Friday, October 29, 2010

Kenangan di tadika bersama Alia

My lovely daughter Nur Alia Zafirah
Tinggal lagi tak sampai sebulan nak cuti sekolah. Alia berjaya juga habiskan sessi pembelajarannya di TAJ. Dah besar anak ibu. Tahun depan dah darjah 1.

Kalau ikut umur, bulan 12 ni, baru nak masuk 6 tahun. Alia mula ibu masukkan sekolah sedari umur 4 tahun lagi. Maknanya, dah hampir 2 tahun setengah Alia belajar di tadika, bermula dari KEMAS lepas tu tukar ke Tadika Iman, dan tahun ni TAJ.

Perkembangan Alia sebagai persediaan untuk menghadapi tahun 1 tahun depan :
  • Alia dah pandai baca dengan lancar - untuk bahasa melayu saja, untuk bahasa inggeris masih merangkak, baca laju, tapi bunyi melayu..huhu. 
  • Tulisan pun dah semakin baik, cuma besar-besar dan masih tak berapa pandai nak jarakkan antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. 
  • Kemahiran mengira juga baik, tetapi cuai pada pandangan ibu. Selalu buat kesilapan yang tak sepatutnya. 
  • Kemahiran mewarna juga baik, dulu masa mula-mula masuk KEMAS, memanglah tersangat buruk Alia mewarna, sekarang dah cantik dah, walaupun setiap kali Alia suka warnakan semua benda pink, (ada perubahan juga kalau di tegur) tapi sekurang-kurangnya dah tak terkeluar-keluar dari lukisan tu. Good Job! 
  • Pemahaman membaca baik. Alia dah boleh jawab buku aktiviti budak darjah 1 untuk BM, tetapi untuk BI, masih perlu perhatian. Selalu tak faham arahan untuk BI, tapi Alia pandai meneka.  
  • Banyak himpunan doa yang Alia dah belajar. 
  • Dah lancar bacaan dalam solat, kecuali doa Qunut, asyik lupa part yang akhir aje.
Selain itu, Alia juga seorang kakak yang baik kepada Arif saja..huhu. Dengan Abid Alia sangat garang, walaupun selalunya masih suka bermain bersama, tapi pantang Abid silap sikit, habis Abid kena marah. Kesian Abid..:D 

Oklah..itu kot serba sedikit dari pemerhatian ibu. Kita tunggu pula keputusan peperiksaan Alia. Di harap Alia membesar dengan baik dan menjadi anak yang cemerlang.

Gambar kenangan bersama rakan sekelas.

~ يوس ~

Wednesday, October 27, 2010

Family Outing - Makan Pizza

Ini last Sunday punya cerita. Sebenarnya saja jalan-jalan ke BP Mall sebab SRD nak survey henpon. Henpon kesayangannya hilang di Serambi Rasa dua minggu sebelumnya kot. Ada yang berkenan, tapi survey harga je dulu. Lagipun dah jumpa semula nokia daun yang lama tu, yang dulunya di simpan sebab keypadnya dah susah nak di tekan. Tunggu dululah kot sebelum di ganti.

Seperti biasa, our favorite place bila ke mall ialah Pizza Hut. Anak-anak memang suka sangat makan pizza tapi ibunya tak tahu nak buat pizza. Kalau dulu, masa mereka semua masih kecil, beli yang regular size pun dah cukup. Tapi sekarang, bila mereka dah besar ni, 1 large size + 1 regular size pun tak cukup...huhu. (hint nak suruh ibunya belajar buat pizza sendiri tu )


Kami order pizza jenis baru tu. Memang sedaplah. SRD kata setelah 3 bulan baru keluar makan pizza lagi..hehe. Last makan sebelum bersalin dulu. Tu yang cepat aje licin. 

Seperti biasa memang add on 2 set bread stick tu. Adik yang ambil order tu siap tanya 3 kali, " Betul ke nak tambah bread stick ni?, peliknya. ". Aku pun kompius kenapa dia pelik. Sekali dia kata; "Biasa benda tu yang terbuang, orang tak makan sangat." Anak-anak akak ni semua memang penggemar roti dik, beri aje apa jenis roti pun, mesti habis punya....huhu.


