Monday, April 29, 2013

Ulangtahun Perkahwinan : 12 tahun dan 38 tahun

29 April 2001 - 29 April 2013. 

Alhamdulillah hari ini genap 12 tahun usia perkahwinan kami. Syukur pada Allah.... Terima kasih abang untuk semuanya selama 12 tahun ini dan juga tahun-tahun yang bakal mendatang. Semoga bahagia ini berkekalan hingga ke akhir hayat. 

Dulu berdua, sekarang berenam dan 1 bakal menyusul. Bertujuh pulak lepas ni....Doakan kami gembira dan bahagia selalu....aminnn.
Buat pertama kalinya di hari ulangtahun perkahwinan kami, SRD tiada di sisi. Moga dia baik-baik saja di Osaka sana dan segala urusannya berjalan lancar. ..aminnn.

26 April 1975 - 26 April 2013

Selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 38 buat pasangan sejoli, Paiman dan Yunasteri, ayah dan emak ku yang sangat aku sayangi. Moga mereka sihat-sihat selalu. Berharap kami juga akan sampai ke tahap ini satu hari nanti...aminn.

My beloved father and mother.


~ يوس ~

Monday, April 22, 2013

32 minggu

Lama tak tunjuk muka sendiri dalam blog. Dan seingat aku memang jarang-jarang sekali tunjuk muka waktu pregnant. Ini kali nak kongsi sebab kengkonon ini mungkin pregnancy yang terakhir. Tapi kalau ada lagi lepas ni, rezeki tu....hihi.

Aku dan suami @ SRD di pantai Minyak Beku. Muka dah makin kembang....huhu, berat dah capai 71kg, huwaaaa, paling berat pernah di capai waktu mengandung, sebelum-sebelum ni paling tinggi pun 69.5kg saja, ini kali terlebih makan kot, ke anak paling besar bakal lahir ni? Semua anak-anak yang lain tak pernah capai 3kg pun waktu lahir, paling berat Abid 2.92kg saja...hehe.
Apa pun doakan semoga aku sentiasa sihat dan anak dalam kandungan juga sihat, dan dapat lahir dengan mudah dan selamat. ...aminn.

Gambar ulangtayang ambil dari instagram. Anak-anak dan abahnya di pantai Minyak Beku. Makan angin waktu petang hari Sabtu yang lalu,
Tinggal 8 minggu lagi, makin berdebar rasa. Mulai bulan Mei, anak-anak bakal naik van ke sekolah. Rutin aku jadi supir mereka akan berhenti seketika. Kena mula awal sebab takut anak-anak tak biasa dan terkejut nanti. Semoga segala urusan berjalan lancar.

Alia dan Abid teruja nak naik van, Aqil tak berapa suka, mungkin sebab dia dah ada pengalaman naik van sekolah, tak suka berhimpit ramai-ramai kot. Aku sendiri berdebar juga, hahah, tulah selama ini hantar dan ambil anak sendiri, tiba-tiba nak guna khidmat van sekolah, terus jadi gabra...ekekek.

~ يوس ~

Friday, April 19, 2013

Semak Keputusan Periksa anak Online

Tak pernah pun cuba semak keputusan periksa anak online guna sistem SAPS ni. Dengarnya dari 2011 lagi dah di mulakan, tapi selalu cikgu Aqil memang akan beri laporan setiap kali ujian dan peperiksaan. Tapi kali ini selepas ujian 1, langsung senyap je, markah periksa pun bila di tanya, dia sebut je, tak dapat lihat dengan mata sendiri....huhu.

2 hari lepas dia pulang dari sekolah punyalah happy kata dia dapat no 4 dalam kelas. Walau baru ujian 1, itu cukup buat dia teruja sebab dah lama dia tak dapat bawah top 10. Kalau tahun lepas dari ujian 1 sampai periksa akhir no 14 je...hihi, sudah lah begitu mula-mula 5B, dan akhir sekali cuma 1A 4B.

