Tuesday, March 24, 2009

Aduh!!!!!Masalah....

Aduhai!! tetiba jer rasa macam nak demam. Pening kepala sekejap, sudahlah aku lapar sebab berpuasa, di tambah lagi dengan masalah besar yang tiba-tiba jer datang nih. Sakit kepala dibuatnya.

Apalah masalahnya tuh yer?? Aku ni, erkk kami nih semua kena pindah rumah. Tuan rumah dah halau keluar. Mak aii..kasar pulak bunyinya yer. Tapi lebih kuranglah kan. Dia cakap cara baik, tapi kira kami kena keluarlah juga dari rumah nih. Kalau ikut dulu masa sewa rumah nih, dia bagi duduk sampai 2 tahun. Ni dah 1 tahun 6 bulam kami tinggal sini. Memang dah hampir lah waktunya tuh kan. Lagipun kami takde sign contract/agreement kata 2 tahun baru boleh keluar. Terpaksalah terima.

Tuan rumah aku ni mengandung anak ke-3. Due datenya bulan 8. Jadinya kalau boleh dia mintak kami keluar dari rumah nih selewat-lewatnya bulan 7 sebelum dia bersalin. Rumah dia duduk sekarang tingkat 4..katanyalah. Aku selalu juga jumpa dia, tapi tak tahu rumahnya kat mana. Rumah orang tua dia tahulah aku. Al-maklum bayar sewa pun pakai online jer. So, rasanya dia tinggal rumah bertingkatlah nih. Tak larat pulak katanya nanti bila dah bersalin nak turun naik lagi sampai tingkat 4. Apa pun alasan dia, yang pasti ini rumah dialah kan. Dia ada haklah bila nak duduk rumah dia semula ye tak.

Masalah kami sekarang, rumah yang kami beli tu belum siap sepenuhnya. Bila kami telefon pemaju, dia kata paling awal rumah itu boleh diduduki pun bulan 10. Adusss!!! Macam mana ni? Nampak gaya kami kena pindah 2 kalilah. Barang banyak pulak tuh.Tuhlah, saper suruh angkut banyak sangat barang dari UK dulu. Kan dan kena..Dulu dah beritahu dengan tuan rumah, kami dah beli rumah. Kalau boleh, berilah kami duduk rumah tuh sampai rumah kami siap.Masa tu dia setuju. Tapi, yerlah..dia pun ada masalah dia jugak. Tak akan dia yang nak mengalah kan..kan..Tapi ada ker orang nak sewakan rumah dia kalau kami nak duduk tak sampai pun setahun nih. Susah juga nih.

Kalau nak tunggu bulan 7 baru kami nak keluar, lagi sekejap pulak tempoh kami duduk di rumah sewa yang baru. Nak tak nak baik keluar awal2, lambat ke awal ke, memang dah kena keluar kan. Hmmmm dilema betul.Nampak gaya mungkin kami yang kena duduk lebih setahun, tangguhkan dulu pindah ke rumah sendiri. Belum tentu lagi leh terus duduk bulan 10 tuh kan..kan.

Kepada kawan-kawan sekitar Parit Raja yang tahu mana ada rumah untuk di sewa, saiz sederhana, sewa max RM550 bolehlah beritahu kami yer. Kalau ada yang lebih murah lagi bagus...hehe.Please.....

Monday, March 23, 2009

Nyum..nyum...makan!!

Hari ini aku saja nak letak gambar-gambar makanan yang aku sempat buat minggu lepas. Ada lagi satu yang aku tak sempat snap gambarnya. Tak dapat gi jenjalan kan...so masak-masak ler. Semua ini adalah cubaan kali pertama aku....alhamdulillah menjadi....

Kek Kukus..biasa aku buat kek coklat biasa jer, so kali nih cuba kukus pulak.... Kira kali pertama buat kek kukus nih...

Selalu aku buat donut yang biasa jer..kali nih cuba salut coklat pulak atas dia...yummy. Anak-anak lebih suka yang nih, coklatlah katakan..

