Thursday, November 27, 2014

Keputusan UPSR 2014 : Satu permulaan kepada yang lebih besar

Tahniah kepada semua ibubapa yang anak-anaknya mengambil keputusan UPSR semalam, Tak kira apa keputusan mereka, kena redha, panjatkan syukur, sesungguhnya itu mungkin keputusan terbaik saat ini untuk perjalanan yang lebih baik di masa hadapan.

Aqil anak saya dapat 4A 1B ( B untuk Sains).

Dengarnya semua sekolah prestasi untuk subjek Sains merudum. Mungkin sebab subjek pertama di dapati bocor, soalan susah dan murid hilang mood sekejap. Apa pun keputusan, ibu ok je dengan keputusan Aqil. Cukup dah buat ibu senyum, Alhamdulillah.Tahniah Aqil!!.

Aqil dan rakan baikknya di sekolah Akashah. Sahabat dia ni dapat 5A, tahniah ya Akashah dari auntie Yus.
Masing-masing berbaju melayu Johor, sebab masing-masing baru selesai peperiksaan kertas akhir SDEA semalam.

Dalam perjalanan pulang dari sekolah, seorang rakan yang anaknya juga dapat 4A 1B (Sains) telefon saya. Dia mengajak saya untuk buat rayuan bagi pemeriksaan semula kertas Sains, mana tahu boleh dapat A katanya. Jawapan ringkas saya, takpelah.

Dari yang saya tahu, anaknya memang kecewa tak dapat 5A, bercita-cita nak masuk asrama penuh, tak dapat 5A memanglah rasa sedih sangat. Di tambah selama ini setiap kali percubaan 5A, tiba2 yang sebenar tidak, mungkin menambah kekecewaan anak itu. Tambahan anaknya perempuan, persaingan nak masuk asrama lebih tinggi. Saya faham kalau dia nak buat semakan semula supaya anaknya puashati, tidak terlalu kecewa atau apa jua alasannya. Tapi untuk Aqil??

Saya dah cukup puashati dengan pencapaiannya. Bagi saya apa pun keputusan itu cuma satu permulaan kepada yang lebih besar. Bohong kalau saya kata saya tak harap anak dapat 5A, tapi keputusan dia dah cukup melayakkan dia dapat masuk kelas yang baik di sekolah menengah di daerah ini. Dan dia sendiri memang dari awal tak mahu masuk sekolah asrama, saya tak mahu paksa pun, jadi kenapa perlu nak buat semakan semula bagai kan. 

Di pujuk juga kami lagi agar buat semakan, sebab katanya kalau kertas SPM pun biasa bila buat semakan, 50% kebarangkalian untuk gred meningkat memang ada. 

Hmmm....hujah saya di sini pula, ok itu SPM, memang berbaloi di buat semakan semula, sebab SPM akan membawa ke hala tuju yang lebih besar. UPSR, baru permulaan tak perlulah kot kan. