Friday, June 19, 2009

Kepala Abid berjahit....

Sabtu lepas di Muar sewaktu ingin berangkat pulang ke Parit Raja, Abid mendapat kemalangan di kepalanya. Dia yang sewaktu itu ingin mencari seliparnya, tiba-tiba tersandung kakinya dengan kasut2 yang lain dan terus terjerumus mengena pada batu beranda rumah emak. Apa lagi, darah memancut-mancut keluar. Aku panik, SRD juga panik. SRD mendapatkan tuala sementara MIL aku mendapatkan kicap dan tisu. Kata emak, letak kicap nanti darah berhenti mengalir. Betul rupanya. Bila di letak kicap, darah tersebut berhenti mengalir. Terus kami bawa dia ke Hospital Muar. Dalam perjalanan,bau darah hampir meloyakan aku.

Inilah tiang batu yang menyebabkan kecederaan di kepala Abid.


Sampai di hospital, bila petugas di kaunter pendaftaran membuat pemeriksaan awal, dia kata perlu di jahit. Masuk berjumpa doktor, dia periksa serba sedikit, dan kemudian mengarahkan kami ke bilik x-ray. Dia bimbang kalau2 ada retak di kepala. Aku jadi tambah bimbang bila doktor kata begitu. Abid nampak cool saja. Dia diam, sepatah di tanya, sepatah dia menjawab. Selesai membuat x-ray, kami berjumpa doktor semula. Alhamdulillah takde keretakan di kepalanya. Terus dia suruh kami ke bilik satu lagi untuk membersihkan luka dan membuat jahitan di kepalanya.

Abid di beri ubat bius. Dia seperti dalam keadaan mamai, tapi sedar. Abid di cucuk di tangannya untuk memasukkan air kedalam badannya. Kesian Abid. Masa doktor jahit kepalanya tu, mula-mula aku tak sampai hati tengok. Mata Abid terbuka, tapi dia tak merasa. Namun aku masih dapat melihat air matanya mengalir. Sayu sungguh aku tengok. Lima jahitan di jahit di kepala Abid.

Bila selesai, kami dibiarkan bertiga di bilik itu. Doktor kata, tunggu sehingga air habis di masukkan dalam badan. Kami menunggu. Dalam 1/2 jam lepas itu, Abid mulai sedar. Dia sudah boleh berkata-kata. Aku beri dia botol susunya, tapi dia tak nak. Katanya, Ubat Abid lom habis bu, tak boleh minum susu. Pandai Abid. Dia seorang anak yang cekal hati, keras hati, keras kepala...huhu.

Ini adalah kali ke dua kepalanya berjahit. Tahun lepas pun dah kena sekali. Tapi satu jahitan saja. Masa tu, sebab dia terhempap kerusi. Masa di airport sewaktu pulang dari Jakarta tu pun, dah benjol kepalanya. Mana kan tidak, berlari saja di airport tu, main tarik-tarik dengan kakaknya. sudahnya terjatuh, luka di kepala, tapi sikit saja.Memang lasak hero aku yang seorang ini. Kalau setakat benjol-benjol di kepala tu pun perkara biasa. Tak tahu aku nak cakap macam mana. Dia terlalu aktif dan lasak. Suka memanjat, berlari-lari, tak boleh duduk diam. Kalau terjatuh biasa tuh, susah nak lihat dia menangis, kecuali memang dia mengada-ngada nak nangis.Tahu tak? Selepas selesai semua urusan hari itu, pulang ke rumah, mandi, dia masih lagi lasak. Suka hati. Tak sedar agaknya kepala dah berjahit..huhu.

Abid pagi Ahad lepas semasa dia masih tidur.

Lihatlah jahitan di kepala Abid itu.


Dan hari ini, jahitan di kepala Abid perlu dibuka. Bagaimana agaknya dia nanti? Harap-harap dia tidak meronta-ronta. Sebentar lagi aku akan ke PKU untuk buka jahitan di kepalanya. Moga semua berjalan lancar....

Thursday, June 18, 2009

Budak pelat belajar membaca......


Dengar budak pelat belajar membaca memang lucu bunyinya....huhu



Baca dalam bahasa inggeris lagi pelat bunyinya. Alia tak pandai sebut 's'. Susah betul dia nak sebut..huhu. Suka aku tengok kedua2 video ini. Satu hari nanti pasti dia juga suka melihat diri sendiri di saat mula2 pandai membaca. Aku rasa berbaloi hantar Alia ke tadika dia sekarang kerana dia dah boleh membaca walaupun belum begitu lancar. Yelah...baru setengah tahun, dalam usianya yang baru 4 tahun 6 bulan itu peluktepuktangan .Satu perkara yang agak sukar, Alia moody, dan kalau di suruh membaca, kena cari masa yang betul2 sesuai dan selesa bagi dia. Kalau tidak, memang selamba derkkk ajerlah dia. Itu kalau dengan akulah, dengan cikgu dia ok sikit kot....

