Thursday, September 29, 2011

Menarik!!

Pagi-pagi, buka mukabuku, jumpa dengan dua gambar yang menarik ini.

Satu dari mukabuku anakku Aqil,
Satu lagi dari perkongsian seorang rakan.

Tidak tahu kenapa, tapi aku suka sangat tengok gambar ni. Dalam hati selalu ada perasaan ingin lihat apa anak aku buat di kelas. Gambar di ambil dari rakannya. Aku selalu rasa Aqil paling comel dan kecik di kelas. Bila tengok gambar ni ya kot...huhu. Dapat teka Aqil di mana? Muka dia nampak sebelah je, tangan tunjuk peace yang lebih...huhu. 

Ini memang menarik! Tak di nyatakan pula gambar di ambil di mana. Siapa tahu di mana ya terletaknya papan tanda ini? 
Kadang-kadang macam rasa yang no 2 tu kena pada SRD.
Tapi sekarang ni dah banyak improve kot.

Moga kita semua tergolong di antara yang no 1 tu kan.

Anda rasa anda berada di nombor berapa?
Kalau belum sampai kategori no 1 tu, sama-sama kita perbaiki diri.

p/s: Peringatan untuk diri sendiri ni, masih banyak kelemahan diri....hmmm
~ يوس ~

Wednesday, September 28, 2011

Satu sudu sudah cukup, kurang lebih baik??

Bila baca tajuk rasa-rasa uolls tahu tak apa jawapannya??

Pagi ini kami ke klinik.
Aqil yang kurang sihat, demam.
Tapi macam biasalah kan, sementara menunggu giliran,
Si kecik Arif memang tak boleh duduk diam.
Satu klinik habis di tawafnya.

Antara yang sempat aku rakam...
Semua orang dia sapa, memang ramah Arif ni

Aqil yang sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor

Banner ini menarik perhatian Arif. Jadi, dah tahu jawapan untuk tajuk di atas??
Jawapannya....

Kurang gula lebih sihat....:x

~ يوس ~

Tuesday, September 27, 2011

Video klip kegemaran Abid...

Inilah klip video dari youtube menjadi kegilaan Abid sekarang.
Walau dia tak dengar, dia boleh nyanyi.
Aku pun dah terikut, sedap pula lagunya...huhu.

Semalam masa dia tengah syok tengok klip video ni,
Aku suruh dia nyanyi sekali.
Konon-konon aku nak rakam aksi dia.
Tapi dia macam tahu pula.
Terus diam seribu bahasa...huhu

Nak tahu klip video apa???



Tu dia...klip video Ultraman Mebius.
Macam pro je dengar Abid nyanyi lagu Jopun ni...

Lepas ni kalau dapat belajar kat Jepun senanglah Abid ya..:p

~ يوس ~

Android yang cool!!

Bila aku minta hp baru dari SRD beberapa bulan lepas, SRD dengan senang hati bagi aku duit dan suruh aku pilih sendiri hp yang aku mahu.

Sebagai isteri yang baik dan tak mahu menyusahkan suami sangat (eceh, macam ya je..haha) aku pun pilihlah hp yang aku lihat ada semua aplikasi yang aku nak, dan regenya berpatutan.
Masa ni masih buta pasal android,
Yang aku tahu telefon pintar iPhone  regenya lebih 1k. Mahaiii tu!!!

Makanya aku pun belilah hp ini...

c5-03

Sekali balik rumah emak, kena marah dengan adik-adik aku semua.
Mereka semua dah guna android.
Mereka kata android murah, tapi aplikasi hampir sama dengan iPhone.

Yang seorang guna ini
Yang ni tak sampai 500 pun  (sony xperia 3)
Dan seorang lagi guna ini..
ini 500 dah dapat ( samsung galaxy mini)

Harga 500 dah dapat, tiadalah sampai macam iPhone tu.
Ha!!! Murah tu, tapi aku dan beli cokia tu...huhu, yang harganya lagi mahai dari android mini tu...:(
(Nampak gaya kena tukar ni...:D)

Sekali sebulan lepas tu, SRD pun tukar hp dia ke yang warna hijau di atas.
Bila masing-masing dah ada android, semua kerek dengan aku sebab hp mereka boleh guna dua aplikasi yang best ini...

Jeles sekejap. Tapi sejuklah hati sebab hp cokia tu, boleh juga guna aplikasi yang pertama tu.
Tetiba, my sil pun tukar hp dia kepada android yang ini pula.

samsung galaxy ace

Jadi mereka semua boleh guna viber yang cool di atas, tapi aku tidak!!!

