Tuesday, January 31, 2012

Erti Al-Fatihah

Beberapa hari yang lalu seorang sahabat fb
ada berkongsi image ini pada status dindingnya.

image rasanya di ambil dari laman sesawang di nyatakan iaitu www.shalatsempurna.com [klik image untuk paparan lebih jelas]
Dalam solat, seharusnya kita memahami erti al-Fatihah itu supaya solat kita lebih khusyuk.
Erti al-Fatihah itu sudah merupakan satu doa yang paling baik kan.

Tiba-tiba teringat dengan lagu Erti Al-Fatihah dari Voices of Ummi.
Aku kongsikan di sini...





Lagu ini sangat sesuai untuk anak-anak kita nyanyikan.
Semoga lebih senang untuk mereka mengingati erti Al-Fatihah itu.
Juga untuk kita-kita yang mungkin sudah lupa.
Mari sama-sama kita dengar dan hayatinya semula.

p/s: mood berblog merudum lagi. Tambahan ada ibu mertuaku di sini minggu ini. Malas rasanya nak berlama-lama di depan lappy. Kesian mil aku nanti kan...Nanti bila senang aku jengah blog kawan-kawan semua ya. 

~ يوس ~

Friday, January 27, 2012

Fridge Magnet boleh mengakibatkan kanser????

Anda suka kumpul fridge magnet?
Banyak kontes atau GA yang beri hadiah fridge magnet kan.
Aku sendiri pun memang sangat suka kumpul FM ni,
dah penuh pun pintu bahagian atas peti ais aku,
dah kena sambung bahagian bawah pulak.

Tapi baru sebentar tadi aku baca di Ini Blog Bui.
Entri bertajuk Fridge Magnet boleh sebabkan kanser..?
Baca terus jadi takut ok.
Banyak tu FM di fridge aku!!!

Tapi kemudian aku ambil keputusan untuk google pasal ni.
Aku jumpa dua forum membincangkan isu ini.
Pertamanya di sini.
Aku petik apa yang di tulis di situ.

Quote:
A number of researchers at Princeton's University have discovered something scary!.

For several months, they were feeding two groups of mice: the first group with food kept in a refrigerator, and the second group with food kept in a refrigerator as well but with several decorative magnets on the door.

The objective of this experiment was to see how electromagnetic radiation (that coming out from the decorative magnets on the door) affect food items. Amazingly, rigorous clinical studies stated that the group of mice that consumed the "radiated" food had as much as 87% higher probability to get cancer than the other group of mice.

Inexplicably no Governments or health associations/institutions have given any statement on this regard. However and just in case, is recommendable to remove any decorative magnet from refrigerators, and put it far away from any food.
Well, since I have a little time today, I thought I would spend a little of it debunking this stupid e-mail.
1. There is NO SUCH STUDY by Princeton.
2. Magnets do NOT produce radiation.
3. Decorative magnets are permanent magnets with rather weak magnetic fields. If you slam your fridge's door hard enough, many will fall off. That's how weak they generally are.
4. The strength of magnetic fields decreases very rapidly with distance. In fact, placing a piece of cardboard between the magnet and the fridge door is usually enough to prevent the magnet from sticking to the door.
Therefore, how can decorative magnets have ANY effect on food stored in the refrigerator? Even if you attach a really strong magnet to the fridge door, the magnetic field will not extend far enough into the fridge to affect any food stored inside.
Also, magnetic fields have no discernable or permanent effects on the human body. We use extremely large and powerful magnets in MRI machines and barring the presence of magnetic substances in the body (implants, tattoo inks), it's extremely safe to use.
Interestingly, refrigerators use magnets to keep the doors closed, and their electric motors have magnets that generate electromagnetic fields. These are certainly closer in distance to the stored food, and stronger than any decorative magnet.
Finally, the reason why there is no statement about this "danger" by any government or health authority is because there is NO SUCH DANGER!
Don't let this e-mail put a dent in your creativity. Have fun decorating your fridge door with decorative magnet!__________________
Dr. Adrian Wong
Ok. Email yang di sebarkan mengenai ini katanya cuma scam.
Jumpa pula laman hoax-slayer.com yang juga membincangkan isu ini.
Aku petik separuh Analisis yang di bincangkan dari quote yang sama.

Detailed Analysis

According to this widely circulated warning message, researchers at US based Princeton University have discovered that the ubiquitous decorative magnets that many people stick to their household refrigerator doors can have an adverse effect on the food stored inside and could therefore significantly increase the risk of cancer among householders that use the magnets. According to the message, "rigorous clinical studies" using two groups of mice showed that the mice who consumed “radiated” food from a refrigerator containing door magnets had up to 87% higher probability of getting cancer than the mice who ate food from a refrigerator without door magnets.

However, I could find no credible evidence whatsoever that confirms the claims in this warning message. There is no record of a study like the one described being conducted at Princeton University. I contacted Princeton University to enquiry about the supposed study and received the following reply from a university spokesperson:

To confirm, we are not aware of any such research affiliated with anyone at Princeton and unfortunately we do not know where or why this e-mail chain started.

We appreciate you informing your readers that this e-mail is a hoax.In fact, despite extensive research, I could not find any record of such a study being conducted at any major university.


Moreover, there is not a shred of credible evidence to suggest that the innocuous fridge magnet could possibly have such a detrimental impact on food stored inside a refrigerator. A typical refrigerator magnet is simply a small, low-strength permanent magnet. A permanent magnet is an item made from a magnetized material that creates its own persistent magnetic field. Other types of magnets rely upon electric currents to generate amagnetic field.


>>>Baca Lanjut
Lega rasa bila baca keterangannya di situ.
Tapi kan, bila baca salah satu komen yang orang tinggalkan di bawahnya, jadi kecut perut semula.

Klik image untuk paparan lebih jelas ya.
Komen itu menyatakan, seorang kawannya mati akibat kanser
dan kawannya itu memang pengumpul FM tegar.

Bila baca aku jadi was-was,
nak teruskan hobi aku kumpul fridge magnet ni atau tidak.
Tapi kalau dah di tadirkan kita dapat penyakit, apa pun boleh menjadi puncanya.
Semua itu sudah qada dan qadar dariNya.
Cuma bila tahu salah satunya mungkin dari hobi sendiri,
haruslah kita cuba jauhi dari benda tu kan.

Korang rasa macam mana setelah baca semua yang aku paparkan di sini?
Ada hati nak teruskan minat mengumpul FM ni?

p/s: pada yang suka kumpul FM tu, ambillah masa baca info ini ya. Dan sila beri pendapat anda...

~ يوس ~

Bayar Bil Online

Korang biasa bayar bil-bil setempat di mana?
Aku ni memang kolot sikit kot.
Takut nak bayar bil online.
Tak pernah pun, jadi aku memang suka bayar di pejabat pos.
Bagi aku selamat, dan aku nampak ada cetakan berkomputer pada bil tu,
menandakan bil sudah di bayar.

