Wednesday, November 30, 2011

Arif kena denda dengan abah; comelnya dia patuh arahan.

Ok, ini aksi spontan sebentar tadi.
Sewaktu abang-abang dan kakaknya belajar mengaji dengan abah.
Gelagat Arif seperti biasa mengacau mereka.
Paling tak tahan dia pun buat aksi mengaji dengan suara terjerit-jerit. (konon mengaji)

Oleh kerana dia asyik menganggu yang lain, abahnya@ En SRD menarik kakinya.
Menyuruh dia duduk diam di sebelah abahnya.
Mula-mula dia tidak patuh.
Tapi bila abahnya memandang tajam, dia patuh.
Elok saja dia duduk di sebelah abahnya.

Namun bila aku memandang, dan memanggilnya untuk datang kepadaku, dia menangis.

Arif yang mula menangis kuat bila aku menunjuk isyarat tangan untuk dia datang kepada aku.
Aku konfius, kenapalah dia menangis.
Tapi dia tetap duduk di situ.
Tak bangun-bangun.
Namun bila abahnya memandang ke arahnya,
dan memberi izin dengan isyarat tangan untuk dia bangun,
baru dia bangun dan menuju ke arah aku.
Dengan comel dan terus tak menangis.
Siap boleh buat aksi cute lagi....
Hahaha...dia sungguh comel!
Rupanya tadi dia menangis sebab tak berani bangun dari situ!!

Dan bila abahnya memanggil semula dia duduk di sebelah,
tak sangka dia menurut perintah.
Arif comel tau!
Ibu nak tergelak, tapi ibu tahan saja.

Tengok tu, duduk elok saja walau dah jauh sikit dari abahnya.

Dan bila semua sudah selesai dan bangun, dia tetap di situ sebab abahnya belum beri arahan untuk dia bangun. He's so adorable!Namun tangannya dah mula bermain dengan tikar ibu ya!
Sampai kami keluar dari bilik itu pun dia cuma mengesot sedikit ke arah pintu.
Tetap menunggu dengan sabar arahan abahnya untuk bangun.
Hahaha......Ibu like!!!

Sebenarnya kan, abahnya pun dengki saja meneruskan sebab tengok anaknya begitu patuh.
Korang pernah dengki anak kecik macam ni tak?
Jahat kan kitorang...hihihi.

~ يوس ~

Segmen Rerama Berterbangan


Petang ini aku nak merajinkan diri join Segmen Rerama Berterbangan dari Kakyong ni.

Pahit manis berblog?
Lama juga aku melibatkan diri dalam dunia blog ni.
Entri pertama aku buat dengan tajuk "Percubaan Pertama" bertarikh 18 May 2006.
Orang yang menjadikan aku berjinak-jinak dengan dunia blog ni ialah Dr Faezhussain.
Sayangnya dia sekarang dah tak begitu aktif.
Sekali sekala saja menonjolkan diri.

Selama tempoh itu, ramai blogger yang aku kenal.
Ada yang dah bertemu muka.
Seronok sebenarnya berblog ni.
Kalau dulu, aku berblog kerana ingin abadikan segala kisah di perantauan.
Kini aku teruskan kerana ingin semua yang penting berlaku dalam keluarga tidak terus di lupakan.
Blog aku memang banyak cerita kami.
Cerita anak-anak membesar, sesuatu yang pasti tak akan dapat aku ulang semula.
Sekurang-kurangnya catatan di sini dapat aku imbas kembali satu hari nanti.
Harap blogger akan terus wujud sampai bila-bila.

Selain itu, pemangkin untuk terus berblog tentunya rakan-rakan blogger.
Yang tak putus-putus datang silih berganti.
Dari mula aku berblog sampai sekarang, yang rajin datang komen kerap berubah.
Namun antara yang aku kenal dari tahun 2006 ialah KakAnie, Mulan dan HappyIrfa.
Mereka ni antara yang masih aktif berblog.
Itu pun sekali sekala mereka muncul.
Tapi aku gembira, kiranya lama kami berkawan di alam maya ni.
KakAnie antara yang aku dah pernah jumpa, memang seronok.

Kini, aku semakin ramai teman.
Semuanya mempunyai seribu satu kisah yang menarik untuk di kongsi.
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat blog aku ya.

Kemudian baru datang pemangkin semangat yang lain.
Seperti nuffnang dan churpchurp.
Seronok pula bila menulis di blog pun ada imbuhan.
Walau tak banyak, ianya membantu untuk terus bersemangat menulis.

Moga aku akan terus bersemangat menulis di sini.
Dan kawan-kawan blogger andalah inspirasi aku.
Terima kasih semua.
Seronok kan berblog ni.
Hanya mereka yang ada blog saja yang tahu apa keistimewaan berblog.

Ok, rasanya cukuplah. Memenuhi kehendak segmen kan kakyong.

Korang nak join sekali.
Tarikh tutup hari ini...30 Nov 2011. jam 11.59 malam.

~ يوس ~

Alia: Anak dara dengan watak Princess@Puteri

Anak dara kecil, @ anak perempuan ni biasa mesti suka watak Princess di tv kan.
Watak kartun barbie tu, kalau boleh baju, kasut,
beg sekolah, kotak pensil semua nak muka princess.
Aku perasan dari Alia tadika lagi, bukan dia saja yang suka macam tu,
kawan-kawan dia pun sama.
Sekarang ni saja, watak angry bird mula menular,
tapi Alia masih kuat juga dengan barbie dan princessnya.

Namun begitu, aku tak suka nak belikan
dia patung barbie atau princess walaupun dia minta.
Tak elok sebenarnya simpang anak patung dalam rumah kan.
Tapi bila dia minta sticker watak-watak itu, aku tak boleh mengelak.
Harga pun dua ringgit satu sticker besar.
Kalau tidak mulutnya muncung panjang, boleh di sepit muncungnya....:).

Sticker princess yang di tampal pada dinding biliknya. Habis bilik tu dah macam-macam dia tampal dan conteng...huhu.
Namun baru-baru ni, waktu kami ke kedai buku,
dia tertarik dengan buku ini.
Buku bertajuk Kami Puteri Hebat.

Buku ni menceritakan watak puteri versi kita, ada ciri-ciri keislaman. Menarik
Kalau ke kedai buku, memang macam-macam buku di beli.
Dan aku sendiri suka bila dia memilih buku ini sebagai salah satu bahan bacaan.
Dalam hati berharap sangat, dia dapat lupakan watak barbie dan princessnya tu.

Aku sendiri belum baca, dia saja yang mengusung buku itu ke hulu kehilir akhir-akhir ini.
Namun pagi tadi, aku selak dan baca sedikit.
Ada 5 watak puteri dengan cerita yang berbeza.
Puteri Arabella, Puteri Dian Adelia, Puteri Farisya, Puteri Qiara dan Puteri Humaira.

5 watak puteri dalam buku cerita ini.
Ke lima-lima puteri membawa cerita yang menarik.
Puteri Arabella yang mulanya kecewa kerana keputusan periksanya yang tidak cemerlang,
berusaha untuk bangkit dan memperbaiki diri.
Puteri Dian Adelia yang cuba membantu rakan baiknya Izyan yang berubah sikap tiba-tiba.
Puteri Farisya yang memikul tanggungjawab besar sebagai pengerusi kelab sukan dan reakreasi sekolah.
Puteri Qiara yang tabah menghadapi ujian Tuhan setelah kehilangan nenda tercinta.
Akhir sekali Puteri Humaira yang terpaksa belajar memasak
pertama kali di dapur kerana pengasuhnya jatuh sakit.

Khusyuk juga dia membaca walau tidak berterusan dalam sehari tu.
Harap dapat terus memupuk semangat membacanya.
Bagus juga ada watak-watak puteri ini,
dapat mengalih minatnya dari watak puteri inggeris tu.
Buku ini terbitan PTS One Sdn.Bhd.

Kalau di lihat Aqil dan Alia, minat membaca Alia memang lebih tinggi berbanding Aqil.
Aqil suka komik aje yang lebih.
Paling suka komputer games...huhu.

p/s: Cantik kan ilustrasi dari watak-watak puteri tu. Lebih cantik dari princess barbie tu sebenarnya dengan bertudung dan baju yang menutup aurat... :x.
~ يوس ~

Tuesday, November 29, 2011

Lagu Pokok MUH Nubhan yang nyanyi??

Ok, satu keluarga suka lagu Pokok ni.
Selama ini tahu Hazama yang nyanyi.
Tapi baca suratkhabar semalam,
dalam separuh akhir muzik-muzik baru ni Nubhan yang nyanyikan lagu ni.
Makanya gigih aku cari di youtube...haha

Jumpa klip video ini...




Memang kurang umph bila dengar Nubhan yang nyanyi.
Patutlah tak dapat masuk akhir...

Kenapa bukan Hazama yang nyanyi masa separuh akhir itu??
Dengarnya MUH ada masalah sikit dengan Astro.
Astro mintak bayaran untuk Hazama nyanyi lagu ni?
Kiranya Hazama masih terikat dengan Astro.
Adeh! Macam-macam ....
Tak tahu betul ke tidak.
Ada-ada aje Astro ni ya?

Namun MUH beri kepercayaan pada Nubhan.
Aku suka dua-dua versi.
Nubhan dan Hazama, masing-masing ada kekuatan sendiri.
Tapi tanya anak-anak....
HAZAMA nyanyi lagi sedap ibu....

p/s: berkurun lama tak tengok muzik-muzik sebenarnya. Teringat dulu-dulu zaman anak dara, antara yang di tunggu juga...hihi.
~ يوس ~

Aku pening!!: Google Friend Connect (Widget Follower) akan di mansuhkan

Eh! Siapa yang dah join google1+ tu?
Aku pening dok godek-godek benda tu dari tadi.
Masih tak faham-faham...huhu.

Apa pun aku dah add widget baru dari google1+ ini.
Ada khabar mengatakan selepas ini widget follower akan di mansuhkan.
Betul ke?
Cer korang baca sini, dan sini.
Di ganti dengan benda alah google1+ nilah.
Entah betul entah tidak.
Kalau betul, siapa yang follower dah ramai tu mesti sedih kan, semua hilang...huhu

Apa pun, bagi yang dah join tu, add lah page Blog Yus - Our Life sekali ya.
Cer lah korang tengok kat sidebar tu.
Pada tajuk "Jom Follow di Google1+ pula".
Jangan lupa follow ya...:).

~ يوس ~

Abid dan Arif: Dua-dua sudah pandai cemburu

Aku sedang duduk-duduk di sofa.
Arif datang di sebelah kiri.
Abid datang di sebelah kanan.
Arif berusaha menolak abangnya.
Dia ke kanan juga.

Abid beralih posisi ke riba kiri aku.
Arif pun ke kiri juga.
Dia mula menangis.
Lagaknya memang seperti mempertahankan aku dari Abid.

