Pejam celik, pejam celik sekejap je Amani dah 9 bulan. Hari ini masuk 9 bulan 3 hari usianya. Tak banyak cerita Amani yang ibu abadikan di blog ini. Lebih banyak berkongsi gambar dan cerita kamu di instagram. [Jemput Like instagram saya kalau sudi]
Kalau lihat dari label, paling banyak cerita abang Arif kamu. Kesian Amani kan.
Ibu bukan pilih kasih, tapi serius sejak dah ada kamu, 5 anaklah maksudnya ni, makin takde mood nak bercerita.
Kalau ikut perkembangan Amani, berbanding adik beradik yang lain, hampir sama. Umur 9 bulan dah mula berdiri, berjalan sendiri keliling meja, keliling sofa, asal ada benda dia dapat capai, dia mulalah berdiri dan berjalan.
Tapi nampak Amani takut sikit berbanding Arif. Yalah Arif dulu 9 bulan dah jalan dah....huhu. Amani mungkin seperti yang lain kot, tunggu umur 11 bulan kan Amani.
Tak banyak kerenah dan ragam, cuma time dia lapar, suara dia boleh dengar satu rumah. Kuatnya menjerit....hehe.
Muka bulat, ada yang kata ikut muka ibu, ada yang kata macam abah, tak kurang juga ramai yang kata ikut muka kakaknya Alia.
Pagi ini, ibu banyak ambil gambar kamu Amani. Gambar2 yang di kongsi di sini hari ini, semuanya fresh lagi. Baru di petik dari kamera ibu.
Baru bangun tidur, teman ibu jemur kain baju di luar....hehe. Hingus meleleh ke Amani?? |
Susah nak ambil gambar kamu sebenarnya, sebab kamu suka benar nak capai kamera ibu Amani....huhu |
Gigi dah 4 batang, 2 atas dan 2 bawah. Makanya ibu dah mula ajar kamu gosok gigi. |
Saya dah mandi!!!! Main-main dengan torch-light kakak. |
Akhir sekali nak kongsi video Amani yang sempat aku ambil waktu tunggu nak ambil abangnya dari sekolah...hehe.
***Berminat nak beli produk Shaklee??;
Hubungi Your Shaklee Independent Distributor
(Yus) SID: 1094266
SMS/WhatsApp: 013-7308040
FBpage: Yus Vitamin Store
Email: yus76.maznaz@gmail.com
SMS/WhatsApp: 013-7308040
FBpage: Yus Vitamin Store
Email: yus76.maznaz@gmail.com
Ikhlas,
~ يوس ~
suka tengok gambar amani gosok gigi... comel bangat...
ReplyDeletebiasalah kita anak yang kedua punya ceritapun kurang dari anak pertama..
kalau lagi ramai lagi kesian...
Arif dulu comel kecik sebab itu cepat berjalan. Amani kakak tengok agak montel beratlah sikit nak melangkah.. biarlah kalau ligat dua-dua ibu pulak yg tak menang kaki tangan nak mengejar...
ReplyDeleteComelnya amani,dah 9 bulan....kejap lagi dah pandai berjln tu.
ReplyDeleteAs-salam yus..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. amani membesar dengan sihat dan makin comel..
comel tengok dia tengah gosok gigi tu.. ;)
ReplyDeleteComelnya...
ReplyDeletetak lama lagi dah pandai berdiri sendiri pastu pandai pulak berjalan...
salam ziarah dari bunda..
comelnya amani..nak2 gambar dia gosok gigi tu..mcm dah besar betul..
ReplyDeletesalam k.yus..
ReplyDeletealolo..tomey2..
semoga mmbesar dgn sihat ye amani..
tunggu dpt kaki, kurus la ibu di 'exercise' nye.. hihihi
Walaupun hingus meleleh, Amani menten cumil gitew.. ;-)
ReplyDeletedah besar...!!!! bila lagi nak jumpa ni..
ReplyDelete