Friday, January 11, 2013

Home » , » Aksi akrobatik Arif!

Aksi akrobatik Arif!

Sudah lama juga tak bercerita mengenai anak manja ibu Arif di sini. Hari ini cuma nak letak gambar je sebenarnya. Fresh lagi gambar ni. Baru je ambil 40 minit yang lalu.

Ini memang hobi dia sekarang. Pantang ada dalam bilik ni, inilah aksi dia. Berakrobatik juga bergimnas. Selain itu ada juga aksi ultraman dyna dia...hihi. Siap tunjuk bontot tu....huhu.

Lagi kita tegur lagi dia buat. Ini nasib baik aku dah alihkan beg tangan aku. Biasa aku suka sangkut beg tangan di situ. Makanya beg tangan tu jadi tempat dia bergayut. Sampai dah nak putus tali beg tu. Nasib abah dia kata, nanti kita beli baru ya bu....hehe.

Ini gambar candid taken by Arif. Lepas dia tahu kita ambil gambar dia, sibuk kata, "Ayip pulak." Kononnya nak ambil gambar kakaknya, tapi jari-jari comel dia tu sibuk dekat lensa kamera tu kan, makanya inilah hasil gambar tu. Nampak muka kakak Alia sikit je di balik jari-jari dia yang comel tu...huhu.
Ini pula gambar semasa nak ke majlis persandingan pakngahnya di rumah pengantin perempuan 15 Dis yang lalu. Apa saja kakaknya buat, dia nak buat. Arif memang adik manja kakak. 
Siapa yang rindu nak lihat aksi Arif, harap dah terubatlah ya...hehe.

~ يوس ~

24 comments:

  1. Replies
    1. memang ligat dia ni huda, penat nak kejar kadang tu...huhu

      Delete
  2. yus,

    dah aksi menunjuk montot, baru pasan, Arif dah diaperless yek?tak nampak cam pakai diapers pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh! Taklah kak ina, masa guna diapers lagi dia, belum pandai nak beritahu kita, dia selalu cakap bila dah melepas...huhu.

      Delete
  3. Memang kakak dah rindu nak tengok aksi budak ligat yg satu ini Yus. Boleh pulak dia bergayut macam tu hihi... Arif sinilah auntie nak peluk ketat-ketat cuba boleh lari tak? Heee... geram tau:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dia lari kak, kalau tak boleh lari pun, dia jerit kuat sampai kita lepaskan...huhu

      Delete
  4. wah boleh jadi ahli jimastik satu hari nanti

    ReplyDelete
  5. Nasib baik setakat letak satu beg tangan aje kat treadmill tu. Ada org tu dah jadi tempat sangkut baju ... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi, siapa tu ya yang buat treadmill tu jadi tempat sangkut baju? Macam ada pengalaman je YB...hehe

      Delete
  6. Comelnya Arif ni..
    Kuat betul tangan dia sampai boleh bergantung macam tu..

    ReplyDelete
  7. mmg aktif dia ye.bestnye tengok alat sukan tu kaler ijau tu

    ReplyDelete
  8. hahaa...comel..nak ambik gambar tapi jari tutup lens eh..hehehe..

    anak dara saya pun suka bergayut kak..berapa kali dah jatuh..risau..

    ReplyDelete
  9. dah besar Arif yer...siap dah pandai buat aksi akrobatik lagi...

    ReplyDelete
  10. hu hu... memang boleh jadi pelapis gimnas n akrobatik ni yus!

    ReplyDelete
  11. Amboiii Arif, lasaknya. Kita tengok pun seriau. Takut tangan terlepas, kepala kena besi treadmill di bawah tu. Bahaya.

    ReplyDelete
  12. ya tuhan .. anak lelaki kan yuss ! ;)

    ReplyDelete
  13. Wah...dah pandai buat aksi akrobatik ya...lasak betul arif ya ....

    ReplyDelete
  14. Salam kak yus...
    hai arif.. hehehe..menjadi2 aksi die ni...
    nasib bek x ajak ibu buat akrobatik sekali.. :p

    ReplyDelete
  15. wah!... arif mmg aktif betul ni.... sama ngan yasmin bila amblil gambar tertutup lens semuanya

    ReplyDelete
  16. arif leh masuk gimnastikni.. aktifni..

    ReplyDelete
  17. hamboiii budak ensom aktif yer..

    ReplyDelete
  18. Amboi arif bukan main lg bergayut ya,jgn jatuh sudah.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...