Setelah semua hampir habis, baru teringat nak ambil gambar.
Arif pun turut serta, baru 3 bulan dah makan luar ye Arif....:D
Lain kali kita ajak abah pergi lagi kan anak-anak....:banana sambil jeling-jeling pada abah...hihi. :p:x
~ يوس ~

Sape nak hadiah free dari Paris ? =)

'Eiffel Tower Giveaway'

Ini pertama kali di tag untuk buat GA. Tak pernah join sebarang GA pun sebelum ini. Kali ni saja gatal tangan nak cuba. Mana tahu boleh menang...:D Terima kasih untuk MOMMY JUE tag akak ye. Dan terima kasih juga untuk Nadia Farahida (dia dtg tgk ni..kuikuikui) yang buat GA ni.

Kenapa aku join GA ini? Sila tengok tajuk entri dan tajuk GA ni? So, selain sebab sudah di tag, sebab utama yang lain NAK HADIAH DARI PARIS (gedik jer bunyinya..huhu) lah kan...hehe.

Untuk menambahkan bilangan pesaing, kalau join sorang2 tak best lah pulak aku nak tag :


Untuk kawan blogger yang di tag atau mungkin ada yang lain nak join sekali, syarat-syarat giveaway ni memang mudah. (Apa lagi, kliklah kat syarat2 tu untuk turut serta yer!!!) Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20.11.2010, 12.00 PM
 
Semoga kita sama-sama berjaya...:)

~ يوس ~

Tuesday, October 26, 2010

Telinga Arif berair dan bernanah

Baru seminggu lebih Arif  baik dari selsema dan batuknya. Sejak dia dah sihat ni, dua tiga hari kebelakangan aku perhatikan dia banyak meragam. Suka menangis yang tak ingat punya. Menangis seperti kena pukul. Kenapa agaknya? Mula2 aku ingat sebab breast milk aku kurang, tapi aku rasa tidaklah pula.

Jumaat malam kami semua pulang ke Melaka. Malam itu, Arif muntah sedikit. Aku tak perasan, Alia dan Aqil ada bersamanya ketika itu. Bila aku perasan, aku lihat air dan muntahnya itu telah membasahi telinganya. Cepat-cepat aku bersihkan. Aku tengok Arif happy saja.

Esoknya bangun pagi, Arif tetap tersenyum seperti biasa. Bangun pagi adalah waktu dia untuk bermain dan berbual-bual dengan aku. Mulutnya memang ramah. Berceloteh saja. Bila aku angkat dan cium dia seperti biasa, aku perasan ada bau busuk. Bau busuk itu datang dari telinga kirinya. Ada cairan berwarna hijau sudah menutupi telinganya. Adakah disebabkan muntahnya malam tadi? Aku tak pasti.

Aku bersihkan dengan putik kapas. Memang berbau busuk, aku rasa tentulah cairan itu adalah nanah. Ini juga pengalaman pertama aku menghadapi situasi ini. Dah hampir 4 tahun tiada bayi kecil di rumah, dan ini pula pengalaman pertama, risau juga aku.

Tengahari itu, aku bawa Arif ke klinik berdekatan di Melaka. Doktor ada bertanya adakah Arif selsema baru-baru ini? Aku jawab ya, tapi itu dua minggu lepas. Dia bagi ubat titik, ubat selsema dan demam serta antibiotik. Bila aku beri ubat titik tu, esoknya (Ahad) dah tiada lagi air atau nanah keluar. Bau telinganya pun dah tak busuk lagi.

Isnin pagi, di rumah sendiri, telinga Arif berair lagi. Warna kekuningan. Bau busuk dah tiada, cuma cecair pekat kekuningan saja. Aku bersihkan lagi dan beri dia ubat titik itu. Lepas beberapa jam, telinga dia bersih dari cairan pekat itu. Malam tadi aku periksa, dah tiada lagi cairan pekat kekuningan itu keluar dari telinganya. Aku fikir dah baik agaknya..lega rasa hati.

Pagi ini pukul 4 pagi, Arif gelisah. Selsemanya datang lagi. Bila aku buka lampu, aku lihat telinga kirinya dah penuh lagi dengan cairan pekat kekuningan itu. Namun tiada bau. Risaunya rasa hati ini. Aku bersihkan lagi dan kemudian aku beri dia ubat titik, ubat selsema dan antibiotik yang ada. Kenapa agaknya dengan telinga Arif?

