Aku suka tinggal komen pada blog yang aku baca. Kadang-kadang aje tak, itu pun kalau aku takde idea nak tulis apa. Dan yang paling seronok, apabila komen aku tu di balas. Pasti aku akan lebih rajin masuk blog itu dan meninggalkan jejak, kerana empunya blog tersebut dengan baik hatinya membalas komen aku
.
Anda semua bagaimana? Mesti sama kan. Tetapi, apa cara kawan-kawan semua menjejak semula komen tu?
Aku nak tanyalah kan. Berapa ramai yang kalau tinggalkan komen, akan tick sekali kotak di bawah ni?
|
[IMAGE 1]:Agaknya ni komen aku kat blog siapalah ni ye... |
Selama ni aku tak pernah tick ok!! Korang yang dah biasa buat tu, janganlah gelakkan aku ye. Aku baru tahu ni
.
Hari ini baru aku belajar tick kotak Email follow up comments tu. Makanya bila aku dah tick tu, aku dapatlah email seperti ini dalam email aku.
|
[IMAGE 2] |
Seterusnya, mereka2 yang komen blog yang sama selepas aku, komen mereka pun akan masuk dalam email aku sampailah tuan punya blog tu sendiri balas komen aku.
Bila dah terbaca komen dari tuan punya blog seperti ini:-
|
[IMAGE 3] : Klik image untuk lebih jelas ( Kak Azieazah, saya beri contoh dari komen blog akak ni...takpe kan) |
Barulah rasa senang hati. Kalau tidak sebelum ni, aku biasa akan tengok balik jawapan untuk komen aku bila aku masuk semula blog blogger tu pada entri yang baru. Kesian kan aku ni. Dah lama berblogging pun baru nak tahu...huhu.
Oops! Lupa. Tanda anak panah merah tu, selepas komen kita dah berjawab, mesti malas nak terima komen dari orang lain kan. Bolehlah terus unsubscribe dari terima komen selanjutnya. Bila klik unsubsribe akan keluar macam ni pula :-
|
[IMAGE 4]: Klik butang tu, terus tak terima email komen lagi. |
|
[IMAGE 5]: Lepas tekan butang unsubsribe keluar lah screen ini |
Atau kalau rasa nak tambah komen, atau beri ulasan lain dari komen tuan punya blog tu, terus je klik post komen dalam email kita tu. (Lihat IMAGE 3 semula).
Nanti dia keluar screen ini pula :-
|
[IMAGE 6] : Dah boleh tambah komen tanpa ke blog tersebut pun. |
Mudah rupanya kan. Kenapalah aku selama ni tak tahu. Kadang-kadang tu, tak ingat pun ada tinggalkan komen pada entri yang mana, jadi tak pergi pun jengah semula sama ada komen aku pada entri tersebut sudah di jawab atau belum oleh tuan punya blog. Kalau memang dia bz tak sempat jawab tu kita faham lah kan, ni yang dah jawab, tapi kita tak tengok balik, rugi juga kan.
Korang semua selama ni dah tahu ye?? Aku serius memang tak tahu cara ni, kalau
kakyong tak beritahu dalam ruangan
tinggal pesan aku tu. TQ
kakyong. Terima kasih juga pada
mummiEyjOurney yang bertanya soalan berkaitan ni di situ. Kalau tidak mesti kakyong tak tolong jawab...
.
Ok. Inilah benda baru yang aku belajar hari ini. Sekali lagi, jangan gelakkan aku yang baru tahu ni. Rasanya mesti ada juga yang tak tahu macam aku kan...
.
Kepada
kak azieazah, saya beri contoh image berdasarkan komen saya di blog akak. Harap tak keberatan ye....
.
~ يوس ~