Sunday, January 01, 2012

Masa Honeymoon dah tamat!!

Malasnya hari ini.
Tapi terpaksa di kerjakan juga.
Siap jahit lencana dan tanda nama pada baju sekolah Aqil yang baru.
Alia minta di jahit pada tudung barunya tapi aku berhenti dulu.
Mata ni dah makin tak nampak bila menjahit.
Dua pasang baju Aqil tu saja dah buat mata berpinar.

Kenapalah dia perlu tukar baju baru tahun ini
sedangkan tahun lepas baru juga tukar baru?....huhu.
Kemudian tu sessi menggosok baju-baju sekolah mereka semua.
Penat!

Teringat kata-kata dari SRD semalam.
Masa honeymoon ku sudah tamat.
Anak-anak cuti sekolah, walau bising di rumah, tapi aku tampak relax sedikit.
Betul! Memang macam honeymoon rasa.
Tapi masa honeymoon itu akan tamat very soon.

image dari mr google
Bila anak-anak dah mula sekolah, jangan harap boleh bersenang lenang lagi kan.
Semua kerja perlu on time.
Lambat sikit, kelam kabut jadinya nanti.
Tambahan pula sessi persekolahan ada sedikit perubahan antara Aqil dan Alia.
Dah tak sama macam dulu sebab Aqil tahun ni dah darjah 4.
Dan masuk tahap 2,
jadi dia balik lambat sikit dan sekolah agama pun bermula lambat dan pulangnya lewat.
Lagi banyak keluar ulang-alik nampaknya.

Yus!! Sila jangan tenggelam dek mood honeymoon kamu selama cuti ini.
Wake up dear!

Dan mata, oh! mata!
Kenapa dua tiga hari ni rasa kabur aja.
Ada masalah lagi kah?
Temujanji dengan doktor lambat lagi.
Perlukah aku segerakan temujanji itu?

Buat sementara aku order produk dR8 dr rozmey tu.

image ehsan google
Aku baca mengenai kebaikkannya untuk mata di sini.
Harap-harap betullah hendaknya.
Aku baru nak mencuba ni.
Order dari hari Khamis, tak sampai-sampai lagi nampaknya.
Mungkin esok atau lusa baru sampai.

Esok, perlu ke sekolah untuk beli buku sekolah agama pula.
Jadual semakin padat nampaknya.
Apa pun, tahun baru, azam baru, semangat pun mesti baru.
Jangan berhoneymoon saja ya.
Duduk di comfort zone, tak akan kemana.
Nasihat untuk diri sendiri....hehe

~ يوس ~

Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Rajalawak

Baca entri dari ibu Yusuf dan Maryam pasal Countdown 2012 bersama Ustaz Azhar Idrus.
Seronoknya dapat menghadiri majlis seumpama itu.
Kira acara sambutan tahun baru yang agak berbeza dari yang pernah kita dengar.
Khabarnya kehadiran lebih dari 70,000 penonton.
Alhamdulillah.

image dari fuhsantai.com
Teringin sekali aku mendengar serba sedikit apa agaknya yang di sampaikan masa itu.
Cari-cari video di youtube kot-kot ada, tapi nampaknya hampa.
Jumpalah blog fuhsantai.com
yang ada menyiarkan beberapa video dari Countdown 2012 itu.
Pengacara malam itu ialah Zizan Rajalawak,
Tapi sayang, tak berapa jelas, sebab dia mungkin berada jauh di belakang.

Cuba cari lagi, masih tak jumpa.
Tiba-tiba aku jumpa blog rotikaya.com ni.
Ada video ustaz Azhar Idrus
menceritakan pengalamannya berbual bersama Zizan Rajalawak dalam telefon.

Bila tengok video tu, rasa respect juga dengan Zizan.
Bagus Zizan ni, merujuk kepada Ustaz untuk sesuatu perkara yang dia tidak pasti.






Seronok dengar, walau beberapa kali tengok.
Pandai Ustaz Azhar Idrus ni bagi ceramah kan.
Makin suka dengan cara dia menyampaikan ilmu.

Pengajaran yang boleh di ambil,
malu bertanya sesat jalan.
Bertanya dan merujuklah kepada yang lebih pakar,
untuk sesuatu perkara yang kita tak pasti dan ingin tahu kebenarannya.
Semoga darinya kita dapat memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik dan berguna.
~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...