Apa yang bestnya pasal viber??





Uolls yang ada telefon pintar seperti iPhone/BB/Android tahu tak pasal aplikasi ini?

Kalau tak tahu rugi sebab boleh buat panggilan dan sms percuma ...
Boleh baca lanjut di sini....


Panggilan dan SMS PERCUMA dengan Aplikasi Viber



Jadi saper2 yang teringin nak guna iPhone tu, tp tak cukup ongkosnya, bolehlah bertukar kepada android yang jauh lebih murah, tapi aplikasi hampir serupa.

Anak-anak aku pun suka, sebab boleh main angry birds dalam tu..huhu

p/s: ni entri jeles dengan orang sekeliling yang guna android ni....huwaaa.
~ يوس ~

Saturday, September 24, 2011

Kali pertama....

Setiap sesuatu bila kali pertama berlaku pasti membawa hati kita kepada perasaan yang berdebar-debar, tak tenteram.

Cuba senaraikan??

  • Kali pertama masuk sekolah
  • Kali pertama masuk sekolah menengah..(???)
  • Kali pertama masuk universiti
  • Kali pertama ke oversea
  • Kali pertama melancong
  • Kali pertama jatuh cinta
  • Kali pertama naik pelamin..(kedua ketiga, berdebar juga kot...saper ada pengalaman??..haha)
  • Kali pertama dapat anak
  • Kali pertama anak merangkak
  • Kali pertama anak berjalan
  • Kali pertama anak masuk sekolah

Apa motif ni???

Sebenarnya kesinambungan dari entri semalam ni.
Kali pertama anak minta izin nak ikut kawannya main bola di padang yang agak jauh dari rumah.
Tetap rasa debarannya dan hati tak tenteram....hihi.
Apa pun, semuanya selamat..alhamdulillah.

Cerita Aqil main bola...

" Aqil dapat jaringkan gol ibu!!! Betul!! Ibu tak percaya!
"Bu, ada abang tingkatan 2 tu kata, terrer juga si Bekham ni"
"Baju Aqil pakai ni tulis nama Bekham ya ibu?"
"Beckham tu saper bu??"

Hahaha...nilah, baju tu ibu yang belikan, tapi anak tak tahu pun siapa Beckham.
Dah lama pun beli, 5 tahun lepas kot...

Oklah tu Aqil, ibu pun tumpang semangat dan gembira.
Lain kali boleh pergi main lagi ya!!

~ يوس ~

Friday, September 23, 2011

Dia kata dia nak pergi main bola. Biar betul???

Jiwa kacau. Rasa tak tenteram! Boleh??

Punca utama?
Aqil....
Dia kata dia nak pergi main bola di padang sekolah.
Bukan di sekolah dia, tapi nun sekolah menengah Sri Gading sana.
Jauh juga tu dari rumah.
Ada lebih kurang 25 minit kot perjalanan???

Tak tahu nak kata apa,
Tapi hati aku cuak.
Ini kali pertama kot, dia cakap nak ikut kawannya main bola di padang sekolah.

Boleh ke main anak ibu ni??
Biasa main kat taman je.
Sepak bola pun macam tak pandai je??
Arif lagi ada gaya kalau sepak bola.

Aku suruh dia telefon abahnya tanya.
Minta izin dulu kata aku.
Dengan harapan abahnya tak kasi.

Sekali, abahnya beri izin dengan rela hati daaaa....
Huhu. Apa aku nak kata??

Dia nak pergi bersama jiran aku no 7.
Cikgu R ni memang selalu bawa anak-anaknya bermain di padang sekolah dia tu.

Tapi anak aku?
Tanpa pengawasan aku atau abahnya?
Boleh ke??

Risau aku weiii!!!
Tak pernah aku lepaskan dia pergi dengan kawan-kawan sebenarnya.

Sebentar tadi keluar rumah siap lagi dengan berbaju Beckham no 7.
Huh! Selama ni  dia kata baju tu besar.
Hari ni sesuai pula ya Aqil.
Konon-konon boleh pandai main macam Beckam ya??

Ok, ibu doakan anak ibu selamat pergi dan kembali.
Walau dalam hati keberatan, tapi tak mahu juga mengongkong kan.
Anak ibu lelaki...
Dah 9 tahun pun usia dia.

Yus!!!! Sila percaya dengan anak kamu.

Siap lagi dengan bawa air dan berkasut si keding Aqil tu.
Aduhai anak ibu!!!!