Kita ni naklah tengok sendiri kan slip keputusan ujian dia tu, anak dah gembira, kita pun tumpang gembira. Bila di tanya, dia kata cikgu bagi murid tengok je, lepas tu cikgu ambil balik. Mana aci!!! Ibu bapa nak tengok juga.

Baru teringat pernah terbaca pasal SAPS ni. Barulah mengoogle cari, dan jumpa....Yeaaa!! Betullah boleh semak keputusan periksa anak online. Teruja terus...hahaha. Jakun, baru tahu ya kawan-kawan, tolong jangan gelak kan saya...ekekek.

Dan paparan ini akan keluar.

Isi apa yang patut nanti ada paparan kedua untuk pilih jenis peperiksaan dan pilihan sama ada nak paparkan slip keputusan atau papar markah peperiksaan.
Ini yang keluar bila aku buat pilihan untuk paparkan slip keputusan.

Boleh tengok juga keputusan dan markah periksa anak untuk 2 tahun lepas iaitu tahun 2011 dan 2012. Semua lengkap. Bagus kan sistem ni!! 

Tapi ianya hanya untuk anak-anak di bawah sistem KBSR, anak-anak yang lain di bawah sistem baru KSSR yang guna band semua tu, takde pula. Kalau di wujudkan sistem online macam ni juga kan bagus!!

Apa pun ok Aqil. Ibu dah tengok keputusan kamu baru puashati, Tahniah! Banyak peningkatan untuk subjek BM, kalau tak manjang B saja kamu, perlu di tingkatkan lagi. Tapi ada subjek lain yang lemah tu, walau tak di kira dalam 5 subjek utama, tapi penting juga tu.Semoga akan lebih baik untuk peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun nanti ya sayang!

Korang mesti dah tahu lama kan, aku je baru cuba guna semak guna SAPS ni, tu pasal teruja lebih...hehe.

~ يوس ~

Thursday, April 18, 2013

Aksi Arif

Kat lantai kereta pun dia landing, huhu.

Monday, April 15, 2013

Temujanji untuk taklimat Program Teman Kamar Bersalin

Apa itu teman kamar bersalin?

Dulu dah pernah buat entri panjang lebar mengenai topik ini. Siapa yang ketinggalan belum pernah baca tu, boleh terjah entri Teman Kamar Bersalin....dan pengalaman aku melahirkan Alia dan Abid dan juga entri Program Teman Kamar Bersalin... ni ya.

Ingatkan dah anak ke 5 tak perlu lagi nak hadir taklimat kalau mau suami turut serta dalam kamar bersalin (labour room), tapi nampaknya kena juga...huhuhu. Lebih-lebih lagi pengalaman lalu masa melahirkan Arif, walau dah hadir taklimat, dah ada surat kebenaran kat buku merah tu kata suami boleh masuk dalam labour room, tapi misi-misi tu semua panggil SRD masuk dalam bila Arif dah hampir nak keluar. Nampak kepala dah nak keluar, baru dengar suara sorang misi ni kata, "Eh!! Suami dia kita lupa panggil masuk!! "

Eceh!!! Geram juga waktu itu padahal aku dah tanya, "kenapa suami saya tiada kat sini? Dia dah hadir taklimat dah!"

Jawapan sorang misi tu, " Nanti ya, nanti kami panggil masuk!"

Tapi tulah, kalau tak hadir taklimat langsung, lagilah peluang nak masuk tu takde. Itu kata misi kat KK ni. Makanya hari ini, aku buat temujanji dengan Pakar 5 hospital, untuk aku dan suami hadir taklimat tu. Dia beri tarikh 14/5 akan datang. Tarikh yang cantik, dah lepas mengundi, dan suami pun dah balik dari Jepun waktu tu.

Kalau nak buat temujanji untuk hadir taklimat ni, kandungna mestilah dah mencapai 30 minggu dan ke atas. Kandungan aku minggu ini dah masuk 31 minggu, sampai masa temujanji tu nanti dah 36 minggu rasanya. Ingat lagi tarikh aku pergi dengar taklimat Teman Kamar Bersalin masa Arif dulu ialah 21/7, masa tu usia kandungan 37 minggu, dan minggu depannya 27/7 Arif lahir. Nasib baik sempat hadir taklimat....hehe, kalau tak langsung No Chance SRD nak masuk labour room tengok aku segera, kena tunggu sampai nak masuk wad baru nampak muka suami rasanya.

