Hari ke 25 berpantang. Aku dah semakin segar. Alhamdulillah penyakit kuning Arif pun dah pulih. Hari terakhir aku hantar dia ke klinik untuk buat check-up adalah Isnin lepas. Sekali lagi aku drive sendiri ke klinik dengan membawa Abid sebagai teman...Bacaan kuningnya 7.1....dan oleh kerana hari itu adalah hari ke 21 aku selamat melahirkan, misi tu terus buat rutin check-up untuk aku sekali. Mentang2 aku dah ke klinik, ambil kesempatan juga misi ni..huhu, tak perlu dia ke rumah aku lagi. Tak apelah...semuanya ok. Berat aku pun dah turun 10.5kg dari berat akhir aku masa pregnant hari tu. Alhamdulillah.
Aku nak cerita pasal petua2 yang aku dapat dari internet dan juga dari kenalan untuk mengatasi penyakit kuning pada baby ni. Pengalaman pertama aku anak kena kuning, memang gelabah jugalah. Semua petua yang aku dengar, aku cuba buat tapi aku rasa tak semua pun berkesan.
1. Minum susu kambing dan beri pada anak sikit.
- Yang ni aku habis 3 botol juga susu kambing tu. Pada Arif aku beri satu sudu kecil jer. Tapi kuningnya makin menjadi dan terus dia di tahan wad hari tu..huhu. Akak ipar kata, anak dia kena kuning dia minum susu kambing ok, tapi aku pulak makin tak ok. Bidan yang urut aku cakap, tak semua orang boleh minum susu kambing. Mungkin Arif tak sesuai..so, aku pun stop dari ambil susu kambing ni. Kat fridge ada lagi dua botol belum berusik..huhu, SRD pun beli banyak sangat saper suruh. Anak2 lain tak nak pulak minum, mereka kata susu kambing masin..haha.
2. Makan buah anggur hitam atau hijau.
- Yang ni aku pun tak pasti mana satu betul, ada yang kata anggur hitam, ada yang kata anggur hijau. Tapi bidan yang urut aku kata, dua2 pun boleh, dan aku lebih prefer yang warna hijau. Lebih manis dan sedap..hehe. Banyak juga aku telan anggur masa berpantang ni, untuk Arif ada aku perah airnya dalam dua biji jer sehari. Aku tengok memang ada pengurangan sikit. Dia pun suka bebenor...bukan main kecap kecup mulut dia bila merasa air perahan anggur ni.
3. Minum air glukos.
- Aku jugalah yang menelan air glukos ni. Banyak juga aku teguk, nasib rasa dia sedap. Ada juga aku kasi Arif sesudu dua. Dia pun suka juga...
4. Mandikan bayi dengan air rumput kuning. (Beli dari kedai ubat cina (sinsei) )
- Ni SRD yang pergi tanya kat kedai ubat tu cina tu, pastu tabib sinsei tu sarankan mandikan baby dengan air tu. Bila di rebus air ubat tu, memang kuning gila lah. Macam air teh pun ada rupanya. 4 kali aku mandikan Arif dengan air ni. Arif pun syok jer mandi air tu, aku rasa ada kesan yang positif juga, sebab setiap kali lepas mandi air tu, bila gi check-up bacaan pun menurun.
5. Mandikan bayi dengan daun belimbing besi.
- Ni aku dapat dari jiran aku no 1. Dia kata, anak sulung dia dulu kena kuning gak, dia mandikan dengan air daun belimbing besi nilah. Terus ok. Mula2 tak tahu nak cari kat mana. Sekali satu hari tu, mak cik aku dari Srg Buaya telefon kata nak datang jenguk baby. Terus aku teringat rumah dia ada pokok belimbing. Aku pesan suruh dia bawak daunnya. Sekali dia datang, bukan saja daun belimbing besi dia bawa, daun belimbing buluh pun dia bawa sekali. So, aku pun cubalah mandikan kat Arif.Tak tahulah berkesan ke tak sebenarnya ni, sebab semua aku cuba kan..hehe.
6. Minum air gula kundur.
- Petua ni SRD dapat dari budak farmasi kat Parit Raja tu. Mula-mula ingat kena cari buah kundur. Sekali kata dia, beli jer gula batu buah kundur tu. Rendam gula batu tu dalam air, pas tu minum airnya. Maka aku pun menelan jugalah air gula kundur ni. Sedap juga rasanya, Arif pun aku kasi sesudu dua. Suka dia...
7. Makan buah kurma.
- Memang kali ini, mulut aku ni tak berhenti makan buah kurma kot. Nasib lah tekak ni rasa sedap jer. Dapat petua dari seorang kenalan. Cuba jangan tak cuba.
8. Susukan bayi dengan susu anda lebih kerap.- Rasanya petua ni yang paling berkesan. Apapun, jangan berhenti susukan bayi anda. Arif pun memang kuat menyusu, tapi entahlah..dah sakit kuningnya lama juga baru ok kan. Dari hari ke 3 sampai hari ke 21 baru bacaannya normal. Apapun alhamdulillah....
Rasanya itulah petua yang aku dapat dan aku dah cuba. Ada petua lain, macam mandikan dengan air bunga kuning yang biasa dapat kat tepi jalan tulah. Tapi yang tu aku tak cuba pun, so...tak tahulah kan. Apa pun, memang agak mencabar juga bila anak kena sakit kuning ni. Dengan aku yang tak dapat berpantang betul. Siap bentan lagi aku....mana taknya, belum lepas hari dah asyik kuar rumah jer kan. Memandu sendiri lagi. Cerita bentan nanti aku buat entri lain...Satu pengalaman baru yang tak boleh lupa.
~ يوس ~
hai yus...dah sihat ye..nnt upload gambar Arif yg terbaru ye..
ReplyDelete@wahida
ReplyDeleteInsyaAllah....tunggu dia sebulan...hehe
k.yus
ReplyDeletezana ade satu petua utk baby yg kena jaundis. rendam agar2 dgn daun kucai(potong pendek) bersama air. mnadikan baby dgn air tu (bilasan terakhir).insyaallah kuning akan turun.
petua nie zana dh amalkan utk kedua2 anak zana. alhamdulillah diaorg x penah lg kena tahan wad sbb kena kuning..
jgn lupa upload gamabr terbaru arif ya kak..:)
@ummu ammarz
ReplyDeleteoo thanks dapat satu lagi petua.
gambar terbaru dah upload tu..