Hari Jumaat, balik dari sekolah pagi, dia beri aku surat. Tajuk surat :
Selesai baca, sampai habis, terus aku berkata ;
:::Kenapa ni? Nak suruh ibu ke sekolah ke? Aqil belum khatam Quran, Aqil cuma dapat no. 6, Aqil bukan budak Pra Sekolah, tak payahlah ibu pergi kan:::
:::Ala ibu ni, Aqil dapat hadiahlah. Cikgu kata Aqil dapat hadiah:::
:::Hadiah untuk apa? Matapelajaran terbaik ke? Subjek apa Aqil dapat markah paling tinggi?:::
:::Entah, Aqil tak tahu. Tapi Aqil dapat hadiahlah ibu. Hadiah untuk no 6 lah:::
:::No 6 dapat hadiah? Mana ada no 6 dapat hadiah? Kalau Aqil tak tahu sebab apa, Ibu tak nak pergi:::
:::Ibu tu tak percaya tau. Tengok nanti Aqil dapat hadiah:::
Pagi tadi, sebelum ke sekolah, sempat lagi aku cakap dengan dia;
:::Kalau betul Aqil dapat hadiah nanti tunjuk ibu. Ibu tak pergi tau, kalau nak pergi pun susahlah nak bawa adik semua:::
Dalam hati aku masih tak berapa percaya dia dapat hadiah. Aku dah tengok laporan kemajuannya. 4A 1B; 87.8%; no.6. Kalau dapat hadiah untuk apa pulak kan. Mungkin juga matapelajaran terbaik, semua subjek teras yang dia dapat A, memang markah 90 ke atas. Dia ada masalah dalam BM pemahaman, 75. Tapi, sebab dia tak boleh beritahu aku, kenapa dia akan dapat hadiah, tu yang aku tak percaya tu. Dia kata sebab no 6, kenapa pulak no 6 pun nak beri hadiah cikgu dia ni kan. Musykil aku...
Dalam pukul 11.50, SRD telefon, dia kata aku tak perlu ambil Alia balik dari sekolah. Dalam talian aku dah dengar bising-bising. Macam di kawasan sekolah. Bila SRD sampai depan rumah, Alia dan Aqil pun ada di dalamnya.
Ha! Tak sangka betul dia dapat hadiah. Dan lebih mengejutkan aku, SRD pergi tengok dia ambil hadiah, tanpa beritahu aku. Semalam aku tanya, dia pun macam tak percaya, tapi macam mengagak mungkin kalau dapat pun sebab matapelajaran terbaik. Tapi, dia pergi tanpa beritahu aku. Sayang betul kat anak ni, nak tengok dia dapat hadiah betul tak?...
. Tapi kenapa tak beritahu aku nak pergi..huhu. Dalam hati sedih gak ni.
:::Kenapa abang tak beritahu kata nak pergi? Tadi kata sibuk, tak boleh keluar dari office walaupun sekejap. Tup-tup pergi.:::
:::Saja, kan lebih semangat dia kalau kita pergi.:::
Dan betul, dia dapat hadiah sebab dapat no 6. Musykil lagi aku. Tapi SRD kata, darjah 2 je, untuk kelas Terbilang, no 1 sampai no 7 dapat hadiah, darjah lain, ada yang sampai no 4 saja, ada yang sampai no 5 saja, dan ada juga yang sampai no 3 saja. tapi kelas yang bawah, Gemilang dan Cemerlang, memang budak no 1 hingga 3 aje yang dapat, takde lebih.
Aku masih lagi musykil, kriteria apa yang cikgu dia lihat sehingga sampai no 7 pun dapat hadiah. Nasib baiklah, budak yang dapat no1 kelas 2 Gemilang anak jiran sebelah aku. Aku pun bz body lah kan tanya berapa peratus dia? Tulah sape suruh asyik datang rumah makcik, kan dah kena soal...haha. Dia jawab 4A 1B; 85%.
So, sekarang aku buat kesimpulan sendiri, dia dapat hadiah sebab peratus dia lebih tinggi dari pelajar yang dapat no 1 kelas Gemilang dan Cemerlang. Yelah kot kan, sebab kalau tak apa motif dapat hadiah ni....hihi. Subjek terbaik pun, semua pelajar yang no 1 kelas dia yang dapat, oops, dia kata dua lagi subjek, pelajar yang dapat no 2 yang dapat. Jadi kesimpulan aku ni betullah kot.
Dengan mukanya yang bangga;
:::Tulah ibu tak percaya, kan Aqil kata Aqil dapat hadiah. Ibu tak nak cakap tahniah ke?:::
:::Ye sayang, Tahniah!! Ibu minta maaf ye tak percaya. Walaupun no 6, tapi ibu tahu peratus Aqil meningkat. Tahniah sekali lagi.:::
Oklah, ini gambar-gambar Aqil dari kamera phone abahnya.
|
Aqil sedang tunggu giliran untuk naik ke pentas. Keciknya anak aku, tengok yang belakang semua tinggi |
|
Menerima hadiah daripada guru |
|
Dah dapat hadiah, duduk tunggu nak balik ye | |
|
Dah sampai rumah, aku pula ambil gambar dia. Happy semacam dia.
|
Tahniah ye Aqil |
Anak baru darjah 2, dapat naik pentas dah rasa bangga. Mesti ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana yang anak-anaknya berjaya dapat 5A dalam UPSR yang baru lalu lebih bangga kan.Takutnya aku bila tiba waktu itu.
Tahun depan cuba lagi ye Aqil. Kalau boleh dapat no yang lebih baik. Tak kisah kalau tak dapat no 1, asal dapat 5A. Ibu tahu Aqil lemah subjek BM, cuba dan cuba lagi ok..
~ يوس ~