Namun ayat yang keluar dari mulut Abid ini buat hatiku sayu;
"Abid pun ibu yang beranakkan kan. Abid pun boleh duduk dekat ibu kan!"
Tak sangka itu yang keluar dari mulut dia.
Cemburu juga dia pada adiknya.

Aqil, Alia, Abid dan Arif.....
Ibu sayang semua anak-anak ibu.
Tiada satu, tiada dua,
Tiada tiga mahupun empat.
Semuanya sama di mata ibu.
Koranglah permata hati ibu....

My little Abid and Arif. Abid suka jadikan Arif raksasa dia, sebab dia otomen katanya. Namun Arif masih datang dekat padanya....huhu.


~ يوس ~

Monday, November 28, 2011

Bukit Gambang Resort City : Bahagian 3 (Menuju ke Waterpark)

Hari ini baru ada mood nak sambung lagi cerita cuti-cuti ke BGRC.
Sebelum tu, siapa yang terlepas bahagian 1 dan dua sila ke link ini dan ini.

Ada pertanyaan dari beberapa orang pembaca mengenai sewa bilik family suite pada bahagian 2 yang lalu.
Maaf kalau aku lambat balas ya.
Sekarang ni memang agak susah nak balas komen kan aku ni.
Bukan sombong tau, tapi memang tak sempat.
Minta maaf banyak-banyak tau,
sebab aku kena bahagikan masa untuk update entri dan bw lagi.(eleh, blogger lain pun sama gak, sempat aje kan)

Namun, komen yang berbentuk pertanyaan, sebolehnya akan aku cuba jawab.
Kalau tidak di sini, di blog korang biasanya.
Harap tidak serik untuk tinggal komen di blog kecik aku ni.... :x

Ok, melalut pulak.
Sebenarnya, korang boleh tengok harga untuk bilik2 tu di sini.
Namun itu harga anggaran saja.
Waktu sesak time cuti ni lagi mahal sikit biasanya.
Lebih-lebih lagi kalau korang booking lambat.
Macam kami kira lambat juga.
So, dapatlah sebilik family suite tu dalam RM400++ satu malam.
Harga termasuk sarapan pagi.
Dan kami booking menerusi agoda.com, sebab lagi murah harga yang di tawarkan.

Lagi lambat korang booking, lagi tinggi harga tu tau!
So, kalau nak pergi baik booking cepat-cepat, dua tiga bulan awal pun takpe.

Tapi family suite ni boleh masuk ramai orang.
Kami 8 orang kat dalam tu rasa selesa sangat.

Ok, baru nak sambung cerita....:p.

Makanan semua dah licin baru teringat nak ambil gambar. Abid tunjuk sayang kat atok ayah dia pulak....hehe
Pagi itu sarapan pagi pukul 9.
Nasi lemak ada, pau ada, mee goreng ada.
Makanan kurang enak kot, tapi bedal saja sebab dah lapar kan.
Orang sangat ramai, tempat makan BGRC tu sampai tak muat.
Terpaksa ke ruangan bawah...huhu.

Bila perut dah kenyang, terus ke lobi menuju ke tempat naik tram.
Kalau dah menginap di BGRC, tak perlulah bawa kereta ke waterpark dia kan.
Naik tram jentolaknya saja.
Tapi masalahnya, tram ni pun kena bayar rupanya.
Sorang singgit...huhu.
Tak kisahlah, yang penting tak perlu parking di sana.
Anak-anak pun teruja naik tram.

Aksi-aksi mereka sebelum tram berjalan. Tram mereka panggil ni? Bolehlah....hahaha.
Ini pula apa yang kami nampak sepanjang perjalanan ke park hari itu. Ada yang berjalan kaki saja...tak jauh pun sebenarnya, dalam 1km gitu.

Lagi apa yang kami nampak sepanjang berada di dalam tram itu. Sempat rakamkan aksi keluarga lain di papan tanda Bukit Gambang Water park itu.
Ok, bila dah sampai, acara membeli tiket masuk ke park.
Harga tiket masuk, RM14.90 untuk kanak-kanak,
dan RM20.90 untuk dewasa.
Warga tua berumur 60 tahun ke atas dapat harga kanak-kanak juga.
Ayah aku sama harga tiket dengan cucu-cucunya.

Sekiranya ketinggian anak anda di bawah 90cm, lebih rendah dari penguin comel ni, dapatlah masuk percuma ya. Untuk keluarga aku, Arif saja yang dapat...huhu.
Setiap yang masuk ke park akan dapat gelang tangan.
Masing-masing akan di pakai kan gelang tangan tu,
cuma ketua saja gelang tangannya mempunyai nilai.
Aku dan SRD punya gelang tangan ada nilai e-value.

Di pintu masuk park, semua beratur, untk pekerja mereka yang berbaju biru dan bertudung hitam tu pakaikan gelang tangan.
Dalam park ni tak boleh guna duit tunai.
Jadinya, segala apa yang nak di beli di dalam, guna e-value pada gelang tangan ketua tadi.
So, better masuk nilai banyak sikit dalam tu sebelum menuju ke dalam park.
Sebab kalau tak cukup nanti kena beratur lagi nak top-up.
Leceh!!!
Kalau ada baki, dia kembalikan duit tu, jangan risau.

Beratur untuk sewa tube dan senarai harga sewa tube dan locker
Sampai dalam, kena sewa tube dan locker dulu.
Nak sewa cabana dah habis.
Kami sampai 930 pagi pun dah habis cabana...huhu, cepat betul.