Nih mula-mula aku buat spaghetti bolognese tuh...then sosnya tak habis, aku bakar dengan pasta pulak...huhu. Kali pertama juga cuba bakar..huhu. Sampai lupa nak letak cheese atas dia, dah habis bakar baru teringat, lepas tuh baru letak cheese dan bakar semula sekejap..hehe. Not bad....kata SRD.

Ini lauk tengahari ini..dah selalu makan, tapi aku tak pernah buat sendiri sumbat dengan kelapa nih. Hari nih baru buat sendiri. Selalu aku malas, ikan caru bakar cecah sambal asam jer..kali nih sumbat kelapa lah pulak...hehe

Gambar terakhir nih masa kami ke Rengit Cafe ...last month kot. Aku suka makan banana scoop tuh..eh rasa nama dia lain kat rengit cafe nih. Tapi yang pasti, aiskrim dengan pisang lah kan...yummy.Air tuh aku tak ingat nama dia...apa ntah, sedap juga.

Sunday, March 22, 2009

Misi tak menjadi..dan majlis kenduri kahwin

Hohoho..misi kami tak menjadi. Kengkonon nak berjalan-jalan pergi picnic ke Gunung Lambak. Sudahnya...melambak kat rumah nih jerlah.Semua tidur tuh, aku saja yang berjaga. Petang-petang macam nih, mendung pulak tuh.

Pagi tadi pun hujan turun lebat. Alia pulak, yang baru baik demam, tiba-tiba pagi ini bangun saja dari tidur, keluar darah dari hidungnya. Selalu juga dia macam tu, tapi kali ini darah yang keluar dari hidungnya tuh macam pekat sangat. Sekali tiba-tiba dia bersin, terus memancut jauh darah tuh keluar. Dengan hingusnya sekali. Hingus yang bercampur darah. Panik juga aku dan SRD. Selepas bersarapan, terus bawa Alia ke hospital BP. Tapi sebelum tuh, sempat juga aku telefon Dr Faez, bertanya serba sedikit apa yang perlu aku buat. Yelah, sebelum ni pun selalu juga hidung dia berdarah. Aku dah pernah tanya doktor dulu, dia kata takde apa-apa. Tapi kali ini, macam pekat sangat darahnya, aku jadi takut pulak kan. Dr Faez memberi jawapan yang hampir sama cuma dia menambah kalau bimbang, pergilah buat pemeriksaan.

Sampai di hospital, jumpa dengan doktor, cerita serba sedikit, dia kata kanak-kanak memang biasa macam tuh. Takde apa-apa kata dia.Hmm..sama jugalah jawapannya kan.Mulanya dia nak ambil darah Alia sedikit, tapi dek kerana Alia takut, nampak jarum doktor, terus jer di pegang tangan dia.Lepas tuh mengecilkan badan dia, sampai tangan dia pun doktor tak nampak. Sudahnya tak jadi doktor tu ambil sampel darah dia. Hmmm geram juga aku. Aku nak ler dia ambil contoh darah tu kan, kot-kot ada apa-apa ker? Akhirnya dia beri Alia multivitamin dah ubat selsema dan batuk jer. Dia kata takde apa-apa, normal kata dia. Eiii tak puashati aku, berapa kali aku tanya betul ker?? Harap-harap betul lah...

Dan kerana ini jugalah, misi kami tak menjadi. Hujan + anak-anak belum sihat betul.

*************************************
Ini pula gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan kawan SRD di Pontian hari Sabtu lepas. Bukan semalam yer, minggu lepasnya tuh 14 Mac. Kawan satu kerja dia satu ketika dulu yang di panggil 'Kojen'. Hmmm nama sedap-sedap, Kojen jadinya...hihi. Masa nak pergi tu, SRD biasalah, dekat jer kata dia. 1/2 jam sampai....Sekali 1 jam setengah baru sampai. Macamlah Pontian tuh dekat jer dengan Parit Raja...huhu. Oklah..tengok gambar ye.

Selamat Pengantin Baru buat kedua-dua mempelai...

Aqil, Alia dan Abid biasalah, kalau pergi majlis sebegini muka monyok jer..huhu

Nak kasi mereka happy, abah dia kenalah ambil bunga manggar nih.

Ha!! Tengok muka Alia tuh..baru nampak gembira bila dah dapat bunga manggar di tangan

Abid pun sama, Aqil jer muka susah nak senyum dalam gambar nih...