Aku cuba google dan cari jawapan. Aku jumpa forum ini. Banyak maklumat aku dapat dari situ. Antaranya, telinga bernanah atau berair biasa berlaku sekiranya bayi kita menghidap selsema atau batuk yang agak lama. Betul lah kot, sebab Arif asyik selsema on and off jer. Satu daripada artikel yang aku dapat dari forum itu, ingin aku kongsikan di sini. Untuk info aku juga.

Otitis media ganggu pendengaran budak
Oleh HAFIZAH ISZAHANID


JANGKITAN telinga tengah (otitis media) memang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Malah antara 30 hingga 40 peratus kanak-kanak menghadapi masalah kesihatan ini.

Bagaimanapun disebabkan kanak-kanak pada awal usia tidak berkeupayaan berbahasa dengan sempurna, dia gagal memberitahu ibu bapa kesakitan dialaminya. Justeru, ibu bapa seharusnya lebih peka perkembangan anak dan memerhatikan kelainan tingkah lakunya.

Antara gejala otitis media (OM) ialah sukar tidur, kerap menggaru atau menarik telinga yang sakit, demam, selesema dan kadangkala batuk.

Ia terjadi dalam dua cara, jangkitan yang akan menyebabkan rasa sakit diikuti dengan nanah kerana gegendang telinga pecah manakala satu lagi terjadi dalam bentuk keradangan. Simptom keradangan ialah rasa gatal tetapi tidak bernanah.

Dalam dua kejadian OM ini, keradangan membawa kesan jangka panjang seperti kurang pendengaran dan akan melambatkan perkembangan pertuturan anak jika tidak dirawat manakala jangkitan bernanah akan sembuh sepenuhnya menerusi pemberian antibiotik. Bagaimanapun ia bukan jaminan masalah itu tidak berulang.

Gegendang telinga yang pecah biasanya akan bertaut kembali dalam kes OM yang bernanah. Tetapi jika lubang yang pecah itu besar dan OM terjadi berulang kali, gegendang mungkin tidak akan bertaut dan menyebabkan kesan pada pendengaran.

Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak, Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, berkata setiap kanak-kanak berisiko mengalami OM sejak berusia beberapa bulan hingga sembilan tahun.

揥alaupun orang dewasa juga berhadapan masalah OM tetapi kanak-kanak lebih kerap menghidapinya kerana sistem ketahanan tubuh masih rendah dan tiub eustachian kanak-kanak (tiub yang menghubungkan bahagian atas tekak ke telinga tengah) pendek dan lurus berbanding orang dewasa,� katanya.

Keadaan ini katanya, menyumbang kepada berlakunya OM dalam pelbagai cara. Selalunya tiub ini tertutup tetapi terbuka untuk proses 憄engudaraan� atau menambah udara dalam telinga tengah. Tiub ini juga berfungsi menyeimbangkan tekanan udara di telinga tengah dengan tekanan udara di kawasan sekeliling yang berubah.

Bagaimanapun, jika tiub itu tersekat oleh kebengkakan atau mukus yang terbentuk oleh selesema ia tidak akan terbuka untuk proses pengudaraan itu. Ini menyebabkan cecair dari lapisan tisu telinga tengah terkumpul. Jika tiub itu terus tertutup, cecair itu tidak kering.

Satu faktor lagi mengapa kanak-kanak kerap berhadapan dengan OM kerana tisu yang mengembang di belakang kerongkong (adenoids) kanak-kanak biasanya lebih besar berbanding dewasa. Adenoids terdiri daripada sel limfa yang besar untuk melawan jangkitan. Ia terletak di belakang bahagian atas tekak. Kerana saiznya, adenoids boleh mengganggu pembukaan tiub eustachian. Malah, adenoids mungkin berhadapan jangkitan dan jangkitan itu akan merebak ke tiub eustachian.