Bersama tube yang kami sewa. Tube no 8. Untuk Arif ada pelampung sendiri. Boleh bawa pelampung sendiri ya kawan-kawan untuk anak2 kecik tu.
Bergambar dulu sebelum menuju ke tempat untuk mandi...ekekek.
Aiseyy.....Aqil dah muncung, turn dia guna pc sekarang.
Semua kerja yang aku suruh dia dah buat, tapi ibu dia ni lambat pulak kan.
Makanya, bersambung lagi ya kawan-kawan......:D

Sebelum tu, menjawab pertanyaan kakyong sebelum ni.
Kami masak atau cari makan sendiri.
Jawabnya, cari makan di luar sendiri untuk makan malam.
Malam Sabtu tu, kami ke bandar Kuantan, makan-makan di Terminal Zul lagi...hehe.
Takde dapur nak masak kakyong.
Kabinet dapur aje yang ada dalam bilik tu...ekekek.
Tapi sarapan pagi ada dah, termasuk dalam harga pakej bilik tu kan.

ok, to be continued.....

~ يوس ~

Sedikit kecewa dengan Harimau Muda ; Terhibur dengan Boboi MLM dan Bubur Cendel

Adeh! Lambat bersiaran aku hari ini.
Siapa tengok bola sepak malam tadi??
Aku tengok, tapi separuh-separuh...huhu.
Namun yang pasti separuh masa kedua aku tengok sampai habis.
Kukeciwa.......

image dari ammboi.com
Namun, aku sangat terhibur melihat klip video Maharaja Lawak Mega Minggu ke 5.
Persembahan dari kumpulai Boboi ni memang best!
Terbaekkklah!



Isu anugerah Yuna yang di tarik balik dalam AIM pun ada...hahaha.
Idea mereka sangat sempoi, tapi lawak.
Afdlin juga Harun, dua-dua memang lawak....hihi.
Terung Titiwangsa???
Memang menghiburkan......ekekek.

Dan hari ini pagi-pagi selepas masak nasi goreng kampung untuk sarapan pagi.
Aku buat bubur cendel + pisang ni sekali.

aku ni panggil ni bubur cendel. Rasa ada nama lain kan untuk bubur ni. Alah yang buat guna tepung pulut tu. Korang panggil apa ekk? Lupa...hihi

Ok, baru nak masak tengahari pula ni.
Dalam kepala otak nak buat ikan caru bakar cecah sambal asam,
sayur bening sawi dan tahu goreng + tempe goreng cicah sambal kicap aje.
Korang dah makan??
Aku kalau SRD cuti memang selalunya makan tengahari lambat....:D
~ يوس ~

Sunday, November 27, 2011

Lelaki dan kereta

Lelaki selalunya kalau pasal kereta tak kisah berhabis duit kan.
Ada yang sanggup lakukan apa saja
untuk pastikan kereta kesayangannya sentiasa dalam kedaan tip top.
Tapi ada juga yang tak kisah apa,
kereta kotor macam baru keluar bendang pun tak kisah.

En SRD @ suami tercinta aku kalau pasal kebersihan kereta ni dia so-so aje.
Tak kisah sangat pun kereta kotor atau apa.
Tapi kalau kereta ada bunyi sikit, absorber rasa lain macam, tayar rasa lain sikit,
aircond tak berfungsi, radio tak bunyi, itu semua memang dia ambil kisah.
Kalau pick-up tak begitu power pun dia ambil peduli.
Lelaki dan kereta, memang tak boleh di pisahkan kan.

Sekarang ni, perempuan pun ada yang macam tu.
Lebih-lebih lagi perempuan yang berduit.
Kereta jadi keutamaan juga.

Pada aku, asal kereta itu selesa,
boleh bawa semua ahli keluarga,
cantik di pandang mata,
pemanduan rasa tip top, itu kira oklah.

Kalau ada rosak sana sini, itu pun aku gelisah juga.
Risau takut apa-apa di jalan raya.
Tapi nak pegi betulkan tak tahu.
Semua serah pada en SRD aku....huhu.
Aku tahu bawa aje.
Kena ambil tahu juga kan sebenarnya...

Semalam SRD pergi tengok 734 nya di bengkel.
Masih belum siap nampaknya.
Aku menunggu saja dia berborak panjang dengan mekaniknya.
Rasa boring betul menunggu...huhu.
Anak-anak pula memekak, abahnya tak siap2 berbicara.

Mungkin ingin tahu lebih lanjut apa yang telah di buat dan di betulkan.
Paling penting soal ongkos, haruslah setimpal dengan apa yang telah di lakukan.
Takut tak cukup masa nak bayar pun ya juga.

SRD dan mekaniknya. Kereta dia yang bonet depan terbuka tapi tiada orang di atasnya tu ya...hihi.
Satu nasihat aku...
Walau berapa pun yang kita belanjakan pada kereta,
jangan sampai anak di rumah tak cukup makan.
Jangan sampai berhutang keliling pinggang.
Dan paling utama, jangan sampai mintak mak pak duit pula untuk isi perut ya!
Kereta itu bukan keperluan asasi, paling utama kebajikan diri dan keluarga.
Harus menjadi keutamaan....tak gitu?

Hai, dah hampir 10 hari di bengkel tak siap2 kereta ni.
Bila mau siap tuan mekanik??
Katanya minggu depan.
Hmmm......
Rasa patah kaki juga aku tiada kenderaan di rumah bila SRD bawa 8238 ke tempat kerja.