Dah no 5 pun, aku masih nervous nak hadapi waktu dalam labour room tu, dah berapa kali cakap dengan SRD, "ini yang terakhir ya bang!! Sakit!!!" Tapi ada juga lepas tu...hihi, rezeki Allah, jangan di tolak kan. Semoga semuanya dipermudahkan.....Aminnn.

p/s: nampak gaya masih suam-suam kuku dengan blog. Tapi semakin aktif dengan Instagram dan masih oklah dengan fb. Siapa ada Instagram boleh follow aku di sini ya. Instagram

~ يوس ~

Friday, April 05, 2013

Persiapan menyambut kelahiran baby baru : Barut baby lagi dan baju pinky...:)

Seperti di janjikan pada entri sebelum ni, aku nak kongsi lagi gambar barut baby yang aku beli dari kedai online berbeza pula. Kali ini aku beli dengan mybabycomel.blogspot.com.

Ha! Kan dah kata macam mana tak kena perli, mula-mula kata nak beli 6 aje kan, aku tambah lagi 10 helai barut nko!!!...huhu.

5 helai aku beli yang berwarna, 5 helai lagi warna putih biasa saja. Tapi aku kongsikan yang berwarna saja di sini ya, lupa tadi nak ambil gambar yang warna putih bersih tu, malas dah nak pergi snap guna kamera lagi....ekekek.

Ada 5 helia pelbagai warna dan corak. Punyalah excited kan, pilih yang corak floral, kata baby girl kan. Kalau boy yang keluar pun, pakai sajalah floral design ni, cantik apa...hihi.
Seterusnya, 2 baju pinky .

Aku tunjuk 2 ni sajalah ya. Gambar macam blurr pulak, aiseyyy, takpelah kan. Janji puashati dapat beli baju pink ni. Nampak sangat teringin sangat baby girl lagi kan. Moga Allah perkenankan doa ibu ini...:)
Skaf tutup kepala baby oren kaler tu, Alia punya dulu. Masih cantik dan bersih. Adik pun pakai yang ni oklah kan.

Tukang urut pun aku dah tempah. Dari orang yang sama mengurut aku masa lahirkan Arif dulu. Jamu pun aku beli jamu dia juga, dulu dah serasi, teruskan saja. Apa lagi aku beli? Baby wipes, pampers, napkin, minyak telon semua dah sedia. Mandian baby pun dah ada. Macam dah lengkap aje, kalau ada tertinggal sana sini, nanti boleh cari lagi kan. Baru nak masuk 30 minggu, lambat lagi ha....hehe. Tapi memang kena bersedia awal juga, mana tahu kan. Lagipun lagi lambat, dah makin tak larat nak shopping, jawabnya kang semua online, parah!!!....hehe.

Rasanya cukup dulu perkongsian persiapan menyambut kelahiran baby setakat ini. Salam....

~ يوس ~

Persiapan menyambut kelahiran baby baru: Drawer, lampu tidur, barut dan mandian herba

Betullah, kalau nak rajin update blog, kena mulakan update, dan setiap hari jangan lupa tengok sekejap blog, InsyaAllah akan rajin...hihi.