Wednesday, June 17, 2009

Trip to Jakarta - Day 1 - 7 Jun









Sila klik pada gambar utk image lebih jelas dan tekan next utk gambar seterusnya. Kredit to Ruhil yang ajar aku cara ini untuk letak gambar di blog...Thanks Ruhil..

[ Oleh kerana html kod untuk membolehkan gambar muncul dalam lightbox ini mengakibatkan blog aku ada masalah utk dibuka guna IE, aku buang dulu untuk sementara waktu. Huhu..tak dapatlah gambar2 ni muncul seperti dalam blog Ruhil.....huwaaa]

Set gambar di atas adalah secara rambang dari kami di airport sehingga sampai ke tempat penginapan kami di Mecure Hotel. Kalau semua perasan, teksi di Jakarta baru-baru dan kebanyakkannya ialah kereta toyota limo atau di sini kita panggil vios. Abid paling suka sebab dia kata, "amalah bu!Vios!...huhu.Menurut pemandu teksi di sana, kalau teksi bandaran tidak boleh menggunakan kereta yang usianya lebih dari 3 tahun. So, menurutnya teksi bandaran paling tua tahun 2007. Hmmm..patutlah semua cantik.2.Tapi kalau dah luar kawasan bandar tak kisah kalau usianya lebih 3 tahun. Tapi kebanyakkannya masih tidak lebih dari 5-10 tahun. Bagus kan! Dan kalau sesiapa nak ke Jakarta dan naik teksi, di nasihatkan guna teksi Bluebird. Blubird ni kompeni teksi paling besar dan menggunakan meter dan tidak terlalu mahal. Harga berpatutan.

Semasa kami mula-mula sampai ada orang yang sibuk menawarkan kami teksinya untuk ke destinasi kami. Tapi dia minta dua kali ganda dari tambang teksi Bluebird. SRD masih beriya nak cari teksi Bluebird. Nasib kami tak guna kenderaan mamat tu. Rupanya dia guna Merz dan tiu macam teksi airport terbaik lah kot. Siap resit katanya.

Sampai di hotel, lega rasa. Bilik superb. Dua katil besar. Suka anak-anak aku. Tapi dah banyak kali kami pergi hotel, inilah pertama kali kami nampak banyak makanan tersusun untuk di ambil. (Sila lihat gambar di bawah).

Trip to Jakarta 2009-06-07 030


Trip to Jakarta 2009-06-07 032

Junk food banyak, minuman pun banyak.Anak-anak apa lagi kan, semua terus nak terkam. Tapi rupa-rupanya....kena bayar. Dah siap harga di situ.

Trip to Jakarta 2009-06-07 031
Tengok harga takut!! Al-maklum baru sampai. Harga semua ribu-ribuan...sengihnampakgigi. Pandai betul dia nak tarik pelanggan beli. Nasib baik juga anak-anak aku mendengar kata. Satu pun mereka tak jadi usik. Selamat....

Selepas berehat sebentar dan solat jamak, kami meneruskan perjalanan ke ITC Mangga Dua. Aku tak sempat ambil gambar di Mangga Dua. Adalah sekeping dua kot. Tempatnya terlalu ramai orang. Kedai dekat-dekat. Padat. Banyak sangat pilihan. Rambang mata weii. Enjin baru nak mula pulak tu kan, masih tak pandai menawar. Rupanya kalau diorang letak haraga tuh, jangan segan2 tawar sampai separuh harga. InsyaAllah boleh dapat, tapi mungkin tidaklah 50% dari harga, 40% kompem boleh dapat. Tapi kalau hati keras macam SRD, bawah 50% pun boleh dapat.Perjalanan pergi dan pulang memang berdepan dengan macet. Macet yang agak teruk kalau sudah pukul 6 petang...huhu. Macet tu jem yer kawan-kawan. Kereta memang banyak sangat. Dan kalau tengok cara orang sana bawa kereta..wooo berani!Aku memang tak lulus bawa kereta di Jakarta rasanya..huhu.

Oklah kita tengok gambar lagi sampai habis hari pertama kami di sana. Oh ya! Malam itu, kami cari-cari tempat makan, susah juga. Semua orang kata, kalau pergi ke Ancol jangan lupa makan di Restauran Bandar Djakarta. Kami ni bergambar jer depan restoran tu, tapi tak makan di situ. Sebabnya tak tahu nak order apa. Makanan seafood, tapi nama ikan-ikannya semua pelik-pelik. Kerang pun ada bermacam jenis nama. Pulak tu, tak tahu nak suruh dia masak apa..huhu. Nama makanan berbeza sikit dari kita. Akhirnya makan di Pizza hut saja, tapi ordernya nasi...huhu. Aku order nasi ayam lada hitam. Gambar boleh lihat dari set di bawah yer.












