Showing posts with label Air terjun Sagil. Show all posts
Showing posts with label Air terjun Sagil. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Mandi-manda di Sagil, Gunung Ledang

Dua tiga hari ni entri penuh gambar je kan. Semuanya merupakan aktiviti kami sekeluarga bersama. Satu hari pasti menjadi kenangan terindah. Saat-saat ini tidak mungkin dapat di putar semula, dan aku memang suka abadikan di blog ini untuk tatapan di kemudian hari. 

Juga aktiviti bulan April lalu, ini kira aktiviti sekeluarga di akhir bulan April. Anak-anak aku semua memang suka mandi-manda. Tapi biasa kami ajak mereka mandi di kolam renang hotel, pernah juga di tepi pantai tapi yang ni mereka kurang minat, sebab air laut yang masin. Kali ini aku dan SRD bawa mereka ke air terjun Sagil, Gunung Ledang pula.

Inilah kali pertama kami bawa mereka ke sini. Kami sendiri dah lama tak mandi-mandai di air yang sejuk berbatu-batu macam ni. Sungguh menyeronokkan. Anak-anaklah paling suka. Walau masing-masing kesejukkan, mereka seakan tak mahu naik. Dapat pula port yang best, boleh lagi main ala-ala tarzan terjun ke sungai, itu yang lagi seronok.

Nak masuk ke sini pun ada di kenakan bayaran. Dah lama tak masuk jadinya macam terpinga-pinga juga mulanya tu. Bayaran masuknya murah je, RM1.00 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak.

Seperti selalunya, masa untuk aku kongsikan gambar-gambar kami di sana....

Selamat Datang ke Gunung Ledang. Papan tanda ni bersebelahan dengan tempat bayaran masuk ke sini

Sampai sana, kena parking kereta di kawasan letak kereta yang di sediakan dan kemudian terpaksalah menapak menuju ke kawasan air terjun untuk mandi manda.

Tak larat nak jalan jauh ke tingkat yang paling atas untuk lihat air terjun yang lebih tinggi. Dapat lihat yang kecil comel macam ni pun jadilah. Pertanyaan dari Abid bila sampai sini, " Mana air terjun yang tingginya? Takde pun!"....Aduhai anak, ibu dan abah tak larat lah nak naik sampai atas, mandi kat sini pun jadilah ya.

Masuk dalam air. Masa ni masih mencari port yang sesuai, rasa macam tak seronok je kat tempat mula-mula tu. 

Dah jumpa port yang paling menarik. Ada tali untuk anak-anak panjat dan bermain. Semua seronok nak bergayut kat situ, jadi ala-ala tarzan....hehe

Seronok tengok keterujaan mereka. Aqil paling berani, Alia mula-mula takut, kemudiannya dia pun sama berani. Abid, suam-suam kuku je, dia lebih takut pada sejuk, dok sibuk sejuk aje...huhu. Arif sepanjang masa sama ada dengan aku atau dengan abahnya lah.

Dah makin pandai Aqil bergayut di tali itu, Alia siap berjoget ke tu?, atas kanan giliran Alia pula. Bawah kanan tu, ibu mertuaku bersama SRD

Kami sekeluarga yang happy di sini. Lain kali boleh pergi lagi kan, asyik mandi kat kolam renang dalam hotel je tak best juga kan!

Masa untuk pulang ni paling seronok tengok gelagat Arif le. Beriya dia bawa beg kecil yang berisi alatan solek aku tu. Steady je nampak dia kan. Beriya tak mahu kita dukung dia, sibuk nak jalan sendiri, tapi asyik terhuyung-hayang bawa beg tu.....hahahaha.

Arif yang comel dan kelihatan juga ibu mertuaku dan SRD serta anak-anak yang lain sedang menuju kesurau berhampiran masa ni sebelum kami berangkat pulang. Semua yang lain dah mandi dan salin di bilik air bahagian dalam kat air terjun tu, SRD je nak salin kat bilik air bahagian luar di parking lot.
Selepas solat Zohor hari itu, kami meneruskan perjalanan ke Tangkak. Makan tenghari pukul 3 masa tu di Tangkak, kemudian tu ambil kesempatan shopping kain ela untuk baju raya tahun ni pula di Tangkak....hehe.

Sekian cerita kami ke air terjun Sagil, Gunung Ledang.....

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...