Thursday, January 17, 2013

Drama ibu dan anak : Aku yang kalut ke dia yang kalut...huhu

Cerita Aqil lagi. Dua entri hari ini cuma cerita dia aje nampaknya.

Tak tahu aku yang terlebih kalut atau dia, tapi bila di ingat semula kejadian ini senyum sorang aku. Rasa sayangnya aku pada dia bertambah selepas itu. Lain pula perasaan itu....

Al-kisahnya hari ini dia kata pagi ada latihan bola sepak. Orang tengah berkobar nak main bola, kalau boleh semua latihan dia nak ikut. Makanya bila pulang dari sekolah tadi, aku lihat dia tidak memakai cermin matanya.

Dalam kereta, bila aku tanya mana cermin mata dia? Dia kata dia simpan dalam kotak cermin matanya. Masa latihan bola dia tak mahu pakai sebab takut jatuh dan pecah. Kemudiannya dengan muka yang yakin dia buka beg dan keluarkan kotak cermin mata dia tu.

"Ibu tengok ya! Aqil simpan dalam ni. Jadi ibu janganlah risau ya".

Sekali bila dia buka kotak tu, "Eh! Ibu cermin mata Aqil mana? Alamak! Aqil dah letak sini tadi, kawan Aqil ada ambil ke? Alah ibu!!!Macam mana ni?"

Sambil dia membebel sendiri, terus air mata dia mengalir dengan mukanya yang kalut, takut dan kecewa kerana dia sendiri tak percaya cermin matanya dah hilang.

"Ha! Kan, ibu dah pesan jaga betul-betul. Mana Aqil letak cermin mata tu! Tak kan kawan Aqil ambil pulak?" 

Rasa nak marah pun ada sebab rasa dia cuai, tapi aku tahan dulu tak mahu bertindak melulu.

"Alah ibu, sorry ibu!Aqil tahu cermin mata tu mahal. Aqil ingat Aqil dah simpan. Betul ibu! Aqil tak tipu. Agaknya tertinggal bawah meja tak ibu? Aduh!!! Mana Aqil letak ni?"

Serius aku tengok muka anak sendiri yang kalut macam tu, teringat diri sendiri....hihi.(SRD selalu kata aku kalut tak menentu). Aku pun cuak juga. Cermin mata baru pakai tak sampai seminggu dah hilang. Mau kena bising dengan abahnya nanti.

" Patah baliklah ibu, nanti Aqil cari. Dalam kelas kot. Ibu janganlah marah Aqil eh!" Dia dah menangis tersedu-sedan.

Sampai rumah, tanpa dia keluar dari kereta, aku suruh adik-adiknya yang di rumah cepat masuk kereta pula untuk ke sekolah agama. Kemudian aku terus memandu semula dengan laju. Singgah dulu di sekolah kebangsaan, tinggalkan Aqil yang mahu mencari cermin matanya, kemudian aku teruskan perjalanan ke sekolah agama pula untuk hantar Alia dan Abid. Selesai semua, patah balik ke sekolah kebangsaan sambil menunggu Aqil dalam debar. Sepanjang masa itu,hati tak berhenti berdoa, adalah hendaknya cermin mata Aqil tu, Janganlah ianya hilang....huhu.

Selang beberapa saat, nampak dia tersenyum dari jauh dengan cermin matanya sudah di pakai. "Nasib baik ada ibu! Ada bawah meja rupanya", katanya riang.

Tak tahu apa sebenarnya perasaan aku masa tu, tapi sambil aku mengingatkan dia semula agar beringat dan jangan lupa lagi meletakkan barang kepunyaannya walau di mana, air mata sendiri menitis.Hihi, terlebih emosi pulak, tiba-tiba hati terusik.

"Aqil minta maaf ibu, Aqil tahu. Lain kali Aqil ingat betul-betul. Mahal kan ibu nak beli cermin mata tu!"

Hatiku tersentuh lagi dengan kata-katanya. Syahdu tiba-tiba. Sebenarnya aku sendiri kalut mula-mula tu sebab cermin matanya tiada. Nak marah tapi terfikir aku sendiri pun ada masa terlupa akan sesuatu.Syukur masih di izinkan olehNya untuk cermin mata itu berkhidmat lama lagi bersama Aqil. 

