Wednesday, February 25, 2009

Birthday lagi...

Aduh!! Terharunya. Ramai juga kawan2 blogger yang wish pada aku yer. Terima kasih pada semua yang meninggalkan jejak di ruangkan komen pada n3 sebelum ini. Maaf tak tak dapat di jawab satu persatu. Aku benar-benar menghargainya. Semoga semua doa sahabat2 semua dimakbulkan olehNya.

Aku busy?? Ohh tidak! Kalau aku kata aku busy, takut ada orang kata, poyo jer aku ni. So, jawapan sebenar aku malazzzz!!! Malazz yang tak boleh dibendung lagi. Malazz nak update blog lah apa lagi. Aku nih kalau dengan blog memang ada pasang surutnya. So, paham-paham jerlah kann..kann..mrgreen.

Nih nak habaq mai nih, (eh sejak bila lak aku jadi orang utararazz) sebenarnya, selang sehari dari birthday aku tuh, birthday anak aku yang sulung pulak. Birthday Aqil. Happy 7th Birthday Aqil. Terasa lak aku nih syok sendiri dapat birthday wish sorang2 sampai ke hari ini, padahal kalau letak n3 birthday anak aku nih dari 23hb tuh, sah2 semua orang wish anak aku pulak..kan..kan..lol. Maafkanlah ibumu ini yer Aqil.

Tapi takpe. Aku tahu Aqil bukan ada minat nak baca pun blog aku nih, kecuali kalau secara tak sengaja masa dia di depan pc, aku tgh bukak blog aku, dan aku suruh dia baca. Macam n3 tebu untuk gajah tuh, tajuk tuh, buat dia baca blog aku nih dengan ketawa yang berdekah-dekah. Bunyinya begini,

Eh! Tebu untuk gajah. Kan Aqil yang cakap nih ibu.

Ha cubalah baca sampai habis.

Muahahahahaha...(ada ker anak aku ketawa gini. Tak dapat nak tiru dgn perkataan cara ketawanya, tapi memang dia sukahati sangat.)

Ibu tulis yang Aqil cakap ker? Ibu ni kelakarlah!

Huhuhu, anakku, anakku. Dah 7 tahun usianya. Tak sangka. Tapi aku rasa dia masih kecil lagi. Masih takde lagak abang. Masih tak mahu mengalah, masih nak selalu menang. Semua kalau boleh dia yang menang. (Nih dengan adik2 dialah ni). Susah aku nak cakap, dia abang, beralah lah dengan adik2. Tapi..oohhh tidak! Dia saja! Moga dia juga akan belajar jadi matang seiring dengan peningkatan usianya.

Nilah rupa kek harijadi Aqil yang aku belikan untuknya. Kek coklat, yang yummy. Masa hari jadi aku tuh, kami beli kek keju atau aku sebut padanya cheese cake. Tahu tak dia cakap apa?

Ha!! Ibu makan cheese cake. Cheese kan untuk tikus. Macam Tom & Jerry tuh! Jerry suka makan cheese ibu.

Huh! Nak kena budak nih. Ibu kamu nih memang suka cheese cake. Tapi janganlah nak sama kan dengan Jerry dia pulak. Nihlah bahayanya suka tengok kartun...rolleyes. Semua benda nak disamakan dengan kartun...Apa pun;......

Selamat Hari Jadi sekali lagi untuk anakku Aqil Zafran. Sayang Aqil...mmuahh!!

Saturday, February 21, 2009

It's my birthday....

Sudah hampir ke pukul 12 tengah malam. Hari berikutnya bakal menjelang. Namun ingin ku khabarkan di sini, yang hari ini 21 Februari adalah hari ulangtahunku yang ker 'tiga tiga'. Meningkatnya usia aku setahun lagi. Moga aku sentiasa di beri kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, dan sentiasa di bawah lindunganNya. Masih banyak yang harus aku tempuh, onak dan ranjau hidup yang berduri. Banyak yang masih perlu aku pelajari. Semoga usia akan berjalan seiring dengan kematanganku dalam mengharungi kehidupan ini. Aminn...Selamat Hari Lahir buat aku.

