Kesinambungan dari entri aku
Fobia jumpa doktor gigi??, Sabtu lepas hampir semua kehilangan sebatang gigi pada hari yang sama. Plannya aku aje yang nak pergi cabut gigi, tapi aku fikir, dah terlanjur jumpa doktor gigi, minta doktor periksa gigi anak-anak sekali. Sudahnya, ke tiga-tiga mereka pun kehilangan gigi seorang sebatang....hihi.
Aqil paling kesianlah, gigi sebatang hilang, kemudian kena tampal gigi juga. Minggu depan Aqil di minta datang semula sebab ada sebatang lagi yang perlu di cabut. Doktor tak mahu cabut serentak. Aku pula kena datang untuk buka jahitan.
Pelik bagi aku, siap ketawa depan doktor tu sebab rasa kelakar sangat, cabut gigi pun siap kena berjahit gusi bagai...huhu.
 |
| Gambar mereka-mereka yang baru kehilangan gigi, sedih je masing-masing. Gambar ibu dia je yang tiada....hehe. |
Selepas ni jangan takut jumpa doktor gigi lagi ya anak-anak. Aku siap jadi pemerhati ketika doktor menjalankan rawatan untuk ketiga-tiga mereka. Beri kata-kata semangat supaya mereka tidak takut, tapi bila sampai giliran aku, sendiri takut....hahahah.
Kos untuk 4 orang RM240. Kos meliputi cabut gigi geraham 3 batang, cabut gigi hadapan 1 batang dan tampal gigi 1 batang serta ubat-ubatan. Mahal sikit lah klinik gigi kat Parit Raja ni berbanding Melaka kot, sebab hari tu SRD cabut gigi geraham di Melaka sebatang RM45, kat PR, sebatang RM60 untuk dewasa....huhu. Akak ipar aku cakap kalau di Putrajaya sebatang RM90. Kos rawatan gigi ni boleh tahan juga kan. Nasib baik guna peruntukan yang majikan SRD dah beri. Jadi kena bayar RM10 je hari itu.
Nak gigi sihat,selain dari rajin berus gigi, kenalah jumpa doktor gigi. Huh! Nilah baru datang kesedaran, kalau tak bertahun tak pernah jumpa pun....hahahahahha.
p/s: Ramai yang kata besarnya laman rumah aku dalam entri sebelum ni. Ada yang ingat rumah banglo. Adeh! Tidak ya kawan-kawan, rumah semi-D saja sebenarnya, dan mungkin sudut aku ambil gambar tu menampakkan ianya besar dan luas.. Tapi pemaju rumah ni memang buat laman hadapan dia luas kot, boleh masuk 3 biji kereta dengan mudah. Ramai juga yang kata ok gabungan kaler tu ya....alhamdulillah.
~ يوس ~