Dan tadi bila aku hantar dia ke sekolah agama, aku cium pipinya lama sebelum dia pergi. "Ibu ni kenapa? Overlah ibu ni, malulah Aqil!"

Hahaha, kan dah kena sound dengan dia. Tak tahulah Aqil. Ibu rasa Aqil dah semakin matang, walau ada masa masih ke anak-anakan. Mungkin cara ibu layan Aqil tu ada masa salah. Ibu sendiri sebenarnya perlu banyak perbaiki diri. 

Betullah kan. Dalam kita mendidik anak-anak, kita juga sebenarnya mendidik diri kita untuk lebih bersikap matang. Ada masa anak juga mengajar kita sesuatu, jadi jangan anggap kita lebih tua, semua kita tahu.

Listen! Listen! Listen! Dengar dulu apa yang anak kita ingin sampaikan, sebelum kita perbetulkan apa yang kita rasa tak betul, tak gitu?!

~ يوس ~

Bila dia di beri satu kepercayaan dan tanggungjawab di sekolah

Dalam kereta sewaktu pulang dari sekolah:-

Aqil: Ibu Aqil dapat masuk kelab Softball di sekolah.

Ibu: Aqil pilih ke cikgu yang letak nama Aqil dalam kelab tu.

Aqil: Cikgu yang tentukan, tak boleh pilih pun. Lepas tu semua kawan-kawan pilih Aqil jadi bendahari ibu. Bendahari tu tugas dia macam mana?

Ibu: Bendahari tu kira macam penjaga duit kelab le. Nanti kalau ada yuran kelab perlu di bayar, Aqil bantu cikgu tolong kutip duit yuran dari kawan-kawan. Tanggungjawab dia berat juga tau! Kalau hilang Aqil pula yang kena ganti nanti. 

Aqil: Ooooo, HABIS KALAU ADA LEBIH AQIL BOLEH AMBIL?

Ibu: (Aduh! Salah faham konsep anak ibu ni! Tepuk dahi sendiri sebelum beri jawapan pada dia....hihi). Mana boleh! Itu bukan duit Aqil, kalau Aqil ambil kira Aqil dah pecah amanah. Tak boleh macam tu. Biasa kalau ada lebih, selepas beli apa-apa yang perlu untuk kelab, bolehlah di bawa ke tahun hadapan, bukannya Aqil simpan tau!

Pagi tadi sebelum ke sekolah sempatlah bercerita dengan abahnya pasal hal yang sama. Abahnya pun beri penjelasan lagi untuk dia lebih faham. Tapi ada pula pernyataan lain dari dia.

Aqil: Kalau kelab nak beli apa-apa tak cukup duit, takpelah abah. Aqil ada RM100 dalam dompet, boleh guna duit Aqil tu.

Aiseyyy, murah hati pulak dia...hihi.

Anak baru nak belajar pegang tanggungjawab, tapi ada rasa gembira juga sebab kawan-kawan boleh percaya pada dia dan di lantik menjadi bendahari atas undi dari mereka. Ke mereka saja nak mengena ya! Sebab dulu2 waktu sekolah ada je kawan yang macam tu, saja nak mengena kawan, maka orang tu yang di pilih menggalas tanggungjawab. Takpe dari situlah kita biasanya belajar kan.

p/s: Sebenarnya bila anak kita belajar sesuatu yang baru setiap hari, kita sebagai ibu pun belajar benda baru juga kan. Masa nilah baru faham, ini agaknya perasaan ibu kita masa kita pun belajar perkara sama dulu. Satu perasaan yang tak tahu nak di luahkan dengan perkataan...hehe.


~ يوس ~

Tuesday, January 15, 2013

Wajah terbaru mereka : Aqil dan Alia

Yang seorang memang sudah sedia maklum dia seorang yang rabun. Dari umurnya 5 tahun di UK doktor di sana memaklumkan dia perlu berkaca mata. Teringat di sana kalau kanak-kanak, makanya kos untuk membuat cermin mata adalah percuma. Tapi di sini, satu cermin mata sudah beratus-ratus harganya walaupun untuk kanak-kanak...huhu.