Wednesday, February 18, 2009

Tebu untuk gajah...

Semalam balik dari sekolah, nampak jer muka aku Aqil terus menjerit.

Ibu!! esok cikgu kata cuti. Cuti 2 hari ibu. Jumaat baru sekolah.

Ye ker? Cuti kenapa pulak?

Iye!! Cikgu kata cuti. Bukan Aqil tipu. Aqil tak tipulah.

Ada surat tak?

Dalam beglah. Iye ibu. Bukan Aqil tipu. Aqil kan BAIK...Ada suratlah ibu.

lollol

(Kelas Aqil dicutikan kerana kejohanan Olahraga MSSM Zon Pintas Puding 2009. Ramai guru yg terlibat)

Hari ini balik dari hantar Alia ke sekolah, aku beli air tebu.

Aqil nak air tebu tak?

Tak naklah. Aqil tak suka air tebu.

Air tebu kan sedap. Hijau warnanya. Rasalah dulu. Sedap Aqil.

Tebu tu kan untuk gajah. Aqil bukan gajah..

lolmrgreenrolleyes

Habis ibu nih gajah ker Aqil??

Monday, February 16, 2009

Missing u....

Hari ke 2 SRD tiada di rumah. Kerja di luar kawasan. Ke Pulau Pinang. Aku tanya pada Abid.

Abid, abah pegi mana?

Abah ije (kerja).

Abah pergi naik apa?

Abah aik bas. Bas ijau (hijau).

Tak abah naik kapal terbang.

Abah aik bas!!

Abah naik kapal terbang.

Alah (Salah). Abah aik bas ijau!!! (Huh! Keras bunyinya)

Dan pagi tadi dia mengigau mencari abahnya. Bangun-bangun terus meluru ke bawah mencari abah, walaupun aku ada di sebelahnya. Dah rindu agaknya. Dua malam lagi tanpa abahnya. Harap-harap dia ok. Moga aku juga ok..rolleyes


Sebelum berangkat outstation, SRD bawa kami sekeluarga main bowling. Ni first time bawa anak-anak sekali main bowling. Dah lama sangat tak main, sejak zaman anak dara. Langsung tak mengena...haha. Aqil paling excited. Beriya dia nak main. Tapi angkat bola pun tak larat..macam mana? Abid seperti biasa dengan gaya lincahnya. Siap berbaring lagi kat situ. Dan dia sempat mencuba untuk mengangkat bola bowling tuh. Terjatuh bola tuh, nasib baik tak mengena pada kakinya. Abid! Abid!




Semalam Alia bersuara.

Ibu! abah balik, kita main bowling lagi ehh.

Yelah sayang. Tunggu abah balik lah kay.Lepas tuh, boleh ajak abah tengok Upin dan Ipin sekali.. mrgreen.Lambatnya nak tunggu Rabu...huhuhusad

Thursday, February 12, 2009

Kalau mengantuk ku sorongkan bantal

Ok. Kita tengok klip video lagi yer. Untuk kenangan buat aku di satu masa nanti.


Inilah dia Abid yang merajuk dengan aku. Dia merajuk sebab aku tak bawa dia ambik Aqil dari sekolah semalam. Abid kalau merajuk memang lama. Sampai mata dah mengantuk nak tidur pun hatinya masih keras untuk meneruskan rajuknya. Eiii...keras kepala anak aku nih. (Ikut saperlah tuh) twisted. Tengoklah tu, dah tersenguk-sengguk pun masih tak mahu tidur dengan nyaman lagi tenang. Baring elok-elok kan bagus nak...lol

Wednesday, February 11, 2009

Abid belajar mengaji....

Abid belajar membaca Iqra part 1


Beriya dia menyebut 'ro'. Nak tergelak pun ada..hihi.