Ni nampaknya mood dah kembali ok, tu yang rajin sikit, tapi BW masih suam -suam kuku. Nanti ya, akan di terjah satu persatu blog anda semua...:)

Sambung cerita mengenai persiapan nak menyambut baby baru. Apa lagi yang baru aku beli ya? hehe...

drawer untuk letak barang-barang keperluan baby. Lacinya warna pink/purple gitu...haha! Suka tengok warna dia. Lepas tu, lampu tidur yang penutup covernya warna merah. Ada pula model tak bertauliah kat situ, kita nak ambil gambar, dia dok bersilat gaya otomen...hehe
Lampu tidur tu memang dah lama request dari SRD, tapi baru kini mendapat. Rasa dari masa kelahiran Arif lagi...huhu. Aku ni lebih suka tidur bergelap, tapi kalau ada baby, naklah ada cahaya sikit. Teringat masa Arif dulu, pasang lampu 1 yang hujung dalam bilik tu, tapi dah rasa terangnya. Kalau ada cahaya lampu tidur macam ni, best sikit. Nak tukar lampin baby pun, tak gangu sangat orang sebelah tidur kan...hehe alasan je! Kahkahkah.

Lampu tu aku suka sangat, sebab guna sentuhan je nak buka cahaya lampunya. Dah on plug, sentuh pada kaki lampu tu, sentuhan pertama cahaya suram, paling kecil, sentuh kali kedua, sederhana, cerah sikit, sentuhan ke tiga,lebih terang, sentuhan ke empat, gelap semula...hihi. Nice!

Gambar di atas hanya dengan cahaya lampu tidur tu untuk skala sederhana, tapi dah nampak terang pula, mungkin sebab ada flash dari kamera, tapi kalau yang sebenar, tidaklah terang begitu.Hai! ni betul ke untuk baby baru ni? Ibu dia yang terlebih excited kan!!!....kihkihkih.

Barut baby dan mandian herba.
Ok, bab barut ni kononnya tak nak beli baru. Sebab yang turun temurun dari Aqil punya dulu masih ada. Masa Arif pun guna yang tu juga, tapi bila lihat balik barut tu masa nak cuci semula, nampak buruk benar. Kesianlah anak ibu dapat yang recycle punya semua kan.  Maka wajib beli yang baru sikit!

Barut kaler2 ni pun dari masa Arif teringin nak beli, tapi tak jadi beli. Kali ini memang minta keizinan dari SRD, nak beli 6 je! Itu yang aku cakap mula-mula dengan dia. Makanya belilah aku barut bunga-bunga yang belakangnya kaler purple ni dari Barut Enna. Cantik sangat aku rasa, kemas jahitannya, suka!!!

Kemudian berkenan pula dengan mandian herba yang dia jual ni. Dulu masa Arif pun aku ada beli mandian herba ni, memang best je mandi guna tu. Sekali lagi beli dari kedai yang sama iaitu Barut Enna.

Sekarang sedang menunggu lagi barut kaler2 dari kedai online lain pula....hihi. Tulah konon nak beli 6 je, tapi bila dah shopping online tu, rambang mata tau! Berkenan yang lain, siap kena perli dengan SRD, kata hari tu nak tambah 6 je, awat ada lagi...ekekek. Tapi yang tu belum sampai, masih dalam penantian, rasa hari ni sampai kot. Nanti kita kongsi juga ya...hihi.

Ok, cukup dulu perkongsian untuk kali ini. Nanti sambung lagi InsyaAllah.

 ~ يوس ~

Thursday, April 04, 2013

Aqil dan Alia : Meningkatnya usia, ragam pun berbeza.

Hari ni rasa nak cerita pasal Aqil dan Alia. Lama rasa tak bercerita pasal mereka. Sebelum tu saja nak tepek 2 gambar mereka pada masa yang berbeza ini.

Perbezaan wajah dan fizikal mereka dalam tempoh 7 tahun... Tinggi dah hampir sama sebenarnya, rasa sekejap lagi Alia lagi tinggi, walau beza usia 2 tahun. Aqil ni lambat betul tumbesarannya...huhu.
Aqil
2 minggu lagi Aqil ada perkhemahan ke Mersing. Dari mula dapat tahu sampai hari ini, sibuk sangat nak bawa hp untuk perkhemahan. Aku sendiri pun rasa perlu dia bawa hp tu, sebab rombongan sekolah sebelum ni ke KL, rasa risau semacam je bila tak dapat tahu perkembangan dia. Tapi tulah, abahnya belikan hp biasa harga RM68 tu bising dia, nak juga hp ada WIFI, kamera, game canggih semua....hihi. Sorrylah Aqil tak dapat punya!!! Telefon abah beri untuk memudahkan ibu dan abah telefon ya, bukan untuk buat main....ekekek.