Tapi, dua bulan lepas penggunaan telefon aku sudah hampir kepada hadnya.
Bil pula tak sampai-sampai.
Nak bayar online takut.
Siap aku telefon Celcom customer services tu macam mana cara nak bayar guna Maybank2u.
Senang aje rupanya ya!!!
Lepas tu aku pun seronok je bayar online.

Kali ini pula, bil letrik rumah kami tak kunjung tiba.
Aku pasti sangat bil bulan 12 memang kami tak terima.
Kemana hilangnya bil itu??
Dah nak habis bulan 1 ni, aku takut sangat nanti kena tunggakan pula.
Mulalah mencari pada bil yang lama.
Baca-baca Catitan Bil Eletrik kat belakang tu, terjumpalah pernyataan ini pada barisan paling akhir.
** Anda boleh menghantar bacaan meter sebenar, menyemak transaksi pembayaran dan rekod bacaan meter di laman web 'E-Services' TNB di www.tnb.com.my
image dari tnb.com

Apa lagi, terus pergi sana dan buat pendaftaran untuk E-Services TNB.
Semua bil yang pernah aku dapat, dan bila aku bayar semua ada di situ.
Dan betul, bil bulan 12 yang aku kata hilang tu, memang aku belum bayar.
Dan sekali lagi, mudah aje bayar online ya.
Kalau tak kerana bil tu takde, mesti aku tak belajar bayar online ni.
Dok ikut cara lama juga...huhu.

Ada yang sama macam aku?
Suka bayar bil di pejabat pos?

Tapi masih musykil ni, macam mana bil tu boleh hilang?
Aku pasti, aku tak terima rasanya.
Dan di situ tercatit bil yang aku tak terima tu,
kod bacaan nya ialah 'E' membawa maksud Bil Anggaran di Premis.

Awat satu tu je bil anggaran?
Yang lain semua kod bacaannya 'N' iaitu bil bacaan sebenar.

Siapa yang baca meter kawasan aku ni??
Buat kerja betul-betul ke tidak ni?
Senang je baca  meter rumah aku ni.
Apasal nak anggaran-anggaran pulak?

Ni mesti takde orang yang datang baca, dan TNB main buat anggaran saja.
Itu pasal aku tak terima bil!
Aduh! Janganlah buat macam ni lagi!
Susah kalau tak terima bil, lepas tu mulalah pengguna yang kena tanggung.
Bayar untuk beberapa bulan sekali.
Dah tentulah amaunnya banyak.
Kan...kan....

Aku pernah baca ada pengguna yang dapat bil 2-3 bulan sekali.
Korang pernah kena macam tu ke?
Biarlah sebulan sekali dapat bil kan,
kalau 2-3 bulan sekali baru dapat bil, memanglah sakit nak membayar.
Banyak tu!!!!.....huhuhu.

p/s: bil-bil lain aku masih bayar di pejabat pos, baru dua bil ni saja aku berani bayar online...hehe :).
~ يوس ~

Thursday, January 26, 2012

Songlap pun kena 'songlap'

kredit image: sinemamalaysia.com
Dah tonton filem Songlap?
Dua hari lepas aku berpeluang menonton filem ini.
Dan aku rasakan filem ini memang best!
Aku bagi 4.5 bintang.

Tak tahu aku nak komen macam mana ya,
tapi bagi aku lakonan yang di tunjukkan oleh Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali memang patut di puji.
Baru perasan 3 orang pelakon utama filem ini namanya bermula dengan huruf S.

Aku suka baca artikel dari gua.com mengenai filem ini di sini.
Semua yang di tulis di situ aku sokong.
Shaheizy Sam memang boleh di angkat sebagai pelakon terbaik menerusi Songlap.
Watak dia dalam tu mencabar aku rasa.

Ada yang tertanya aku tengok Songlap di mana?
Mana lagi kalau bukan di sini.
Itu sebab aku kata Songlap pun telah di 'songlap'.
Tapi tulah, rupanya mudah saja nak tonton filem terbaru sekarang ya?
Kesian juga pada penggiat filem kita, semua kena rompak.
Aduhaii...

Tapi kalau peluang dah depan mata,
lebih-lebih lagi orang yang memang malas nak ke panggung macam aku,
pastilah ramai yang ambil peluang tu kan.
Hmmm....

Sinopsis Filem Songlap

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, Songlap mengikuti kisah dua adik-beradik – Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar Mama.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; Am mengambil kesempatan dengan menggunakan perniagaan Mama sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara Ad mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

Ad mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya Razak kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik Razak, Hawa (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, Ad tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Hawa tanpa menyedari bapa Hawa, Pak Din juga sedang mencari anaknya yang telah hilang.

Akan tetapi, niat baik Ad untuk menolong Hawa telah menggoyahkan hubungannya dengan Am, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Diterbitkan oleh Red Films dan Primeworks Studios Sdn. Bhd, (Grand Brilliance), filem Songlap bakal ditayangkan kepada umum mulai 15 Disember ini di pawagam seluruh Malaysia.
Sumber: gua.com
~ يوس ~

Baju Kebaya Terakhir Bapak berjaya buat aku menangis tersedu sedan...*sob*sob*

Baca status kawan-kawan fb malam tadi dan pagi ini,
ramai yang menangis sebab tengok citer Mann.
Aku layan juga Mann tapi sebelum tu,
aku layan drama Baju Kebaya Terakhir Bapak di tv9.
Baca blog kakyong semalam buat aku tertunggu-tunggu drama ni depan tv.

Dari mula tengok, sampai drama ni tamat air mata aku tak berhenti keluar...huhu.
Mula-mula menangis masa babak Pak Suria di kilangnya tu.
Lagu latar dia buat aku touching.
Anak-anak perasan aku menangis.
"Ibu tengok citer apa tu sampai menangis?".... :((

Bila tengok air mata ibu dia keluar, semua pakat menonton sama.
Bila sampai bab sedih aje, masing-masing pakat tengok ibu dia.
Aduhai! Ibu dah jadi ratu air mata ya?

SRD pula kerja lebih masa semalam.
Dah pukul 9.30 malam pun tak sampai rumah lagi.
Hati mula risau, capai telefon...
dalam masa yang sama masih menangis sebab tengok drama.
Cakap dengan dia dalam nada tangisan.
Member jadi cuak, terus kata, "Kejap lagi abang balik ya!"

SRD sampai rumah, drama belum habis lagi.
"Ibu menangis kenapa? Sebab abang lambat balik ke?"
Anak dia pulak yang jawab,
"Taklah abah, ibu tu menangis tengok drama!"

