Friday, December 31, 2010

Bila umur sesuai nak letak anak dalam 'walker'?

Semalam aku google soalan diatas. Aku jumpa forum ini dan juga yang ini. Macam tak pernah letak anak dalam walker pulak ye?:p.

Semua anak aku pernah masuk walker. Tapi saja je, dulu-dulu aku tak pernah google pun untuk cari jawapan...:D

Kesimpulan yang aku dapat dari dua forum itu, umur yang sesuai ialah 5 bulan ke atas atau bila kaki anak dah kuat. Nak tahu kaki dia dah kuat atau tidak, kalau baby tu dah asyik melompat tak berhenti je bila kita pegang tu, dah mula kuat lah tu ye.

Ada yang kata, tak elok sebenarnya letak anak dalam walker, nanti perkembangan yang lain terganggu. Aku kurang pasti lah tentang itu. Tapi semua anak aku pernah di letak dalam walker dan semua pun mengikut step yang betul dalam perkembangan mereka. Semua pernah meniarap, maju ke depan, merangkak dan berjalan.

Arif pun dah semakin lasak sekarang. Pagi tadi meniarap seperti biasa bila bangun dari tidur, dan dia dah maju ke depan ok! Tapi cara gerakkannya ada kelakar sikit. Bukan maju guna tangan macam yang lain, tapi guna kepala. Orang kata macam menyondol gitu...:)). Ala-ala beluncas bergerak....:D.

Tak kisahlah tu. Kalau kat tilam tu oklah ye Arif, tapi kalau kat lantai, ibu takut sakit kepala je maju cara macam tu:D. Apa pun, hari ini abah belikan Arif walker...yea!!! Erkk.....abah ke ibu? Ibu sebenarnya....hihi.

Gambar 1: Arif bersama walker barunya. Warna pilihan abah abang dan kakak dia. Aku macam tak berapa berkenan sebenarnya, macam garang sangat warnanya, tapi dah yang lain suka, layankan saja.

Gambar 2: Alia dan Abid nak enter frame sekali. Elok je Arif di dalam walker tu. Suka hati je nampak.

Gambar 3: Arif di dalam walker. Dia dah pandai imbang badan dah, siapa kata 5 bulan masih awal masuk walker. Ok je tengok Arif kan.

Gambar 4: Gaya duduk pun dah berubah-ubah, cuma kaki je belum boleh jalan, sebab aku memang belum biarkan dia bergerak lagi..hehe

Gambar 5: Arif comeyy dan walker oren nya. Cantik tak? Berbunyi2 bila dia tekan butang-butang comel kat atas walker tu.
Yea!! Ibu suka!  
(Mengalahkan anak dia pulak....:)):)):p)
 Maknanya, inilah hadiah tahun baru untuk Arif.
Orang lain semua dapat buku, baju, kasut sekolah baru,
Arif pula dapat walker baru...:cheer
~ يوس ~

Thursday, December 30, 2010

Nak makan apa encik?

Nilah hobi baru Abid sekarang, selain dari Ultraman. Ultraman tu bukan hobi baru lagi, tu memang minat sepanjang masa dan saat tu. Nak tidur pun masih ada aksi otomen...huhu.

Melalut pulak dah. Nak cerita hobi baru Abid kan. Usianya baru 4 tahun 1 bulan 10 hari. Dia memang belum pandai membaca lagi. Tahun 2011 ni baru aku nak hantar dia ke tadika. Dah boleh juga bunyi kan sukukata yang ringkas macam 'ba' 'ca' 'da'. Belajar dari buku Bacalah Anakku tu. Tapi yelah, aku pun kurang sabar ajar dia ni. Banyak sangat songehnya...:lol:. Jadi lambat jugalah perkembangannya. Balik-balik kat situ juga.

Semenjak dua menjak ni, dia suka sangat ambil kertas konon-konon dia jadi pelayan. Tanya apa kita nak makan. Lepas tu dia tulis dalam kertas.....;)

Dia memang dah boleh tulis ABC, tapi tulah belum pandai nak membaca kan. Dia tanya kita nak makan apa, kita sebut, lepas tu dia suruh kita eja macam mana nak tulis ni? Kita eja kan, dia tulis ler. (Kita pulak jadi tukang mengeja untuk dia...huhu)

"Nak makan apa encik?" tanya Abid.

Aku pun jawab, dan inilah yang dia tulis.....

Gambar 1: Tengoklah huruf 'i' dia tu, dah macam o pun ada, tapi ada batang lak kat bawah...:D
Selepas ambil menu apa kita nak makan, mulalah konon ke dapur sediakan makanan. Lepas tu, bawa tangan kosong tunjuk kat kita.