Lepas tu sekarang seronok bercerita pasal dia terpilih sebagai pemain bola sekolah, tapi sebagai simpanan saja. Tetap teruja dia, katanya, " Pemain simpanan pun dapat sijil ibu!!" 

Yalah sayang, simpanan pun simpanan lah, ibu sendiri tak percaya je kamu tu boleh main bola, dengan size badan yang kecik nonet, macam takde orang lain je kat sekolah. Tapi simpan dalam hati saja, ibu tetap sokong setiap apa yang Aqil buat ya!

Alia
Sekarang ni tengah giat berlatih setiap petang sebab dia terpilih menyertai koir sekolah, menyanyi dalam bahasa inggeris untuk pertandingan antara sekolah. Dari sebelum cuti sehinga sekarang ni, asyik lah berlatih. Balik sekolah agama je, mulalah ibu ni jadi supir setia hantar dia latihan di sekolah.

Tapi semalam selepas balik latihan, mandi tiba-tiba badan dia panas. Rasa macam dia demam. Mula tu rancak dia bercerita baju apa yang akan dia pakai untuk pertandingan nanti. Tinggal seminggu saja lagi sebelum hari pertandingan. Tiba-tiba boleh demam pulak.

Kerja sekolah masih ada yang belum selesai. Ibu gertak, " Tadi ok je, tetiba boleh demam pulak. Penat sangat latihan nyanyilah ni. Kerja sekolah tak siap pulak tu. Kalau kerja sekolah terganggu tak perlu masuk pertandingan ya! Sampai demam-demam berlatih!"

Lepas makan ubat, terus elok je. Kemudian rajin siapkan kerja sekolah. Balik sekolah pagi hari ini, aku rasa badan dia memang agak suam-suam. Makan pun tak berapa lalu, aku kata tak perlu ke sekolah agamalah. Tapi dia tetap bersemangat, sebab takut aku tak beri dia hadir latihan koir nyanyiannya petang nanti kalau demam. Buat muka sehabis ceria! Aduhlah anak. Penangan seronok dapat masuk pertandingan, tetap menceriakan diri. Kalau tidak biasa, baru panas badan sikit je, " Cikgu kata kalau tak sihat, tak perlu datang sekolahlah ibu!"

Itu memang ayat wajib dia, tapi sekarang lain pula ya?....hihi. Takpe, yang penting kesihatan tu harus di jaga, ibu tetap sokong, anak terpilih wakil sekolah, tak kan ibu tak suka dan bangga kan.

Good Luck untuk kedua anak-anak ibu, Aqil dan Alia. Ibu sayang kamu semua!

~ يوس ~

Wednesday, April 03, 2013

Persiapan menyambut kelahiran baby baru : Set tilam kekabu bayi

Barulah nak rajin sikit cerita pasal persiapan kelahiran anak ke 5 ni. Tu pun bila tengok Huda selalu update pasal persiapan dia...hihi. Aku dengan dia beza EDD lebih kurang seminggu je. Tapi sebab sekarang memang tak rajin buka blog kan, tulah takde cerita. Lebih kepada fb dan instagram.

Ok, rasanya inilah barang yang aku beli mula-mula untuk persiapan kali ini selain dari 2 pasang baju waktu itu. Sekarang dah ada 8 pasang baju baru untuk baby baru. Cukuplah tu rasanya, lain-lain guna baju lama Arif saja.

Set tilam kekabu bayi corak the beatle. Beli dari seorang sahabat yang memang dah semakin berjaya dengan bisnes kekabu dia ni. Sesiapa yang berminat boleh terjah web dia di Bantalkabu ni ya. Macam-macam design ada.
Sebenarnya aku pernah beli set tilam untuk baby ni masa anak sulung Aqil dulu je. Lepas tu takde pun. Masa Arif pun aku guna tilam yang Aqil punya dulu tu juga. Tapi kali ni, tilam baby masa Aqil tu dah teruk benar keadaannya. Makanya bila tengok set tilam kekabu dalam blog Bantalkabu ni semua menarik terus tertarik nak beli. Berkenan yang set ni sebab rasa boleh guna untuk Unisex, baby boy ke,baby girl ke, ok jelah kan.

