Salam 2 Ramadhan kawan-kawan....
Baru dapat pegang pc.
Sedari tadi, sibuk manjang.
Bulan puasa lagi sibuk pula rasa...hehe
Bagi ibu-ibu seperti aku,
tentunya setiap hari di bulan Ramadhan yang mulia ini,
akan memikirkan apakah juadah enak yang bakal di hidangkan untuk menu berbuka.
Bukan mudah kan.
Lebih-lebih lagi dalam usaha nak mendidik anak berpuasa.
Minggu pertama puasa ni, biasalah anak-anak belum begitu biasa.
Asyik sebut lapar.
Asyik kata nak berbuka.
Semalam usaha pertama Abid untuk berpuasa hanya berjaya setakat pukul 5petang.
Kesian dia.....
Sedih benar rupanya...
Alia pun nampak letih.
Ada juga sebut nak berbuka, tapi alhamdulillah dapat juga dia bertahan.
Aqil macam biasa memang hero.
Langsung tak sibuk kata lapar atau penat.
Sebabnya dapat main game fb seharian.
Tahan dia tau!
Game punya penangan....
Tahun ini berazam nak kurangkan juadah berbuka yang di beli di bazaar ramadhan.
Kalau boleh nak rajinkan diri memasak semua juadah.
Agak-agak, tercapai ke azam ini?
Azam nak kurangkan je tau!
Bukan tak mahu beli langsung....hehe.
Makanya, kita lihat juadah berbuka di hari pertama puasa....
Nasi putih, kari ikan tenggiri, sayur goreng campur, kobis bunga masak air, sambal belacan, ikan kering, ayam goreng dan karipap.
Untuk airnya pula, sirap bandung laici dan nescafe susu.
Buka puasa pertama di rumah mil,
Jadi nampak banyak sikit kot menu.
Separuh aku buat, separuh mil buat...hehe.
Semalam, dalam usaha buat karipap yang di minta oleh Abid, Alia pun bantu sama....
 |
| Rajin dia tolong aku buat karipap. |
 |
| Hasil karipap kami. |
Hari ini pun aku dah plan menu untuk berbuka.
Aqil sibuk nak roti sosej.
Makanya, menu hari ini InsyaAllah...
Nasi putih, tomyam campur, ayam goreng kunyit, char kuey teow goreng dan roti sosej.
Airnya....Abid minta milo ais.
Apa menu berbuka anda?
Oklah. Masa untuk ke dapur kawan-kawan.
Maaf ya, belum sempat BW lagi.
Di bulan puasa ni eloklah kita mencari lebih pahala,
dengan banyakkan ibadah kepadaNya seperti membaca Al-Quran dan solat sunat tarawih.
Makanya aktivit blogging terpaksa di kurang kan juga ya tak?
Semoga kita sama-sama mendapat lebih keberkatan di bulan Ramadhan ini.
p/s: plan nak catat apa juadah menu berbuka di sini setiap hari sebagai galakan untuk aku terus memasak dan kurangkan membeli di bazaar ramadhan. Uolls pun boleh kongsi sekali menu berbuka di sini ya. Bila ketandusan idea nanti boleh aku tiru buat di lain kali...
~ يوس ~