Sebelum pergi tu, sempat lagi aku temuramah ibu kawan dia merangkap jiran aku tu sekejap.
Betul ke nak ke sana, dan balik pukul berapa semua.
Tapi jiwa masih lagi kacau ni!!!

Abah!! Ibu risau terlebih lah!!! huhu.

Gambar selingan lagi....
Aqil dan Arif di raya pertama yang lalu

Arif memang suka bermain dengan Aqil, tapi Aqil suka sangat sakat adik dia...huhu

~ يوس ~

Puding Triffle SSL dan Arif si budak ligat

Salam Jumaat....

Semalam punya BW memang berbaloi-baloi.
Singgah di blog SSL dan lihat resepi puding triffle dia.
Nampak sangat menarik dan tertarik.
Aku ni memang tak pandai buat puding biasanya.

Petangnya SRD balik dari kerja terus beritahu aku.
"Bu, buatkan puding untuk esok boleh? Ada jamuan port-luck di office. Diorang suruh abang bawa puding."

Ha! Biar betul! Aku tak pandai buat puding biasanya.
Mesti tak menjadi, mesti tak sedap...huhu.
Tiba-tiba teringat resepi tadi, apa lagi terus kata dengan en SRD,
"Ok bang! Kita gi cari barang jom!"

Maka terjadilah puding triffle aku seperti di bawah ni...

SRD dah rasa yang dalam bekas kecik tu. Dia kata sedap, anak-anak pun suka.
Terima kasih kepada SSL, penyelamat aku ni...hihi.
Tak tahulah komen orang yang merasa hari ni.
SRD dah bawa ke office 2 bekas sederhana besar.
Missbby tolong rasa ya nanti...
Ok ke puding tu?...huhu

Sebagai selingan, saja nak tepek gambar Arif si budak ligat ni...
Gambar di ambil pagi tadi selepas abahnya pergi kerja.
Abah naik kereta pergi kerja, dia pun berangan nak bawa kereta..hihi

Ada gaya tak?

Muka orang baru bangun pagi...
Dia sekarang ni dah terover aktif rasanya.
Teringat pula masa majlis marhaban tempohari.
Hampis semua yang jumpa dia kata,
" Ligatnya dia yus!! Kat rumah pun macam ni ke?"

Budak ni memang tak reti duduk diam rasanya.
Ada saja yang di capainya...

Ikut siapalah tu agaknya ya abahnya???huhu

~ يوس ~

Thursday, September 22, 2011

Khamis yang spontan : Suka dengan status dari FB page ini....(^_^)


Yuppp!! Memang berbaloi-baloi.

Suka bila tengok anak-anak makan dengan banyak apa yang kita masak,
dan sangat sedih bila sebaliknya...hmmm.

Apapun setiap pekerjaan yang kita lakukan perlulah di lakukan dengan ikhlas,
barulah datang keseronokkannya,
dan barulah terasa nikmat kelebihannya.
InsyaAllah...
~ يوس ~

Wednesday, September 21, 2011

Marhaban Raya 2011

Tahun kedua kami beraya di rumah sendiri. Dan tahun ini juga merupakan kali pertama taman kami mengadakan marhaban raya serta sessi suai kenal untuk semua penduduk taman.

Tahun lepas kira belum cukup ahli lagi sebab belum semua jiran berpindah. Tahun ini nampaknya program ini berjaya di laksanakan.

Taman kecil ini yang hanya mempunyai 12 buah rumah, kalau tak kenal dengan semua jiran macam tak patut pula kan. Selama ni aku cuma kenal dengan 3 jiran terdekat saja, yang lain-lain tu kira senyum-senyum je bila nampak di jalan.

Program marhaban raya ni memang mengeratkan lagi perhubungan kami jiran tertangga dan moga dapat di laksanakan setiap tahun.

12 buah rumah, makanya 1 hari 3 rumah dan marhaban di jalankan selama 4 hari berturut-turut, bermula  pada minggu ke tiga Syawal iaitu 12hb Sept yang lalu. Rumah kami jatuh pada hari pertama dan giliran yang kedua malam itu.

Juadah ringkas telah di persetujui untuk di hidang di setiap rumah. Terpulang kepada tuan rumah, asal tidak membebankan. Apa yang penting, program ini untuk kami saling kenal mengenal dan mengeratkan silaturrahim.

Program di hadiri oleh semua ahli keluarga termasuk anak-anak. Meriah rasa terutama anak-anak yang seronok bermain.

Beberapa keping gambar semasa jiran-jiran di rumah kami.

Sebelum berangkat ke rumah pertama malam itu, ini je yang sempat aku letak di atas meja. Malam itu juadah dari rumah kami ialah roti jala dan kari ayam, buah tembikai susu, kek batik marie dan air teh panas.