Kalau di lihat pada set tilam yang di jual di sana, mesti ada 2 bantal peluk. Tapi aku ni tak suka guna bantal peluk untuk baby. Rasa mereka tek perlu pun bantal peluk tu, huhu. Makanya aku minta penukaran sikit, minta bantal karipap 1. Makanya dapatlah aku set seperti dalam gambar di atas.

Mula-mula memang ada minta selimut nipis, tapi kemudian aku rasa tak perlulah, dah berbedung, tak perlu selimut kot baby ni. Tapi Puan Misah yang baik hati, pengusaha Bantalkabu kita ni dalam diam-diam buatkan juga selimut tu untuk aku rupanya. Terima kasih banyak-banyak ya Misah! Bukan itu saja, dapat lagi satu hadiah kecil, kata dia tempat isi pakaian baby untuk di bawa masuk ke labour room. Macam beg serbaguna juga, tapi bukan beg pun, aku tak pasti dia panggil apa, tak ingatlah pulak...huhu.

Ini dia hadiah selimut dan beg serbaguna untuk letak pakaian baby yang kita nak bawa masuk dalam labour room tu. Kira pakaian pertama baby kita yang nurse akan pakaikan nanti.
Ini kira baby belum lahir, dah dapat hadiah pertama. Terima kasih Misah....:).

Bila dah up entri persiapan baby macam ni, rasa lagi tak sabar nak tunggu baby keluar. Baru 29 minggu, huhu tak sabar nak tunggu ke 38 minggu ke atas ni....ekekek.

Ok, nanti akan cuba buat entri untuk persiapan kelahiran yang lain ya. Doakan cik puan blog rajin nak update...:)

p/s: Hari tu aku dah buat scan 3D. Sekali lagi doc kata baby kemungkinan perempuan. Senyum sampai ke telinga bila keluar dari bilik doktor. Harap-harap betullah, tapi kalau lelaki pun, aku gembira, yang penting anak ibu sihat ya sayang.

~ يوس ~

Terima Kasih Nuffnang!

Sejak berbadan dua untuk kali ke 5 ni, aku tahu aku semakin mengabaikan blog. Bulan Januari tahun 2012 aku boleh pos 43 entri, tapi tahun ini hanya 8 entri. Kemudian semakin menurun, Februari 3 entri saja, Mac lebih sikit 4 entri dan April baru yang ke 2. Aiseyy!! Semua jadi malas. Nuffnang pun dah lama sangat tak buka. Tak tahu bila kali akhir buka, yang ingatnya kali akhir aku buka belum pun cecah angka RM100 dalam tu.

Hari ini saja je gatal buka akaun nuffnang yang dah lama tak di jenguk. Sekali tengok, meningkat banyak juga rupanya.

Tak sangka ada juga BE untuk blog yang dah tak rajin update dah tuannya pun dah malas sangat nak berBW. Dan BE Dumex Dugro Core tu baru mula semalam ya! TQ Nuff!
Terima kasihlah Nuffnang. Bolehlah buat tambahan beli barang baby ni...hihi. Ok, konon-konon ni entri motivasi agar cik Puan Blog rajin sikit update dan ber'BW' lepas ni. ..huhu.

~ يوس ~

Monday, April 01, 2013

Pokok - pokok yang berguna bila di tanam

Pokok daun kari, pokok daun limau purut, pokok daun pandan dan daun kunyit. Bila hari petang, aku suka duduk di kerusi tu sambil memandang pokok2 yang ada di sekitar rumah. Rasa tenang dan damai, seronok pun ya juga sebab semua tumbuhan tu hidup subur, harap2 tak matilah semua pokok2 kesayangan aku ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...