:D :p.....
Tapi betul tau...
Drama Baju Kebaya Terakhir Bapak ni menyentuh hati aku.
Tengok citer Mann tu aku tak menangis pun....huhu.
Lakonan Eira Syazira superbb lah.
Dia ni semua watak dia bawa menjadi kan...
Aku suka tengok lakonan dia.





Siapa tengok drama ni malam tadi?
Menangis tak?
Ker aku je over touching....huhu

Kepada semua anak-anak di luar sana...
Janganlah buat ibu atau abah kita macam si Coma buat ya!
Menangis tak berlagu bila orang tua kita dah tiada,
menyesal pun tiada guna kan.

Sinopsis drama ni boleh baca sini ya...
~ يوس ~

Wednesday, January 25, 2012

Hadiah birthday sebulan awal....(^_^)

Ok. Sebelum ni aku ada beritahu CPU komputer aku rosak kan.
CPU tu masih ada cantik je dalam rumah ni.
SRD tak pergi hantar betulkan lagi...huhu.

Apa pun, terima kasih buat suami tercinta,
aku dapat notebook baru, warna pink lagi.
Kata dia, "Ini hadiah hari jadi sebulan awal untuk ibu!"
Terima kasih abang!

Memang ngam-ngam sebulan awal,
sebab dia belikan notebook ni tanggal 21hb yang lalu.
Kira 21hb Feb nanti takde hadiah lagilah kan.
Tak kisahlah tu.
Suka hati dapat notebook baru.
Kalau CPU tu tak rosak, mesti aku tak dapat lappy pink yang cantik ni.
Besar betul hikmah di sebalik CPU rosak tu kan...ahaks.

Inilah rupa notebook@lappy baru aku. [image ehsan google]
Dari lensa kamera hp aku, notebook ASUS A43S gadget terbaru kesayangan aku.
Dua tiga hari ni update blog guna notebook baru.
Rasa lain aje...hihi.
Tapi mungkin sebab aku dah terbiasa guna pc besar, keyboard besar,
bila guna notebook ni macam kurang lancar aje menaip...huhu.
Takpe, lepas ni akan membiasakan diri....hehe

Thank you so much to my beloved hubby En SRD.
Ini hadiah birthday in advanced yang paling best aku rasa.
Alhamdulillah......
Sayang abang tau!

~ يوس ~

Main layang-layang di Dataran 1 Malaysia, Klebang

Ini aktiviti anak-anak aku petang Isnin yang lalu.
Mereka ke Dataran 1 Malaysia di Klebang Melaka.
Atok ayahnya yang sibuk mengajak, apa lagi sukalah budak-budak tu.
Aku tak turut serta sebab malas...hihi.

SRD bawa anak-anaknya pergi bersama Tok Ayah dan juga Pakngah mereka.
Sampai sana sibuk nak main layang-layang.
Dapatlah sorang satu layang-layang pelbagi bentuk dan warna.
Alia dengan layang-layang barbie nya, Abid pula angry birds, Aqil macam bentuk helang aje.

Macam biasa layan gambar lah ya.

Yang terbang tinggi dan sentiasa stabil layang-layang dari Alia

Aqil sedang cuba menaikkan layang-layangnya. Tapi SRD kata, dia cepat putus asa...huhu

Pakngah mereka cuba membantu. Rasanya itu layang-layang Aqil. Arif jadi penonton dan hanya bermain dengan pasir saja...hikhikhik
Hari ini sudah kembali ke BP.
Layang-layang semua tinggal di rumah atok ayah.
Abahnya kata tak perlu bawa balik.
Balik Melaka aje, baru pergi main layang-layang.
Muka Alia paling muncung....huhu.

Takpe ya anak-anak.
Lain kali balik rumah atok ayah dan maktok kita main lagi kan.
Nanti ibu pun nak turut serta....

p/s: Rasa sunyi sepi pulak blog ya?Semua orang masih bercuti ke?Jumlah new update tak meriah macam selalu pun?

~ يوس ~

Monday, January 23, 2012

Nikmat pergi kenduri

Semalam Mak Usu Yah, buat kenduri arwah di rumahnya.
Petang itu, sempatlah tolong rewang sikit-sikit.
Tak buat apa sangat pun,
aku cuma tolong potong tomato dan tolong goreng ikan siakap.

Apa yang baik dan bestnya bila pergi kenduri ni?
Waktu rewang ni pun dah boleh dapat makan.
Selain dapat beramah mesra dengan saudara mara,
makan-makan tu yang paling nikmatnya.
Masa rewang dah dapat makan pengat keladi campur nangka serta pisang goreng.
Malam kenduri pula lagilah dapat makan yang sedap-sedap kan.

Kuih muih dan lauk pauk masa kenduri malam tadi
Pelbagai jenis kuih-muih ada.
Ada talam keladi, seri muka, kuih koci,
karipap kentang dan satu lagi tu aku tak pasti kuih apa...huhu
Semuanya sedap-sedap belaka.

Lauk pun superbbb.
Ada kari ayam, ikan siakap masak tiga rasa, sayur lodeh kering,
sambal belacan dan ikan kering.
Ada yang meleleh air liur?
Inilah nikmatnya bila pergi kenduri kan...

Makan pinggan sampai licin tu!!! Haha
Pinggan dah licin baru teringat nak ambil gambar...hihi.
Tapi bila pergi kenduri ada pula anak kecil yang aktif macam Arif,
haruslah sentiasa bergerak sepantas kilat.
Kalau kita lambat, maksudnya kenalah hadapi sebarang kemungkinan yang mungkin.

Arif yang tak reti duduk diam. Ada hati nak ngorat awek kecik tu...hihi
Apa lagi dia buat semalam ya?
Antaranya tumpahkan air.
Hampir banjir rumah kena tumpah air sirap atas lantai...hehe
Teraburkan nasi atas lantai pun dia juga.

Dan aktiviti utama dia haruslah memanjat.
Nak lihat aksi-aksi Arif memanjat??
Ini dia...hero kecik aku yang suka memanjat.

Masa ini aku masih belum selesai makan. Tiba-tiba ada suara kedengaran, " Anak sape yang memanjat tu?"
"Anak akulah tu!!!"...huhu
Hobi dia yang satu ni memang susah nak di tahan.
Boleh pulak nak masukkan kepala dan kaki dia dari tingkap tu.
Masa dia buat aksi tu, tak sempat ambil gambar.
Dapat 4 keping yang ni pun dah kira bukti kukuh
anak aku yang no 4 ni kuat memanjat kan...hehe

Ini aktiviti semalam, dan hari ini aku dah tiba Melaka pula.
Berehat-rehat di rumah emak.
Pun asyik makan.
Sampai tengahari tadi dah makan nasi lauk sambal sotong,
ikan selar goreng dan sayur kobis masak tumis air.
Petang pula dah makan mee goreng.
Ni sebentar tadi pun emak dah tanya,
"Nak masak apa malam ni kak?"