"Nah ibu, makanannya"....>:D<. Comel je tengok dia.

Itulah hobi baru dia sekarang ni. Habislah penuh satu rumah dengan kertas menu dia....huhu#-o

Aku dah bedebar-debar juga nak masukkan dia sekolah ni. Macam mana agaknya dia? Aku risau, sebab dia cepat 'panas'. Pantang orang ambil barang dia, habis kena lepuk nanti. Macam mana ye? Risau ni...:(. Takut semua kawan-kawan dia jadi lawan dia nanti. Konon-konon dia otomen, yang lain semua raksasa. Habislah.....:oops.

Gambar 2: My angel Abid Zulfan

~ يوس ~

Wednesday, December 29, 2010

Jom Kitar Semula.

[gambar]: google
Definisi kitar semula boleh kita baca di sini

Aku dan kitar semula? Masih belajar sebenarnya. Baru nak berjinak-jinak. Selama ni kurang kesedaran. Rasanya mula-mula sekali aku kitar semula serba sedikit dari barang kat rumah ni ialah tahun ini. Punca-punca, pindah rumah lah kan. Banyak betul kotak masa tu. Daripada buang begitu saja, baik aku hantar ke tempat pemprosesan kitar semula ni.

Setiap hari bila kita buang sampah, kadang-kadang kita tak perasan pun benda tu sebenarnya boleh di kitar semula. Kerajaan sebenarnya banyak berbelanja untuk melupuskan sampah sarap yang kita buang sehari-hari tu. Jadi kalau ambil inisiatif untuk kitar semula, sekurang-kurangnya dapat juga serba sedikit membantu menyelamatkan bumi kita. Tempat pelupusan pun semakin lama semakin berkurang, betul tak? (macam bagus je.....:P)

[gambar]: google
Kat kawasan tempat aku ni sebenarnya aku tak pernah nampak lagi tong-tong untuk kitar semula seperti dalam gambar atas tu.. Ke aku yang tak perasan? Al-maklum bukan selalu pun aku keluar rumah kan. Aku biasanya hantar barang2 yang boleh kitar semula ni ke KAE Recycle cawangan Parit Karjo tu. Ada hasil juga rupanya.

Gambar 1: Resit yang aku dapat hasil dari menjual benda-benda kitar semula ke sana
Kalau nak di ikutkan, dari Februari lepas sudah 4 kali aku mula jual benda-benda yang boleh kitar semula ke syarikat tu. Kali pertama rasanya paling banyak aku dapat. Hampir RM20. Masa tu memang banyak kotak sebab baru pindah rumah kan.

Dari resit tu, anda semua boleh lihat kan berapa syarikat tu ambil untuk 1kg benda yang kita hantar. Tak banyak pun. Tapi semangat juga menghantar sebab nak kitar semula kononnya.  Ini resit terakhir aku terima masa aku hantar barang-barang tu Oktober lepas. Ada 4 jenis barang dalam resit tu. Aku tuliskan balik di sini.

W.C (Kertas suratkhabar + Kotak) - 0.33sen/kg
Plastik ( botol2 plastik dari air mineral banyaknya) - 0.60sen/kg
S.I.B ( ini aku jual tombol pintu yang dah rosak sebenarnya ) - 0.60sen/kg
UBC ( ini tin minuman aluminium tu) -  RM3.30/kg

Jumlah yang aku dapat, anda boleh lihat sendiri dari resit tu kan. Walaupun jumlahnya tak seberapa, janji aku puashati, ada juga aku kitar semula....;).

Nak mengumpul semangat mengasingkan barang-barang yang boleh kitar semula ke tepi sebenarnya susah juga. Kalau dulu semua benda pun aku ambil mudah. Buang saja di tempat yang sama. Senang cerita. Nanti adalah lori sampah yang kutipkan. Tapi sekarang, ni memang aku asingkan ke bahagian lain benda-benda yang boleh di kitar semula. Banyak yang boleh di kitar semula seperti botol air mineral, botol syampu, botol minyak masak dan botol softlan aku tu...:Phehe.

Kalau semua perasan takde botol kaca dalam resit aku tu kan. Sebenarnya, dulu aku hantar juga kaca dan botol ke situ, tapi dia tak terima. Kata dia kalau kaca dan botol cari tempat lain, diorang tak terima.Hmmm..aku pun tak tahu nak hantar ke mana. Sudahnya aku buang macam biasa juga seperti dulu2. Mula-mula aku simpan juga, kot2 lah ada orang nak datang kutip ke? Tapi takde pun. Daripada jadi tempat takungan air aku buang sajalah.


