Sunday, February 09, 2014

7 tanda-tanda anak anda SAYANG pada anda

1. Bayi anda yang baru lahir merenung tajam ke dalam mata anda
Sebenarnya dia sedang bekerja keras untuk menghafal muka anda. Dia tidak memahami apa-apa lagi tentang dunia , tetapi dia tahu anda adalah penting!.

2. Bayi anda fikirkan tentang anda walaupun anda tiada di sisinya.
Antara 8 dan 12 bulan, dia akan mula mengerutkan mukanya dan melihat sekeliling apabila anda meninggalkan bilik, dan dia akan tersenyum apabila melihat anda kembali.

3. Anak kecil anda melemparkan tantrums jahat
Apabila mereka menjerit kuat dan tak terkawal, itu bukan bermakna dia berhenti mencintai anda . Dia tidak tidak akan menunjukkan dia begitu terluka dan marah jika dia tidak mempercayai anda begitu mendalam . Ini berlaku kerana anak anda terlalu mempercayai anda!

4. Anak kecil anda berjalan kepada anda untuk keselesaan apabila dia terjatuh ke bawah atau sedang bersedih.
Kanak-kanak zaman ini mungkin tidak benar-benar memahami maksud " I love you, " tetapi tindakan mereka menunjukkan maksud lebih baik daripada perkataan.

5. Anak prasekolah anda memberi anda bunga yang dipetiknya dari taman
Atau apa jua hadiah lain yang di fikirnya sesuai untuk anda. Dia sayang anda!

6. Anak prasekolah anda mahu perhatian dan kelulusan anda
Dia akan mula menjadi lebih berkerjasama di rumah dan dia akan mencari peluang untuk menarik perhatian. " Lihat saya ibu ! ", tindakannya akan menjadi petunjuk kepada anda .

7. Anak anda yang sudah bersekolah mula berkongsi rahsia mereka dengan anda
Ini mungkin boleh menjadi saat pertama mereka menyukai seseorang atau saat yang paling memalukan beliau. Anda orang kepercayaan beliau , walaupun dia malu untuk menyatakan,dengan memeluk anda pun sudah cukup memadai.

Sumber: |rujuk sini|

* Maklumat ni sebenarnya aku dapat dari babycenter.com yang aku alih bahasa mengikut kefahaman aku sendiri. Ada salah translate, inform aku ya. Suka baca yang no 1 dan 2, ketara nampak pada Amani bayi comel ibu yang manis.

Gambar dari instagram. Amani yang 5 hari lagi akan masuk 8 bulan.
~ يوس ~

Thursday, February 06, 2014

I am now your Shaklee Independent Distributor

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam kembali blogku.

Ok hari ni nak memaklumkan bahawa aku kini adalah salah seorang 
Shaklee Independent Distributor.

Amboi! Sekali sekala muncul dan update blog, tetiba terus buat pengumuman dah jadi ahli Shaklee. Maaf!! Ampun!! Hehe....Rasanya ramai juga yang dah tahu pasal Shaklee ni. Google je jumpa.

Ok. Macam mana boleh terjebak ni kan? 
Secara ringkasnya sebab suka dengan set menyusunya terutama ESP dan yang paling utama jatuh cinta dengan vitamin Carotomax dari Shaklee.

Carotomax ni bagus untuk kesihatan mata. Semua yang pernah baca blog aku mesti tahu aku pernah buat pembedahan mata kerana masalah retinal detachement. Ada perbezaan ketara selepas aku ambil produk Carotomax ni. Itu yang membuatkan aku lebih jatuh cinta dengan Shaklee. Nanti akan cerita lebih lanjut.

Kemudiannya dapat tahu pula di samping membeli, boleh juga jana pendapatan dengan Shaklee. Kenapa tak nak cuba kan? Dan aku pasti semangat nak bisnes ni juga akan membuatkan aku lebih rajin update blog. Takdelah suam-suam kuku macam sekarang, hehe. ( Tapi bukan semata pasal Shaklee ya!)

"Ramai dah yang buat bisnes Shaklee ni yus!! Tak payahlah buat!"

Kalau ada yang kata macam tu, aku akan cuba lebih positif. Setiap orang Allah dah tetapkan rezeki mereka masing-masing. Tinggal dengan usaha lebih atau tidak. Aku percaya pada rezeki Allah. Kalau ada rezeki aku dengan Shaklee InsyaAllah akan adalah tu, kalau tidak itu mungkin sebab aku sendiri yang cepat mengalah dan tak konsisten untuk melakukannya. Lagipun Shaklee dah memberi manfaat untuk aku, dan aku berharap ianya juga akan memberikan manfaat kepada kesihatan orang lain. Yang lain tu adalah dariNya jua. Doakan ya kawan-kawan semoga aku lebih positif dan terus konsisten.

Dengan itu kepada kawan-kawan dan pembaca blog yang berminat dengan produk Shaklee,



Hubungi Yusmawati Paiman | SID: 1094266 |sms/whatsApp 013-7308040 | email:yus76.maznaz@gmail.com

Ikhlas,
~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...