Dari hasil shopping hari pertama, anak2 yang paling suka. Sorang dapat baju Ben 10, sorang baju gambar princess, sorang lagi baju gambar Thomas. Terus jer pakai malam itu juga..huhu.Aqil suka sangat dapat baju Ben 10 tu, macam dalam tv kata dia.

Oklah, habis hari pertama, nanti kita sambung lagi yer....

Tuesday, June 16, 2009

Mandi di Kolam Renang Putri Duyung , Ancol.

Aku belum berkesempatan nak update cerita mengenai Trip kami ke Jakarta. Gambar banyak, pening aku nak resize semua. Ini klip video pendek anak-anak aku sewaktu mandi-manda di Putri Duyung Resort, Ancol. Ada banyak cerita nak cerita..tapi...xpastisigh


Sunday, June 07, 2009

Kami dah sampai di Ancol!!

Bersiaran dari Jakarta. Kami baru saja tiba di bilik hotel. Perasaan pertama sampai sini...wow bestnya!!. Dapat informasi dari pemandu teksi tadi. Rupanya Ancol ni, kira macam Disneyland gak ler. Banyak tempat main. Nak masuk kawasan Ancol kena ada pass. Seberang sana nampak laut. Menarik sekali. Gambar tak dapat upload. Tak tahu berapa lama bateri laptop nih boleh berfungsi. Kat sini plug nya lain. Plug dari Malaysia tak boleh masukk..huhu. Bulat jer gitu. Lepas ni solat, kemudian nak jalan-jalan shopping. Kena cari kabel plug yang boleh sambung plug dari M'sia nih. Kalau tidak susah juga ni.
Sampai jer Airport tadi dah sambar Dunkin Donut dulu. Laparrr!!. Aku tak dapat cerita panjang. Nanti dah balik baru update cerita betul2 kot.
Emak, ayah, kami baik-naik aje....
Salam....

Saturday, June 06, 2009

Kerang lagi??...dan bercuti....

Aku di Melaka. Baru lepas makan kerang bersama adik. Berebut-rebut makan kerang. Aku dan adik memang suka makan kerang. Orang lain join juga, tapi tak sebanyak kami. Hari ini masak 3kg kerang. Ambik nko!! Memang puas makan...haha.

Ni gambar dalam kuali lagi. Masih panas. Kuali besar tu..memang best!! Puas melantak kerang...hihi. Resepi sama seperti dalam entri ini. Emak aku pulak masak soto. Soto aku belum sempat rasa lagi. Dah kenyang sangat nih. Lepas nih lah kot...hehe.

Minggu ini kami semua akan pergi bercuti. Jalan-jalan makan angin ke Jakarta. Bukanlah sepenuhnya bercuti sebenarnya. Tapi SRD ada urusan kerja di sana. Terlanjur anak-anak cuti sekolah, kami semua ikut sekalilah. Pergi awal 2 hari dari tarikh urusan kerja SRD, jadi harapnya dapatlah makan angin dan shopping sikit. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik...

So, esok malam kami akan berada di sini dan selepas itu kami akan menginap di sini pula. Urusan kerja SRD di Putri Duyung itu, jadi lebih mudah kalau meginap di situ terus untuk malam-malam berikutnya. Tengok dari gambar, menarik tempatnya. Kita tunggu dan lihat laporan aku selepas pulang nanti.Harap-harap tidak hanya indah khabar dari rupa.



Jakarta here we come.

Wednesday, June 03, 2009

Cerita Hujung Minggu...Balik Kampung!!!

Kami semua balik kampung. Apa yang menarik? Takdelah sangat, seronok dapat jumpa keluarga di kampung. Jalan-jalan. Biasalah kan. Rehat dari rutin yang biasa, itu yang paling seronok bagi aku. Kita menjamu mata dengan gambar yer....ihikhik

Dalam perjalanan ke Melaka

Makan aiskrim di halaman rumah mak tok

Petang Sabtu tu balik Muar pula. Kepenatan dalam kereta anak-anakku.

Pagi esoknya, ke pasar tani Muar.

Sudah lama tak jejak kaki ke pasar tani Muar. Boleh tahan ramai orangnya.

Abid bersama sepupunya Dalisya.

Ahad petang, jalan-jalan ke Giant Muar. Ni, kat luar ambil angin selepas shopping.

Kelihatan jambatan Muar di seberang sana.

Pagi Isnin balik semula ke Parit Raja. Banyak baju yang belum berbasuh...senyum. Anak-anak cuti sekolah, rumah menjadi semakin riuh. Kecoh jugalah...gile.Hujung minggu akan datang nanti pun kami akan berjalan lagi...Tak sabar nak tunggu...senyumkenyit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...