Abid belajar membaca Iqra part 2

Kali ini lebih sikit, tapi ada gangguan suara dari abang dan kakaknya. Dah lama aku nak ambil video dia belajar mengaji bersama abahnya nih. Selalu lupa jer. Satu hari nanti bila dia tengok semula, pasti dia tersenyum sendiri. Abid cepat tangkap apa yang di ajar. Cumanya dia selalu nak cepat saja + perlu ada tali pinggang di sisi baru dia baca betul-betul sikit. Kalau tidak dia main-main jer. Sempat lagi tu menunjukkan yang 'kha' ada dua. Sebut dua pun jadi dwe...huhumrgreen.Bila dia sendiri tengok video nih tadi, dia gelak sendiri sambil mengikut apa yang dibacanya. So cute...razz

Tuesday, February 10, 2009

Ke JB......

Entri kali ini n3 bergambar. Aku malas nak berceloteh. Inilah aktiviti kami sekeluarga weekend yang lepas. Sebenarnya bukanlah bercuti, tetapi saja aku dan anak-anak ikut SRD yang ada kerja di JB. Sambil2 tuh, bila SRD berehat sebentar dari tugasnya, kami pun jalan2 jugalah. Ok kita tengok gambar yer...

hotel selesa
Kami menginap di hotel ini....

Di bilik hotel
Di dalam bilik hotel...aksi Abid dan Aqil


Alia di bilik hotel
Aksi Alia pula..

danga mall
Hari Sabtu petang, jalan-jalan ke Danga Mall. Gambar di atas telah di edit konon-konon ada snow turun..huhu. Saja gatal tangan yer...Ni semua sbb tengok gambar kawan2 di Sheffield main snow...winduuu!!

danga mall
Suasana dalam Danga Mall

my donut yang lazat
Di sana kami beli ini, di My Donut cafe. Jauh lebih murah berbanding di Big Apple, beza rege RM3.80 untuk kuantiti yg sama. Tapi kelembutannya ada kurengg sikitlah.

lagi rumah di danga bay
Kemudian jalan-jalan ke Danga Bay. Melihat keunikkan rumah-rumah melayu di sana. Dalamnya semua restoran tuh. Cantik!

kawasan rumah2 ala kampung di danga bay
Berhadapan di salah satu restoran rumah tuh...

cantik
Ni pula aksi Alia, sibuk untuk gambarnya di ambil.

otak-otak jb
Namun begitu kami memilih untuk makan di sini. takut yang area tadi tuh mahal.Masih di Danga Bay lagi, tp kedai biasa jer. First time pegi nih. So, inilah yang kami makan.Otak-otak...dan...

nasi ayam blackpepper
Nasi Ayam Blackpepper...boleh tahan ler...

di plaza angsana
Esoknya, selepas selesai urusan kerja SRD, sebelum pulang, kami singgah ke Plaza Angsana pula.

mee rebus hj wahid
Mencari ini..mee rebus hj wahid. Sebenarnya baru tahu nama mee rebus nih mee rebus hj wahid..huhu. Ajzie yang beritahu. Dulu2 makan, ngap jer, tak tahu siapa punya ...haha.Tapi memang sedap...

di rumah mak tam
Akhir sekali kami singgah di rumah mak tam aku di Skudai. Ini gambar mak tam dan paktam ku bersama sebahagian anak2nya di depan rumah beliau. Kami dah nak balik masa ni.

So, itulah aktiviti kami hujung minggu yang lalu. Balik tuh, lepaklah juga. Seperti biasa basuh baju banyak + penat + malas jer sebab anak2 nak sekolah hari ini. Nasib baik semalam cuti....mrgreen

Thursday, February 05, 2009

Tangisan....Berkira.....

Hari Rabu malam Khamis keje aku tengok citer Mertua vs Menantu + Pemanduku Jutawan + Intan. Huhu, memang relax aku nih, keje tengok tv jer. Tapi, malam jerlah turn aku tengok tv, siang memang payah. Busy kat depan pc mrgreen plus anak2 yang berebut kat depan tv.

