Showing posts with label Widget. Show all posts
Showing posts with label Widget. Show all posts

Tuesday, March 08, 2011

Cara nak letak "Scroll to Top" button dalam blog

Hari ini aku belajar satu lagi perkara baru. Apa yang aku belajar tu, rasanya elok juga di kongsi kan di sini kan. (Siapa yang dah tahu tu diam-diam jelah, ni untuk yang tak tahu dan ingin nak tahu);).

"Scroll back to Top"
Widget ini memang berguna untuk blog yang selalu buat entri yang panjang. Ada masa kita nak scroll ke atas semula dan mulalah bermain-main dengan tetikus kita tu kan. Kalau ada widget ni lebih memudahkan, tekan je terus dia kembali ke muka atas blog.

Caranya....

1. pergi kat Design > Add a gadget 

2. pilih HTML / Javascript

3. Copy (ctrl + C) code kat bawah ni, then paste (ctrl + v) pada kotak html/javascript tadi..

<script src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js" type="text/javascript"></script> <script src="http://dl.dropbox.com/u/1960768/blue.js" type"text/javascript"></script>
4. Klik Save

Kod yang aku bold kan dengan warna biru tu, korang boleh tukar dengan apa warna pun yang korang suka. Kalau ikut macam kat atas tu blue kan, so nanti birulah jadinya. Kalau buat black, jadilah macam aku punya ni...

Ada di sebelah bawah kanan blog. Cuba tekan sekarang.... :p
Kalau nak warna merah, kuning, hijau pun boleh. Tukar je nama warnanya but make sure in english ya. Kod ni tak faham BM kot....:D.

Ok dah siap.

Kredit to Mia Adnan. Aku belajar ni pun dari blog dia....:)

~ يوس ~

Friday, March 04, 2011

Kotak Jerit aku wujud balik! Ya, kali ini Hidden Shoutbox pula.....(^_^)

Pertanyaan dari Yana dalam kotak jerit aku seperti di bawah:


Ya, kawan-kawan. Kotak jerit aku wujud balik...hihi. Sebelum ni dah letak dalam ruangan tinggal pesan tu, tapi kali ini aku buat dia tersorok pulak. Dah biasa nampak kan kotak jerit tersorok ni. Aku pun baru belajar membuatnya. Macam syok pula bila tersorok macam tu ...:). Apa pun, siapa yang nak tinggal jejak di ruangan tinggal pesan tu masih ada lagi seperti dulu.

Siapa yang belum perasan tu ada kat belah kanan atas tu ha!

Nampak kan.
Ada yang nak belajar buat macam tu juga? Siapa yang belum tahu cara tu, aku pun ikut dari blog ini ya. Silalah terjah ke sana kalau nak letak kotak jerit tersorok yang serupa....:)

~ يوس ~

Thursday, October 21, 2010

WarCraft III:The Frozen Throne & Watermark


Kegilaan anak ku Aqil sekarang. Balik je dari sekolah inilah yang dia main. Berjam-jam pun boleh dia menghadap benda alah ni kalau tidak di hadkan. Semuanya poksu dialah yang mengajar ni. Aku memang lah tak pandai nak main. Permainannya pelik sikit bagi aku, susah pun ya juga. Macam manalah Aqil boleh suka sangat main ni..huhu.

Tengok pun ibu dah rasa susah...
**************************************************************************

Cubaan aku yang pertama buat watermark sendiri. Sana sini tengok orang guna watermark untuk gambar mereka. Biasa aku letak je "yus@maz-naz.blogspot.com." Ada yang buat duit dengan design watermark untuk orang lain ni. Aku cuba-cuba saja gobek-gobek guna PS tu. Kemudian cuba letak pada gambar di atas.Kelakar pun ada.Memang amatur sungguh...jadilah. Untuk kegunaan sendiri..

Bila dah letak kat posting, baru perasan, ada sesuatu yang berbeza dari tajuk blog aku. Jadi, aku ubah watermark tu jadi seperti ini pula...

Tapi kenapa rasa yang pertama tu lagi cantik? Hmmm..suka-suka je, ada sape2 nak tolong decide?

~ يوس ~

Wednesday, June 30, 2010

Widget Baru : Wawwi Matrix BlogWalking

Kalau anda semua perasan ada widget Wawwi  di atas cbox oggix aku kan.

Widget ni fungsinya boleh bagi naik traffic pada blog kita.

Macam best jer..Aku sebenarnya saja jer nak bagi naik traffic pada blog, kot2 nuffnang aku pun boleh naik. Huhu..Dah lama gak join nuffnang tapi amaun terkumpul baru capai RM25.08. Kesian sungguh. Tapi aku memang malas nak blogwalking n selalu pun masuk blog kawan, jarang juga bagi komen. Jeles gak dengan kawan2 blog yg ada nuffnang n dah boleh cash out diorang punya duit. Kot ler widget ni memang betul berfungsi untuk tambah traffic, cuba sajalah..
jom join ramai2.. :) 

Apa Fungsinya: 
 

Wawwi Matrix BlogWalking adalah widget yang akan memaparkan URL Blog anda ke senarai Networker blog yang mendaftar melalui blog anda mengikut formula Matrix nx15 dan juga merupakan sistem Autospillover.