Esok dah mula sekolah seperti biasa. Hmmm...mak dia pulak yang malas anak nak mula sekolah balik nih...huhuhu.

Friday, March 20, 2009

Hai obat hai obat....

Tajuk di atas sila baca ikut style lagu P Ramlee dalam cerita Do Re Mi tuh yer..hahaha

Aku ni ada problem kasi anak makan ubat. Mesti semua ada masalah yang hampir serupa kan. Anak susah nak makan ubatlah biasanya. Kalau demam ke, batuk ke, selsema ke mesti berchiinta nak beri diorang nih makan ubat. Itulah biasanya yang aku dengar.
gambar dari google

Tetapi, masalah aku ni lain sikit. Aku ada masalah bagaimana nak habaq kat diorang nih, anak-anak aku nih, yang ubat tuh tak boleh di makan sesuka hati. Ada masa nak makannya. Kena sekurang-kurangnya 4 jam sekali, atau lepas makan. Anak aku semua hantu obat!! Adoiii!! sakit jiwa dibuatnya. Terutamanya Abid yang masih tak faham bahasa lagi tuh.

Minggu ini ada dua orang yang sakit di rumah ini. Alia demam. Abid pulak ada bisul di kepala. Hmmm..tak tahulah macam mana dia boleh dapat bisul. Bila ke klinik, Abid dapatlah ubat antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat selsema sebab dia dah mula selsema sikit. Alia pulak ada ubat demam dan ubat batuk. Bila dah makan ubat tuh, setiap sejam dok asyik mintak ubat. Macam mana tuh? Sampai merajuk-rajuk Abid tuh bila aku tak kasi dia ubat. Yelah, pukul 3 petang aku baru kasi dia ubat, pukul 4 dah mintak lagi. Aku letak ubat tu dalam ice box. Dia dah pandai ambil sendiri lak tuh. Adoiii!! Letak atas2 kat tempat telur tuh pun, pandai dia mengambilnya. Habis di panjatnya ice box aku tuh. Pintu peti sejuk aku tuh, yag belah bawah tuh, boleh di buat tempat dia 'swing' pulak..

Bila aku kata tunggu, nanti lepas makan malam, makan ubat lagi. Tak faham dia. Menangis bagai nak apa. Nak ubat..nak ubat. Bila dah reda sekejap. Karang tiba2 dia terjatuh ker, kaki dia sakit ker, jerit lagi nak ubat. Susah betul. Aku sorokkan ubat tuh di tempat yang dia tak nampak, habis di selongkarnya dalam peti sejuk tuh. Lepas tuh mulalah..."Abid takit...nak obat buuu!!! Abid takiiiiiitttt!"

Dan satu lagi yang aku tak tahan tuh, bila aku kasi Abid makan ubat, orang yang tak sakit ni pun nak sama....saper lagi kalau tak Alia dan Aqil. Aqil pun sekali...dah darjah 1 tuh... Aduh!!! Nasib Alia tuh memang kurang sihat sikit, adalah excuse nya kan, Aqil tu yang sihat walafiat tuh pun boleh buat2 sakit sebab nak ubat. Macam mana tuh kawan-kawan..?Mereka nih ingat ubat tuh gula-gula kot.

Bisul Abid dah pecah, menangis sakan dia bila aku picit nak keluarkan nanah bisul dia tuh kasi habis. Lepas tuh apa lagilah kan..."Abid takiitttt buuu. Abid takiiit pala. Abid nak obat!!"!..Hmmmmmm...

Thursday, March 19, 2009

Update...

Alamak..aku rindu juga nak update blog rupanya. Ada beberapa cerita ingin aku cerita di sini, tapi...oooo bukan alasan biasa. Bukan aku malas, bukan aku busy. Tetapi minggu ni kan minggu cuti sekolah. Anak-anak semua di rumah. Bila semua di rumah sepenuh masa, aku tiada peluang sangat nak menghadap pc. Oh..tidaklah aku membiarkan mereka sepenuhnya di depan pc. Ada juga beberapa aktiviti untuk mereka. Tapi, sepanjang itu, aku kena pantau sama. Kena berada di sisi mereka. Dan bila selebihnya, untuk hilangkan boring mereka, apa lagi, di depan komputerlah 3 beradik nih.