揢ntuk mencegah OM ada beberapa cara. Antaranya imunisasi menentang jangkitan virus pernafasan atau secara khusus menentang bakteria penyebab OM. Selain itu kebanyakan doktor menyarankan penggunaan antibiotik. Jika OM menyebabkan kesakitan, ubat tahan sakit diberikan. Penting untuk ibu bapa mematuhi arahan doktor dan antibiotik diberikan mengikut jadual hingga habis,� katanya.

Apatah lagi katanya jika kanak-kanak itu diletakkan di pusat asuhan kerana ibu bapa bekerja. Kanak-kanak yang berhadapan dengan OM harus diasingkan dengan rakan lain.

Kanak-kanak yang tinggal dengan ahli keluarga yang merokok juga cenderung untuk berhadapan dengan risiko OM. Justeru, elakkan mereka dari persekitaran yang penuh dengan asap rokok. Menyusukan anak (sama ada susu badan atau susu botol) sambil berbaring boleh juga menyebabkan susu mengalir masuk ke dalam telinga tanpa disedari. Justeru perhatikan anak yang sedang menyusu.

Secara umum, OM disebabkan bakteria Streptococcus pneumoniae dan Haemophilus influenzae. Bakteria yang sama boleh menyebabkan selesema yang biasa dihadapi kanak-kanak. Perhatikan berapa lama dia terkena selesema. Kadangkala selesema berpanjangan tanpa batuk pun boleh menyebabkan OM.

Kesan OM pada kanak-kanak

Bukan saja menyebabkan kesakitan, ia boleh menyebabkan komplikasi lebih serius jika tidak dirawat. Jangkitan yang tidak dirawat akan merebak dari telinga tengah ke bahagian berdekatan kepala termasuk otak. Walaupun kehilangan pendengaran disebabkan OM bersifat sementara, OM yang tidak dirawat boleh menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Nanah yang keluar dari telinga tengah dan kronik OM akan mengurangkan keupayaannya mendengar dan melambatkan proses pertuturan dan berbahasa.
Jika ada yang inginkan jawapan yang lebih untuk masalah yang sama, silalah ke forum itu juga ye.

Ibu akan lihat untuk seminggu ini. Kalau masih tak baik juga, kita pergi klinik lain ye Arif. Cepat baik ye sayang..
Lupa pula. Semalam juga Arif ke klinik kesihatan untuk check-up 3 bulan. Selain dari kena cucuk, perkembangan Arif terkini ialah:

Berat : 5.2kg ; Lilitan kepala : 38cm ; Lilitan dada: 39cm ; dan Ketinggian:59.5cm

Moga Arif dapat membesar dengan sihat, seperti abang dan kakak ye sayang....

My little Arif yang tomeyy...

~ يوس ~

Saturday, October 23, 2010

Petua untuk memperbanyakkan susu badan

Hmm...tak tahulah kenapa aku rasa susu makin berkurang. Arif memang kuat menyusu, tapi cara dia menyusu agak berlainan dari kakak dan abangnya sebelum ini. Lebih kerap, tapi sekejap-sekejap. Sedut 3-4 kali lepas tu dia lepaskan, kemudian mulalah dia mencari semula puting untuk menyusu. 

Dia juga dah pandai nak mengamuk...contoh kalau lambat di tidurkan, atau bila aku lambat datang padanya masa dia dah mula merengek. Mengamuk yang tak ingat punya, susah betul nak pujuk...huhu. Adakah mungkin kerana susu ibu kurang sayang.... Tapi bila aku perah, dapat banyak juga, apalah yang tak kena agaknya.

Ini bukan kali pertama aku BF, so, aku rasa sepatutnya takde masalah. Tapi mungkin aku terlupa. Aku google untuk mendapatkan petua memperbanyakkan susu badan ni. Aku senaraikan di sini untuk kegunaan aku sendiri juga..