Namun sejak berada di tahun 3 akhir, dia selalu tak mahu bercermin mata ke sekolah. Katanya ada seorang guru ni selalu panggil dia budak spec, dia malu. Bila di suruh pakai, dia jawab, "Aqil nampak ibu! Takpe!"

Ketika itu power matanya hanya 50 tapi dia mempunyai masalah silau yang agak tinggi. Kemudian bila adiknya Arif patahkan cermin matanya, terus dia kata tak mahu dah buat baru. (Kes malu dengan siapa entah)

Sejak tahun lepas, si adik pula Alia yang selalu mengadu tak nampak di kelas. Dia selalu kata, bila cikgu tulis di depan, dia tak boleh nak salin, dan terpaksalah dia salin dari kawannya di sebelah. Aku dah agak, ni mesti kes rabun juga. Tapi cuma menyangka rabunnya masih di tahap biasa, tak sampai 100 pun powernya aku kira.

Awal tahun ini baru berkesempatan buat pemeriksaan mata untuk kedua-dua mereka semula. Terkejut bila pegawai Optometrist tu kata, Alia rabun matanya dah capai tahap 250 untuk kedua-dua mata. Aduh!!! Patutlah kalau tengok tv pun mata di kecikkan macam apa je. Nilah akibat suka sangat baca buku sebelum nak tidur kot. Kadang tu kita dah tutup lampu pun dia masih membaca dengan bantuan cahaya lampu dari luar saja...huhu. Kalau baca buku pelajaran tu takpe juga, ini balik-balik komik, majalah, buku cerita. Tapi alhamdulillah Alia takde masalah silau cuma rabun yang teruk sikit.

Kemudian periksa mata Aqil pula, kan dah kata, rabun matanya dah bertambah, terus jadi 100 belah kanan, dan silau matanya juga meningkat. Ni memang sebab suka sangat main komputer ni. Makanya kedua-dua kini berkaca mata. Wajah baru anak-anak ibu di awal tahun ini. Harap dapat menjaga cermin mata itu dengan baik, sebab bukan murah harga satu-satu tu ya. Kalau kat UK yalah, boleh dapat free untuk kanak-kanak...huhu.

Yang seorang baru balik sekolah kebangsaan, yang seorang lagi baru nak pergi sekolah agama. Gambar terbaru sebentar tadi,
Aqil di sarankan memakai cermin mata yang berubah jadi gelap bila terkena lebih cahaya matahari. Takut juga cikgunya marah, kata nak melawa pula, tapi optometrist tu kata perlu sebab silau matanya agak tinggi. Maka dapatlah surat pengesahan untuk mereka yang berkenaan kalau ada yang bertanya.

Baru tahu kanta yang boleh berubah menjadi redup/gelap bila terkena cahaya matahari ni di panggil photogrey
Ibu dan abah dah memang rabun, anak-anak pun ikut rabun. Sekolah rendah dah perlu bercermin mata, kesian pula anak-anak ibu. Tapi Alia tu sukahati berkaca mata, dia kata, "Kawan-kawan Alia cakap Alia comel ibu pakai cermin mata!"

Perasanlah tu! Aqil masih macam dulu, kurang minat nak bercermin mata, tapi kali ini memang kena bertegas dengan dia, takut rabun power matanya bertambah lagi.

Apa-apa pun dua-dua anak ibu memang nampak berbeza sikit berkaca mata, lebih nampak matang kot...hehe.



~ يوس ~

Friday, January 11, 2013

Aksi akrobatik Arif!

Sudah lama juga tak bercerita mengenai anak manja ibu Arif di sini. Hari ini cuma nak letak gambar je sebenarnya. Fresh lagi gambar ni. Baru je ambil 40 minit yang lalu.

