Ucapan pertama datang dari suami, sambil lagu di nyanyikan, sayup-sayup kedengaran dari hp kecil aku tu. Di hari lahir suami masih OS, sedih tapi sayu dan gembira dengar suara dia.
Ucapan kedua dari anak ketiga Abid! Pun rasa sayu dengar, lembut dan menusuk je terasa ucapan itu memang dari hatinya. Terima kasih Abid.
Kemudian baru dari Aqil dan Alia. Arif belum pandai lagi memberi ucapan.
Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan kerana memberi aku kebahagiaan sepanjang usiaku ini, semoga diri akan sentiasa berada di bawah rahmatMu, dan hidup dalam sejahtera dunia dan akhirat....Aminn
Juga ucapan dari kawan-kawan fb. Terima kasih semua!
Banyak perkara yang berlaku selama sepi seketika dari blog. Dengan kepala Abid yang berjahit sebab jatuh dari basikal, cuti2 ke Petrosains dan Cameron Highlands, anak2 demam, Abid di tahan wad sebab muntah2 dan cirit birit, konon nak update di blog tapi tak kesampaian...huhu.
Apa pun hari ni nak kongsi berita gembira pertama beberapa hari lepas. Scan baby ke 5 yang berada dalam kandungan ini.Baru berusia 23 minggu 4 hari, alhamdulillah anak ibu sihat dalam kandungan. Semua tumbesaran nampaknya cantik, bunyi jantung cantik, berat pun cantik, kata doktor dah capai berat 586g, alhamdulillah.
|
Gambar scan baby terbaru. nampak dua kaki dan bont*t dia...hihi. |
Apa yang buat ibu tersenyum bila doktor kata, "Awak ada nampak bird ke? Takde kan! Takde mentol tu, InsyaAllah baby girl, tapi kalau salah jangan marah saya pula ya! Biasa scan baby girl ni, ada kemungkinan yang keluar boy!"
Ok! Tak kisahlah tu, yang penting permulaan memang nampak girl. Bunga2 happy dah ada, ibu pun memang tak nampak ada bebird langsung di situ. Alhamdulillah, hadiah birthday paling gembira rasanya buat masa ini. Apa pun yang penting anak ibu sihat, dan keluar dengan selamat. Doakan ya kawan-kawan!Terima kasih! Sayang kamu semua!
~ يوس ~