Monday, September 27, 2010

Perkembangan Arif..check-up 1 dan 2 bulan

Masih lagi mood raya ker? Huhu..malas sungguh nak update. Asyik cerita sebelum raya jer. Raya pun dah nak habis. Apa pun hari ni nak cerita pasal Arif .
Hari ini ke klinik untuk check-up 2 bulan. Tak sempat nak buat entri masa dia check-up sebulan hari tu jadi aku sekali kan saja. Arif dah semakin besar, jadinya masa kena cucuk tadi suara dia lebih besar dari bulan lepas..haha.

Biasa bila check-up saja, mesti nak tahu berapa berat baby kan. So, untuk Arif;

Berat lahir     : 2.61kg
Berat 1 bulan : 3.9kg
Berat 2 bulan : 4.6kg

Rasanya kalau tak kerana dia batuk, mesti berat dia lebih lagi kot. Arif menyusu badan sepenuhnya, takde campur dengan susu lain. Tapi aku ada kasi dia air masak di campur sedikit glukos. Biasa 1 hari dia minum 150ml air glukos tu.

Ok, kita update gambar pulak.


Arif 33 hari...gambar akhir sebelum kepalanya di cukur
Arif 35 hari...gambar selepas rambutnya di cukur

Arif di hari raya ke tiga masa ni dia berusia 49 hari
Arif bersama uncle Fakhrullah ( sepupu aku yang paling kecil, beza umur dgn Arif 10 hari lebih tua jer)


Gambar paling baru di usia 55 hari.
Aku takde gambar dia untuk hari ini di usia 2 bulan sebab kamera di bawa SRD ke Vietnam...huhu rindu abah kan Arif.





Klip video di usia Arif 55 hari....dah pandai kenyit mata kata Cik Ana dia..hehe

Ok, sekian melaporkan...:)
~ يوس ~

Monday, September 06, 2010

Mood Raya...

Mood Raya dah datang. Pagi tadi selepas SRD pergi kerja, meninjau di kawasan perumahan kami ni, macam tinggal kami jer yang masih ada..huhu. Jiran sebelah menyebelah dan juga jiran no 1 semua dah tak nampak kereta. Al-maklum, cikgu..dah balik kampung agaknya. Tinggal kami aje ker?

Aku pun dah tak sabar nak balik ni..tapi SRD masih lagi kerja sampai esok...huhu. (Takpe, esok petang dah boleh balik kampung )

Senarai persiapan untuk balik raya:-
  • Baju raya satu keluarga - siap
  • Kuih raya untuk di bawa kasi mak dan mil - siap ( semua beli di Salleh Food dan juga mak ina makcik aku..hehe)
  • Duit raya untuk anak2 buah - siap di isi dalam sampul malam tadi
  • Packing bag - baru separuh selesai...ahli keluarga dah 6 orang semuanya, macam banyak jer nak bawak balik ni. kata balik seminggu..huhu 
  • Kemas rumah - belum siap, tak kan nak tinggal rumah macam tongkang pecah ni, anak2 dah cuti, lagi haru..huhu

Ni kira macam nak beraya di kampung jer ni..rumah sendiri memang takde apa perubahan pun, tak sibuk pun aku nak tukar langsir ker ( baru lagi pun), letak alas meja ker, lap tingkap ker ( 2 minggu lepas SRD dah buat rasanya)...hehe. Memang takde mood untuk itu, Kemas serba sedikit supaya tak nampak bersepah jadi lah...Orang ada anak kecik dan baru nak habis pantang (aku dah 42 hari), baru buat keje sikit anak dah menangis. Update blog ni pun anak kat sebelah (letak dalam buaian).

Apa pun di kesempatan ini aku ingin ucapkan pada semua pengunjung blog aku ni... 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Bagi yang nak pulang ke kampung berhari raya tu, hati-hati di jalan raya, semoga semua selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Orang sekarang dah jarang yang nak menghantar kad-kad raya ni, semua pun ber'sms' biasanya. Tak pun guna E-Kad. Jadi aku pun ambil peluang buat kad ni untuk semua sahabat handai, rakan blogger dan pengunjung blog ini. Walaupun ada yang cuma kenal di alam maya saja, kalau ada terkasar bahasa, atau ada tak puashati dengan penulisan blog ini harap di maafkan. 


~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...