Thursday, January 17, 2013

Home » » Bila dia di beri satu kepercayaan dan tanggungjawab di sekolah

Bila dia di beri satu kepercayaan dan tanggungjawab di sekolah

Dalam kereta sewaktu pulang dari sekolah:-

Aqil: Ibu Aqil dapat masuk kelab Softball di sekolah.

Ibu: Aqil pilih ke cikgu yang letak nama Aqil dalam kelab tu.

Aqil: Cikgu yang tentukan, tak boleh pilih pun. Lepas tu semua kawan-kawan pilih Aqil jadi bendahari ibu. Bendahari tu tugas dia macam mana?

Ibu: Bendahari tu kira macam penjaga duit kelab le. Nanti kalau ada yuran kelab perlu di bayar, Aqil bantu cikgu tolong kutip duit yuran dari kawan-kawan. Tanggungjawab dia berat juga tau! Kalau hilang Aqil pula yang kena ganti nanti. 

Aqil: Ooooo, HABIS KALAU ADA LEBIH AQIL BOLEH AMBIL?

Ibu: (Aduh! Salah faham konsep anak ibu ni! Tepuk dahi sendiri sebelum beri jawapan pada dia....hihi). Mana boleh! Itu bukan duit Aqil, kalau Aqil ambil kira Aqil dah pecah amanah. Tak boleh macam tu. Biasa kalau ada lebih, selepas beli apa-apa yang perlu untuk kelab, bolehlah di bawa ke tahun hadapan, bukannya Aqil simpan tau!

Pagi tadi sebelum ke sekolah sempatlah bercerita dengan abahnya pasal hal yang sama. Abahnya pun beri penjelasan lagi untuk dia lebih faham. Tapi ada pula pernyataan lain dari dia.

Aqil: Kalau kelab nak beli apa-apa tak cukup duit, takpelah abah. Aqil ada RM100 dalam dompet, boleh guna duit Aqil tu.

Aiseyyy, murah hati pulak dia...hihi.

Anak baru nak belajar pegang tanggungjawab, tapi ada rasa gembira juga sebab kawan-kawan boleh percaya pada dia dan di lantik menjadi bendahari atas undi dari mereka. Ke mereka saja nak mengena ya! Sebab dulu2 waktu sekolah ada je kawan yang macam tu, saja nak mengena kawan, maka orang tu yang di pilih menggalas tanggungjawab. Takpe dari situlah kita biasanya belajar kan.

p/s: Sebenarnya bila anak kita belajar sesuatu yang baru setiap hari, kita sebagai ibu pun belajar benda baru juga kan. Masa nilah baru faham, ini agaknya perasaan ibu kita masa kita pun belajar perkara sama dulu. Satu perasaan yang tak tahu nak di luahkan dengan perkataan...hehe.


~ يوس ~

17 comments:

  1. hehe,,aduiy,,nak tambah duit sendiri ye,,baik hati dia,,aqil mesti dikenali kat sekolah ni,,tu yang dapat jawatan tu,,tahniah aqil..

    biasanya sek rendah ni,suri duk tengok jarang diaorng nak pekenakan kawan,,,biasanya diaorang lantik atas diaorang tengok kawan tu lebih 'berkebolehan'

    ReplyDelete
  2. moga aqil akan menjadi bendahari yang berjaya!

    ReplyDelete
  3. Jadi bendahari tanggungjawab berat. Saya dah pernah rasa, huhu. Tapi baguslah aqil kecik2 dah ada tanggungjawab kan.

    ReplyDelete
  4. Bgosnya bendahari ni....siap nak tmbh duit sendiri.....hehe....biasla....bebudak kan....kita orng tua ni la yg main peranannya....:-)

    ReplyDelete
  5. bagus aqil.. semoga aqil dpt menjalankan tanggungjawab dgn baik ye syg.. :)

    ReplyDelete
  6. salam...pcl singgah sini, ...anak2 kita kena bg sokongan kat depa. Bagus ada ibubapa mcm kamu.

    ReplyDelete
  7. Tahniah Aqil...jalankan tanggungjawab dengan baik tau...Jangan tambahkan duit Aqil tau kalau duit persatuan tu kurang...he..he..:)

    ReplyDelete
  8. xpe..ni semua pengalaman...insyaallah dia boleh laksanakan dgn baik tu nanti..

    ReplyDelete
  9. doakan saje anak2 kita tu ye

    ReplyDelete
  10. betul yus .. memang kena paham kan anak2 dari mereka kecil lagi nie
    bila mereka ada tanggungjawab , insyaallahh mereka akan ingat ;)

    wahh wajah baru blog yus .. cantik background blog ;)

    ReplyDelete
  11. hahaha..kak yus.. aqil sangat comel!

    ReplyDelete
  12. Yang penting mereka faham bidang tugas mereka. Kena maklumkan dengan jelas, supaya mereka tak keliru.

    ReplyDelete
  13. maman lak sibuk ckp cikgu suruh dia jadi ketua kelas.. maybe sebab dia tinggi kot.. hahaha

    ReplyDelete
  14. penah jd bendahari masa skolah rendah
    duit kelas hilang rm16
    ada budak curi
    nanges saya tau

    ReplyDelete
  15. Salam kak yus..
    lama cma tak jgk sini..

    rupanya link blog kak yus hilang dari bloglist cma.. huhu..

    hihi..aqil ni jujur orangnya..alhamdulillah..
    selamat belajar menggalas t'jwb sgi bendahari ye aqil@ :)

    ReplyDelete
  16. hehe soklan & jawapan anak2 ni buat kita rasa macam2.. speechless hehehe

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...