Cuti-cuti...tapi abahnya tak cuti. Sama saja, tetap di rumah, tiada cuti-cuti Malaysia..yang jauh2 sikit...huwaaa. Pusing-pusing BP, dan selebihnya di rumah juga. Oh!, hujung minggu ini, SRD ajak jalan2 jauh sikit. Adakah misi akan berjaya? Tunggu dan lihat.

Thursday, March 12, 2009

Memori....

Hari ini dengan tiba-tiba, aku membelek2 semula n3 lama di blog aku. Bila saja aku sampai ke n3 ini ...ahhh sukanya aku tengok gambar ini semula.


Aku suka!Aku suka!

Teringat satu ketika aku memang malas nak update cerita dalam blog. Terasa rugi juga, sebab tak letak gambar2 kami masa hari-hari akhir kami di tempat itu. Tak mengapa. Ianya adalah kenangan paling indah yang tidak akan dapat aku dan keluarga lupakan.


Ini gambar Mr Firdaus. Tuan rumah yang kami duduk selama 4 tahun di sana. Rasanya dulu aku pernah cerita pasal Mr Firdaus nih. Siapa yang dari dulu baca blog aku mesti ingat. Dia nih, kalau datang rumah mesti jenguk ke halaman belakang. Kalau rumput panjang, bisinglah dia...hihi. Gambar di ambil masa hari akhir kami di sana, di halaman belakang itulah. Apa khabar agaknya dia?

Kalau ada kesempatan, aku teringin untuk ke rumah itu lagi. Ke halaman belakang itu. Ada sesuatu tertanam di sana...milik dua orang anakku...

Tuesday, March 10, 2009

Hujan.....

Satu petang, kami di rumah Tok Mak (panggilan dari anak-anakku) di Muar. Hujan turun dengan lebatnya. Dan aku yang takde kerja mengambil kesempatan itu untuk merakamkan gambar-gambar ini menggunakan kamera Nikon ku yang tak seberapanya itu....

Aku paling suka tengok gambar ini..

Abid termenung sambil melihat rintik-rintik hujan yang turun..

Ada kulit pisang di situ yang ditimpa dek hujan....
Janganlah buang sampah merata-rata nak oii ...hujan itu tidak dapat menghapuskannya...

Deretan pokok didalam pasu-pasu yang basah ditimpa hujan..

Bunga ini sempat kuambil gambarnya...

Aku suka melihat titisan air di bunga ini...

Bunga apakah ini??

Dan ini juga??..Sesungguhnya aku bukanlah peminat bunga...

Titisan air yang turun dari bumbung rumah...

Abid sedang menikmati pisang sambil memerhatikan hujan yang turun...

Air hujan yang membasahi kawasan ini...

Ini pula takde kena mengena dengan hujan...cuma tangan seorang hamba Allah yang sedang menyiapkan tugasannya yang tergendala dalam suasana dingin petang akibat hujan. Kalau tidur lagi sedap katanya...Dan selepas itu dia pun beradu bersama anaknya yang baru selesai makan pisang itu...huhu

Friday, March 06, 2009

Yuss Airbrush and Painting

1hb Mac merupakan hari ulangtahun adikku yang ku panggil abang. Dan 2hb Mac pula hari ulangtahun adikku yang ku panggil adik. Huhu..kami 3 beradik jer, so, dalam keluarga kami, gelarannya cuma kakak, abang dan adik..hehe.

Dan pada hari itu juga (1hb Mac) adalah hari pembukaan kedai airbrush adikku yang ku panggil abang itu. (bang!! bolehlah yer). Tak sangka jadi usahawan adikku ini. Kedai yang diberi nama "Yuss Airbrush and Painting". Bahagian nama nih memang aku ada kompius sikit. Sebab pada papan tanda dia tulis 'Yuss Airbrush Stickers' tapi pada kad dia tulis 'Yuss Airbrush and Painting'. Apa yang pasti memang dia specialist pada airbrush dan painting ler. Stickers tuh dia buat juga kalau ada permintaan. Dan untuk makluman semua, ini semua adalah untuk kereta dan motor atau apa saja kenderaan yang di fikirkan boleh. Pada helmet pun dia boleh buat. Untuk makluman lanjut bolehlah dapatkan butiran dari dia sendiri sebab aku bukan faham sangat skop perniagaan dia nih.