~ يوس ~

Friday, November 25, 2011

Tutorial: Tips blog anda mudah di baca menerusi handphone@telefon bimbit

Salam petang Jumaat kawan-kawan.

Ok, kita tinggalkan dulu entri sambungan BGRC.
Kali ini aku nak beri tips pada semua.
Idea entri ini tercetus sebab aku kurang dapat menggunakan pc musim cuti sekolah ni kan.
Bila nak buat entri boleh lagi,
tapi nak bw je terus tak dapat.

Jadi bila berkesempatan, aku masih boleh baca blog kawan-kawan menerusi hp.
Cumanya ada sedikit masalah
bagi blog yang masih tidak menukar setting pada bahagian mobile template mereka.
Aku tak dapat baca dengan jelas, dan susah juga nak tinggal komen.

Jadi kawan-kawan, nak minta tolong sebenarnya,
tukar sikit setting pada Dashbord blog korang tu.

Ok, caranya:

  1. Pergi ke Dashbord anda.
  2. Kemudian klik Settings dan seterusnya klik Email & Mobile
  3. Pada bahagian Show Mobile Template tu, sila klik Yes seperti dalam gambar di bawah ya.
Jangan lupa klik Yes, Show Mobile Template on mobile device tu ya!!


Akhir sekali jangan lupa tekan Save Settings.
Mudah kan...

Aku bagi contoh ya
bagi mereka yang dah biasa update blog guna telefon mesti dah ubah settings ini kan.
Jadi bila aku buka blog mereka guna hp senang aku nak baca.
Contoh blog missbby kita....

Contoh blog yang dah ubah settings tadi. Senang nak view guna hp.
Tapi, bagi mereka yang tidak ubah settings ini,
template yang di lihat di hp sama seperti yang kita lihat di pc.
Jadi nak baca susah, nampak kecik ajooo.
Contoh blog ieda... (Aku beri contoh yang sempat aku view tadi aje ya)

Tengok, tulisan kecik nonet, nak baca pun susah, apa lagi nak komen...huhu. Loading pun sangat lambat.
Jadi kawan-kawan, apa kata ubah settings untuk mobile template tu.
Mudah sikit bagi mereka yang nak guna hp untuk view dan baca blog korang.
Boleh tingkat trafik juga kan....hehe.

p/s: Aku ni kes berebut desktop ni dengan anak2. Asyik tak dapat nak bw, anak-anak ada 4 pulak tu. Semua dah pandai nak tengok komputer. Semua yang mereka minat berbeza pulak tu. Aqil angry birds, Alia barbie games, Abid youtube Ultraman, Arif, ketuk2 keyboard.....haha. Jadinya aku guna hp kecik aku tu jelah. Kotlah en SRD nak belikan lappy satu untuk aku best juga ni....hihihi. Erkkk bang! Notebook satu!!!....kihkihkih.

~ يوس ~

Bukit Gambang Resort City : Bahagian 2 (Bilik dan kolam renang)

Kita sambung lagi cerita dan gambar di BGRC.
Dari komen-komen yang aku terima pada bahagian 1 sebelum ini,
nampaknya ramai juga yang dah pernah sampai sini kan.
Takpe, aku cerita dari pengalaman kami.
Mungkin tak sama dengan yang lain.
Cuma satu yang sama kot, BEST!!!!
Seronok main air....hehehe :x.

Ok. Kami di suruh tunggu 1/2 jam untuk bilik siap di kemas kan.
Bila saja kunci di beri kepada kami, menuju kebilik dan bila sampai...
BILIK BELUM SIAP KEMAS!!

Huhu, tensen sekejap aku.
Semua masih bersepah, dan...
segala sampah sarap dari penghuni yang sebelumnya masih ada.
Biasalah aku yang over kan, SRD, ayah, emak dan anak2 biasa aje.
Mereka relax saja....

Tunggu 'housekeeping' datang kemas, baru aku ambil gambar.
Ini hasilnya....

Kami booking bilik Family suite. Makanya dalam bilik ini ada dua bilik tidur yang katilnya seperti di atas. Bilik tidur pertama lebih luas dari bilik tidur kedua. Memang selesa. Dan di setiap bilik tidur ada satu bilik air. Kelasss. Seronok sebab tak perlu kecoh sangat berebut bilik air kan..hehe
Ini pula bilik air dia. Untuk makluman, shower tu dari bilik air kedua, dan tandas pula dari bilik air pertama. Hehe...dua-dua bilik air hampir serupa di dalam tapi yang pertama lebih luas dan besar ruangannya.

Ini pula bilik tamu dan ruangan dapur dia. Luas dan selesa. Peti sejuk, cerek semua ada. Aku suka sebab tiada carpet. Yalah nak mandi manda kalau ada carpet tak best pula kan. Ini untuk bilik Family suite ya, kalau Studio suite aku tak tahu macam mana ruangan dia. Apa pun bilik ini memang selesa untuk 4 orang dewasa dan 4 kanak-kanak macam keluarga kami menginap.

Ini pula balkoni dia. Bilik kami menghadap kawasan hutan dan bukit bukau pula. Tapi sikit ajelah, sebab bilik kami di kedua yang hujung. Pagi-pagi rasa sejuk aje, berkabus, udara pun segar. Kawasan ni kami jadikan tempat jemur baju mandi kami yang basah...hahaha, selain daripada tempat rehat lah kan.
Selepas puas tengok bilik, solat dan rehat sekejap.
Sempat juga menjamu selera dari bekal yang kami bawa.
Kami bawa mee hoon goreng, nugget dan sosej dari rumah.
Selain itu, bekal untuk anak-anak lah.
Susu, kokocrunch, maggi....hahaha.
Yang lain tu bukan semua melantak masa tu ya.
Bekal gula, nescafe, teh semua pun kami bawa.
Pihak hotel ada sediakan, tapi biasalah kan, ciput aje mana cukup untuk dua hari dua malam tu.