Matrik nx15

Sebagai contoh jika status akaun anda ialah Matrik 5x5, jumlah blogger atau potensi trafik yang bakal anda terima adalah

Lv1: 5 = 5
Lv2: 5x5 = 25
Lv3: 5x5x5 = 125
Lv4: 5x5x5x5 = 625
Lv5: 5x5x5x5x5 = 3125
Jumlah Network: 3905 Blogger

Dengan ini potensi untuk anda mendapat trafik dari aktiviti blogwalking adalah lebih tinggi berbanding aktiviti blogwalking cara biasa. Sebagai contoh jika anda melayari 5 laman web melalui Wawwi Matrix Blogwalking sehari, anda sudah berpeluang mendapat 19 525 trafik ke blog anda dalam sehari. Hal ini adalah lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga serta wang ringgit.

Anda pasti teruja menggunakan sistem ini dengan kedalaman sehingga level 15.

Autospillover

Apabila anda telah mencapai had lebar (width) downline network Level 1 anda, ahli terbaru akan dipindah ke network downline Level 1 anda itu dimana ahli yang belum atau mempunyai network terendah akan menerima ahli baru tersebut secara automatik.
Sistem yang digunakan:
MATRIK (nx15) + Autospillover
Sistem Mata (Point)

Fungsi mata ini adalah digunakan untuk menaiktaraf lebar atau kedalaman network anda dan juga diguna semasa sebarang pelawat yang klik melawat laman web anda di widget Wawwi Matrix BlogWalking. Semakin lebar atau semakin dalam network anda, semakin tinggi pelawat yang akan datang ke blog anda dan juga semakin banyak nilai mata yang bakal anda perolehi.

Anda diberi 10000 mata permulaan dimana fungsi nilai mata ini membolehkan blogger lain untuk melawat blog anda. Setiap klik unik sehari untuk lawatan ke blog akan dipotong 20 mata (jika upline melihat blog anda) dan dari 5 mata hingga ke 15 mata (jika downline melihat blog anda).

Apabila anda melayari sebarang laman web yang terdapat di dalam senarai network anda, sebagai contoh jika anda mempunyai 20 senarai blog, dengan melawat 20 blog itu, anda akan mendapat sejumlah nilai mata di widget anda itu seperti berikut:
Blog Downline (tanda REF) - 2 Mata
Blog Upline (tanda LV) - 1 Mata
Iklan Teks (tanda ADS) - 5 Mata
Iklan Banner 160x180 - 5 Mata
Iklan Banner 125x125 - 10 Mata
Iklan Banner 468x60 - 15 Mata


Jika downline anda klik link blog di widgetnya, maka anda akan mendapat 1 mata bagi setiap blog yang dilawatinya sehingga kedalaman level mengikut status akaun anda. Maksimum kedalaman adalah level 15. Dengan ini jika anda mempunyai network downline sebanyak 3905 blogger dengan purata klik ialah 10 link/blog sehari, maka anda akan memperoleh 39050 mata. Jika anda inginkan lebih lagi mata, maka anda perlu juga melawat blog lain di widget downline anda atau sebarang pelawat lain yang klik link di widget anda, maka anda dapat mata tambahan.
Jumlah Mata Sehari
3905 blogger x 10 blog dilawati = 39050 mata
Walaubagaimanapun anda diwajibkan untuk klik sekurang-kurangnya 2 link blog sehari untuk menerima jumlah mata tanpa had dari downline anda pada hari yang sama.
Selain dari itu, jika terdapat blogger yang mendaftar melalui widget anda, anda juga menerima nilai mata mengikut level.

Sponsor secara langsung = 20 mata
Downline level 1 = 15 mata
Downline level 2 = 14 mata
Downline level 3 = 13 mata
Downline level 4 = 12 mata
Downline level 5 = 11 mata
Downline level 6 = 10 mata
Downline level 7 = 9 mata
Downline level 8 = 8 mata
Downline level 9 = 7 mata
Downline level 10 = 6 mata
Downline level 11 = 5 mata
Downline level 12 = 4 mata
Downline level 13 = 3 mata
Downline level 14 = 2 mata
Downline level 15 = 1 mata

Potensi Nilai Mata Referral

Lv 1: 5 x 15 = 75 mata
Lv 2: 25 x14 = 350 mata
Lv 3: 125 x 13 = 1625 mata
Lv 4: 625 x 12 = 7500 mata
Lv 5: 3125 x 11 = 34375 mata

Jumlah keseluruhan:
43924 mata

Nilai mata lebih lumayan adalah hasil dari aktiviti blogwalking yang dapat anda lakukan dalam sehari. Semakin banyak blog dalam network anda dapat anda layari, maka semakin tinggi jumlah mata anda. Komisen anda juga akan tinggi kelak.

Pendapatan Sambilan

Sambil blogwalking dengan Wawwi Matrix BlogWalking, silalah kumpul nilai mata sebanyak mungkin kerana fungsi di masa-masa akan datang adalah anda berpeluang untuk menukar nilai mata kepada nilai wang sebenar. Pendapatan sambilan menanti anda semudah klik.
Manfaatkanlah sistem widget ini untuk menjana trafik dan pendapatan yang lumayan melalui blog.

Jadi kawan-kawan, apa tunggu lagi. Sesiapa yang belum ada widget ni, bolehlah isi borang simple yang ada di bawah sekali pada widget yus di sebelah ni yer. Kemudian anda akan dapat kod widget anda sendiri dan letak ler di blog masing-masing. Mari kita lihat, betul ker tidak boleh tambah traffic pada blog masing-masing.

Kalau masih kurang faham, boleh tekan salah satu button seperti gambar di bawah pada widget ni. Selamat Mencuba.




~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...