Tuesday, February 11, 2014

Home » » Perkembangan Arif di sekolah.

Perkembangan Arif di sekolah.

Baru masuk bulan ke dua Arif di tadika Pasti. Arif kira masuk awal ke sekolah berbanding abang2 dan kakaknya. Kenapa aku masukkan dia awal?? 

Sebab dia sangat susah nak ikut apa aku kata. Kita ajar A dia sebut B, kira gitulah perumpamaannya. Tambahan lagi, bila aku dah sibuk dengan Amani, tahap kesabaran kurang nak ajar dia. Kalau yang lain, dah kenal huruf, dah pandai bunyi sukukata, baru masuk sekolah, tapi Arif, satu apa tak kenal lagi. Sebab itu masukkan dia awal ke sekolah.

Dapat ambil gambar saat dia balik sekolah je. Ini masa mula2 dapat pakaian seragam sekolah dia, sampai ke balik elok je pakainya...hehe.

Jadinya, selepas sebulan lebih ni apa yang dia dah belajar ya??

Setakat ini dah kenal huruf A sampai F saja, huruf O dia kenal juga. Kalau menulis boleh tulis huruf A, B, C dan O besar. Yang lain aduhhh suruh tulis depan kita tak nampak apa. Dah pandai menyanyi lagu apa entah. Bila suruh nyanyi depan kita, yang dengarnya cuma " Ya Allah!! KepadaMu", perkataan lain langsung tak dapat tangkap...hihi.

Aku sendiri tak berapa nak faham apa dia sebut sebab dia pelat, hehe. Dah boleh baca doa makan dah sekarang. Kalau dulu bila kita suruh baca doa makan ikut abang dan kakaknya, tak bunyi langsung Dengarnya cuma Bismilah je, itu pun pelat juga. Alhamdulillah.

2 minggu pertama sekolah sangat senang nak kejut dia bangun dari tidur. Sungguh teruja dia nak ke sekolah. Tapi sekarang, aduhai!! Liatnya nak bangun, sampai menangis2 kadang tu. Tapi bila wakut balik, tengok dia ceria saja. Alhamdulillah.

Mula2 dulu bila kita tanya "Siapa kawan Arif di sekolah?" Dia jawab "Ayip!" Hahaa, nama sendiri yang keluar. Kemudian ada perubahan sebut nama lain pula, tapi  sebenarnya takde pun kawan nama tu, yang di sebut tu, nama sepupunya Awisy. 

Sekarang dah ada best friend rasanya. Asyik sebut Iqbal je bila kita tanya siapa kawan dia. Dulu bawa beg Ultraman, tapi sebab kawan dia tu bawa beg Boboiboy, dia pun nak bawa beg tu juga. Semua nak ikut kawan, huhu.

Ceria balik dari sekolah. Sekarang bila waktu balik tu, kopiah entah kemana, stokin pun entah kemana...huhu
Awal2 dulu dia panggil cikgunya dengan panggilan Cikgu Mama. Sampai cikgunya terkejut, peramah kata cikgunya. Banyak celoteh walau susah nak faham, hehe. Sekarang dah panggil Cikgu Ayu pula, kadang2 tu dengan ibu pun dia panggil Cikgu.

Semoga perkembangan Arif akan terus baik di sekolah. Luv U Arif!!


***Berminat nak beli produk Shaklee??;


Hubungi Your Shaklee Independent Distributor
Yusmawati Paiman (Yus)
SID: 1094266
SMS/WhatsApp: 013-7308040
FBpage: Yus Vitamin Store
Email: yus76.maznaz@gmail.com

Ikhlas,
~ يوس ~

10 comments:

  1. Anak kakcik si Angah dulu sampai darjah 2 masih pelat dan sukar membaca. Syukur Alhamdulillah dia berjaya menghabiskan pelajaran hingga peringkat Diploma dengan CGPA 3.++ Tapi suruh sambung ke peringkat Ijazah dia rak nak pulak...

    ReplyDelete
  2. wahh..da start sekolah arip.. belajar rajin rajin ye.. dengar cakap cikgu..

    ReplyDelete
  3. hi akakkkkk... igt kite lagi tak... hehehe

    ReplyDelete
  4. hai kak yus..ingat cheqna lagi kan..hahahaha
    bagus gak hantar sekolah awal2 kan

    ReplyDelete
  5. baca sambil tergelak2 membayangkan Arif...
    tak kisahlerkan janji dia happy gi sekolah...
    lama2 oklertu...

    ReplyDelete
  6. Bagus Arif lama-lama mesti dia seronok sekolah dan dapat ramai kawan lagi kan..

    ReplyDelete
  7. salam k.yus..ehehe..comey je ayip ni..
    alhamdulillah..belajar pelan2 tau syg.. :)
    seronok dia dpt kawan2 baruu

    ReplyDelete
  8. Arif... Arif... auntie dah rindu tau. Lama ibu tak buat N3.

    Ala Yus... baru 4 tahun dah nak sekolah dah bagus sangat tau. Oklah. Tapi kakak percaya Arif pun macam abang dan kakak Alia dia juga. Masuk sekolah pulak tu pun belum habis 2 bulan lagi. Apalagi perkembangan budak lelaki kan tak sama dgn budak perempuan.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...