Makan saja bila cuti-cuti.
Makin besarlah badan aku ni.
Macam mana nak diet ni?...huhu
Tolonnnnnn.....

~ يوس ~

Sunday, January 22, 2012

Penangan durian (^_^)

Ada orang rindu akulah...hihi.
Teruja plus berterima kasih kepada yang masih ingat pada blog yus ini.

Cuti CNY ni kami balik Muar dulu.
Rumah mil aku.
Hari ini, SRD beli durian lagi.
Bila ada geng nak makan, dia mesti nak beli durian.
Aku memang kurang sikit durian ni, tapi bukan tak makan tau!

Masa makan durian ni tadi,  aku tersenyum melihat gelagat Arif.

Arif yang mengantuk, di tangan nya ada durian
Arif suka makan durian.
Mungkin sebab masa mengandungkan dia dulu,
dua tiga kali jugalah aku mengidam nak makan durian.
Alhamdulillah dapat....hehe

Bila dah besar ni, dia jelah anak aku yang hantu bila tengok durian.
Yang lain dari dulu tak suka.
Sekarang aje baru belajar-belajar makan durian sikit-sikit.

Dalam pada dia mengantuk tu, masih nak pegang durian di tangan.
Macam termenung jauh je Arif?
Termenung ke atau pelik tengok Busu Ajul dia makan durian best sangat...hehe

~ يوس ~

BE pertama 2012

Bila BE semua dah jadi ME, semangat berblog ada sedikit menurun.
Hampir seminggu tak buka akaun nuffnang sebab pc aku rosak.
Hari ini buka tengok ada satu BE baru.
Semangat berblog berkobar semula.


Tak tahu dia mula bila, tapi yang pasti ini BE pertama untuk tahun ini.
Terima kasih nuffnang kerana rajin beri BE pada blog aku ini,
Cuma berharap amaunnya cantiklah macam BE yang dah jadi ME sebelum ni.

Selamat bercuti untuk semua kawan-kawan.
Aku pun tengah mood bercuti ni.
Di rumah mil dari semalam, hari ini ada kenduri di rumah sedara.
Semoga semua bergembira bersama keluarga masing-masing waktu-waktu cuti ni ya.
Gunakan sepenuhnya bersama keluarga tercinta kan...:)

~ يوس ~

Friday, January 20, 2012

Hari Jumaat berbaju melayu ya ibu!

Tahun ini belum ada cerita mengenai Abid kan.
Hari ini dia ke sekolah berbaju melayu.
Peraturan baru tadikanya berkuatkuasa minggu ini.

Abid masih bersekolah di tadika yang sama.
Tahun lepas takde pun sibuk kena pakai baju melayu ni.
Tahun ini entah kenapa ada perubahan pulak.
Minggu ni mula, Isnin lepas baru cikgu dia cakap.

Abid pula jenis kalau cikgu yang cakap tu tak sabar2 harus di ikut.
Dari tengahari Isnin tu sibuklah ajak kita pegi cari baju melayu dan samping hijau dia.
Abid.., Abid.
Nasib baik juga senang lagi nak cari baju dan samping siap walau dah tengah2 bulan ni.

Apapun, suka pula aku tengok dia berbaju melayu.
Nampak segak bergaya.
Alia kata, "Macam ketua kelas sekolah agama ibu!" . . . .hehe.
Dan Abid pun memang di lantik sebagai ketua kelas tahun ini.
"Ketua kelas pen!", kata kawan baiknya Andik.
'Pen' merujuk kepada pendek, haha.
Ibu ketawa mendengarnya tau!

Apapun ibu percaya dengan anak ibu ni.
Membaca pun dah semakin lancar sekarang.
Syabas buat Abid.
Teruskan usaha ya sayang!


_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

Thursday, January 19, 2012

Blank????

Satu hari tak jumpa komputer, bila jumpa rasa tak tahu nak update apa.
Malam ini dapat pinjam lappy SRD sekejap.
Tapi aku rasa aku bukan blogger yang suka update di waktu malam.
Jadi blank semua.
Nak cerita apa ni?...huhu.

Tambahan pula, aku rasa sekarang aku perlu memilih dalam menulis sesuatu di sini.
Walau ini blog personal, banyak cerita hal keluarga sendiri,
tapi memang perlu berhati-hati dalam menulis cerita.

Takut ada yang salah tafsir, ada juga yang salah menduga.
Tulisan pun dah boleh setajam mata pedang,
silap menulis boleh memakan diri sendiri.

Teringat pula celoteh sinar fm pagi tadi dengan topik tersalah tulis status di fb.
Macam-macam kisah yang aku dengar,punca dari status yang mereka tulis di fb.
Boleh membawa musibah bila ada yang tersalah tafsir.
Blog pun  sama juga kan....
Hmmmm.... 

~ يوس ~

Wednesday, January 18, 2012

Chef Arif Zakwan

Semua tahu Arif suka bantu aku di dapur kan.
Selalunya dia sibuk menumbuk lesung atau menyepahkan bahan2 masakanlah kan.
Kali ini dia sibuk nak pakai apron pulak.
Pantang nampak aku berapron, dia pun nak pakai sama.

Baru pakai apron dah jadi chef ke ibu?
Hahaha....korang layan jelah gambar Arif ni ya.
Ibu dia masih tension sebab pc dia rosak kan.

p/s: En SRD!!! Bila agak2 boleh dapat cpu baru?
Tak pun lappy satu, menarik juga tu.
Paling koman pun hantar repairlah cpu tu. . .hehe.

_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

Tuesday, January 17, 2012

CPU aku rosak. . .huwaaa!!

Sempat buat satu entri tadi.
Lepas tu macam biasa sibuk.
Beri peluang Abid main game dia.
3.30 petang baru nak bw, sekali cpu tu berbunyi.
Tekan2 tak boleh satu apa.
Dia terus hang.

Aku tutup plug dan kemudian on semula.
Terus tak nak hidup.
Berapa kali cuba pun sama...huhu.
Dia nak minta ganti baru ke?
Abang! Tolongggg!!

Tak bestnya tak dapat online macam biasa.
Nasib baik ada Nokia c5-03 aku ni.
Boleh juga update perkembangan.
Tapi nak bw ada sedikit susahlah.
Kecik benor . . .huhu.

Kena tunggu SRD balik nampaknya.
Boleh pinjam laptop dia. . .hehe.

P/s: sorry ya kawan2 belum sempat sampai blog korang hari ni. Lama nampaknya aku akan tenggelam timbul ni.....huhu

_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

Nak beli Nokia 6600?? | Iklan macam ni pun ada ya ???