Jiran-jiran sudah masuk untuk membaca selawat, anak-anak semua ikut. Selepas sessi bermarhaban, tuan rumah perlu berucap sepatah dua kata.

Acara paling seronok, makan-makan dan saling kenal mengenal. 
Alhamdulillah, berkat dari program ini, aku dah kenal semua nama jiran-jiran aku yang perempuan, yang lelaki masih ada yang lupa, tapi ingat rupalah. Majoriti cikgu di sini.

Semoga ikatan ini terus berkekalan. Semua pun memang tuan rumah asal, tiada yang menyewa dan kami semua hampir sebaya. Seronok dapat kenal semua jiran tertangga.

~ يوس ~

Tuesday, September 20, 2011

Kemana hilang?

Salam semua...

Lama juga aku tak update blog. 2 minggu lebih kurang. Entri terakhir 8 Sept yang lalu. Jengah blog sendiri pun malas, apa lagi jengah blog orang. Ada juga BW, tapi dalam senyap saja.

Tapi, rasanya tiada yang perasan pun kot. Tiada yang cari aku pun..huhu. Adalah pertanyaan dari my sil, kenapa lama juga aku sepi. Dan semalam kak Ati Masrif pula bertanya. 

Secara ringkas, aku sepi sekejap kerana :-

  • Majlis Marhaban Raya Taman - 4 hari
  • Diri sendiri demam, Aqil demam, Alia demam.
  • Anak-anak di rumah sempena cuti UPSR
  • Balik kampung beraya lagi.
  • Rasa tak cukup tangan dengan urusan rumah....huhu, PENAT!

p/s: Entri pemanas sebelum enjin blog aku bergerak laju semula. Uolls semua apa khabar agaknya?

~ يوس ~

Thursday, September 08, 2011

Ada rupa Jambatan Pulau Pinang ke? : Oh! Tidak!!! Kami di Tanjung Balau, Johor!

Salam Khamis....

Ramai juga yang cuba meneka kami di mana dalam entri ini.
Tapi, aku tersenyum panjang bila ada yang meneka kami di Penang.
Aku tak pernah sampai Penang lagi seumur hidupku 35 tahun ini...huhu.
Ada rupa jambatan P.Pinang ya gambar 1 dalam entri tu??
Kira oklah kan, tak pernah sampai pun orang ingat dah sampai...hehe

Apapun, ada yang meneka dengan betul.
Jawapannya kami di Tanjung Balau, Johor ya.
Dekat-dekat dengan Desaru.

Kami ke sana untuk beraya di rumah Pak Andak aku merangkap adik kandung emakku.
Sambil menyelam minum air, haruslah mandi manda dah sampai sana kan.
Kita cuci mata dengan gambar lagi...

Gambar 1 : Ini sebenarnya lebuhraya baru Senai-Desaru tu. Jambatan yang merentasi selat ni (laut ke selat?..huhu) berbentuk A kan. Gambar dari jauh ni rasanya takde rupa Jambatan Penang pun kan??


Gambar 2: Sampai saja terus parking di hadapan gerai makan mak andak aku.

Gambar 3: inilah dia gerai pak Andak dan Mak Andak aku. Sampai je dah pekena asam pedas dia dulu. Asam pedas Mak Andak aku ni memang sedap tau! Korang kalau pergi sana jangan lupa cuba ya. Sedappppp!

Gambar 4: Ini rupa chalet di Perkampung Nelayan Tg Balau ni. Kalau ke sini, bolehlah menginap di sini.
Gambar 5: Ini pula, rumah Pak Andak dan Mak Andak aku. Kami ke sini tak perlu sewa chalet, lepak rumah dia jelah kan. Kata raya, kalau tak raya pun tidur sini juga...hihi. Chalet tadi, di area belakang kawasan rumah ni.

Gambar 6: Tu dia. Mereka semua sudah menuju ke pantai untuk mandi-manda

Gambar 7: Ini pula motor kesayangan sepupu aku,...cantik tak?
Ok, ramai yang suka tengok gambar 7 dalam entri sebelum ni kan.
Gambar Arif comel!

Masa kat pantai tu, aku memang asyik snap gambar dia je.
Semua aku suka.
Mari kita lihat gelagat Arif di pantai dalam slide ini...



p/s: harap uolls tak jemu pula asyik tengok gambar je dua tiga hari ni ya....
~ يوس ~

Wednesday, September 07, 2011

Wordless Wednesday #2: Aktiviti Raya ke 6: Cer teka kami di mana ya??