Malam tadi masa scene Erra dan Aqasha kat bilik tidur tu, masa Erra cakap " Kalau abang nak kahwin dengan liza tuh, abang kahwinlah. Saya izinkan", ....terus mata aku nih bergenang dengan air mata. Belum menangis betul lagi, tapi tiba-tiba lak sayu rasa hati. SRD boleh perasan pulak. Dia ketawakan aku sambil berkata "Eh! Ibu menangis ker? Lorr tengok citer nih pun menangis ker? Geli jerk!! "

Huhu. SRD memang tak layan cite macam nih. Macam manalah dia boleh perasan. Aku jawab " Abang tak faham perasaan pompuan". Dia jawab balik " Yelah, bukan abang yang buat pun, citer jer".

Tak tahulah kenapa boleh ter'emo'. Buat malu jerk. Tapi terasalah juga. Hati pompuan agaknya. Nasib mak mentua aku baik orangnya. Takdelah macam dalam citer tuh. Kalau dapat mak mentua macam dalam citer tuh, mesti tertekan kan.

Pas tuh pagi tadi tengok rancangan "Apa-apa aje" kat tv3 tu. Tadi kata malam je , ni pagi pun ada ni..huhu.Topik hari ini 'Siapa yang lebih berkira? Lelaki ke pompuan?' Biasalah si Amy kata lelaki, Shamsul pulak kata pompuan. Pada aku, tak boleh nak kata lelaki atau pompuan yang lebih berkira. Sama aje sebenarnya. Kena tengok sikap seseorang tu juga, bukan kira jantina dia. Aku perasan, biasanya orang yang kedekut nih lebih berkira..hihi. Yelah, dah kedekut kan, mesti nak keluarkan sesuatu dari dalam poket tu berkira kan.

Aku berkira? Bila fikir-fikir balik, aku nih berkira juga...huhu. SRD selalu kata aku berkira. Yer ker?Adakah itu membawa maksud aku ni kedekut? Oh tidak!!! Aku rasa aku berkira bertempat. Ikut situasi dan sebab juga. Yelah pasal apa? Kenalah juga berkira untuk sesuatu perkara tuh. Macam perbelanjaan dalam rumah ni. Kebanyakkannya memang akulah yang uruskan. SRD banker nya sajerk. Jadi kalau tak berkira-kira apa yang perlu dibeli, yang mana harus didahulukan, susah juga kan. Kadang-kadang kehendak kita ni melampaui apa yang kita mampu. Soal tu, perlulah kita berkira ye tak?Ikut budget juga. Itu pun kekadang terbabas..huhu. Lagipun, aku ni tak bergaji. Kalau tak berkira, mana nak korek masa-masa perlu tu kan mrgreen.

Tapi kadang-kadang tuh, tak boleh juga terlalu berkira. Kita kena percaya rezeki tu datangnya dari Allah. InsyaAllah, hari ini kita memberi, esok lusa adalah balasan baik untuk kita pula. Perlu ada give n take sebenarnya. Barulah masing-masing rasa puashati. Tak kiralah dengan siapa pun, dengan suami kita, dengan kawan2 kita, dengan sedara mara kita, dengan semua orang disekeliling kita, ye tak? Berkira ni bukan hanya pasal duit, tapi benda-benda lain pun ada juga. Kadang-kadang sumbangan tenaga pun ada yang berkira. Yelah, orang tu kata dia kerja lebih, penat dapat ciput jer, orang nih pulak kerja sikit, dapat banyak. Mana keadilannya?Eh! bukan itu pun ada kaitan dengan duit juga ker?

Alamak, hari ni aku buat n3 membebel ker? Apa pun aku suka tengok rancangan Apa-apa aje tu masa Sheila Rusly yang jadi pengacaranya. Tukar Amy Mastura ni, macam kurang ummphhhnya. ..lol. Perbincangan jadi kurang hangat, dan kurang bertekaknya...hehe. Suka bertekak juga aku nihredface. Oklah....adioss

Wednesday, February 04, 2009

Award

Award 1

Aku nih bila dapat award ker apa nih memang selalu malas jerk nak letak kat blog. Tapi rasa bersalahlah pulak bila selalu buat dunno jer. Kali ini, aku letaklah juga di blog nih sebagai tanda terima kasih aku kerana mereka yang beri award nih ingat kat aku..hehe

Award yang pertama nih aku dapat daripada As dan Mamamanja. Award yang sama, so aku letak sekali jerlah..