[image dari fb] Sila baca bahagian yang di dalam kotak merah itu!!
Seorang rakan fb berkongsi image ini pada statusnya.
Iklan di mudah.com.my.

Macam-macam cara orang buat iklan.
Tapi iklan dengan message macam ni pun ada ya?
Garu kepala aku baca....#-o.

Jelas ada maksud tersembunyi tu.
Siapa nak beli pasti kena telefon dia atau sms pada dia.
Ni nak cari awek ke nak jual henfon ni?
Dah takde cara lain ke nak pikat perempuan?
Tapi, mungkin juga salah satu cara nak jerat anak-anak dara ni ya.
MasyaAllah....takut pula aku rasa.

Ada ke itu wasiat dari pemilik henfon yang dah mati?
Boleh percaya ke ni??
Aduhai!! Macam-macam.

Anak-anak dara di luar sana, jangan percayalah kalau baca iklan macam ni.
Sangat meragukan ok!
Baik beli kat kedai....huhu.

Oh ya. Sebelum terlupa aku nak berkongsi denagan semua usaha murni dari kakyong untuk membantu seorang teman blogger yang sedang dalam kesulitan. Apa kata korang terjah entri kakyong Ingin membantu sahabat blog di sini. Semoga bantuan ikhlas kita semua dapat meringankan beban beliau. Kalau tak dapat bantu dengan wang, doa ikhlas dari semua untuknya juga di harap boleh membantu dia keluar dari masalahnya itu kan....aminnn. Hari ini hari dia, esok lusa mana tahu hari kita.....
~ يوس ~

Monday, January 16, 2012

Datuk Lee Chong Wei berbaju pink: Aku suka!

Semua orang pasti dah tahu Datuk Lee Chong Wei menjadi Juara Terbuka Malaysia 2012.
Aku tak mahu ulas pasal kemenangan dia tu,
aku sendiri tak tengok pun dia beraksi masa perlawanan akhir berlangsung.

Tapi masa perlawanan separuh akhir antara Chong Wei dan Cheng Long tu aku tengok.
Dan aku suka sangat tengok dia berbaju pink masa set ketiga.
Comel!!!!....hahahaha.

Hari tu dah nak buat entri pasal ni, tapi cari gambar dia masa perlawanan tu,
belum ada orang yang upload.
Tak jumpalah!!
Hari ini dah jumpa!...hehe

Lain dari yang lain, jarang nampak dia berbaju pink, kasut pulak kuning.
Kelasss gitu...hihi.

pic dari google

pic dari google

pic dari google

Jarang kan nampak lelaki bebaju pink.
Biasa nampak kalau pagi raya,
tu pun baju melayu pink sebab bini dan anak2 dia semua pakai pink.
Tak pun baju pengantin, dan yang pastinya mesti pilihan dari si isteri juga.

Chong Wei ni pun dah tentu baju dari penaja, tapi cantiklah warna pink...haha.
Aku pernah pilih t-shirt pink untuk SRD.
Tapi dia pakai beberapa kali saja.
Pakai pun dengan paksa rela kot, dia tak suka.
Tapi aku suka tengok dia pakai, nampak lain sikit.

Kenapa lelaki tak suka pink selalunya kan?
Cantik apa pink tu?....hihi.

p/s: Entri merepek di petang hari...
~ يوس ~

Pengawas kaki buli??? (bhg 2) | Semuanya dah selesai...

Salam....

Berat rasa nak mencoret sesuatu di sini.
Tak tahu kenapa, tapi penyakit M aku dah datang kot,
plus mood berblog ku jatuh merudum.
Baru letak azam untuk tahun ini, tapi penyakit M ni cepat pula datang...huhu.

Apa pun aku nak update kesinambungan dari entri
Aku emosi | Pengawas kaki buli?? yang lalu.

Petang Jumaat tu, jiran @ guru yang aku laporkan mengenai kejadian itu datang ke rumah.
Dia nak tengok sendiri kesan bergaris di tangan Aqil, takut dah hilang kata dia.
Selain itu nak tahu cerita sebenar dari Aqil juga,
sebelum dia sendiri bawa Aqil dan pengawas tersebut jumpa guru disiplin.

Aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya
sebab aku lebih fokus pada rasa geram
dengan tindakan dari pengawas tersebut terhadap Aqil.
Aku ingat dia bising jelah kan.

Bila di soal siasat petang itu oleh guru @ jiran aku tu,
aku tumpang sekaki dengarlah kan punca tindakan agresif dari pengawas tersebut.
Ok, guru tiada dan Aqil bersama kawan-kawannya buat bising.
Menambah rasa geram pengawas itu bila Aqil tidak duduk di tempatnya.
Bila di tegur Aqil menjawab pula.
Cara Aqil menjawab tu aku kira membuat pengawas tadi naik hangin.
Kata Aqil, " Yalah! aku nak duduk tempat sendirilah ni!"

Jawapan Aqil itu membuat dia bertindak memulas @ piat telinga Aqil.
Aqil diamkan saja.
Tapi dia masih juga berbual dengan rakan-rakannya.
Kali ini dia masih tetap mahu berganjak dari tempat duduknya.
Cuma caranya, dia angkat kerusi dia dan bawa ke meja kawannya.

Pengawas itu marah lah kiranya, dan menegur Aqil sekali lagi
kerana tidak mahu duduk di tempatnya.
Tapi jawapan loyar buruk dari Aqil pula keluar.
Kata dia, " Kan aku duduk kat kerusi aku sendiri ni, bukan kerusi orang lain pun!"
(lebih kuranglah ayat dia begitu, merujuk kepada dia angkat kerusi dia sendiri ke tempat kawannya)

Loyar buruk Aqil membuat kan pengawas tadi bertambah hangin.
Di saat inilah dia capai gunting di atas meja yang berdekatan
dan meletakkan gunting itu ke pelipat lengan Aqil lalu di tekannya dengan kuat.
Jelas Aqil dia membuka gunting itu sedikit,
tapi dia tak acukan kawasan yang tajam ke lengan Aqil.
Oleh kerana dia tengok muka Aqil berang sedikit,
dia capai pisau lipat pula dan mengacukan ke jari Aqil.
Dari cerita Aqil, aku rasa dia tak berniat untuk cederakan Aqil,
sebab dia konon-konon je nak lukakan jari Aqil,
cuma mungkin terkuat sedikit sehingga mengakibatkan jari Aqil tercalar sedikit.

Secara ringkasnya, anak aku ni pun satu.
Loyar buruk terlebih, sampai pengawas tu naik hangin.
Belajar dari siapa entah!
Huhu....

