Friday, June 17, 2011

Wordless Friday ada tak? (^_^)


Hari ini ambil keputusan periksa pertengahan tahun Abid. Tahniah Abid!
 p/s: akan bertolak ke Kuantan sejam dari sekarang....:). Hajat hati moga dapat sampai ke Ana Ikan Bakar Petai, Tg Lumpur, Kuantan.

~ يوس ~

Thursday, June 16, 2011

Kepala Pusing....

Anda pernah tak mengalami gangguan ni. Bangun dari tidur, buka mata nampak bilik tu berputar 360 darjah. Pejam mata semula, dan cuba buka mata lagi, kali ini kepala terus berdenyut kuat. Bila cuba bangun rasa nak rebah, dan kemudiannya macam nak pitam.


Aku tak pernah mengalami sebelum ni tapi pagi tadi, itulah yang terjadi pada aku. Tak tahu kenapa? Tidak ke klinik, rehatkan diri di rumah saja. Cuba tidur selepas telan paracetamol, bila bangun rasa ringan sikit kepala. Tapi sekali sekala masih pening, tak boleh berdiri lama sangat.

Hmm kenapa agaknya? Rasa-rasa kerana mata aku yang baru nak masuk 3 bulan operation ni ke?

Cuba google dan aku dapat maklumat ini :-
(Sumber: laman ini)
Kepala Pusing Berputar (Vertigo)

Keadaan ini umumnya terjadi secara tiba-tiba. Keadaan yang dirasakan seperti adanya rasa goyang, rasa goyang setelah gerakan kepala, pusing berputar, mumet/pening dan rasa seperti melayang (istilah medis : Vertigo), keadaan ini dapat juga disertai rasa mual dan sampai muntah.

Dimana gangguan keseimbanga ini 80% diakibatkan adanya gangguan pada alat keseimbangan di telinga dalam, sisanya dapat terjadi di sentral (otak).

Sistem keseimbangan kita sangat dipengaruhi oleh penglihatan, sistem keseimbangan di telinga dalam dan sistem otot rangka tubuh (untuk mempertahankan gravitasi tubuh). (Baca lanjut : di sini)
Aku tunggu sampai minggu depan. Kalau masih berulang, haruslah ke klinik/hospital.

Hujung minggu ni akan ke Kuantan. Apa yang menarik ya di sana?

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...