Friday, September 23, 2011

Home » » Dia kata dia nak pergi main bola. Biar betul???

Dia kata dia nak pergi main bola. Biar betul???

Jiwa kacau. Rasa tak tenteram! Boleh??

Punca utama?
Aqil....
Dia kata dia nak pergi main bola di padang sekolah.
Bukan di sekolah dia, tapi nun sekolah menengah Sri Gading sana.
Jauh juga tu dari rumah.
Ada lebih kurang 25 minit kot perjalanan???

Tak tahu nak kata apa,
Tapi hati aku cuak.
Ini kali pertama kot, dia cakap nak ikut kawannya main bola di padang sekolah.

Boleh ke main anak ibu ni??
Biasa main kat taman je.
Sepak bola pun macam tak pandai je??
Arif lagi ada gaya kalau sepak bola.

Aku suruh dia telefon abahnya tanya.
Minta izin dulu kata aku.
Dengan harapan abahnya tak kasi.

Sekali, abahnya beri izin dengan rela hati daaaa....
Huhu. Apa aku nak kata??

Dia nak pergi bersama jiran aku no 7.
Cikgu R ni memang selalu bawa anak-anaknya bermain di padang sekolah dia tu.

Tapi anak aku?
Tanpa pengawasan aku atau abahnya?
Boleh ke??

Risau aku weiii!!!
Tak pernah aku lepaskan dia pergi dengan kawan-kawan sebenarnya.

Sebentar tadi keluar rumah siap lagi dengan berbaju Beckham no 7.
Huh! Selama ni  dia kata baju tu besar.
Hari ni sesuai pula ya Aqil.
Konon-konon boleh pandai main macam Beckam ya??

Ok, ibu doakan anak ibu selamat pergi dan kembali.
Walau dalam hati keberatan, tapi tak mahu juga mengongkong kan.
Anak ibu lelaki...
Dah 9 tahun pun usia dia.

Yus!!!! Sila percaya dengan anak kamu.

Siap lagi dengan bawa air dan berkasut si keding Aqil tu.
Aduhai anak ibu!!!!

Sebelum pergi tu, sempat lagi aku temuramah ibu kawan dia merangkap jiran aku tu sekejap.
Betul ke nak ke sana, dan balik pukul berapa semua.
Tapi jiwa masih lagi kacau ni!!!

Abah!! Ibu risau terlebih lah!!! huhu.

Gambar selingan lagi....
Aqil dan Arif di raya pertama yang lalu

Arif memang suka bermain dengan Aqil, tapi Aqil suka sangat sakat adik dia...huhu

~ يوس ~

10 comments:

  1. Takper kak yus..bagi dia berdikari..hehe, tapi kalau saya sendiri pun mesti susah hati..Tapi biasanya yang bapak2 ni memang tak kisahlah..Diaorang lebih suka anak lelaki berdikari kot..

    ReplyDelete
  2. Yakin bolehlah tu Yus.....tp dgn jiran iaitu ada org tua x ape kot.

    ReplyDelete
  3. Takpela kak, dia Pegi dgn Cikgu tu okla kan, skali skali nk ikut Kwn dgn pengawasan org dewasa insya Allah selamat

    ReplyDelete
  4. assalam yus..acik tak daapt nak komen..sebab kita serupa..risau memanjang..sampaikan apa benda pun tak boleh nak buat..
    dulu sekali..dah lepas spm pun..tapi baru pertama kali naik motor keluar..akak dok ngadap tingkap sampai tak boleh nak buat apa2.

    ReplyDelete
  5. insyallah..semuanya oke...anak terunamestila nk men bola ngan kwn2 die...

    ReplyDelete
  6. insyaAllah..klu jiran tu kita btul2 kenal, xpe lepaskan dia...

    ReplyDelete
  7. bagi peluang la kak yus...ok punya tu :)

    ReplyDelete
  8. mula2 kite mmg cuak, tpi klu tak mula.. bila dia nak berdikari kan...

    dan kite kena ada keyakian dgn anak..

    mana lah tahu nanti dia betul teror main bola, cam Safee sali?
    insyaAllah...

    ReplyDelete
  9. rasanya semua ibu pun akan riso.. lebih lagi FIRST TIME kan..

    ReplyDelete
  10. biasa la kak naluri seorg ibu.. msti riso terlebih kan.. nak2 klu festime.. msti arif pndai jaga diri tu.. :p

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...