Hari ini semua dah selesai.
Menurut Aqil, dia dan pengawas itu di panggil ke satu bilik.
Ada 3 guru terlibat, cikgu @ jiran aku tadi, seorang guru perempuan,
dan seorang lagi guru lelaki merangkap guru disiplin.
2 orang rakan Aqil turut di panggil sebagai saksi.

Mulanya pengawas tadi tidak mengaku,
tetapi setelah semua saksi mengatakan dia melakukan perkara tersebut,
akhirnya dia mengaku juga.

Sessi memohon maaf antara satu sama lain juga berlangsung.
Dan menurut Aqil guru disiplin ada bertanya dengan Aqil,
"Awak nak saya lucut jawatan dia atau tidak?"

Aqil cuma berdiam diri....huhu.
Dan cikgu telah beri amaran kepada pengawas tadi supaya tidak mengulanginya.
Oops, terlupa, pengawas itu rupanya baru darjah 5,
dan bukannya darjah 6 seperti yang anak aku sangkakan.

Aku risau sebenarnya dari semalam, tentang apa yang akan berlaku hari ini di sekolah.
Tapi nampaknya anak aku relax aje.
Aku tanya juga dia, kot-kot pengawas itu pandang dia dengan cara berdendam atau apa.
Tapi kata Aqil tidak, biasa-biasa aje.

Kiranya semuanya sudah selesai.
Dan panjang lebar aku nasihatkan Aqil agar tidak berlagak pandai lain kali.
Loyar buruk pun ya, terlebih berani dengan senior pun ya juga.
Aku takut aje dia jadi mangsa buli, sudahlah dia kecik aje.
Tapi dia tu memang pantang orang usik, walau hakikatnya dia kecik aje...huhu.

Moga Aqil akan mengambil iktibar dari peristiwa ini.
Jangan lawan cakap pengawas lagi ya sayang....

p/s: dalam pada Aqil kena buli dengan pengawas tu, dia pulak di lantik sebagai pengawas untuk sekolah agama. Macam tak percaya aje, budak kecik tu jadi pengawas, dah kena tukar samping merah...huhu


~ يوس ~

Friday, January 13, 2012

Aku emosi!!! | Pengawas kaki buli????

Ok. Entri ini sedikit emosi.
Aku memang hangin! Sedikit marah, kecewa, sebak, sedih pun ada.
Tapi bila fikir balik, buat apalah nak emosi sangat.
Tapi bila melibatkan soal anak-anak memang emosi itu tidak dapat di bendung.

Apa cerita ya??
Sebenarnya hari ini seperti biasa ambil anak-anak dari sekolah.
Dari jauh nampak Aqil sugul aje.
Masuk dalam kereta terus dia menangis.
Menangis semahunya, sampai teresak-esak.

Aku jadi panik.
"Kenapa anak ibu? Kenapa menangis? Siapa buat?"

Dan aku perasan dia menutup telinganya.
Aku tepis tangannya dari telinga, dan kelihatan telinganya merah.
"Aqil ada buat salah apa di sekolah? Cikgu piat telinga Aqil ya?"

Dia terus menangis, tidak menjawab.
Aku diam, cuba tenangkan diri.
Alah setakat piat telinga biasalah tu.
Mesti Aqil yang nakal ni, tu yang cikgu marah.
Dalam hati aku memang fikir begitu.

Satu lagi mungkin sebab ada anak jiran dalam kereta sama.
Jadi Aqil tak mahu buka cerita.
Kubiarkan dia melayan perasaannya.
Menangislah puas-puas nak....

Sampai rumah aku tanya lagi.
"Kenapa Aqil. Siapa buat? Mesti Aqil buat salah ni sampai cikgu piat telinga ya?"

Dia melenting bila aku sangka begitu.
"Bukan macam tu!!! Bukan cikgu yang buat!"
"Pengawas tu yang piat telinga Aqil. Tadi cikgu takde, lepas tu pengawas jaga."

"Piat telinga pun nak nangis ke? Aqil kan lelaki. Biasalah tu, Aqil bising, dia marahlah."

"Itu takpe ibu, tapi dia guna gunting, dia tekan kat tangan Aqil ni, lepas tu dia lipat tangan Aqil kuat-kuat."

Ha!!! Ini sudah lebih.
Ini yang buat aku hangin!!!
Mana boleh suka-suka guna benda tajam nak kenakan anak aku ni.
Emosi tau!

"Lepas tu kan ibu, dia ambil pisau lipat kecik tu, dia hiris jari Aqil ni."

Aduh!!! Lagi aku tambah emosi.
Ni pengawas ke pembuli?????

Aku tengok pada lengan dan jarinya.
Memang ada kesan merah tapi luka pada jari tu kecil aje.
Namun aku memang tak boleh terima
bila pengawas gunakan pendekatan begitu nak tegur pelajar lain.
Mungkin anak aku bising di kelas, tapi sampai guna benda tajam??
Ini sudah lebih, kalau terluka macam mana??

Kesan calar dan bergaris sikit di lengan Aqil akibat di tekan dengan gunting oleh pengawas tersebut. Gambar dari dua mode berbeza, satu auto satu close up..hehe. Gambar kesan di jari tu, tak nampak sangat sebenarnya. So, malas nak tunjuk.
Dek kerana emosinya aku, aku fikir harus laporkan kepada cikgu.
Tak mahulah pelajar lain terkena sama.
Aku telefon jiran aku yang kebetulan guru di sekolah Aqil
Pengawas tu budak darjah 6.
Aku laporkan apa yang terjadi.

Jiran@cikgu tersebut berjanji akan siasat perkara itu Isnin nanti.
Dia sendiri terkejut sebab pengawas tersebut berani guna gunting dan pisau
sedangkan pengawas di larang menggunakan alatan semasa mengawas.

Bila dah laporkan, rasa macam aku ni ibubapa yang kaki mengadu pulak...huhu.
Serba salah di buatnya.
Aku tak marah anak aku di denda, atau di tegur.
Itu tugas cikgu di sekolah.
Tugas pengawas juga memastikan murid lain berkelakuan baik
ketika cikgu tiada di kelas.

Tapi isunya sekarang, dia guna gunting dan pisau lipat tu.
Itu yang aku tak boleh terima.
Kalau korang di tempat aku bagaimana???
Apa korang buat??

Bila dah serba salah tu, aku sms pula cikgu tadi.
Sms aku berbunyi begini,
" Salam cikgu. Saya minta cikgu tegur je pengawas tadi secara tertutup. Janganlah marah atau buat dia malu pula ya. Saya percaya Aqil pun ada salahnya sampai dia bertindak begitu. Cuma kurang senang sebab dia guna benda tajam dan kalau tersilap boleh luka. nasib gunting tu untuk kertas jadi nampak kesan merah dan bergaris aje. Serba salah pulak sampai mengadu, tapi saya rasa kurang elok sbb pengawas tu guna benda tajam untuk menegur Aqil itu aje."

