Wednesday, July 22, 2009

Gambar kelas anak-anakku..


Gambar Kelas Alia

Masam benar muka Alia di sini...


Gambar Kelas Aqil

Aqil pulak...tak best betul, boleh dia balik tunjuk gambar nih kat aku, pas tuh dia kata, " Ibu, Aqil kan ko**k hidung...ibu". Tak senonoh betul...sengihnampakgigi

ros ~ يوس ~ peace

Tuesday, July 21, 2009

Black Mentor 3

Tengah mood mengong sikit...senyumkenyit. Nak lah tengok balik persembahan Black mentor 3 nih. Aku tak pernah tengok mentor sebelum nih, tapi hari tuh, tertekan remote tuh ke channel tv3 dan masa tu, si Black nih tengah nak buat persembahan lagu Hitam Manis nih lah. Terus rasa, "best juga mamat nih nyanyi". Aku nih memang minat lagu2 lama macam nih. Selepas daripada tu, baru aku terus tengok rancangan Mentor ni. Sebab ada Black....sengihnampakgigi




Dan oleh kerana aku juga tengah mood windu kat SRD..lagu ni aku rasakan best sekali...mrgreen



ros ~ يوس ~ peace

Outstation....

SRD outstation lagi.
Baru ajer balik dari outstation Ahad lepas, dah pergi outstation lagi....sedih.
Dah selalu kena tinggal pun, kali ini aku masih bersedih...nangih.
takboletakbole
...be cool yus. 4 hari ajer.
Kita minum dulu.
Selepas ni mesti rasa ok punya..




ros~ يوس ~ peace

Saturday, July 18, 2009

Cerita pagi tadi dan JBX dalam kenangan....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi yang mendung. Kalau ikut perancangan asal, aku mungkin sudah berada di KL bersama SRD dan anak-anak. Tetapi oleh kerana Aqil ada Kem Bistari Solat di sekolahnya hari ini, terpaksa aku batalkan perancangan mengikut SRD ke KL. Aqil sendiri tidak mahu ikut. Dia begitu bersemangat hendak mengikuti kelas tersebut, الحمدلله.

Sewaktu Aku menghantar Aqil ke sekolah pagi tadi, kami terlihat Kancil merah berada dalam parit di jalan depan. Entah bila Kancil itu terhumban di dalamnya. Kelihatan ada dua orang berdiri di tepi jalan, sambil memerhatikan kereta Kancil itu. Bila agaknya kemalangan itu berlaku, dan bagaimana ia berlaku? Aku tak nampak ada sesiapa di dalamnya. Rasanya tiada kehilangan nyawa.

Dan sewaktu aku dalam perjalanan pulang ke rumah, semakin ramai orang yang memberhentikan kereta untuk melihat Kancil tersebut. Masih tidak kelihatan ada sesiapa yang tercedera. Namun aku masih pelik bagaimana kereta itu boleh terjatuh ke dalam parit tersebut. Yelah jalan kampung..... Takkan memandu laju sangat sampai tergelincir kedalam parit tu?Hmm macam-macam.

******************************************************


Kereta paling lama menjadi hak milik kami walaupun kami telah meninggalkannya di sini sewaktu kami di UK. Akhirnya kereta ini telah meninggalkan kami selama-lamanya pada bulan Februari yang lalu. Banyak jasanya pada kami. SRD sendiri sebenarnya paling sayang pada mu JBX. Sudah lama aku nak abadikan gambarmu di blog ini sebagai kenang-kenangan, tapi asyik terlupa saja. Hari ini aku kotakan hasrat hati ku itu. Jasamu akan tetap di kenang selamanya.





ros ~ يوس ~ peace

Friday, July 17, 2009

Abah!! Jangan hisap rokok abah...

lollolHehe...dah dua kali aku dengar Alia mengungkapkan kata di atas kepada abahnya. Malam tadi aku dengar sekali lagi. Seperti biasa selepas makan malam, SRD akan ke luar rumah dan memulakan operasinya "berasap". Biasalah, SRD kalau nak "berasap" tu mesti di luar rumah. Sejak Alia lahir, aku dah pesan dengan dia, hanya boleh "berasap" di luar rumah. Alhamdulillah menjadi juga pesanan aku tu walaupun kata-kata aku agar dia berhenti terus tak pernah masuk dalam kepalanya.

