Salam hari Isnin,
Memang susah untuk mendisiplinkan diri menjauhi mata dari pc. Aku susah nak lakukan itu, namun aku berjaya kurangkan had masanya berbanding selalu, alhamdulillah...
Hari ini nak kongsi menu apa yang aku dapat sepanjang di hospital Sultanah Aminah JB tempohari. Aku rasalah kan, menu hospital ni sedap juga. Aku selamba je bedal sampai habis, ke kes aku memang pantang nampak makanan, semua pun licin.
Rasanya tidak, sebab aku memilih juga bab makanan ni. Kalau tak betul-betul dengan selera, memang aku jamah sikit saja. SRD boleh beri comfirmation pasal ni. (kan bang?).
Hari pertama aku sampai, dah masuk waktu makan tengahari. Makanya masa itu, aku di tempatkan di wad kelas 2. Menu tengahari hari itu ialah nasi putih, asam pedas ikan caru, sayur kobis goreng, buah tembikai dan air kosong. Sedap aje bagi aku.
Sebelah petang nya pula, aku dah di pindahkan ke wad kelas 1 di bilik yang ada dua katil. Ada tv lagi. Seronok masa ni sebab ada tv. Menu petang hari itu sangat simple. Aku kurang suka, tapi habis juga.

 |
menu petang ( roti 2 keping, strawberry jem dan teh) |
Menu untuk makan malam pula di hidangkan pada pukul 6 petang. Menu hari itu ialah seperti dalam gambar di bawah.
 |
Nasi putih , daging masak apa aku tak pasti (bukan kari), sayur kacang goreng + tempe + soo hoon, kuah sup , puding kastard dan air kosong. |
Menu ini pun licin aku makan. Lapar kan.....

Malam itu, aku di pindahkanpula ke bilik lain. Masih dalam kelas 1 tapi dalam bilik ni ada 4 katil, tiada tv. Puncanya ada kerosakan pada bahagian bilik aku yang mula-mula tadi. Malam itu aku dah di berikan ubat tidur supaya dapat tidur lena. Lena ke aku tidur? Lena juga, tapi sejuk!!!! Aku tak biasa tidur dalam air-cond sebenarnya..huhu.
Hari kedua, esok paginya dah takde menu untuk aku makan. Aku hanya di masukkan air melalui drip di tangan. Dah kena puasa. Maknanya menu petang Isnin itu adalah menu terakhir aku makan sebelum mata di bedah. 3 botol air di masukkan dalam badan aku sepanjang aku di sana sehingga aku sedar sepenuhnya..huhu.
Menu terakhir aku makan sebelum pulang ialah sarapan pagi pada hari Rabu itu.
 |
(gambar ulang tayang) : menu mee goreng dan milo panas |
Masa aku sedar pagi Rabu ni, sekali lagi aku sebenarnya telah di pindahkan ke bilik lain lagi dalam wad kelas 1 tu. Kali ini bilik yang hanya ada 1 katil sahaja. Ada tv juga. Sebenarnya sebab misi tu kesian dengan SRD yang tunggu aku dalam bilik yang sebelumnya. Semua pesakit lain perempuan, agak kurang selesa bagi pesakit lain ada lelaki dalam bilik kan. Jadi misi pindah kan aku ke bilik yang ni pula. Lebih selesa untuk SRD juga sebab ada sofa dan kerusi. Senang sikit SRD nak tidur.
Secara keseluruhan, layanan di hospital Sultanah Aminah JB amat memuaskan. Aku puashati. Misi-misi pun baik. Tempat untuk solat pun dekat saja. Senang dan mudah.
Pengalaman sehari sebelum di bedah, tekanan darah aku asyik naik saja. Padahal dari dulu memang tekanan darah aku sentiasa rendah. Petang itu sebelum makan malam tu, bacaan 139/86, tiba-tiba malam naik sampai 159/96. Sah aku sangat takut kot..huhu.
Selepas saja pembedahan, SRD kata, tekanan darah aku dah jadi 109/59. Berbeza sungguh kan....hihi.
Mata kiri aku dah semakin senang untuk di buka. Maksudnya, dah boleh buka besar sikit. Dah tak jadi pirate lagi. Tapi masih merah, berair, dan kalau lambat letak ubat akan terasa sakit.
Sehingga di lain waktu.....
Salam buat semua.....
~ يوس ~