Pukul 4 petang, anak-anak dah sibuk ajak turun ke kolam renang.
Mulanya nak tunggu lepas Asar, tapi petang tu ada bola.
Tak ingat siapa yang lawan, SRD nak tengok so dia ajak turun awal.

Ini kolam renang di BGRC. Alia sedang belajar berenang dari abahnya, Aqil dan Abid lihat dari tepi. Mereka ikut giliran sebenarnya. Tak boleh turun sekali dalam kolam yang lebih dalam tu...ekekek

Ini dia aksi Alia, Aqil dan Abid. Kalau di lihat, Aqil memandang sinis Alia. Sebenarnya, aku pun terkejut. Aqil boleh berenang! Dalam kolam yang dalam itu, dia boleh berenang jauh juga. Dari hujung tepi belah kiri, hingga kekanan dia boleh berenang tanpa di bantu. Cuma dia belum pandai mengapung diri dengan baik. Kiranya kalau tangan dia tidak berhayun lama, dia tenggelam juga. Tapi aku dah tak risau sangat, dia tahu mana nak cari tebing tepi.Oh ya! Tempat Abid dan Aqil main air tu, kolamnya panas sedikit. Mereka selesa di situ sebab tak sejuk sangat.

Kami sekeluarga. Arif saja yang tiada. Arif tidur di bilik. Ada atok ayah dan maktoknya teman. Kesian dia....huhu. Sebenarnya aku nak bawa juga dia terjun ke air mulanya, tapi badan dia dedau sedikit. Aku beri ubat demam dan biar dia rehat dulu sebelum turun ke Waterpark esoknya kan.

Sejam berendam dalam air, orang dah semakin ramai.
Nasib baik juga kami turun awal, lebih kurang 530 petang kami dah naik.
Kalau turun lambat rasanya memang berebut tempatlah.
Bukan besar benor kolamnya, nak menampung semua kan.
Mungkin sebab Sabtu pertama cuti sekolah.
Memang ramai betul yang datang masa tu.

Ok. Cukup dulu laporan setakat ini.
Bersambung lagi nanti...;)

to be continued...
~ يوس ~

Thursday, November 24, 2011

Bukit Gambang Resort City : Bahagian 1

Ok. Mood nak update tentang percutian kami di Bukit Gambang dah datang.
Sebelum memori dan kenangan di sana terus di lupakan,
baik aku abadikan cepat di blog ini.
Kenangan ni kan, belum tentu dapat sampai lagi.
Lain kali mungkin ke tempat lain pula....:)

Kami sampai di Carribean Bay Suite, Bukit Gambang Resort City lebih kurang pukul 1.30 tgh.
Tertulis di kaunter khidmat pelanggan tu, waktu check-in pukul 3 petang.
Alamak! Sampai awal sangat ke?
Tapi petugas di situ kata, boleh aje daftar masuk dulu,
tapi kena tunggu setengah jam sebelum boleh masuk bilik.
Bilik masih belum di kemas katanya.

En. SRD kita sedang buat pendaftaran masuk.
Sementara menunggu SRD buat pendaftaran, yang lain duduk rehat di ruangan lobi. Ayahku merenung jauh nampak, emak pula menjaga Arif. Aqil kepenatan, Alia dan Abid sibuk meninjau kawasan.
Dalam pada SRD di kaunter, aku ternampak catatan ini.

Lorr!! Nak check-In dan Check-Out pun kena ambik nombor ke?Tapi rasanya kalau orang ramai sangat kot. Masa kami tiba, tak ramai sangat orang di kaunter. 

Sambil menunggu bilik kami siap, apa lagi buat lawatan kawasan sekitar lah kan.

Kawasan sekitar di Carribean Suite BGRC ni memang cantik.
Anak-anak aku yang dua orang ni pula tak sabar nak masuk pool. Nun di sana mereka dah nampak kolam renang hotel...hehe.
to be continued.....


p/s: sebenarnya siksa juga nak update blog dan bw ketika anak2 cuti sekolah ni. Berebut dengan anak satu, tak boleh tengok lama2 pun satu juga, sebab kalau tak nanti, anak2 soal balik, ibu boleh kenapa kami tak boleh? Kenalah kawal juga mereka, kalau tidak asyik nak menghadap komputer saja kan...huhu. Jadi, minta maaf ya kalau aku lambat terjah balik blog korang. Terima kasih kerana masih sudi jengah sini...:x

~ يوس ~

Ego tak bertempat : Dari pengalaman seorang pegawai syarak

Membaca mengenai kes tuntutan nafkah oleh isteri AC Mizal beberapa hari lalu,
membuka satu cerita yang menarik oleh ayahandaku.
Sesiapa yang mengikuti serba sedikit berita hiburan mesti tahu kan,
kes AC Mizal dengan isterinya tak selesai2...huhu.

Apa pun kisah yang ayahandaku ceritakan ni berbeza sedikit.
Ayahku salah seorang pegawai syarak di Mukim kampung.
Makanya, setiap kali ada majlis perkahwinan di kawasan itu,
ayah pasti terlibat sama.