  • Pergi berurut - yang ni aku tahu memang betul berkesan. Setiap kali lepas berurut, memang rasa susu tu banyak je keluar.
  • Banyakkan minum air suam - memang hari-hari aku amalkan.
  • Banyakkan minum susu, soya dan jus buah-buahan - ini selalu  aku terlupa,jadi kena minum susu dan jus banyak lepas ni.
  • Mengambil lebih banyak makanan berprotein - hmm hari2 rasanya aku ambil, mungkin belum cukup banyak kot.
  • Mengambil lebih banyak sayur-sayuran seperti lobak putih, sawi dan brokoli - hmm..rasanya asyik sawi jer, kena cuba lobak putih dan brokoli pulak lepas ni.
  • Minum air barli/horlicks dan apa jua yang berasaskan bijirin, cth quaker oat - ini tak pernah cuba, lepas ni kena cuba ni.
  • Minum air longan kering yang di rebus - ini baru pertama kali tahu, kalau kritikal sangat baru cuba kot.
  • Makan jantung pisang,pucuk manis, kuchai, pucuk betik dan betik muda - aku suka pucuk manis dengan betik jer...macam mana ni?
  • Minum air asam jawa yang di rebus dengan gula merah bersama dengan 3 keping asam keping - ini pun baru pertama kali aku dengar...boleh cuba nanti.
  • Memperbanyakkan kekerapan menyusu - ini memang dari dulu di amalkan   
  • Mengambil makanan tambahan seperti spirulina dan habbatus sauda - kalau ada budget lebih, bolehlah cuba kot.
Cukuplah ni, senarai banyak2 macamlah aku akan cuba semua. Apa yang pasti aku nak BF Arif lebih lama dari sebelum ni. Aqil, 3 bulan je, Alia 1 tahun setengah, Abid 1 tahun. Harap-harap untuk Arif dapatlah aku BF 2 tahun atau lebih.
~ يوس ~

Thursday, October 21, 2010

WarCraft III:The Frozen Throne & Watermark


Kegilaan anak ku Aqil sekarang. Balik je dari sekolah inilah yang dia main. Berjam-jam pun boleh dia menghadap benda alah ni kalau tidak di hadkan. Semuanya poksu dialah yang mengajar ni. Aku memang lah tak pandai nak main. Permainannya pelik sikit bagi aku, susah pun ya juga. Macam manalah Aqil boleh suka sangat main ni..huhu.

Tengok pun ibu dah rasa susah...
**************************************************************************

Cubaan aku yang pertama buat watermark sendiri. Sana sini tengok orang guna watermark untuk gambar mereka. Biasa aku letak je "yus@maz-naz.blogspot.com." Ada yang buat duit dengan design watermark untuk orang lain ni. Aku cuba-cuba saja gobek-gobek guna PS tu. Kemudian cuba letak pada gambar di atas.Kelakar pun ada.Memang amatur sungguh...jadilah. Untuk kegunaan sendiri..

Bila dah letak kat posting, baru perasan, ada sesuatu yang berbeza dari tajuk blog aku. Jadi, aku ubah watermark tu jadi seperti ini pula...

Tapi kenapa rasa yang pertama tu lagi cantik? Hmmm..suka-suka je, ada sape2 nak tolong decide?

~ يوس ~

Tuesday, October 19, 2010

Abid vs Arif pada usia 2 bulan 22 hari


Ibu jumpa gambar Abid yang lama. Bila tengok tarikh pada gambar tu, kira punya kira, masa tu usia Abid 2 bulan 22 hari. Secara kebetulan, hari ini usia Arif 2 bulan 22 hari juga. Ibu sengaja abadikan gambar ini bersama, ketika kamu berdua sama usia...wajah hampir serupa. Both of you sama-sama comel, cuma seorang putih, seorang hitam manis sikit...hehe.

Abid terkini - 3 thn 10 bulan
Abid selalu cemburu dengan Arif. Ada aksi-aksi nakal yang selalu Abid buat untuk menarik perhatian ibu. Malah ada ketikanya Abid meniru gaya Arif, sepertinya Abid ingin menjadi kecil semula...kesian Abid. Mungkin juga ibu tidak sedar, yang ibu seperti kurang perhatian pada Abid. Tetapi sebenarnya tidak sayang, ibu cuma tidak ada ruang untuk lebihkan masa pada Abid, ketika Arif masih memerlukan perhatian yang lebih dari ibu.

 Puas juga menyusun mereka untuk bergambar seperti ini. Hasilnya memuaskan hati ibu..Ada yang kata, semua wajah anak-anak ibu lain-lain, langsung tiada persamaan. Betul ke? Tetapi bila di lihat pada gambar ini, mereka berempat ada persamaanya kan...

~ يوس ~

Wednesday, October 13, 2010

Arif Zakwan lagi...

