Semalam tarikh 14hb November 2011 bermulalah episod baru buat anak bujangku Aqil. Beralih ke satu fasa baru, selamat sudah dia berkhatan dengan kaedah
Alisklamp di Putra Specialist Hospital Batu Pahat, alhamdulillah.
Benar juga kata orang, bila dia dah sebut sendiri nak berkhatan tu baik segerakan, jadi perasaan takut pada diri anak tu kurang sikit. Aqil nampak selamba dan steady saja sepanjang di khatankan. Good boy Aqil.
|
Ini ketika mula-mula sampai di hospital dan baru selesai buat pendaftaran. Tempahan untuk berkhatan sebenarnya dah di buat sebelum cuti sekolah lagi, semalam ada 5 peserta kesemuanya yang berkhatan di PSHBP. Setiap orang yang mengikuti program berkhatan di sini di beri satu goodies bag yang di dalamnya berisi 1 tin biskut Munchy, 1 helai kain pelikat, 2 bekas kacang (jajan), satu pamplet panduan & maklumat selepas berkhatan dan paling best kata Aqil sebab dapat angpow berisi duit RM10. Tu pasal tersenyum lebar sampai keluar dimple tu.....hehe. |
|
Proses berkhatan sedang berjalan. Aqil orang kedua di khatankan semalam. Sepanjang berada atas katil tu doktor suruh dia baca Al-Fatihah. Dok ulang-ulang baca dari mula naik katil sampai semua selesai. Sampai tersasul-sasul pun ada....hihi. Tapi dia memang nampak bersedia, sekali sekala mukanya berkerut menahan sakit kot, tapi semuanya berjalan lancar dan berjaya, alhamdulillah. |
Aku memang tak mahu lepas peluang untuk turut berada dalam bilik OT tu. Anak sulung berkhatan, satu pengalaman yang tak dapat di lihat lagi lain kali. Haruslah tak lepas peluang kan walau sebenarnya aku yang lebih kecut perut kat dalam tu. Duduk paling hujung kat tepi pintu, bila nampak muka anak berkerut, mulalah aku paling muka ke pintu. Takut nak tengok.....hahahha. Ni kira takut dalam berani. Masuk dalam bilik tu dalam pukul 9.10 pagi, selesai semua lebih kurang pukul 9.30, alhamdulillah.
Keseluruhannya aku puashati. Yuran berkhatan di sini RM230 dan doktor juga mengajar kami cara membuka klamp selepas 5 hari. Di jangka klamp Aqil boleh di buka hari Selasa nanti.
|
Setelah semuanya selesai bergambar di luar bilik OT bersama person in-charge En Eizzwan. Aku buat tempahan berkhatan di PSHBP ni dengan dialah. Wajah Aqil nampak ceria lepas sunat kan. Gambar kanan tu, masa tunggu ambil ubat di farmasi, sengaja di kerutkan muka dia, padahal sebenarnya biasa je. |
|
Dapat hadiah kerusi malas dari abahnya. Senang nak berehat dan duduk tengok tv. Arif pun enter frame sekali. Maklum tadi tak dapat ikut ke hospital. Dia kena tinggal bersama atok ayah dan maktoknya di rumah. |
Kali pertama nak buang air kecil selepas berkhatan, muka Aqil berkerut seribu menahan sakit, tapi alhamdulillah takdelah sampai mengalir air mata sakit. Aqil memang berani bagi ibu. Tahniah Aqil. Lepas dari tu dah khusyuk main PS2 dia. Hari pertama aku beri dia makan nasi dengan kuah sup ayam dan sayur buncis aje. Ayamnya aku tak berani bagi. Dan pertama kali dia makan sayur buncis tu, selama ni tak mahu makan sayur. Itu pun sebab di hospital tadi doktor pesan jangan lupa makan sayur kalau nak cepat baik. Banyak juga dia makan, boleh pulak telan sayur ya??? Kalau tidak, tak mau dia makan....huhu.
Ada orang jeles sebab Mak Toknya beri duit RM10 pada Aqil sedang dia cuma dapat RM2. Abidlah tu. Kata maktoknya, "Aqil dan sunat! Abid belum kan!".
Terpaksa akur....hehe.
Ada yang jeles juga sebab aku suap Aqil dan Arif makan, siapa lagi kalau bukan Abid dan Alia. Nak juga bersuap bagai, tunggu nanti Abid sunat ya!!! Arif tu memang harus di suap, kalau tidak dia makan sikit sangat. Bila bersuap, banyak sikit dia makan. Alia pun nak bersuap juga? Adeh! Semua masih nak manja dengan ibu ya, dah nak tambah adik pun tau!
Selamat berhijrah ke alam lebih dewasa buat anak ibu Aqil. Moga jadi lebih matang dan jadi abang yang baik buat adik-adik ya sayang. Tak sangka dah bujang anak sulung aku ni.......hihi.
Dan buat semua pembaca blog ini, Salam Maal Hijrah 1434 H.
~ يوس ~