Tuesday, January 26, 2016

Majlis Perkahwinan Sepupu

Musim orang kahwin sekarang dah tak kira cuti sekolah atau tidak. Asal ada cuti, adalah orang buat majlis. Bulan ini kami sempat menghadiri dua majlis perkahwinan sepupu saya. Muda2 lagi sepupu sepapat, baru nak kahwin, ibu kamu ni dah beranak 5...hihi.

2 Januari, majlis perkahwinan sepupu sebelah ayah saya di Desa Bertemu Jodoh....Azila dan suaminya.

Selamat Pengantin Baru Zila....
Kemudiannya 23 Januari yang lalu, majlis perkahwinan sepupu sebelah emak saya pula di Parit Bakar Muar...Adib Nasir dan pasangannya Seha...(tak ingat nama penuh ).

Atas sekali bersama pasangan pengantin, bawah kiri, Amani sibuk nak posing, bawah kanan, saya bersama ibu pengantin, adik kepada emak saya, makcik saya yang comel, saya panggil Mak Non. Beza umur kami 9 tahun saja, makcik saya nampak muda kan, ini perkahwinan anak sulong Mak Non.
Buat kedua-dua pasangan pengantin, semoga berkekalan hingga ke anak cucu, Kak Wati doakan ya....dan semoga dapat anak yang ramai, sila kalahkan akak sepupu kamu ni, mest lebih dari 5 tau...hahaha.

Ok....till next entri.

~ يوس ~

Thursday, January 21, 2016

UPKK 2015 : Tahniah Alia

Semalam 20 Januari 2016 keputusan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) 2015 di umumkan di sekolah. Ibu berdebar juga nak tahu keputusan. Hari sebelumnya Alia beritahu, "Ibu, cikgu suruh datang untuk dengar keputusan UPKK". Dalam hati pelik, sebab sebelum ni masa Aqil takde pun cikgu suruh datang. Tiba-tiba je keputusan dah keluar, dapat sijil.

Dalam perjalanan nak ke sekolah agama, hati dah berdebar. Berapa lah anak ibu dapat ni. Sampai je depan sekolah, nampak ramai murid dan ada guru sedang berdiri depan papan kenyataan. Masing-masing sibuk melihat keputusan UPKK yang dah di tampal di papan kenyataan. Dari jauh ibu nampak Alia. Senyum je pandang ibu. Aish...debor ibu tengok muka Alia tau. Nampak je ibu, terus angkat jari 8. Ibu dalam tak percaya, apa yang 8??

Tak sempat nak jengah ke papan kenyataan, Guru Besar dah panggil masuk. Rupanya di dalam dewan dah ramai ibubapa murid lain yang menunggu. Alia sempat berbisik pada ibu, " Ibu, Alia dapat 8A!"

Ibu terkebil-kebil tak percaya. Biar betul!! Dan akhirnya bila Guru Besar buat pengumuman , 6 orang pelajar dapat 8A, dan Alia salah seorang darinya, ibu rasa sebak dan gembira. Ya, Allah...syukur. Tak sedar air mata mengalir di pipi. Memang keputusan yang ibu tak jangka, sebab tengok Alia yang belajar relax aje. Di tambah abangnya Aqil dulu pun sama, belajar relax je, dapat 4A 4B, itu pun ibu dah cukup happy, jadi ibu cuma harap keputusan Alia hampir sama atau baik sikit dari Aqil, tapi Alia bagi ibu lebih ....alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih Alia. Terima kasih  sebabbuat ibu senyum dalam tangis...

Alia bertudung hijau bersama 5 yang lain yang mendapat 8A dalam UPKK 2015. Turut berada dalam gambar GB SAS.
Bila ibu beritahu abah, abah pun macam terkejut. "Eh! Anak kita macam tak nampak belajar sangat pun masa nak periksa UPKK tu.." Tapi itulah, Allah Maha Pemurah, Dia pemberi rezeki, rezeki dari keputusan periksa anak yang cemerlang, cukup buat hati ibu dan abah bahagia dan gembira. Terima kasih Allah. Semoga anak ibu terus cemerlang dunia dan akhirat....ameen.

Tahun ini ada satu lagi ujian penting, UPSR dengan format baru, 6  subjek lagi. Itu pun dah buat ibu debor juga. Memang ibu sentiasa pantau pembelajaran Alia, tapi yang usaha nya Alia, dan ibu sentiasa doakan yang terbaik buat Alia. Apa pun keputusan, ibu percaya Alia dah buat yang terbaik. Semoga kejayaan sentiasa milikmu sayang....





~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...