Gambar 2: Ini pula hasil terbaru yang aku kumpul dari kali terakhir aku hantar ke syarikat kitar semula tu. 
Nanti bila dah penuh kawasan tu, barulah aku hantar lagi. Berapa pula lah dapat kali ni.

Mesti ramai juga kat luar sana yang dah kitar semula kan. Apa pula pengalaman kawan-kawan?

Bagi yang belum memulakan langkah pertama, jomlah kita kitar semula sama-sama. Fikir dulu sebelum buang.Mula sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan.

~ يوس ~

Tuesday, December 28, 2010

Program Transisi Tahun 1 2011 SKS

Pagi tadi kami menghadiri Program Transisi Tahun 1 2011 di SKS. Alia kan beberapa hari lagi akan mula masuk ke Tahun 1. Dah besar anak ibu. Ibu dan ayah aku datang semalam. Jadinya, aku pergi sekolah dengan SRD, Aqil dan Alia saja. Abid dan Arif tinggal dengan atoknya. Aqil ikut sekali sebab nak beli buku dan bayar yuran untuk dia sekali.

Sampai saja di sekolah, terus buat semakan nama Alia. Nama Alia ada di kelas 1 Terbilang. Alia di berikan dua batang pensel, satu batang pembaris, satu pemadam dan satu pengasah bewarna hijau. Selepas itu, kami ke kantin sekolah untuk membeli buku dan membayar yuran untuk Aqil pula. Selesai membuat bayaran, kami pun duduk di dewan untuk menunggu majlis bermula.

Seperti biasa cerita bergambar lebih mudah kan...

Gambar 1: Ucapan dari GPK 1

Gambar 2: Alia yang sedang mendengar guru di depan meberi taklimat. Muka manis je kan...:lol:

Gambar 3: Alia dan Aqil. Masa ni sebenarnya majlis belum bermula. Ambil kesempatan posing dulu
Eh! Nak tanya, cantik tak Alia pakai tudung jenis ini.
Cik Ana nya yang bagi cadangan pakai tudung yang macam ni.
Lebih kemas dan lebih selesa untuk budak2 ni.
Betul juga kan.
Aku tengok pun suka...
Gambar 4: Alia di dalam kelas 1T. Dia sebenarnya tak berapa seronok masuk kelas ni, sebab rakan-rakan sekelas dia masa tadika semua masuk kelas lain. Sedihlah tu konon takde kawan.

Gambar 5: Masih bersedih. Tapi lepas tu ok dah. Itu pun setelah aku mengambil inisiatif memulakan perkenalan dengan dua rakan di sebelahnya tu. Kalau semua nak tahu, 2 orang yang duduk sebaris Alia tu  pun nama Alia juga. Ha! Kan dan 3 orang Alia. Alia suka hati sebab kawan-kawan di sebelahnya nama hampir sama dengan dia. Beza cuma nama belakang saja. Anakku Nur Alia Zafirah, yang tengah tu, Nur Alia Batrisya dan yang kanan sekali Alia Haziqa.

Gambar 6: Selepas membeli buku dan menjelaskan yuran, sessi jalan-jalan di kawasan sekolah. Posing lagi...aku pun nak enter frame sekali..:P.
Gambar 7: Aqil sibuk nak ambil gambar dengan pokok-pokok dalam pasu ni, kata dia ada pokok yang dia tolong tanam....ye ke ni?:quizzical:
Korang semua masih ingat tak dengan entri aku yang bertajuk I love Fitri tu...
Alah! yang aku cerita Alia asyik le tulis dalam kertas perkataan I love Fitri tu. 
Dan hari ini kan, kami bertemu dengan Fitri yang Alia maksudkan itu. ....:D:D

Mula-mula kami sampai, si Fitri ni dah nampak Alia dulu. 
Dari jauh dia dah panggil nama Alia. 
Bukan main suka lagi Alia. 
Siap main kejar-kejar lagi. 
Lepas tu bila aku dan abahnya tanya siapa kawan Alia tu. 
Dengan tersipu-sipu dia jawab......"Fitri".
Adohai, anak ibu. Patutlah asyik tulis I love Fitri ye. 
Si Fitri ni memang suka sakat Alia.

Siapa nak tengok muka Fitri 'kawan baik' anak aku ni.


