Pages

Wednesday, December 21, 2011

Biskut roti coklat

Si ibu sedang sibuk layan blog.
Anak-anak yang berempat semua senyap aje.
Apa di buat mereka tu ya?

Ibu leka lagi.
Dari pagi tak tengok blog ni.
Perlu update dan BW.
Sejam dua jadilah...(betul ke sejam dua tu??)

Kedengaran anak-anak bising-bising di dapur.
Aik!! Baru lepas makan tengahari, tak kan dah lapar lagi kot.
Ibu masih leka.

Tiba-tiba terdengar bunyi tutup periuk nasi aku.
Sah! Mesti Arif yang main tu.
"Anak-anak !! Buat apa kat dapur tu?"

Bila ibu menjengah, Aqil sebagai abang yang sulung berkata;
"Ibu nak biskut roti coklat tak?"
"Aqil buat sendiri ni!"

Bila aku jengah dan lihat,
kreatif juga anak bujang aku ni.
Adik-adiknya yang lain semua jadi penonton.
Nak tengok hasil kreativiti Aqil buat biskut roti coklat yang dia kata tu.

Dah tunjuk aku tu, siap suruh aku masuk dalam blog...:)) . Ada dua pinggan dia buat, aku snap gambar untuk sepinggan aje.
Ada rupa biskut lah kan,
cumanya bukan biskut, tapi roti butterscotch yang aku beli tu,
dia pergi cetak dengan bentuk bintang.
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ini sebenarnya yang dia buat. Habis roti tu jadi roti kirai...=)).

Dah siap, semua pakat makan dengan lahapnya.
Aku pun sama....:D :p
Sedap pulak tu....:thumb
~ يوس ~

28 comments:

  1. Adoilah... kreatif betul budak2 ni... comel je... nanti raya, Ibu dah boleh delegate tugas buat kuih raya kan hu hu...

    ReplyDelete
  2. @RYS AREESA NASIR
    kalaulah ibu dia rajin buat, kalau malas, main tunjuk aje macam mana ya??....hahahah

    ReplyDelete
  3. @diana
    budak2 ni mmg suka menyelongkar sendiri....cuti2 ni asyik makan aje...huhu

    ReplyDelete
  4. bijaknyer anak bujang yus..blh la acik tempah 100 keping ye?hehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan salam kenal

    Kreatif Agil ni yer. Rajin.

    ReplyDelete
  6. WAhhh kreatipnyerrr..

    Leh mintak resepi..heheee

    ReplyDelete
  7. ekkeke mcam2 budak skrg nie kan
    kita x terfikir dia nak buat mcm tuu
    hurmm sedap lahh tuu kalau licin semuanya :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    singgah sini di malam hari..
    terima kasih sudi singgah2 blog kita. =)

    nanti kita singgah singgah komen selalu,, =)

    ReplyDelete
  9. alahai kreatifnya...

    ingatkan biskut tadi...roti rupa2nya..:)

    ReplyDelete
  10. hehe..kreatif! memang nampak macam biskut ;)

    ReplyDelete
  11. Hehehe...kreatif betul dia.. jadi mesti berselera adik2nya makan sebab rupa mcm biskut raya...hehehe

    ReplyDelete
  12. waaahhhhhh.. hebatnya si adik ini..... kreatiff... saya ingatkan dia buat biskut.. rupanya roti yang dipotong2.... hebatt.. ada bakat jadi pereka bila besar nanti.. amin.. cungkil2 lah bakat2 mereka dari kecil ye

    ReplyDelete
  13. Cuti sekilah inilah anak-anak membina kreativiti mereka Yus. Pandai juga Aqil menggayakan. Adik-adik apa lagi mesti kata abang dia herolah.... sebab ibunya pun makan sama hihi....

    ReplyDelete
  14. yus...menariklah..boleh dijadikan resepi..cantikla pulak..hihi..pandai betul abangnya..pandai pulak dia bagi nama tu...hihihi
    anak2..

    ReplyDelete
  15. @Lydia Miza(Aidyl Azim)
    hihi, nak tak boleh nak di buat tempahan ni acik, kering nanti...haha

    ReplyDelete
  16. @Kunang-Kunang
    Waalaikumsalam kak..

    terima kasih singgah sini ya..:)

    ReplyDelete
  17. @Myra Jay
    resepinya mudah saja mj. Roti, jem coklat, coklat rice, sila sapu je atas roti, cetak dengan apa2 bentuk, dan letak coklat rice...hihihi.

    ReplyDelete
  18. @ieda
    itulah ieda, saya pun tak ingat mana saya letak cetak bentuk bintang tu, mana dia jumpa agaknya, ..:)

    ReplyDelete
  19. @Kella
    Waalaikumsalam...

    terima kasih jejak saya di sini..:)

    ReplyDelete
  20. @aNIe
    adik2nya jadi seronok nak makan kak anie. Semua berebut..:)

    ReplyDelete
  21. @Gen2Merah
    bab mencungkil bakat tu yang tak berapa nak reti cikgu, kena belajar2 dari cikgu mungkin..:)

    ReplyDelete
  22. @Kakzakie
    adik2 diam dan ngap aje kakzakie, dia yang beriya, Aqil yang buat tau ibu! Pandai tak Aqil...:)

    ReplyDelete
  23. wah..pas ni bolehlah tolong ibunya buat kuih or biskut..hiks

    ReplyDelete
  24. @Nadiah Sidek
    kan, dari gambar mmg kelihatan seperti biskut raya..:)

    ReplyDelete
  25. @wida
    biasanya kalau bantu tak pernah sampai habis wida..sekerat jalan aje..:)

    ReplyDelete
  26. kreatipnya aqil.. walla bravo.. dah ade bakal masterchef dlm rumah ni...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.