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7
p/s: sila nyatakan gambar mana yang paling anda suka??:)

~ يوس ~

Tuesday, September 06, 2011

Gambar Raya 1 Syawal 1432H

Kembali menemui blogku....
Rinduuuuuuuuuuuu!!!

Masih dalam mood raya, nak tulis panjang belum datang idea.
Seperti biasa, nak update gambar RAYA.

Tahun ni gambar raya bersama keluarga di Melaka.
Rumah bonda dan ayahandaku yang tercinta.
Kita cuci mata ya...
Semua gambar di ambil pada 1 Syawal tahun ini...

GAMBAR 1: Setiap tahun, bila tiba giliran raya di Melaka, selepas solat sunat Aidilfitri dan acara makan-makan di pagi raya, ayah akan adakan sedikit tahlil dan doa kecil sekeluarga. Selepas itu baru sessi meminta ampun dan maaf. Dan setiap kali itu juga, air mata kami adik-beradik mengalir bercucuran mendengar nasihat ayah. Tahun ni, dapat pertanyaan bonus dari anak-anak, " Kenapa ibu, pakngah, poksu, maktok semua menangis ni???"...hihi

GAMBAR 2: Sessi bergambar bersama keluarga kecil kami

GAMBAR 3: Aku dan dua orang adik-adikku yang sengal...haha. Kami 3 beradik saja.

GAMBAR 4: Semua nak buat gaya tunjuk langit ke apa ni?? Suka gambar ni!!

GAMBAR 5: Ini sebenarnya nak melompat, tapi belum sempat melompat, gambar sudah tersnap. Tapi masih menarik gambar ni, sebab poksu mereka kata, pakngah nak jual punggung??....haha

GAMBAR 6: Keluarga kecil kami....Paiman n Family

GAMBAR 7: Aku dan suami 

GAMBAR 8: Gambar keluarga di hadapan rumah mil di Muar 

GAMBAR 9 : 3 beradik comeyy...hihi. Kami bertiga sama nama...yus semuanya...hehe

GAMBAR 10: Ini 3 jejaka samseng kampung mana ntah...haha. Yang tengah ketua dia tu tak menahan...huhu

GAMBAR 11: Gambar keluarga di studio. Ni dari kamera aku, gambar sebenar dari kamera studio belum pegi ambil lagi..

GAMBAR 12: Gambar paling menarik antara semua gambar. Aksi Aqil dan Arif ni sangat mencuit hati aku. Gambar di ambil dari kamera dslr cik Ana mereka.
p/s: kalau ikut rasa hati, macam nak letak semua gambar..huhu. Tapi penuh pula nanti kan. Aku pilih yang menarik hati aku saja. Lagipun ini kira entri untuk kepuasan hati sendiri. Mood BW dah datang, tapi belum punya banyak masa lagi. Kita perlahan-lahan bergerak lah ya...hehe.
~ يوس ~

Saturday, September 03, 2011

Kad Raya 2011 untuk semua....

**Pos Melekat sehingga Syawal 1432H**
- Untuk entri terbaru silalah lihat entri berikutnya-

Salam semua....

Minggu ni pastinya hari-hari terakhir bekerja,
sebelum semua pulang ke kampung untuk berhari raya kan...

Minggu depan pasti persiapan lebih sibuk,
dan makin ramai yang tidak menjengah ke blog.

Jadi aku ambil keputusan untuk berikan kad raya berserta lagu raya ini bermula minggu ini,
sebelum blog semakin sunyi.

Kepada semua pengunjung blog ini,
sudi-sudikanlah menerima kad raya dari aku yang tak seberapanya ini.
Dan andai kiranya selama kita berbicara menerusi blog ni,
Ada yang terasa hati, terguris perasaan.
Tersilap kata dan komen yang di berikan...
Ampun dan maaf di pohonkan...

Moga Ramadhan dan Syawal tahun ini membawa lebih rahmat kepada kita semua...





D.J. Dave - Menjelang Hari Raya





Lagu Raya - Sudirman - Balik Kampung

Powered by mp3skull.com


Bagi yang pulang ke kampung tu,
Hati-hati di jalan raya ya,
Memandu biar berhemah!
Ingat-ingat orang yang menunggu di rumah!
:x:x:x



p/s: Siapa yang duduk area BP tu, atau kiranya anda beraya ke BP, bolehlah singgah ke teratak kami raya kali ini. Tapi kena tunggu raya ke 5 ke ataslah ya...Tahun ini pagi raya pertama kami di Melaka  :x
~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...