Ooops berbalik cerita pada malam tadi. Bila saja SRD memulakan tabiat nya itu, anak dara nya yang ikut dia dari belakang bersuara. " Abah! Jangan hisap rokok abah. Cikgu kata tak baik."

Hahaha..aku tak dapat lihat reaksi muka SRD, sebab aku di dalam rumah. Bagaimana agaknya? Nak sangat aku tengok. Dan kemudian dengan tanpa di suruh-suruh, si kecik comel Abid pulak berkata dengan suaranya yang pelat itu. "Abah! Jangan hicap okok bah..." .

menarimenariSukanya aku ada yang tolong bantu nasihat. Kot-kot lepas nih terbuka pintu hatinya nak berhenti terus, bagus juga. Amin....moga termakbul doa kami anak beranak. Abah! Jangan marah nooo....mrgreenjelir

HANYA renungan

Copy paste dari email yang aku terima....

--- Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini.

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;

1. Keluarga
2 . Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu ;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, " Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu

· - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu

· - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu

· - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, " Wahai Fulan Anak Si Fulan...

· - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah

· - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara

· - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa

· - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara "

Ketika Mayat Siap Dikafan ... Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan

· - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha

· - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah

· - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal

· - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya

· - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika MayatDiusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan

· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat

· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Disholatkan .... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat

· - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik

· - Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat .... terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...

· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan...

· - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis

· - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka

· - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... . Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku .... .

· Kini Kau Tinggal Seorang Diri

· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat

· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..

· Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri

· Padahal , Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku

· Hari Ini,....

· Akan Kutunjukan Kepadamu

· Kasih Sayang-Ku

· Yang Akan Takjub Seisi Alam

· Aku Akan Menyayangimu

· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , " Wahai Jiwa Yang Tenang

· Kembalilah Kepada Tuhanmu

· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya

· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku

· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah -Ku"

Anda Ingin Beramal Soleh ?
Tolong kirimkan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!! Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.

Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!

Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....

Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini .

Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita . kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.

Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???

Thursday, July 16, 2009

Sepetang di Teluk Chempedak.....

Mood meng'update' aku dah datang. Sekali dua n3 satu hari...sengihnampakgigimrgreenlol

Aku pun dah tak ingat bila kami pergi nih. Tapi tak silapnya akhir bulan Jun. Kami ke Kuantan ikut SRD yang ada kerja di sana. Sempatlah melepak di Teluk Chempedak pada satu petang sewaktu di sana. Tak lama pun, jalan-jalan main air saja.

[Sila klik pada gambar utk lihat image lebih jelas]

p/s: Ada sinopsis dari setiap gambar. Sila tunjuk cursor anda pada setiap gambar untuk mengetahuinya.





Kita sangka lain, dia jawab lain...

Entri semalam tuh, hati aku yang tak tenteram sebab Aqil tertinggal botol air tuh....aku punyalah risau dia tak minum ker apa ker kan. Sekali balik dari sekolah...

Siapa bagi botol air Aqil tadi?

Adalah ibu, dalam beglah.

Iyalah..siapa yang bagi pada Aqil, Iqbal ker?

Mana ada? Kan Aqil bawak jer dalam beg.

Eh! Apa pulak. Aqil tertinggal tadi. Ibu suruh abah hantar ke sekolah Aqil, tapi pengawas tak kasi masuk. Abah kata, abah beri pada Iqbal suruh kasi Aqil.

Iye ker? Apalah ibu nih. Aqil masuk kelas, dah ada dah botol air dekat atas meja Aqil. Mana ada Aqil tertinggal. Ibu ni tak tahulah...

ketukmejefikirmarahtension

Dia tak sedar rupanya botol airnya tertinggal. Mesti masa dia di padang perhimpunan, si Iqbal tu letak jer kat meja dia di kelas. Member konfiden jer, dia bawak botol air, siap kata aku tak tahu lak tu...huhu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...