Sesungguhnya ibu tidak dapat menyembunyikan perasaan seronok ibu apabila melihat aksi-aksi Arif. Bila di fikir-fikirkan semula, ibu rasa amat rugi kerana tidak dapat mengabadikan koleksi semua aksi anak-anak ibu dalam klip video seperti ini. Kali ini, bila dah ada peluang seperti ini, ibu tidak akan mensia-siakannya.





Segala keletihan ibu sepanjang hari menguruskan rumah dan anak-anak ibu semuanya hilang apabila melihat aksi manja Arif. Arif yang paling bongsu dan paling di beri perhatian kini. Siapa yang tidak suka bila ada bayi kecil yang comel di rumah kan. Ini membuatkan kedua abang dan kakakmu yang seorang itu cemburu. 

Ketahuilah anak-anakku, ibu sayang kalian semua.

~ يوس ~

Tuesday, October 12, 2010

Letih ...dan Vietnam Visit

Kalau ada yang kata jadi srt mudah, aku nak sangat jumpa orang tu dan tanya apa yang dia buat di rumah sampai dia kata mudah..huhu.

Tak tahulah kenapa dua hari ni rasa letih sangat, malam jer dah tak larat rasa walaupun baru pukul 8. Harus aku minum apa2 jamu untuk stamina badan ni.

Arif dah pandai meragam, tahu saja kalau aku beredar dari sisinya. Mengaruk pun boleh tahan. Kalau aku cerita dengan abahnya, jawapan yang di beri.." ikut siapa?"....

Oopss..lama dah nak letak gambar2 yang SRD ambil masa kunjungannya ke Vietnam hari tu. Bukan aku yang pergi, so tak tahulah apa yang menarik di sana ye. Aku pilih gambar yang menarik dari pandangan mata aku..tak sempat langsung nak tanya lebih2 daripada SRD. Aku kah yg bz atau dia?....

Gambar pahlawan negara dia agaknya..
Bangunan apa pulak ni? Tapi memang cantiklah pandangan dari depan ni..
Reka bentuk landskap yang menarik dan ada pasangan pengantin di sebelah kiri
Menariknya di sini, jalan raya dia tiada lampu isyarat pun, motor tu suka2 hati jer melintas kan..
Ada pulak orang masak tengah2 jalan dengan tiga periuk besar ni...unik
Aku minat tengok topi keledar dia..
Hmm..kapal apalah yang berlabuh ni, tapi cantik juga gambar ni..

Arif dah memanggil.....
Ibu datang sayang.....

~ يوس ~

Thursday, October 07, 2010

Dia telah pergi....

Raya kali ini kami di kunjungi jiran lama sewaktu di Sheffield. Baru 3 bulan mereka sekeluarga pulang ke tanahair. Banyak cerita yang keluar, lama tak jumpa, masa seperti mencemburui kami. Sedar tak sedar, sampai ke hampir pukul 10 malam baru mereka bertolak pulang ke Melaka.

Dalam banyak2 cerita yang keluar, barulah kami tahu tuan rumah kami yang dulu telah pergi mengadap Ilahi. Keluargaku dan keluarga dia sama2 menyewa di rumah Mr Firdaus ni. Aku pernah letak gambar Mr Firdaus di entri ini. Rindu pula dengan wajahnya yang selalu ulang alik depan rumahku untuk ke masjid dulu.Semoga rohnya di cucuri rahmat. Al-fatihah...

~ يوس ~

Wednesday, October 06, 2010

Garam, asam jawa, paku dan buah keras...

Bidan yang urut aku tu minta benda-benda dalam gambar ni beserta duit RM10.25 sebagai pengeras penutup kira aku dah selesai berurut dengan dia. Hmm...adat orang lama kata dia, kalau tidak, badan aku akan sentiasa sakit2 dan dia pun mungkin sakit2. 

Hmm...macam-macam adat dan pelik-pelik pulak..tapi tak kisahlah. Ikutkan saja, yang penting aku dah kembali segar...

