Monday, May 27, 2013

Kejohanan Taekwondo Remaja Koryo Daerah Kluang kali ke 3: Gambar dan video aksi Aqil dan Alia.

Cuti sekolah dah bermula. Tiada aktiviti menarik nampaknya untuk anak-anak. Ibu tengah menunggu hari, tiada kemana kesian juga mereka.

Namun permulaan cuti, Sabtu yang lalu, 25hb Mei, bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan MPK Kluang, Aqil dan Alia buat pertama kalinya menyertai Kejohanan Taekwondo Remaja Koryo (Sparring). Ini adalah kejohanan kali ke 3. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar Koryo daerah Kluang, Johor Bahru dan Batu Pahat.

Pagi-pagi dah bertolak dari rumah, keluar rumah pukul 6.30 pagi. Kami hantar sendiri mereka sebab kalau nak naik bas yang di sediakan, perlu bersedia dari SK Convent pukul 5.30. Huhu, lagi awal, malas nak hantar awal sangat konon.

Sampai stadium lebih kurang pukul 7.15, cari sarapan dulu, makan dululah kiranya, lapar rasa. Masuk stadium pukul 7.40 pagi lebih kurang, pelajar Koryo dari Batu Pahat dah mula buat warming up.Teruja sebab ini pertama kali Aqil dan Alia sertai kejohanan seumpama ini.

Hai!! Malas pula nak berceloteh, kita tengok gambar dan video perlawan mereka sudah ya.

Suasana di stadium bersama Aqil dan Alia
Video 1: perlawanan Alia untuk pusingan pertama. Ini pusingan kalah mati, kalau menang dapat mara pusingan seterusnya, kalah, makanya hampa.


Alia pelajar Koryo BP, (vest biru), lawan pelajar Koryo Kluang (vest merah). Lawannya tu dahlah punya tali pinggang merah, lebih tinggi pula tu. Kesian Alia, tapi ibu bangga sebab dia cuba melawan dengan baik, walau banyak sepakannya tak mengena pada sasaran. Walau kalah, dia ok je, tak nampak kecewa sangat sebab katanya dia dah cuba yang terbaik.

Video 2 : Perlawanan Aqil di pusingan 1


Aqil (vest biru) berjaya mengatasi lawannya (vest merah) kawan sama tempat Koryo BP, tapi dari sekolah lain. Lawannya tu pemegang tali pinggang hijau 2, Aqil baru je grading untuk tali pinggang hijau 1 hari tu, makanya untuk kejohanan ini dia masih bertali pinggang kuning. Dia sangat teruja sebab menang pusingan ini dan berkobar-kobar meneruskan perjuangan untuk pusingan seterusnya.

Yang asyik jerit "Lawan bang! Lawan bang!" tu, emak budak yang lawan Aqil (vest merah). Suara ibu cuma dengar perlahan je kan, "Lagi Qil, lagi Qil"....hihi.

Video 3: Perlawanan Aqil di pusingan ke 2


Mara ke pusingan ke 2, Aqil memang bersemangat untuk menang. Namun dia kecewa. Lawannya dari Koryo Kluang (vest merah) nampak lebih berpengalaman. Lebih tinggi pun ya, namun ibu nampak Aqil melawan dengan baik. Walau ada ketika di serang hampir keluar gelanggang, Aqil tak mengalah. Aqil tewas tipis pusingan ini.

Selepas perlawanan, Aqil nampak sangat kecewa. Marah dengan diri sendiri pun ya juga. Ibu pulak yang sedih tengok muka dia. Tapi setelah di nasihat oleh abahnya SRD, dia nampak bersemangat semula. Semangat untuk mencuba lagi di lain kali.

Untuk video ke 3, ada pulak budak Arif Zakwan sibuk enterframe....hihi. Memang tak reti duduk diam itu budak. Dia ada tersepak sorang budak sebab mengikut aksi orang berlawan tau! Huhu....haru!!!

Apa pun ini pengalaman pertama buat mereka. Persediaan menghadapi sparring pun cuma 2 hari je berlatih iaitu Selasa malam dan Rabu malam. Mana taknya kan. Ibu dan Abah suka tengok semangat anak-anak ibu macam ni. Kalah menang adat pertandinganlah kan, nanti lain kali kita cuba lagi ya.

Ayat Aqil, nak sedapkan hati sendiri " Takpelah ibu, tak dapat pingat pun, cikgu kata dapat sijil siapa yang menyertai sparring ni!"

Yalah nak.....hehe.

p/s: ibu sekarang ni dah tak sabar rasa nak suruh baby ni keluar cepat. Kalau dapat bersalin waktu anak cuti sekolah ni senang sikit kan, tapi due ibu 10 Jun pula, betul2 masa anak2 dah naik sekolah semula...huhu. Harap di permudahkan.

~ يوس ~

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013 | Abah pun cikgu juga ke?