Satu kes di mana majlis kahwin bakal pengantin ini tertangguh
kerana ego tak bertempat si ibu dan bapa saudaranya.
Bapa dah ibu pengantin sudah lama bercerai.
Si bapa dulunya di katakan seorang penagih dadah.
Semenjak itu, si ibu tidak pernah ambil kisah apa yang berlaku kepada bekas suaminya itu.
Anak-anaknya juga tidak di benarkan berjumpa dengan bapa kandungnya.
Bapa kandung si anak ini di beri imej begitu buruk oleh ibu dan keluarga sebelah ibu,
hanya kerana beliau seorang bekas penagih.

Apabila si anak hendak berkahwin seorang wali di perlukan.
Anak perempuan kan, bapa kandung masih hidup, mestilah bapa yang harus jadi wali.
Namun ketika majlis akad nikah hendak berlangsung,
si bapa tiada untuk menjadi wali anaknya.
Apabila pegawai syarak menyoal, bapa saudaranya mencelah.
Katanya," Saya pun boleh nikahkan. Saya kan bapa saudara pengantin perempuan".

Pelbagai soalan di aju kepada keluarga pengantin.
Di mana bapa kandung pengantin?
Masih hidup atau sudah meninggal dunia?
Kalau hidup di mana dia?
Semua itu di tepis dengan ego oleh si bapa saudara pengantin.
"Bapak dia ni penagih dadah. Mana boleh jadi wali!"

Apa yang pasti, sejak bercerai, si ibu tidak mahu ambil tahu pasal bekas suaminya itu.
Tambah2 lagi keluarganya juga tidak suka.
Namun, walau apa pun krisis antara suami dan isteri,
hak si anak tidak boleh di ambil ringan.

Adalah menjadi hak anak itu untuk tahu di mana  ayahnya.
Keluarga sebelah ibu tidak patut memutuskan terus ikatan itu.
Apatah lagi, si bapalah yang harus menjadi wali tatkala anak itu hendak menikah.

Sebagai pegawai syarak, ayah menasihatkan mereka mencari dulu bapa kandung pengantin.
Mana tahu dia sudah insaf.
Walau apa pun, si bapa harus tahu anaknya hendak berkahwin.

Paling ego ketika majlis ialah bapa saudara pengantin itu.
Seboleh-boleh dia berkata, tak perlu cari bapa kandung.
Dia sudah boleh menjadi wali.

Dan bila di tanya, dia bapa saudara sebelah bapa atau isteri.
Jawapannya, dia adalah bapa saudara sebelah isteri,
iaitu abang kepada ibu pengantin.

Pegawai syarak yang hendak menikahkah ketawa kecil.
Kalau sudah bapa saudara sebelah ibu, mana boleh menikahkan.
Kecuali bapa saudara sebelah bapa, barulah boleh.
Beliau tetap tidak percaya.
Egonya tetap kuat.
Seboleh-boleh dia hendak menjadi wali, walau imam kata tak boleh.

Maka untuk menyelesaikan, ayahku menelefon Kadhi.
Suruh dia bercakap sendiri, dan bertanya bolehkah dia sebagai bapa saudara sebelah ibu menjadi wali.
Bila jawapannya tetap sama dengan apa yang Imam katakan,
barulah dia mengalah.

Beberapa hari kemudian, baru majlis dapat berlangsung.
Bapa kandung dapat hadir.
Dan semua pegawai syarak terkejut,
kerana si bapa itu tidak seperti yang di war-warkan oleh keluarga pengantin perempuan sebelum ini.

Bukan lagi seorang penagih,
bukan juga seorang yang tidak terurus.
Malah bila di suruh baca al-fatihah, dan di tanya segala hukum fardhu ain,
semuanya dapat di jawab dengan baik.
Bacaan surahnya juga cukup cantik dan sedap di dengar.

Ternyata, bapanya ada di kampung sebelah saja.
Serba serbi mengenai bapanya sudah berubah.
Selama ini dia cuba berjumpa anaknya, tetapi di halang keluarga bekas isterinya.
Dia cuba menjalankan tanggungjawabnya tetapi di tegah oleh keluarga bekas isterinya.
Semua kerana kesalahannya pernah menjadi penagih.
Kalau boleh segala yang berkaitan dengannnya, bekas isterinya tidak mahu anaknya tahu.

Ayahku menyatakan,
Inilah manusia....
Walau apa pun krisis antara suami isteri, hak anak jangan di abaikan.
Tak boleh membiarkan anak membenci bapanya.
Tak boleh menidakkan hak anak dan bapanya, begitu juga sebaliknya.
Setiap orang boleh berubah.
Jangan kerana pernah berbuat salah,
kita terus cop mereka sebagai orang yang tak boleh berubah menjadi baik.
Sampai anak nak kahwin pun,
hak bapa untuk menikahkan dan menjadi wali hendak di tarik.

Sudahnya sendiri malu....
Hmm...macam-macam perangai manusia ni kan.
Semoga kisah ini dapat menjadi teladan kepada semua.

~ يوس ~

Wednesday, November 23, 2011

Ada BE tak update rugi eh?

Semalam pukul 4 petang baru sampai ke rumah sendiri selepas cuti-cuti di BGWP.
Penat!!!...
Dari semalam hingga ke hari ini, 6 kali mesin basuh aku berputar.
Nasib baik dari tadi panas, dah petang ni baru nampak mendung.