Arif kurang sihat, demam + batuk + selsema. Dapat urut dengan bidan tu tadi, terus lena pulak tidurnya. Aku yang cuai atau anak2 yang lain terlalu lasak...susah nak katalah, apa yang pasti tiga kali sudah buai tu terbalik beserta Arif di dalamnya. Ketiga2 oleh orang yang berbeza...iaitu Aqil, Alia dan Abid. Setiap seorang nak gak merasa jatuhkan adik dia agaknya....walaupun tak di sengajakan..tapi.....

Mungkin orang lain boleh kata, tak perlulah tidurkan dalam buai, bahaya, letak saja dalam cot bed dia. Tapi, Arif tak pernah mahu tidur di situ, walaupun nampak dia dah nyenyak, angkat saja masuk cot bed, terus dia jaga. Bila aku letak saja di katil, bahaya juga, dalam senyap Abid masuk dan mulalah tangan adik dia tu di gerak-gerakkan, kononnya adiknya menari..huhu. Lepas tu, tak habis2 asyik ler nak cium adik dia. Katanya sayang....bukan setiap masa dia begitu, adakalanya dia beriya jaga adiknya, sampai dia sendiri tertidur. Akulah yang kena lebih berhati-hati...

Luahan rasa dari pengalaman aku sendiri. Hari ini ke klinik, dapat lagi satu petua dari seorang makcik ni. Dia pegang Arif dan meraba-raba di umbun kepala Arif, lalu dia berkata, kalau  rasa ada lekuk di umbun kepala anak maknanya dia tak berapa sihat lah tu. Hmm...memang bila aku rasa ada lekuk sikit, betullah kot, sebab memang Arif selsema dan batuk. Terus kata makcik tu, tepuk-tepuk di belakangnya selalu sambil  halakan kepalanya ke bawah. Masa dia bercakap tu, sambil tu  juga dia  tunjukkan 'demo' sekali. Mula-mula nampak Arif tak selesa, lepas tu senyum-senyum pulak dia. Harap2 makin baiklah ye Arif agar malam ini tidur ibu tak terganggu lagi.

Hari ini masak bubur ayam untuk budak2 tu. Oklah..nak beri mereka semua makan...

~ يوس ~

Tuesday, October 05, 2010

Pintu Terbuka

Betullah kata orang, kalau dah lama bersawang, lagi malas nak update blog. Sudahnya terus menyepi walaupun ada cerita yang hendak di kongsi.
Masih dalam bulan Syawal. Last week adalah beberapa kenalan yang buat rumah terbuka, sayang tidak semua dapat kami kunjungi. Aku rasa tradisi rumah terbuka ni wujud sejak aku dah besar panjang, dah kahwin ni. Dulu-dulu masa aku kecik takde pun. Bila time raya, selalu ikut jer ke mana ayah dan mak bawa, kerumah sedara mara lah kan, dan sahabat handai ayah. Semua pun masa tu takde buat rumah terbuka, tapi bila kami datang, ada saja juadahnya selain dari kuih raya tu. Walaupun hanya tempe goreng, tetap sedap di makan dan sungguh menyelerakan. 

Rasanya waktu itu, memang ayah bawa kami ke rumah atok sedara, sepupu sepapat ayah dan kenalan rapat untuk lebih mengeratkan tali persaudaraan. Walaupun hanya berjumpa setahun sekali, bila jumpa tu, memang rasa sungguh seronok, tidak kekok dan teruja dapat berjumpa semula setelah sekian lama.

Kini, tradisi rumah terbuka ni biasanya lebih pada kenalan di pejabat, kenalan sekolah sahabat handai yang jauh dan dekat serta jiran tertangga. Memang seronok bila dapat menghadirinya, kadang2 satu hari tu tak perlu sibuk nak masak atau cari makan sebab dah ada yang jemput kita makan, dari pagi sampai ke malam. Terima kasih pada tuan rumah, jamu makan, berpenat lelah keluar belanja lagi untuk semua yang di jemput memeriahkan majlis. 

Namun begitu, ada sesuatu yang aku kurang suka sikit. Bila tahun itu, kita tak buat rumah terbuka, adalah sorang dua ni yang asyik bertanya. bila nak buat rumah terbuka? Bila kita kata, tahun ni tak buat kot, tapi nak datang rumah datang sajalah..pintu sentiasa terbuka, kata raya kan. Tiada jawapan yang di terima, senyum kambing di sebelah sana, tapi tak muncul2 pun wajahnya di depan pintu rumah. Bertanya jer lebih...huhu. Kalau kita buat pun, belum tentu dia datang, tapi bila tak buat kenapa pula asyik bertanya.

