Ucapan pertama datang dari suami, sambil lagu di nyanyikan, sayup-sayup kedengaran dari hp kecil aku tu. Di hari lahir suami masih OS, sedih tapi sayu dan gembira dengar suara dia.
Ucapan kedua dari anak ketiga Abid! Pun rasa sayu dengar, lembut dan menusuk je terasa ucapan itu memang dari hatinya. Terima kasih Abid.
Kemudian baru dari Aqil dan Alia. Arif belum pandai lagi memberi ucapan.
Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan kerana memberi aku kebahagiaan sepanjang usiaku ini, semoga diri akan sentiasa berada di bawah rahmatMu, dan hidup dalam sejahtera dunia dan akhirat....Aminn
Juga ucapan dari kawan-kawan fb. Terima kasih semua!
Banyak perkara yang berlaku selama sepi seketika dari blog. Dengan kepala Abid yang berjahit sebab jatuh dari basikal, cuti2 ke Petrosains dan Cameron Highlands, anak2 demam, Abid di tahan wad sebab muntah2 dan cirit birit, konon nak update di blog tapi tak kesampaian...huhu.
Apa pun hari ni nak kongsi berita gembira pertama beberapa hari lepas. Scan baby ke 5 yang berada dalam kandungan ini.Baru berusia 23 minggu 4 hari, alhamdulillah anak ibu sihat dalam kandungan. Semua tumbesaran nampaknya cantik, bunyi jantung cantik, berat pun cantik, kata doktor dah capai berat 586g, alhamdulillah.
Gambar scan baby terbaru. nampak dua kaki dan bont*t dia...hihi. |
Apa yang buat ibu tersenyum bila doktor kata, "Awak ada nampak bird ke? Takde kan! Takde mentol tu, InsyaAllah baby girl, tapi kalau salah jangan marah saya pula ya! Biasa scan baby girl ni, ada kemungkinan yang keluar boy!"
Ok! Tak kisahlah tu, yang penting permulaan memang nampak girl. Bunga2 happy dah ada, ibu pun memang tak nampak ada bebird langsung di situ. Alhamdulillah, hadiah birthday paling gembira rasanya buat masa ini. Apa pun yang penting anak ibu sihat, dan keluar dengan selamat. Doakan ya kawan-kawan!Terima kasih! Sayang kamu semua!
~ يوس ~
Hapy besday kak....semoga panjang umur...bahagia bersama family...:-)
ReplyDeleteHarap-harap girl lah..Alia ada kawan. Anak Kak Am pun ada kawan gegirl..
ReplyDeleteHappy Birthday Kak Yus!
Hepi besday Yus,semoga pjg umur dan sentiasa dlm kesihatan yg baik.
ReplyDeleteSemoga nanti bb girl,bb boy pun ok jugakan yg penting sihatkan Yus.
happy birthday kak yus! nak juga ucap sekali lagi wpun dah ucap kat fb. moga Allah terus merahmati seluruh hidup kak yus n keluarga... bahagia dunia n akhirat...
ReplyDeletebestnya dpt bby girl lagi kak. boleh jadi teman kakak alia ye...
tahniah.sonok kan time scan.
ReplyDeletealhamdulillah kak.. :) tumpang gembira :)
ReplyDeletehappy birthday yus.. semoga terus mendapat keberkatan umur dan kemurahan rezeki.. harap2 mmg gegirllah yg keluar nnt.. semoga segalanya dipermudahkan untuk yus dan baby.. take care ya..
ReplyDeleteHaraplah girl yea kak...:) Mesti alia suka.
ReplyDeleteSelamat ulangthaun kelahairan Yus.
ReplyDeleteDoa kakak titip moga terus mendapat limpahan rahmat dah kebahagiaan
Kalau benar bagai dijangka adalah teman buat Alia berbaju kurung kelak:)
happy birthday yus..!!
ReplyDeleteKak, aah lepas nengok gambar scan ni saya terus nengok gambar scan saya, mmg berat anak saya kurang sikit dari anak akak..saya kurang makan la kak terutama malam..tapi anak 1 dan 2 pun camgitu gak, biasa berat tak lebih 10 kg hehe..la ni berat saya baru nak cecah 5kg.
ReplyDeleteselamat hari lahir ucapan di sini pulak .. tahniah kerana bakal mendapat anak ke 5 dan akan sama dengan bilangan anak pakngah.
ReplyDeleteterimalah anugerahNya dengan syukur tak kiralah lelaki ke perempuan.
kejap je dah 37 hari yee yus ..
ReplyDeletealhamdulillah dah leh nampak bb !
tahniah
dan semoga semua dipermudahkan buat yus dan bb ;))
aduhh ieda lak rasa xcited ekeke
tapi x merasa dahh huhuh
37 hari apa ieda?? 37 tu maksudnya 37 tahun umur yus hari ini....konfius pulak ieda ya...:)
Deleteyus dh 37 tahun ye..hehehe..kak ieda tak baca habis la tu...
ReplyDeletetahniah yus inshaa Allah dapat baby girl ye..fieda dh 36 tahun ni tapi rasanya kilang stop kot..hihii
selamat hari lahir yg ke 37..moga semua urusan yus akan dipermudahkan..amin..
ReplyDeletealhamdulillah kak yus, tahniah kak, moga betullah dapat gegurl, eiii seronoknya!!! seronok tgk perkembangan family kak yus ;)
ReplyDeletehappy belated besday Yus.
ReplyDeleteSuka saya dengar kawan2 blogger happy mcm Yus ni. Semoga dipermudahkan sepanjang mengandung ni. Muda2 dah nak masuk 5 org anak. Bolehlah cuba saingi emak adam nanti.
happy bornday kak yus :)
ReplyDeletesy slalu fail kalau tgok scan 2D ni.. x fhm nk tgk jantina celah mana. kalau 3D baru sy reti tgk..hihii
tumpang gembira... moga dipermudahkan semuanyer ye
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletein Sha Allah kak, jika akak bersalin bulan 10,11 atau 12 2013, dikatakan risiko mendapat anak perempuan tinggi, teruskan berdoa.
tahniah kak ;)
Due date akak 13 Jun, kalau nak tunggu sampai Oktober, mau bunting harimau tu Syira...hihi. Memang menginginkan baby girl, tp kalau di takdirkan dapat lelaki pun akak terima dengan gembira,rezeki Allah kan, alhamdulillah.
DeleteSalam kak yus!
ReplyDeletealhamdulillah..sanah helwah ya kak yus.. seronok baca cite2 kak yus tentang ucapan tu..
tahniah! baby dlm keadaan sihat dan semuanya okey! mesti kali ni dpt bb girl..
alhamdulillah..
tumpang gembira :)
Salam Yus..
ReplyDeleteSelamat Ulangtahun yg ke 37 tahun. Semoga terus gembira dan bahagia selalu bersama keluarga tercinta.
Akak doakan Yus akan dapat baby girl...(Mudah-mudahan dengan izin Allah,) tapi kalau baby Boy ok jugak..janji sihatkan..:)
selamat ulang tahun Yus, semoga sentiasa bahagia. Wah, seronok tgk gambar scan baby, yatie juga yg tak pernah2 reti cemana nak tgk baby dlm gambar scan tu... asyik dok tanya, mana? mana? hu hu.. alia mesti nak kawan kan? tak apalah.. pink ke blue ke, janji dia sihat dan selamat. Aaamiin...
ReplyDeletetahniah yus..
ReplyDeletedouble gembira di hari lahir...
sekejaptu nanit.. moga dipermudahkan semuanya...