Pejam celik, pejam celik dah sebulan pun Amani pada 14 Julai lalu. Rasa baru je update mengenai kelahiran dia kan.
Kira hari ini aku dah berpantang 33 hari. Cepat masa berlalu. Memang malas betul nak jengah blog sekarang ni. Kuranglah cerita Amani. Mesti Amani jeles sebab dulu masa Arif banyak betul ibu update cerita di blog. Tapi ibu dia ni rajin update di instagram dan fb. Rasa penuh muka Amani di insta setiap hari....hihi.
Ni pun gambar ambil dari insta.
| Amani berwajah baru pada 6 Julai yang lalu ketika usianya 22 hari. Cukur sendiri saja, abah cukur, ibu pegang. Anak-anak kami memang semua di cukur sendiri. |
| Dua wajah Amani. Satu sehari sebelum rambutnya di cukur, kedua selepas di cukur rambutnya. |
Dan akhir sekali wajah terbaru cik puan blog bersama ke lima-lima anaknya.
| Lima orang permata hati ibu dan abah. Sayang korang semua. |
Ok. Terupdate juga blog ini akhirnya....hehe. Sekejap je nak update blog sebenarnya. Rajin tak rajin je kan....
~ يوس ~