Tapi tang syarat2 nih yang susah sikit nih. Tak tahu lak aku nak pas kat saper...huhu

Setelah dipikir-pikir aku rasa nak beri award nih pada mereka-mereka inilah...Tak tahulah kalau dah pernah terima dari orang lain. Harap sudi terima dari aku..huhu

1) Ruhil
2) Kak Anie
3) Puteri 1/Mama Aqilah
4) Ajzie

Award 2

Award yang nih aku terima dari adik comel Mardhiah (Unggu Violet).
Dan oleh kerana dia suka warna ungu, kita pun jadi unggu lah sekejap...razz
" BESTEST FOLLOWER UNGU VIOLET'S BLOG "

Award yang ni pun ada syarat-syaratnya juga..huhu

Syarat pertama dah selesai, dah letak sini, kira oklah kan..Mar?..hehe

Syarat kedua ni payah juga nih. Tapi akak cubalah yer..hehe

1) Sebab pertama rasanya, akak jatuh hati dengan kecantikkan blog ni, banyak benda ada suka tengok.
2) Akak ni suka tengok gambar dalam blog Mar nih, pulak tuh gambar di negeri orang, mengimbas kembali detik2 akak berada di perantauan..echeh...mrgreen.
3) Suka nak baca pengalaman Mar belajar di perantauan.
4) Tengok pada profile Mar tuh, nampak Mar ni orang Muar, so sama asal lah dengan kami..
5) Tambah kenalan blog, lagipun tengok Mar nih comeyy orangnya.

So, ok tak sebab-sebab akak nih. Harap Mar puashati.

Syarat ketiga, kejap lagi akak ke blog Mar beritahu yer..hehe


Oklah selesai sudah hutang award aku. Tu pun sebab tahun nih semangat memblog aku masih di tahap maksimum...lol. Kalau ada hutang sebelum ni yang aku terlupa tuh, harap di maafkan yer...

Monday, February 02, 2009

Rambut baru Abid

Seperti yang di janjikan, aku nak letak gambar2 dari mula hingga akhir proses rambut abid nih bertukar seperti yang terbaru. Ni semua SRD punya kerjalah nih, dan di sokong oleh aku juga..razz. Ok, kita tengok gambar jerlah....

Gaya sebelum rambut di potong. Abid memang kiut...

Proses mengguting/pemotongan rambut berjalan. Abid nampak cool...

Proses terakhir, hampir siap...

Taraaa!!! dah siap. Comeyy tak saya? nampak macam anak kampung betul...hihi

Ha! Lepas mandi dan waktu makan nih, barulah nampak kiut semula..kan..kan..mrgreen

Lagi aksi-aksi Abid bersama rambut barunya..

Aku pun tak pasti gaya apa. Abahnya kata gaya ala-ala Upin dan Ipin, maktoknya kata, ala-ala Pekan dalam citer Batu Belah Batu Bertangkup tu.Tapi ada seorang makcik nih cakap semalam, macam rambut salah seorang penyamun dalam citer P Ramlee Enam Jahanam tuh...huhuhu. Kesian anak aku. Tapi, aku tetap rasa Abid sentiasa kiut dan comeyy. Anak ibu yang paling menggeramkan ibu.....razzbiggrin

Love u Abid...razz

nota kaki: Oh Ya!! Rambut baru Abid ini adalah di dorong atas sebab ramai yang ingat Abid ni pompuan. Ada yang ingat aku ada 2 girls n 1 boy, padahal 2 boys n 1 girl...huhu. Tak pernah pulak aku pakaikan dia baju pompuan, kenapalah ada yang nampak dia macam girl...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...