Tuesday, December 01, 2015

Persembahan Action Song dari Abid dan rakan2

Oleh kerana hari ini baru nak merajinkan diri berblog semula, maka haruslah gigih masukkan entri-entri yang di rasa perlu berlaku sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini. Tapi rasanya perkara2 yang berlaku akhir2 ini je kot yang akan terajin nak update di sini.

Ok. Salah satuya, ibu memang nak sangat letak video persembahan Abid dan rakan2 semasa majlis konvokesyen pra sekolah dan hari anugerah kecemerlangan yang berlangsung 17 November lalu.


Jujur kata, ada sedikit malu dengan rakaman ini...huhu. Mana taknya, kedengaran suara ibu berborak di situ. Tapi sebab tiada rakaman lain, ini saja yang ada sebagai kenangan, letak jugalah di sini.

Ibu suka tengok Abid di pentas tu, Teringat zaman2 ibu di sekolah rendah, memang biasa buat persembahan dalam majlis2 sekolah.

Lagu action song ni adalah lagu yang sama kumpulan ini nyanyikan di pertandingan action song sekolah peringkat zon, dan daerah yang lalu. Peringkat Zon dapat tempat pertama, tapi bila ke peringkat daerah, kurang berjaya.

Apa pun tahniah Abid, ibu enjoy tengok persembahan Abid.

~ يوس ~

Hampir setahun...

Assalamualaikum....

Lamanya tak menulis di sini. Hampir setahun!!! Entri akhir saya sebelum ni bertarikh 16 Disember 2014. Ramai yang meninggalkan komen minta saya email mengenai teknik BAD tu. Kebanyakkannya saya berjaya balas, tapi mungkin ada yang akhir2 tu saya tak berjaya memberi respon. Maaf sangat2 ya. Nanti saya cuba semak balik.

Bila dah lama tak menulis di sini, sampai tak tahu dah nak tulis apa. Mungkin medium fb lebih mudah menyebabkan saya lebih selesa di sana dari di blog. Satu lagi instagram.  Apa pun agak terkilan juga kerana sebelum ini, saya banyak bercerita mengenai anak2. Tapi bila tiba kepada anak yang ke 5, sikit sangat yang saya masukkan ceritanya dalam blog ini. 14 entri saja mengenai Amani....huhu, maafkan ibu ya sayang....

Sebenarnya lebih kepada catatan pada diri sendiri. Diri sendiri yang rasa ralat dan terkilan sebab banyak cerita pasal dia tidak di catatkan. Besok2 dia dah besar, rindu sendiri....huhu.

Wajah terbaru Amani di usianya 2 tahun 6 bulan.

Untuk permulaan. Moganya saya masih boleh berblog. Harapnya tahun 2016 ada perubahan. Mungkin tidak seaktif dulu, tapi saya menyimpan azam sekurang2nya sekali seminggu, harapnya adalah sesuatu di blog ini.


~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...