Tuesday, May 18, 2010

Gaya Abid tidur...

Malam-malam kita suruh dia tidur dia tak nak. Pagi-pagi susah pulak dia nak bangun. ..huhu. Entah apa kena Abid malam tadi, aku suruh dia tidur, sampai dah ke pukul 12 pun masih juga cergas mata dia. Semua yang lain dah lena di buai mimpi termasuklah abah dia sekali. Akhirnya, aku jugalah yang terpaksa temankan dia, sambil-sambil tu aku layan tengok cerita hindustan. Tak ingat pulak tajuknya, tapi cerita lama, heroin Sri Devi, hero Rajnikant dengan Sunny Deol.

Dia pun layan sekali tengok citer tu. Siap tanya, "kenapa dia gaduh ibu?". "Eh! Dia tangan dia darah ibu, sian dia." " Kenapa dia kena pukul ibu"....huhu. macam-macam soalan. Mata dia masih segar bugar juga. Habis cerita, aku pulak dah mengantuk. Lepas tu, tutup semua lampu, dia baring juga sebelah aku. Suruh tidur bilik sendiri tak nak. Jam dah pukul 1 pagi. 

Doa ketika mengandung....

Ingin berkongsi dengan semua, antara amalan doa ketika mengandung yang elok di amalkan...

Setiap selesai menunaikan sembahyang yang wajib eloklah membaca doa di bawah ini:


'Ya Allah, jagalah anak yang sedang berada di dalam kandunganku ini; berilah dia kesembuhan kerana tiada siapa yang memberinya selain Engkau juga, kesembuhan yang tiada meninggalkan kesan-kesan yang tidak elok. Ya Allah keluarkanlah ia dari perutku dengan cara yang paling mudah dan selamat. Ya Allah, kurniakanlah kepadanya kesiahtan, kecerdikan, pengalaman  dan ilmu. Ya Allah, jadikanlah ia anak yang berbudi bahasa, petah bercakap serta merdu suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis, dengan berkat penghulu kami Nabu Muhammad s.a.w."

Dan apabila terasa ada tanda-tanda hendak bersalin, maka selalulah membaca doa berikut ini : 


"Tiadalah Tuhan yang disembah kecuali Engkau, maha suci Engkau, sesungguhnya aku ini masih tergolong kaum yang zalim."

( Sumber : Buku Pilihan Nama-Nama Dalam Islam; Abu Afiqah; Dinie Publisher;Khazanah Ilmu, Dakwah & Tarbiah)

~ يوس ~

Monday, May 17, 2010

Satu waktu....

Hari ini entah kenapa, baca balik n3 lama tahun 2007. Bila tengok video dan gambar2 mereka masa kecik dulu, rasa cute sangat...Alia masa ni pun masih rambut kerinting...Sekarang dah lain benar nampaknya.Dengan gaya jalannya yang terkedek-kedek..haha. Sorry Alia, ibu kelakar tengok Alia dulu.

Friday, May 14, 2010

AdaMaya dah habis dah....

Huhu...minat sungguh aku dengan citer ni. Dan yang paling best,

Thursday, May 13, 2010

Aku pemandu......

Ok hari ini untuk kembalikan mood menjadi happy kenalah buat 2 entri sekali, supaya mood sedih itu dapat hilang...hehe.

Sayang isteri tinggal-tinggalkan...

Si isteri tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya, kerana setiap minggu si suami pasti akan keluar kawasan. Dua malam, atau mungkin 3 malam, dan adakalanya 4 malam.  Di saat dirinya berbadan dua, dan perutnya yang semakin membesar itu, emosinya terkadang terlebih sensitif. Ada linangan air mata yang cuba di sembunyikan.

Friday, May 07, 2010

AbidBaru

Nama yang diberi oleh abahnya sempena rambut barunya. Dia yang sibuk nak potong rambut mcm Hagemaru ,..tp tak sampai hati lak nak kasi botak terus kan. So sikit jerlah..dan terus abah dia beri nama AbidBaru...haha, kengkonon mcm Hagemaru ler.

Monday, May 03, 2010

Ultraman Dyna...

Abid memang terlalu taksub dengan Ultraman. Tak tahu ler apa yang dia suka dengan Otomen ni...Hari2 mesti nak tengok Otomen kat youtube. Kalau dulu bermacam2 cd Otomen ada, tapi sejak tv yang kecik tu rosak...aku takdelah pasang dvd player tu kat tv satu lagi. Bila dia tanya, aku cakap dvd player tu yg rosak..haha. Jadinya, dia tak sibuk ler nak tengok Otomen kat situ lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...