Jeng



Jeng



Jeng




Jeng



*
*
*
*
*
*



Gambar 8: Inilah dia Fitri, kawan baik anak aku ni. Sebelah Fitri tu kawan sekelas semasa di tadika juga. Alia malu-malu kucing pulak bila nak ambil gambar. Jauh je kenapa?B-)B-).Kan orang sebelah dah ambil tu. Melepas karang.....hahahaha
Ibu kamu ni memang suka mengusik kan Alia. Hehe..boleh tahan hencem 'kawan baik' dia si Fitri ni. Masa mula-mula cikgu bahagikan mereka kepada kelas, mereka semua di panggil mengikut warna pengasah yang mereka dapat. Alia dapat warna hijau. Jadi, siapa yang pegang pengasah warna hijau, cikgu kata masuk kelas 1T. Tapi si Fitri ni pun beratur sekali sebelah Alia, padahal dia pegang pengasah warna merah. Ha! Tulah Alia dah sedih, kawan dia tak sama kelas. Fitri pun sedih tak sama kelas ye.....hihi.

Takpe, belum betul lagi kelas tu kan. Sebab cikgu kata, dalam tempoh 3 bulan ada ujian untuk menentukan kelas yang sebenarnya. Harap-harap Alia akan terus kekal di kelas 1Terbilang ye. Ibu pun lebih suka dia tak sama kelas dengan kawan-kawannya yang dulu. Kalau tidak mesti main je dalam kelas tu....huhu.

Anak baru dua orang sekolah betul. Kos keseluruhan untuk sekolah kebangsaan dah hampir RM300. Sekolah agama nanti RM200, untuk Abid sekolah tadika lagi mahal ni. Dia seorang dah berapa. Campur 3 hampir 1k. Adohai!!....Banyak betul pakai duit bulan ni ye....:D


 ~ يوس ~

Monday, December 27, 2010

Aktiviti semalam:Majlis Kenduri Kahwin dan hari ini: Arif kena cucuk

Sabtu malam pak usu aku sekeluarga menumpang tidur di rumah aku. Ada majlis kenduri kahwin anak abang iparnya di taman sebelah. Kami pun di jemput sekali. Makanan, biasalah orang BP ni kalau buat kenduri kahwin tak sah kalau takde nasi beriani. Rasa ok, cuma ada sikit hangit pulak lauk daging berianinya itu :quizzical:.

Seperti biasa jamu mata dengan gambar ye....

Gambar 1: Kata Abid, " Yea! Saya kuat sebab saya makan nasi berani. Saya makan sampai 2 kali tambah, orang lain makan kek coklat aje..", :biggrin:

Gambar 2: Tuan rumah bertudung merah sedang memerhatikan tetamu yang hadir...di sebelahnya kakak iparnya.

Gambar 3: Arif pun haruslah ada kan, buat-buat muka comel bersama kakak Alia dan abang Abid.

Gambar 4: Tema pengantin warna hitam, merah dan putih. Anak-anak aku tak melepaskan peluang bergambar di atas pelamin cantik ini.:glad:

Gambar 5: Sebelum pulang mengambil kesempatan bergambar di meja makan pengantin. Tak dapat nak tunggu pengantin tiba sebab kami nak balik Muar pula...;)
****************************
Cerita selingan.....

Hari ini ke klinik untuk check-up Arif 5 bulan. Kena cucuk paha kanan Arif untuk imunisasi yang 3 serangkai bahagian akhir tu. Melalak sikit je. Lepas tu ok dah. Perkembangan berat...naik sikit je.

Berat 4 bulan : 6.0kg
Berat 5 bulan : 6.45kg

Naik sikit saja dari bulan lepas...huhu. Arif memang sangat lasak sejak dah pandai meniarap ni. Letak saja, mulalah dia meniarap. Tak sempat apa kadang tu. Terus je dia meniarap. Lepas tu suka sangat melompat bila di pegang. Mungkin sebab tu lah sikit saja yang naik. Takpelah, kalau tengok graf masih ok. Meningkat dengan sempurna :).

Hari ini pergi klinik seperti biasa baru perasan lokasi klinik telah berpindah. Bertukar tempat ke pekan rupanya..huhu. Tarikh mereka pindah 5 Disember hari tu. Kalau tidak kerana Arif perlu check-up hari ini pasti aku tak tahu mereka dah berpindah.

Lokasi yang baru lebih selesa. Kawasan klinik nampak lebih luas dan berhawa dingin. Masa menunggu pun lebih cepat, dan dari masa ambil nombor hingga selesai nampak lebih tersusun. Bagus! Inilah perubahan yang sepatutnya. Aku suka! Aku suka!:thumbsup::thumbsup::thumbsup:

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...