu masa melahirkan Arif, walau dah hadir taklimat, dah ada surat kebenaran kat buku merah tu kata suami boleh masuk dalam labour room, tapi misi-misi tu semua panggil SRD masuk dalam bila Arif dah hampir nak keluar. Nampak kepala dah nak keluar, baru dengar suara sorang misi ni kata, "Eh!! Suami dia kita lupa panggil masuk!! "

Eceh!!! Geram juga waktu itu padahal aku dah tanya, "kenapa suami saya tiada kat sini? Dia dah hadir taklimat dah!"

Jawapan sorang misi tu, " Nanti ya, nanti kami panggil masuk!"

Tapi tulah, kalau tak hadir taklimat langsung, lagilah peluang nak masuk tu takde. Itu kata misi kat KK ni. Makanya hari ini, aku buat temujanji dengan Pakar 5 hospital, untuk aku dan suami hadir taklimat tu. Dia beri tarikh 14/5 akan datang. Tarikh yang cantik, dah lepas mengundi, dan suami pun dah balik dari Jepun waktu tu.

Kalau nak buat temujanji untuk hadir taklimat ni, kandungna mestilah dah mencapai 30 minggu dan ke atas. Kandungan aku minggu ini dah masuk 31 minggu, sampai masa temujanji tu nanti dah 36 minggu rasanya. Ingat lagi tarikh aku pergi dengar taklimat Teman Kamar Bersalin masa Arif dulu ialah 21/7, masa tu usia kandungan 37 minggu, dan minggu depannya 27/7 Arif lahir. Nasib baik sempat hadir taklimat....hehe, kalau tak langsung No Chance SRD nak masuk labour room tengok aku segera, kena tunggu sampai nak masuk wad baru nampak muka suami rasanya.

Dah no 5 pun, aku masih nervous nak hadapi waktu dalam labour room tu, dah berapa kali cakap dengan SRD, "ini yang terakhir ya bang!! Sakit!!!" Tapi ada juga lepas tu...hihi, rezeki Allah, jangan di tolak kan. Semoga semuanya dipermudahkan.....Aminnn.

p/s: nampak gaya masih suam-suam kuku dengan blog. Tapi semakin aktif dengan Instagram dan masih oklah dengan fb. Siapa ada Instagram boleh follow aku di sini ya. Instagram

~ يوس ~

14 comments:

  1. Kak apasal saya tak tau pasal ni? Nasib akak buat entry ni..saya nak rujuk kat sapa? Kat klinik kesihatan yang saya buat check up ke?

    ReplyDelete
  2. Program ni pertama kali di wujudkan di hospital BP tahun 2010 Huda, masa akak lahirkan Arif. Sebelum tu memang suami boleh masuk walau tak hadir taklimat. Rasa better Huda tanya dengan klinik kesihatan tempat Huda buat check-up. Kalau tidak pun boleh je buat temujanji dengan pakar 5 untuk hadir taklimat. Ada no phone dia tak?

    Nanti akak PM kat fb ya...:)

    ReplyDelete
  3. Ana dlu tak pernah pun sbb bapak Nuha penakut..hakhak. Tapi masa tgh sakit tu, misi kasi jugak masuk sekejap jumpa. Masa nak meneran mmg takdelah..misi-misi sume yg kerumun..hihihi.
    Ana dah tido, dah kasi makan biskut dgn air milo baru bapak Nuha masuk. Dia tanya dah lama ke bersalin..hahaha. Misi lupa nak kasi masuk sbb kalut nak bawak Nuha ke NICU..hihi

    ReplyDelete
  4. memang tak semua hospital wajibkan hadir taklimat ni. Dulu hospital BP pun tak perlu hadir taklimat boleh je masuk, cuma mula 2010 je mengada2 kena hadir taklimat....huhuhu. Kata dia sebab ada kes suami pengsan dalam labour room, dan kes paling haru, nama suami sama, suami lain pi tengok isteri orang lain, takut terkena mcm tu, tu pasal wajib hadir taklimat.

    Bestlah kat tempat diana tak wajib lagi benda ni....:)

    ReplyDelete
  5. apa kabar yus.lama akak tak jengah sini.Harap yus sihat ye.perkongsian info menarik ni bg ibu2 yg mengandung .

    ReplyDelete
  6. Selamat melahirkan baby lagi ya. Setiap anak ada cerita berlainan semasa melahirkan. Che Mid doakan yang baik-baik utk Yus sekeluarga. Jgn che abangnya pengsan dah le ya..

    ReplyDelete
  7. Kakak dan abang tak pernah pergi pun program tu tapi sebab kakak bersalin di hospital swasta boleh aje husband masuk masa kita bersalin... terpulang masing-masin samada nak atau tak aje Yus...

    ReplyDelete
  8. kena hadir taklimat dulu ya kak yus, kat sini masa lahir aisya takde lagi peraturan gitu..moga selamat semuanya ya kak :)

    ReplyDelete
  9. eh? ada eh kak..bersalin yg lepas saya bersalin kat GH serdang takde pun dengar taklimat ni..

    apa pun saya doakan semuanya lancar ye kak.. saya da lepas..hihi..

    ReplyDelete
  10. Salam Kak yus..
    huhuh.. time cma dulu xde taklimat.. bersalin kat hospt besar kl.. hubby dibenarkan masuk sekali..
    anak pertama ye dia nk temankan..tp anak yg kedua takmo kata dia.. takut.. haha... tau pun..

    mendoakan yg terbaik buat kak yus.. tak lama lagi ni... :)

    ReplyDelete
  11. hehehe KA pun bab taklimat2 ni yg paling malas !

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. dah yang ke 5 ya.. rezeki dari Allah..
    tahniah kak...
    semgoa semua urusan dipermudahkan...

    ReplyDelete
  13. hmm... saya tak pernah ada experience ttg taklimat / teman kamar bersalin ni Yus... masa 1st kat OT dulu mmg husband tak masuk. Cuma yg 2nd bila normal procedure husband mmg teman all the time sampai baby keluar...
    best juga kalau ada taklimat ni kan hu hu...
    apapun semoga Yus melalui pengalaman bersalin yg mudah dan semoga semuanya dipermudahkan Allah.

    ReplyDelete
  14. oh ada procedurenye ye... hehehe... tak tahu pun... tahniah ye Yus, nak masuk yg ke 5 dah ye...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...