Ini memang hobi dia sekarang. Pantang ada dalam bilik ni, inilah aksi dia. Berakrobatik juga bergimnas. Selain itu ada juga aksi ultraman dyna dia...hihi. Siap tunjuk bontot tu....huhu.

Lagi kita tegur lagi dia buat. Ini nasib baik aku dah alihkan beg tangan aku. Biasa aku suka sangkut beg tangan di situ. Makanya beg tangan tu jadi tempat dia bergayut. Sampai dah nak putus tali beg tu. Nasib abah dia kata, nanti kita beli baru ya bu....hehe.

Ini gambar candid taken by Arif. Lepas dia tahu kita ambil gambar dia, sibuk kata, "Ayip pulak." Kononnya nak ambil gambar kakaknya, tapi jari-jari comel dia tu sibuk dekat lensa kamera tu kan, makanya inilah hasil gambar tu. Nampak muka kakak Alia sikit je di balik jari-jari dia yang comel tu...huhu.
Ini pula gambar semasa nak ke majlis persandingan pakngahnya di rumah pengantin perempuan 15 Dis yang lalu. Apa saja kakaknya buat, dia nak buat. Arif memang adik manja kakak. 
Siapa yang rindu nak lihat aksi Arif, harap dah terubatlah ya...hehe.

~ يوس ~

Thursday, January 10, 2013

Bertemu kita lagi ya As, di majlis persandingan Khairul dan Eina.

Ok. Ni cerita basi, tahun 2012 tapi nak juga letak di blog. Kenangan ni, entah bila tahun dapat bertemu lagi sahabat kami ini. Sejak mereka balik dari Jepun, inilah baru berpeluang bertemu. Walau kini dah dekat, tapi masih lain negeri tak gitu As. (Eh! Sepelaung je sebenarnya ekk?...hihi)

Siapakah yang aku maksudkan tu ya? Dia juga merupakan teman blogger kita semua. Aku percaya ramai yang baca blog dia, dan sekarang ni sejak balik Malaysia dah jarang sangat update, sibuk sangatlah tu.

Sahabat yang aku maksudkan ialah pemilik blog Asmara Life, Puan Asmara kita sekeluarga. Seronok dapat jumpa mereka sekeluarga di majlis persandingan adikku Khairul dan Eina 16 Disember yang lalu. Selain itu, kami juga berpeluang berjumpa dengan seorang lagi teman yang sama2 rapat suatu ketika dulu, Kak Niza sekeluarga.

Sedikit gambar kenangan kami semasa majlis pada hari itu.

Aku bersama As, Alia anakku, makcikku merangkap adik emakku di sebelah kanan dan juga pengantin. Ini majlis di rumah bonda dan ayahandaku di Melaka.

Sakan berborak hari itu. Nasib baik juga ketika mereka sampai, tetamu dah berkurang, makanya dapatlah berborak lama sikit kan As. Lauk pun ada yang dah habis. ..huhu. 
Selain itu, pertemuan dua rakan sebaya yang malu-malu kucing. Macam tak pernah kenal pun ya juga mereka ni. Maklumlah dulu mereka masih bayi lagi sekarang ni dah besar dah, masing-masing dah tahun 3 di sekolah. Mereka lahir di hospital yang sama di Sheffield tu, Jessop Wing in memory...hehe. Siapakah dua rakan sebaya itu?

Gambar ketika mereka berdua masih baby lagi, tahun 2005 rasanya masa ni, di rumah As di Sheffield masa tu. Alia dan Batrisya (anak sulung As). Cer teka mana satu Alia, mana satu Batrisya...hehe.

Mereka terkini, dah besar keduanya, yang sorang tu sampai ke besar tetap macam anak Jepun...hihi. Batrisya lahir bulan Oktober, Alia Disember tahun yang sama. (Baru perasan, abang rela kat belakang 3 orang tu bukan main bersilang panggung ya, al-maklum tetamu dah tak ramai ya...hihi)
Ini pula gambar pasangan pengantin yang di rai. Baju tema merah hitam ni sebenarnya ketika majlis di rumah pengantin perempuan, majlis di rumah bonda dan ayahku baju pengantin bertemakan hitam dan putih seperti gambar pertama tadi
Selamat pengantin baru buat adikku dan pasangannya serta Selamat Kembali ke Malaysia buat teman blogger kita As sekeluarga. Moga terus sukses walau di mana juga kalian berada. 