Bertuahnya guru-guru zaman sekarang. Setiap kali sambutan hari guru pelbagai hadiah pasti di terima. Seingat aku zaman aku dulu, paling bagus bagi cikgu bunga je, itu pun dok kutip atau buat sendiri, tak pun beri kad hari guru untuk guru-guru yang di sayangi. Nak minta hadiah hari guru dari ibu dan ayah, susahnya nak dapat, bukan orang senang, kita pun faham.

Tapi aku percaya, semua guru-guru bukan meminta hadiah dari anak-anak murid mereka, cukuplah jika melihat kejayaan anak didik dalam pelajaran dan berjaya pula dalam hidup mereka, itulah hadiah yang paling bermakna buat guru-guru semua.

Kepada semua guru-guru yang pernah mendidik aku, tak kira walau di mana mereka berada, juga pada rakan-rakan pendidik sekelian, Selamat Hari Guru ya!

Dan tahun ini, anak-anak sibuk juga nak beri hadiah pada guru-guru pilihan hati mereka. Dari dulu mereka tak pernah minta nak beri hadiah kepada semua guru, biasa kalau nak beri semua pun beri kad saja. Tahun ini abahnya beri kuota seorang pilih 3 guru paling di sukai di sekolah. Semua gembira dan suka hati sebab dapat pilih sendiri hadiah apa untuk di beri pada cikgu yang mereka suka.

Makanya semalam dah terlanjur ke bandar sebab Aqil ada latihan intensif taekwando untuk grading Sabtu ini, dapatlah mereka pilih sendiri hadiah yang mereka suka di kedai cenderahati.

Siap di balut, masing-masing teruja nak tulis sendiri pada kad untuk di letak di hadiah masing-masing. Warna biru pilihan Abid, warna warni pilihan Aqil dan merah + pink + kuning pilihan Alia.
Aku sempat snap satu kad saja untuk setiap yang anak-anak tulis. Kiri sekali tulisan Abid, tengah Aqil dan kanan Alia. Setiap dari mereka memilih guru bahasa inggeris masing-masing sebagai antara guru yang paling mereka suka. Cikgu English memikat hati ya!

Dan pagi ini, semasa hendak masuk kereta menuju ke sekolah ada dialog menarik keluar dari anak-anak.

Abid: (Sambil pakai kasut dia bertanya pada abahnya) Abah tak beri hadiah kat cikgu abah ke?

Aqil: Abah kan cikgu juga Abid, abahlah dapat hadiah, bukan abah beri hadiah. Cikgu abah mana ada kat tempat kerja abah!

Abid: Ehhh!!! Abah pun cikgu juga ke?

Alia: Yalah! Abah pun cikgulah!

Aqil: Abah cikgu, tapi abah cikgu untuk murid besar, kan abah! Pensyarah tu cikgulah Abid!!

Abid: Oo! Pensyarah tu cikgu ya? Abah pun ada ajar kat kelas ya?

Ibu: Yalah, abah cikgu di universiti.

Abid: Nanti mesti abah dapat banyak hadiah juga kan!

Ibu: Takde pun, tak pernah pun abah dapat hadiah. Cikgu murid besar ni jarang dapat hadiah di hari guru. ( Sambil jawab sambil tengok muka abahnya...hihi. Abahnya sengeh aje.Hari akhir pelajar tu di uni adalah kot dapat hadiah biasanya kan abah!)

Kepada abahnya, Selamat Hari Guru juga ya! Kerja kena ikhlas, bukan sebab untuk hadiah tak gitu!  Takpe, nanti kita cari hadiah untuk abah ya anak-anak!


~ يوس ~

Monday, May 13, 2013

Souvenier dari Jepun

Cerita hampir basi, hubby selamat sampai dari Osaka Sabtu pagi 4hb Mei yang lalu selepas seminggu berada di sana.

Apa yang dia bawa pulang?

Yang pasti, pesanan dari anak-anak dia yang kemaruk Ultraman....huhu.

Ada satu lagi, raksasa telur, mana entah Abid simpan, aku tak jumpa nak ambil gambar. Ini koleksi untuk Arif dan Abid, untuk Aqil keychain GoKu...huhu.

Untuk Alia, ada keychain comel dan juga pen. Untuk aku...

Fridge magnet, keychain Osaka dan Power Bank. Terima kasih kepada PA dia Puan Huda, yang gurau-gurau minta power bank bila di tanya nak souvenier apa dari sana. Kalau tidak, dia tak teringat pun benda ni murah kat sana tau! Dapat juga aku seketul....hehe.Masa dia tanya aku nak apa, aku tak tahu pun nak minta apa, minta dia selamat pergi dan selamat kembali saja....:)
Ini pula lagi souvenier dari suami tersayang SRD sempena hari ibu.

2 pokok Bonsai comel! Dapat di letak di kiri dan kanan tiang rumah halaman depan ni...hehe. Aku kira ini hadiah sempena hari ibu semalam. Ini bukan dari Jepun, ini from BP with love saja....:)
Lama mengidam, tak sangka dapat 2 set terus. Terima kasih abang!

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...