Serius, aku belum ada mood nak update cerita mandi manda di BGWP.
Nak upload gambar malas, nak karang cerita pun malas.
Pulak tu asyik kena berebut dengan anak-anak, lagilah malas.
Tapi orang kata kalau ada BE tak update rugi kan???
Makanya aku gagahkan diri upload printscreen ini di blog.

BE bersusun, malas update takde guna tau!!
Hari ini buka akaun nuff ada dua BE baru.
Perodua Tweckbot dan Blackmores Cold & Flu Range
Nak suruh mood update blog datang ni...
Kotlah tengok BE ni tak naik-naik amaun nilainya,
aku semangat sikit update kan...haha.

Malam ni ada temujanji dengan skuad Harimau Muda lagi.
Malaysia lawan Syria untuk kelayakan Olimpik 2012 kan.
Moga pasukan Malaysia menang lagi.
Malaysia Boleh!!

Nota kaki: BGWP = Bukit Gambang Waterpark.

~ يوس ~

Tuesday, November 22, 2011

Tak puas tengok aksi tendangan penalti ini. Malaysia menang 4-3!!!






[SeaGames2011] BOLA SEPAK - Malaysia vs Indonesia - Pusingan Penalti. 21/11/2011


Memang tak puas tengok wei!!!
Debaran malam tadi masih terasa kan!
Aku yang bukan peminat bola selama ini pun melonjak sama,
berdebar sama, terasa getarannya sama.
Tak sangka!
Ini rupanya nikmat tengok bola.
Lebih nikmat bila Malaysia menang!!!

Dalam sekelip mata, aku boleh tahu rata-rata nama pemain skuad Harimau Muda Malaysia.
Kalau tidak selama ni, tahu nama Khairul Fahmi aje.
Al-maklum dia yang paling popular semenjak dua menjak ni kan...

Namun malam tadi, aku tabik spring kepada semua pemain.
Seronok kan tengok game malam tadi.
Badrol dan Fahmi...aku suka mereka.

Fakri, lain kali jangan nak pegang sendiri je bola ya!
Kalau pas kat kawan, mungkin dari awal kita dah menang!
Apa pun tahniah untuk semua skuad Malaysia!

Tetiba semangat gila tengok bola.
Bola memang boleh buat satu Malaysia jadi patriotik kan!
Tahniah Malaysia!.

Nota kaki: Tetiba konfius pula. Kalau menerusi tendangan penalti kita menang 4-3. Kalau campur yang awal kira 5-4 lah kan...hihi.

p/s: Malam tadi tengok bola di rumah emak di Melaka. Gamat gila rumah emak. Seronok tengok dengan ayah,emak dan adik beradik semua. Emak aku pun boleh tahan patriotik...hehe
~ يوس ~

Sunday, November 20, 2011

Selamat Hari Lahir Abid...

Tarikh yang cantik hari ini.
Lebih cantik lagi bila hari ini adalah ulangthun Abid yang ke 5.
Tiada kek atau pizza mcm selalu.
Namun hari ini kami semua di Bukit Gambang Resort City bercuti.

Gambar pertama di atas di ambil dari balkoni bilik penginapan kami.
Sebentar lagi hendak main air di waterpark.
Rasannya inilah birthday yang paling seronok buat Abid sebab dapat main air.
Abid memang teruja.
Yang lain pun sama...

Moga terus membesar menjadi anak kebanggaan keluarga ya Abid.
Kami semua sayang Abid.

Gambar kedua pula Abid dan yang lain main air di kolam renang hotel je semalam.
Sampai smlm tak sempat lg ke Waterpark,main air di pool je dulu.

p/s: Update guna hp tak dpt nak letak gambar tersusun macam selalu, huhu.


_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

Friday, November 18, 2011

Bola sepak Malaysia lwn Indonesia vs Dragon dan ball...

Aku pasti malam tadi semua terpacak depan tv,
tengok perlawanan bola antara Malaysia dan Indonesia kan.
Aku bukan peminat bola,
tapi bila dah SRD tengok tu, aku pun tumpang sekaki.

Tahniah kepada pasukan Malaysia yang menang kan.

Namun, anak-anak aku paling kesian.
Mereka tak dapat nak tengok cerita feveret mereka malam tadi.
Bila saja waktu menginjak ke pukul 930 malam,
masing-masing berlegar-legar depan tv.
Minta pada abahnya untuk tukar saluran lain.

Abahnya pula sedang syok menonton bola,
mana boleh di kalahkan.

Aqil muka dah monyok.
Abid pun sama.
Masing-masing mula buat aksi yang menjengkelkan mata aku memandangnya.

Bila saja mereka kata;
"Alah abah. Dragon ball dah mula ni!!"
Jawab abahnya dengan menyinga.
"Takde Dragon Ball, Dragon Ball hari ni.  Ball ada tu kat tv, abah jadi dragon nya!!"

Semua terus masuk bilik dengan muka kelat.

Hahahahah...kan abah dah jadi dragon.
Bola nya ada di sepak oleh pemain Indonesia dan Malaysia kita ya.

Inilah cerita yang di tunggu-tunggu mereka setiap hari. Aku pun suka juga tengok cerita kartun ni, dari zaman aku remaja lagi. Best kan kartun ni!

Tulah anak-anak.
Cuba belajar sikit semangat kesukanan tu.
Janganlah asyik tengok kartun saja.
Sokonglah pasukan negara kita.
Barulah abah tersenyum melihatnya.
Takdelah keluar jadi dragon ball nya.....hihi.


p/s: Tak pasal-pasal tiba2 keluar dragon dalam rumah ni malam tadi...:oops :p

~ يوس ~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...