Masih ingat pada entri aku yang ini...
Belum sampai sebulan aku letak balik Caller Ringtone ni, tiba2 aku rasa Celcom dah charge aku 3 kali. Apa kes?? Sebelum ni aku pernah letak, dan seingat aku, aku bayar harga yang sama untuk sebulan, ini kenapa belum sebulan dah 3 kali charge?? Sekali baca balik sms dia rupanya RM1.50/week.
Aduh! Rasa tertipu. Serius dulu memang aku ingat RM1.50 untuk sebulan. Ini kalau RM1.50/week maknanya sebulan dah RM6. Banyak tu!!!
Tipah tertipu!!!Benciii!
Cari balik dalam ChannelX cara nak tamatkan CMT, tapi tiada. Tak patut tau! Kalau dah beritahu cara nak download, kenalah beritahu cara nak tamatkan juga. Nasi baik bila aku google ada keluar di tempat lain, kalau tidak memang hangin tau!!!
Sendiri gatal nak letak CMT kan, sendiri tanggung lah...
Ok, untuk hp sendiri dah berjaya unsubscribe, untuk hp SRD belum lagi. Kena tamatkan juga ni, kalau tidak mahu kena bebel....TOLONG!!
Apa pun, kena tunggu dia balik dululah, sebab hp dia pada dia..huhu.
Korang yang terkena macam aku, tapi tak tahu cara nak tamatkan servis CMT/Caller ringtone ni, ini caranya ya...:-
1. taip *118# pada telefon bimbit anda dan tekan hantar/send.
2. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 2. Channel X
3. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 5. CMT
4. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 7. Unsubscribe.
2. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 2. Channel X
3. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 5. CMT
4. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 7. Unsubscribe.
dan tunggu sehingga anda mendapat mesej status langganan anda berjaya ditamatkan.
sumber: www.scammeralert.info
p/s: pengajaran untuk aku,lain kali baca betul-betul terma dan syaratnya. Tapi serius, macam tidak di nyatakan saja masa mula-mula download tu. Ke sendiri tak perasan...huhu
~ يوس ~