Thursday, September 25, 2014

Home » » 5 dan 14 hari lagi : Resit UPSR 2014

5 dan 14 hari lagi : Resit UPSR 2014

Mulanya ingat Sains saja, tiba-tiba dah ada English dan Matematik pula.
Redha jelah kan, buat jelah kan.

Apa pun ibu syukur anak ibu tidak terkesan sangat dengan UPSR 2014 yang tertangguh ni.
Tapi ibu nampak aura belajar tu dah lain.
Macam dah malas nak gerak sendiri, kena juga ibu pesan.
Ibu punya semangat pun dah lain.
Sedikit sebanyak memang memberi impak negatif pada semangat tu.
Menurun keterujaan nak periksa.

Ok , Sains dan English 5 hari lagi, Matematik kertas 1 14 hari lagi.
All the best Aqil!

Anak bujang saya ni memang tidak suka bergambar, muka masam sokmo.

Selalu ibu rasa, betul ke Aqil dan 12 tahun, kecik, comel je,
tapi dalam masa yang sama, tak mahu dia besar cepat juga, nanti jauh dari ibu pula.
Sah ibu ni konfius kan.... hahaha.

~ يوس ~

10 comments:

  1. moga dapat menjawab exam lebih baik la kan

    ReplyDelete
  2. Kakak yg tak terlibat pun terkesan sama apa lagi yg terkena secara langsung memang tempiasnya ketara sangat Yus. Anak jiran kakak masa English & Science tu dia still tak nampak sgt down tapi bila kena mathematics dia balik sekolah terus baling beg dia dan menangis Yus. Mak dia pun ikut sama.. kesian sangat

    Buat Aqil auntie doakan moga lebih cemerlang kali ini. Sabar sayang.

    ReplyDelete
  3. As-salam yus..

    Dugaan untuk anak2 yg ambil upsr tahun ni kan.. ada hikmah terbaik di sebaliknya insyaALLAH.. semoga anak yus dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yg cemerlang hendaknya.. anak arwah adik saya pun amb upsr tahun ni.. so memang saya pn kena fokus lebih sikit kat dia..

    ReplyDelete
  4. Moga semua calon2 UPSR 2014 ni tabah dan kuat dalam mengharungi dugaan ini.. begitu juga dengan ibubapa semua. bertabahlah.

    ReplyDelete
  5. semuga berjaya, insha Allah,kesian kat budak2 ni

    ReplyDelete
  6. Salam jumaat yer ! doakan ajelah anak2 kita yer

    ReplyDelete
  7. kesian budak2 UPSR tahun ini mmg terbantut sikit mesti ada... juganya pun sama .org bercuti mereka dgn kelas tambahan pula . yg tak habis2 sehingga selesai UPSR nanti baru rilex pjg

    ReplyDelete
  8. Doa cool je kan yus? LM dgr pun rasa debar. Sian anak2 ni. Bkn satu paper yg kena ulang

    ReplyDelete
  9. Kesian sgt budk2 upsr batch kali ni. Moga dilapangkan dada utk mjwb smula exam ni

    ReplyDelete
  10. Ohh.... ni anak bujang awak yer....yg sulung ke Yus?. ....
    Budak lelaki mana suka selfie Yus....kita yer lah hihi

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...