Pada akulah, tak perlu rumah terbuka pun, kalau niat kita ikhlas nak beraya, nak berziarah demi mengeratkan silaturrahim, tak kisahlah bila2 pun datang saja, pintu rumah pasti terbuka. Rasanya lebih erat dan lebih mesra bila ziarah ke rumah sahabat handai, bukan kerana rumah terbuka sebab masa tu, tuan rumah tu ada lebih masa untuk kita. Kalau rumah terbuka, kan ramai tetamunya, adakalanya tak terlayan pun tetamu yang hadir, datang makan, tunjuk muka pada tuan rumah, lepas tu balik, tak sempat berbual lama pun kan. 

Tahun ini, kami menerima kunjungan sahabat dari jauh ( bukan BP, atau Johor) yang sanggup berjalan jauh ke rumah kami, walaupun takde rumah terbuka. Rasa terharu aku rasakan, sebab dah lama kami tak jumpa, tahun lepas kami ke rumahnya, tahun ni dia pulak sampai ke rumah kami. Walaupun tiada notis awal, sempat juga kami sediakan juadah apa yang patut, tetamu jauh kan.

Point aku di sini sebenarnya, memang bagus buat rumah terbuka, kira bersedekah pada kawan-kawan, jamu makan dengan rezeki yang kita ada, tapi kalau tahun tu kawan tu tak  buat, janganlah asyik tanya dia bila nak buat? Macam memaksa suruh buat pulak...kot kawan tu ada masalah lain, kekangan masa, sibuk, tak bersedia. Bukan sebab kedekut atau  tak bagi datang rumah langsung pun, dah cakap pun, bila2 pun boleh datang, asal call dulu lah takut takde rumah kan. Ini tak, tanya jer lebih, tapi takde pun muncul. Jadi macam tak ikhlas lah pulak nak berziarah, kalau takde rumah terbuka maknanya takde makan2 yang best, so, terus tak nak datang. Macam tu ker? Jadi maknanya datang sebab nak dapat makan saja atau nak berziarah mengeratkan silaturrahim. 

Lainlah, kalau kita tanya dia, nak datang rumah esok boleh tak? Sekali kawan tu jawab, eh! nantilah nko datang, masa aku buat rumah terbuka. Hmm..ni terbalik lah pulak, orang nak datang dia tak kasi selagi tak buat rumah terbuka, maknanya dia tak suka terima tetamu selalu..tapi kalau aku, aku tak kisah terima tetamu  bila2 pun apa lagi di hari raya kan. 

Aku juga takut, ada yang tak ikhlas buat rumah terbuka. Mereka buat sebab kawan2 semua dah buat, atau semua orang dah bertanya bila nak buat. Ataupun, tiap2 tahun dia buat, sekali tahun ni dia tak buat, terus semua  kenalan pun tak datang rumah dia...macam tu kira ikhlas ker?

Hmm tak tahulah betul ke tak apa yang aku karutkan ni, tapi bagi aku pintu rumah sentiasa terbuka pada kenalan yang ingin datang beraya, atau berziarah.Asal yang datang tu pun jenis orang yang tak berkira, yang terima apa saja yang tuan rumah sediakan, dua2 pihak pasti puashati dan gembira kan. Lagipun, tak kan kita nak buka pintu pada orang yang kita tak kenal, kalau kenal pastilah kita buka pintu..ye tak?

Ada ke yang baca apa yang aku repekkan ni? Kalau ada yang rasa tak puashati minta maaflah ye...

Bila tiba hari raya, masa nilah kita bermaaf-maafan sesama kita (hari lain pun boleh minta maaf apa). Raya lebih bermakna bila kita dah berkeluarga. Seronok beraya ketika kita kecil, dengan ketika kita dah punya anak sendiri, memang ada bezanya. Raya kali ini lebih bermakna bila ahli keluargaku sudah bertambah seorang lagi. Terima Kasih Allah atas nikmat dan kurniaanMu.

 Catatan pada: 26 Syawal 1431H
~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...