Balasan yang aku dapat dari cikgu itu,
"Tak salah laporkan, nanti saya siasat. Pengawas memang di larang menggunakan alatan semasa mengawas kelas."

Hmm..barulah hati aku reda sikit.
Emosi terlebih gak aku ni.
Siapa tak sayang anak kan.

Dan bila dah rehat-rehat ni, aku tanya Aqil balik,
"Tadi masa pengawas tu buat Aqil, Aqil menangis ke?"

Dia jawab,
"Taklah ibu, dah nampak ibu baru Aqil nangis."

Huh! Anak ibu pun pandai berlakon kan.
Depan ibu terlebih emosi ya?

Dan nak beritahu juga ni,
aku tak sangka sebenarnya, masa Aqil bercerita tu,
Alia dan Abid dengar, mereka pun menangis sama.
Alialah paling ketara.
Sambil dia pun marah-marah pengawas tu sebab buat abang dia.
Sayang juga dia pada Aqil walau hari-hari bergaduh...hihi.

p/s: Korang rasa betul ke tindakan aku melaporkan tu?
~ يوس ~

Video temuramah wartawan Metro TV bersama Wardina selepas rumahnya di pecah masuk.

Dua hari ini asyik baca berita pasal rumah Wardina di pecah masuk.
Sedih dan takut bila baca di akhbar, blog, fb dan twitter Wardina sendiri.
Tapi bila tengok video klip ini dan lihat sendiri Wardina menceritakan pengalamannya,
lagi rasa takut kan.





Jelas terpancar di wajah Wardina yang dia masih trauma.
Namun aku kagum dengan kekuatan dan keimanan yang di tunjukkan beliau.
Mempertahankan auratnya dari di lihat perompak,
juga cara suaminya mempertahankan hak isterinya patut di puji.

Dalam keadaan bahaya seperti itu,
semua boleh terjadi dan kadang kala kita tak sedar semua tu kan.
Tapi itulah yang mereka pertahankan.
Harta dunia boleh di cari ganti, tapi kehormatan diri amat penting kita pertahankan.

SubhanaAllah...moga kita semua mengambil pengajaran dari peristiwa ini.
Sana sini tak selamat kan.
Luar rumah, dalam rumah mahupun di sekolah.
Contoh kes Aqil tadi.
Perlu sentiasa berhati-hati walau di mana jua kita berada kan.
Sama-sama kita mohon perlindungan dariNya.

~ يوس ~

Arif: Dia dah kembali!!

Kembali apa tu ya?

Kembali ceria....
Kembali ketawa...
Kembali gembira...
Kembali bersemangat...
kembali aktif...

Itu semua buat aku turut senang hati.
Tapi kan, yang tak berkenannya bila dia....

Kembali lasak...
Kembali mengacau...
Kembali buat sepah...
Kembali mengada-ngada...
Kembali sibuk membontoti aku kemana saja aku pergi...
(haha..ada ke bahasa membontoti??)

Tak kisahlah Arif..
Yang penting kamu sihat dan gembira...
Ibu pun turut gembira walau ada masa pening juga dengan kerenah dia ...
Arif anak ibu yang comel...
Buat apa pun, tetap menghiburkan hati kami semua...

Tu dia Arif dah sihat, mulalah buat projek menyepah. Senyap-senyap dia duduk di bilik kakaknya dan habis barang-barang Alia di teraburkan dia...huhu
Apa pun, Alhamdulillah.....
anak ibu dah kembali sihat...

Terima kasih atas doa semua....:x

p/s: Minta maaf belum sempat balas jejak semua di entri2 sebelum ni. Arif tak sihat semalam, jadi aktiviti berblog pun slow sikit, apa pun nanti aku cover pelan-pelan ya. 
~ يوس ~

Thursday, January 12, 2012

Nasi lauk ayam aje!! | Iklan Chinese New Year 2012 yang awesome!

Iklan ini menyentuh hati ramai yang menontonnya.
Termasuk aku.
Iklan Chinese New Year yang terbaik 2012.




p/s: orang cina di Kelantan memang pandai cakap loghat Kelate kan? Dulu aku tak tahu, dan bila aku pernah jumpa depan mata, memang terkejut mulanya. Fasih pula tu. 


~ يوس ~

Arif: Hero kecik aku demam | Tips bila anak demam di hari pertama

Arif si comel aku demam hari ini.
Bermula malam tadi selepas makan malam sebenarnya.
Tak tahu kenapa tengok dia tak ceria aje.
Lepas tu malam tadi asyik muntah.
4 kali tukar baju sebab muntah.

Pagi ini pun dua kali muntah.
Sedih aku tengok dia.
Tak bermaya aje rasa.

Pagi ini aku bawa dia ke klinik.

Dalam kereta sebelum menuju ke klinik. Sayu aje tengok wajah Arif macam ni.
Kalau di sini, aku memang suka pergi klinik ni.
Doktornya bagus bagi aku.
Doktor perempuan cina.
Banyak berkongsi tips, dulu masa Aqil demam pun dia ada bagi tips.
Tapi aku lupa tips dia.
Kali ini, aku tak mahu lupa lagi, jadi aku nak kongsikan dengan semua di blog aku ni.

Kata doktor tu, kalau anak baru demam, kiranya hari pertama lah,
Cuba tekan dengan ibu jari di dada anak kita.
Selepas itu lepaskan ibu jari kita tu dan tengok selama 2 saat.
Sekiranya selepas 2 saat kesan putih tempat kita tekan tadi hilang, ok demam biasalah tu.
Tapi kalau selepas 2 saat, kesan putih tu masih belum hilang,
ada kemungkinan demam denggi,
kena masuk wad!

Alhamdulillah kesan putih tu hilang selepas 2 saat dada Arif di tekan.
Tapi kalau selepas 4 hari demam, masih belum baik.
Cuba tekan lagi di dada dengan ibu jari.
Lihat kesan yang sama, kalau ada segera bawa jumpa doktor semula.

Satu lagi, Arif kan muntah-muntah di hari pertama demam ni.
Doktor tu nasihatkan aku, jangan beri minum susu, makan bubur,
daging,ikan, nasi atau apa ajelah...huhu.

Aku dah cuak, susu tak boleh, nasi tak boleh, bubur tak boleh,
anak saya nak dapat tenaga dari mana doktor???

Kata dia, ini baru hari pertama demam, dan badan anak kita tu baru tekena virus.
So, kalau kita beri bubur pun, selepas dua suap, pasti akan muntah semula.
Buat apa kan?
Lepas tu kita penat-penat membebel, bagi bubur, keluar balik, bagi nasi keluar balik.

Jadinya untuk anak kita terus bertenaga, dia sarankan beri air manis.
Sirap pun boleh, atau air kotak, contoh air teh bunga tu.
Dari situ anak kita dah boleh dapat tenaga.