Buat Batrisya, Sekolah kat Malaysia tak best ya? Alahai, kesiannya dia. Baru lagi, InsyaAllah, lama2 nanti mesti Batrisya rasa sekolah di sini pun best, cuma stress sikit kot, penat dan banyak sangat kerja, beg pula berat penuh dengan buku ya, cikgu garang sangat. Adeh! kena ubah sikit kot sistem pembelajaran kita ni, sampai mereka yang biasa dengan sistem pendidikan di negara luar rasa tertekan pula dengan sistem kita kan. Hmmm.....Siapa nak jawab? Cikgu-cikgu ada jawapan?

p/s: teringat As kata dengan aku hari itu, "Tak nampak pun macam kak yus pregnant?" Kandungan baru 4 bulan, janganlah expect perut aku besar ya, hihi....kalau dulu masa Arif, dah 9 bulan pun ada yang ingat kandungan baru 6 bulan, tak tahulah kali ni, selera makan memang mencanak naik, berat baru 4 bulan dah 66kg, dulu masa Arif, tunggu hari je lagi, baru 69kg...huhu.
~ يوس ~

Wednesday, January 09, 2013

Cerita Abid lagi....

Ini kisah semalam. Balik dari sekolah agama dia beritahu cikgu dah beri buku tulis. (Punyalah lambat cikgu dia ni nak beri buku, bayar duit buku dari tahun lepas dah -31/12/12..hihi).

" Abid baru tulis nama pada satu buku je ibu, sebab buku tu cikgu dah suruh Abid buat kerja. Yang lain belum."

Malamnya barulah sempat aku nak semak berapa buah buku dia dapat dan tulis nama pada buku-buku tersebut. Bila di semak semula nama yang dia tulis pada satu buku tu, ini hasilnya.

Bukan saja susunan huruf terbalik, bentuk huruf pun dah berpusing. (Kualiti gambar kuang jelas, ambil guna hp je pun)
Alasan di beri bila di tanya kenapa tulis terbalik?

"Abid tak ingat macam mana nak tulis jawi. Habis tu, buku tu kan dia mula dari kanan, betullah Abid tulis kan."


Hahaha, ketawa kami satu keluarga. Budak yang suka tulis terbalik ni, selalu di kaitkan dengan masalah dislexia kan. Kalau kes yang teruk tu, ada yang sampai tak boleh membaca pun ya. Mereka nampak macam tulisan tu menari-menari, sebab tu tak boleh nak di baca.

Abid memang kadang-kadang suka tulis terbalik, tapi tak semua huruf. Selalu yang jadi mangsa huruf 'b', 'd', 's'. Tapi dia dah boleh membaca dengan baik cuma kalau perkataan tu panjang sikit, lama sikit le baru berbunyi. Jadinya masalah dia takdelah teruk sampai kena jumpa pakar kan. Cuma dia ni sedikit kreatif lah kot.  Dan aku baca budak lelaki ni di awal pembelajaran memang selalu ada masalah begitu. Hmmm, tapi Aqil dulu takdelah pulak.

Kali ni bila dia tulis namanya begitu atas alasan yang diberi tu, memang aku ketawa habis. Abid! Oh Abid! Sedikit unik anak ibu yang ke tiga ni. Tolong jangan ulang lagi ya. Lepas ni buku sekolah agama sila tulis dalam jawi ya nak....hehe.

~ يوس ~

Friday, January 04, 2013

Ragam anak sekolah di tahun 1

Hari ini baru hari ke 3 bersekolah. Cerita hari pertama pada entri yang lepas. Ni nak letak cerita ragam Abid untuk hari ke 2 dan ke 3 pula. Tapi serius aku malas nak taip berulang kali. C&P dari status aku di fb jelah ya......hihihi.

Ini status aku semalam.