Upacara perasmian kedai airbrush abang.

Ha! Inilah gambar kami 3 beradik di hadapan kedai abang yang baru dibuka. Kedai nih bertempat di Taman Ayer Keroh Height, Melaka. Sesiapa yang berminat bolehlah ke kedai ini yer.
Mungkin ada yang bertanya macam manalah bentuk service airbrush dan painting yang ditawarkan di kedai ini kan. So, inilah contohnya. Kereta tuan punya kedai sendiri. Nih baru jer siap sehari sebelumnya nih. Semata-mata di buat design baru untuk upacara perasmian kedainya.

Cantik tak?Nih pandangan dari sisi kanan

Nih pula dari sisi kiri

Dalam banyak-banyak karakter, Mickey dan Miney Mouse yang dipilihnya...hihi

Aku suka yang nih, nampak simple

Aku dan anak-anak bersama adik-adik dan kereta mickey mouse tuan punya kedai..
Sebahagian daripada kereta kawan2 abang yang datang memberi sokongan.

Buat abang merangkap adik yang dipanggil kawan-kawannya Yus atau Bongsu dan dipanggil Khairul di rumah, semoga berjaya dalam perniagaan ini. Kami doakan yang terbaik untuk abang.

Kalau ada pembaca yang berminat nak jadikan kereta anda atau motor anda atau apa saja lebih cantik dan menarik dengan seni airbrush dan painting nih, bolehlah hubungi adik saya nih di 012-3948284 untuk keterangan lanjut yer.

Doa kami semua ada bersama abang...

Oh ya. Ada yang bertanya ker kenapa nama kedai adik aku ni Yuss sama gak macam nama aku. Sebenarnya kami 3 beradik semua nama Yus.....kalau kat rumah tuh, dulu2 ada kawan telefon, mak atau ayah yang angkat, kenalah mereka bertanya dulu, Yus yang mana yer?..hehe. Ok bang, akak dah tolong promote kedai nko nih. Good Luck yer. All the best. Kuatkan semangat, Insyaallah abang akan berjaya.

p/s: Inilah hujung minggu aku yang memenatkan itu. Mana taknya, dari rumah mak ina terus ke Melaka Sabtu tu bersama mak dan ayah bertungkus lumus masak sempena perasmian kedai abang. Banyak juga juadah hari itu, sampai ke pukul 3 pagi menyiapkan. Esoknya pun ada lagi sehingga ke pukul 10. Semua untuk adik-adikku ini. Tambahan pula hari ulangtahun mereka. Apa pun hasilnya memuaskan hati.

Monday, March 02, 2009

Al-Fatihah untuk arwah pakcik...

Takziah buat Mak Ina (adik mak aku) yang telah kehilangan suaminya pada pagi Sabtu yang lalu. Suami mak Ina telah lama menderita akibat sakit buah pinggang. Sejak 10 hari yang lalu dia berada dalam keadaan tenat di hospital Batu Pahat. Seminggu terakhir dia ditempatkan di ICU, dan akhirnya, pada hari Sabtu yang lepas dia pergi meninggalkan kami semua buat selama-selamanya. Mak Ina kelihatan amat sedih atas pemergian pak cik. Pakcik Sham meningalkan dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan yang masih bersekolah rendah. Al-Fatihah untuk arwah pakcik, semoga rohnya dicucuri rahmat.

Buat Mak Ina semoga tabah menghadapi ujian ini. Kami akan sentiasa bersama-sama mak ina dan menyokong mak ina dari belakang. Kami tahu, mak ina seorang yang tabah. Harap mak ina terus sabar dan cekal hati mengharungi kehidupan ini.

p/s: Kali ini aku betul2 busy. Bukan saja buat2 busy atau malazzz...... Hujung minggu yang agak memenatkan. Ada masa nanti aku cerita di sini. Hari ini aku harus ke rumah mak ina lagi untuk kenduri arwah di sana. Sehingga di lain waktu......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...