Tapi jangan air milo atau coklat ya.
Itu pun dah kategori susu, tak boleh!

Selepas dia dah ok, hari kedua demam baru beri makan.
Masa itu dia biasanya tak akan muntah lagi.

Dan hari ini juga, kali pertama aku tengok doktor masukkan ubat dalam bontot Arif.
Serius selama ni dengar orang kata, anak dia dapat ubat masuk dalam bontot.
Aku tak pernah kena macam tu.
Dah empat orang anak, tak pernah nampak pun anak di masukkan ubat ke dalam bontot.
Hari ini baru nampak.
Senang aje ya!...hehe.
Ubat tahan muntah.
Jakun aku tau!

Balik tu, aku beri Arif minum air kotak teh bunga seperti yang doktor sarankan.
Alhamdulillah tak muntah lagi, kalau tidak dari pagi, minum susu muntah,
minum air putih pun muntah...huhu.

Dah tertidur pun dia, harap-harap Arif segera sembuh ya.
Risau hati kita bila anak kecil kita demam kan.
Lepas tu baru demam tak sampai sehari, dah nampak macam seminggu tak makan.
Huhu...cam mana tu?
Lagilah tambah sedih hati ibu....:( :(

Doakan Arif segera sembuh ya kawan-kawan.
Terima Kasih.....:)

~ يوس ~

Wednesday, January 11, 2012

Slide.com akan di tutup???

Tadi tiba-tiba tergerak hati buka akaun aku bersama slide.com.
Aku memang banyak simpan gambar di situ.
Kira gambar-gambar kenangan dulu, hampir semua di situ.
Tiada back-up lainlah kiranya.
Sebab sebelum ni ada simpan dalam hard disk CPU pc lama,
tapi entah bagaimana semuanya telah hilang.

Bila buka kembali akaun aku di situ, nampak notis ini pula.

Klik image untuk paparan lebih jelas
Di situ tertulis, slide.com akan di tutup bermula 6 Mac 2012,
dan semua yang menggunakan slide.com
di nasihatkan memindahkan semua gambar ke tempat lain,
atau  gambar-gambar itu akan hilang terus.

Nasib baik tergerak hati buka, kalau tidak, habislah segala memori di dalamnya.
Pasti sedih kalau tak dapat lihat lagi gambar-gambar yang tersimpan di situ.

Mujur ada cara mudah dan aku boleh export semua gambar ke picasa web albums.
Alhamdulillah....

Beberapa keping gambar yang aku sayang itu adalah...

Di depan pintu masuk Liverpool FC Club Store

Di belakang rumah sendiri buat snowman menggunakan baki snow yang ada. Sampai nampak rumput semua sebab snownya ciput aje masa tu.

Yang ni tak ingat di mana? Alamak di mana ni? Tapi yang pasti di salah satu Castle di UK

Di belakang rumah lagi, Aqil dan Alia bersama permainan mereka

Aqil dan Alia, rasanya masa ni di Wales. Betul ke? Aku lupa...huwaaa

Alia bersama Eiffel Tower

di Disneyland Paris

di Kota London berlatar belakangkan Tower Bridge
Raya tahun 2006 rasanya di PMC Sheffield. Masa ni aku tengah mengandungkan Abid.
Banyak betul gambar di situ, kenapa tak semua aku tulis aku dimana masa tu?
Huhu...masa tu memang tak ingat nak tulis semua tu ke?
Kan dah banyak yang lupa...huwaaa.

Di harap picasa tak shutdown juga macam slide.com.
Kalau picasa web album pun tutup juga,
habislah aku nak simpan di mana ni??

Korang semua biasa simpan gambar di mana ya?

~ يوس ~

Ariana Mikhail : Sein dan Nora Danish tu!!

image dari fb pages Ariana Mikhail
Jarang sekali aku menonton drama di tv9.
Tapi bila terpandang promo ini rasa berminat sangat nak tengok.




Promo Ariana Mikhail bersama Sein dan Nora Danish


Minat tengok Sein masa dia berlakon drama Adam Maya dulu.
Romantik kan.
Kali ini bergabung dengan Nora Danish pula dalam Ariana Mikhail.
Baca sinopsis dan tengok promo macam best aje.

Bermula Isnin depan, memang wajib tonton ni.
Bakal bersiaran di Slot Ratu setiap Isnin dan Selasa jam 8..30 malam di tv9,
bermula 16 Januari 2012.

Sinopsis Ariana Mikhail
>>>Sila baca sini.

~ يوس ~

Tuesday, January 10, 2012

Arif: Teman aku di dapur

Ingat lagi tak entri aku dulu.
Entri bertajuk Pembantu aku di dapur.

Ingat lagi gambar ini pada entri itu?

Haha, masa ini Arif baru aje masuk setahun [gambar ulang tayang sekali lagi,,:)]
Sampai ke hari ini, dia masih lagi menjadi pembantu aku di dapur.
Tapi lebih kepada teman, sebab aku tutup pintu dapur tu selalunya.
Tak beri dia masuk.

Namun begitu, dia dah pandai nak cari dan kacau aku dengan cara lain pula.
Tak dapat masuk dapur, jengah ke dapur pun jadilah.
Memanjat dari bilik komputer melihat dari tingkap yang terus ke ruang aku memasak.

Dari situ pun dia dah boleh capai segala benda.
Kuat betul dia ni memanjat tau!

Dah lama juga tak tunjuk wajah Arif di blog kan.
Ok, hari ni, aku nak tepek wajah terbaru Arif.

Gambar di ambil tadi waktu aku tengah sibuk mengemas di dapur.
Dia pula tengah berusaha mencari sesuatu untuk di panjat bagi menjengah aku ..hehe

Tu dia, tengah cari sesuatu untuk memanjat dah tengok aku dari tingkap. Bilik  komputer ni tingkapnya memang terus ke dapur aku...hehe. Kelihatan Abid di sana tengah tengok ultraman. Masa ni dah pukul 12.15 dah, dia dah balik sekolah. Aku pun tengah sibuk kemas dapur aje.

Teruja dan ceria dia bila dapat panjat tingkap tu  dan nampak aku.
Ada yang kata kalau takde idea nak update, letak gambar pun jadilah.
Bila dah letak gambar, banyak pula idea yang keluar...hehe
Arif tu berambut baru tau!
Kasi hencem sikit, sebelum ni nampak serabut aje dia...:)
Arif dah nak masuk setahun 6 bulan hujung bulan ni.
Sekejap aje masa berlalu kan...

Ada orang tanya aku, bila nak tambah seorang lagi?
Aku??? Tak ready lah...huhu
Nak tapi belum sedia sebab rasa Arif kecik lagi kan...kan...

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...