Ini status hari ni.
Bila di fikir-fikir kan kembali, tak sangka sebenarnya Abid dah masuk tahun 1. Terasa macam dia kecik saja lagi.

Comelnya Abid semasa kecil masih kekal di ingatan ibu.
Gambar terbaru sebelum ke sekolah pada hari orientasi tahun 1 29 Disember yan lalu. Masih tetap comel macam dulu kan...hihi.
All the best Abid. Ibu sentiasa doakan yang terbaik buat semua anak-anak ibu.

~ يوس ~

Thursday, January 03, 2013

Hari Pertama Sekolah 2013

Aduhai!!! Lambatnya mood aku untuk menulis di sini nak datang. Tapi fb masih lagi aktif. Siapa yang ada add aku di fb tu, tahu juga perkembangan kami sekeluarga kan. Tapi selalunya di blog, celoteh aku lebih panjang. 

Dari komen, ramai yang lebih rindu nak baca cerita dan lihat anak-anak aku daripada dengar cerita aku...

Semalam hari pertama sessi persekolahan 2013. Menariknya Abid dah masuk tahun 1. Alhamdulillah, semua anak-anak ibu memang tidak ada masalah untuk ke sekolah. Berdikari sendiri, takde adegan air mata atau yang seumpamanya. Ada juga lihat status rakan di fb yang datang ke sekolah waktu rehat untuk perhatikan anak mereka yang baru masuk ke tahun 1. Aku tak pernah terfikir nak datang pun untuk itu selama ini. Dari Aqil, Alia dan kini Abid. Alhamdulillah, mereka semua ok pada hari pertama mereka masuk sekolah.

Dari kiri Abid (tahun 1), Alia (tahun 3) dan Aqil (tahun 5) 
Anak-anak aku ni selang 2 tahun, cuma Arif dengan Abid selang 4 tahun, tapi baru ni masa kenduri kahwin rumah seorang sahabat, ada suara berkata, " Ni anak setahun sorang  ya?" . Tulah semua comel-comel je, jadi ramai yang ingat selang setahun.....


Gambar petang sewaktu ke sekolah agama. Alia yang bawa Abid ke kelasnya, aku hantar sampai depan pagar je, tak turun pun dari kereta.
Komen dari abang dan kakaknya tentang Abid di hari pertama sekolah.


  • "Ibu! Abid tu suruh Aqil tunggu dia waktu rehat dekat depan tandas, tapi dia takde pun. Aqil cari dia sampai kelas pun takde, rupanya dia dah pergi rehat dulu dengan kawan dia, sampai Aqil yang lambat pergi rehat!"
  • "Abid tu ibu main panjat-panjat kat tiang bendera macam monyet je ibu! Lepas tu suka buat lawak apa ntah, kawan-kawan Alia semua kata, adik nko ni boleh masuk rajalawak lah!
Cerita di sekolah agama pula, Alia keluar lambat dari sekolah. Tunggu punya tunggu, punya tunggu sampai murid semua dah hampir lengang baru nampak muka dia. Mula nak membebel sebab dia lambat sangat, tapi buka je pintu kereta, " Ibu!!! Abid tu takde pun. Puas dah Alia cari!!!".

Tak sedar adiknya Abid dah lama berada di dalam kereta di kerusi depan. "Eh! Abid dah masuk kereta? Bila Abid keluar? Kenapa tak tunggu Alia"

Adiknya dah keluar awal-awal lagi siap main-main lagi kat tempat duduk depan sekolah tu. Bila kakaknya membebel marah, dia boleh jawab dengan selambanya, " Abid tahulah ibu selalu tunggu mana. Kan dulu Abid yang selalu ikut ibu ambil Alia!"

Muncung je muka kakak, punyalah dia risau adiknya tak jumpa ibu, takut adiknya hilang entah kemana, adik  rupanya lagi bijak dari dia. ...hihi .

Hari kedua nampaknya biasa saja. Selamat kembali ke sekolah buat semua anak-anak ibu. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Arif? Ok je di rumah jadi peneman aku yang setia....hehe.

GTG. Nak jemput Alia dan Abid balik dari sekolah dah.


~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...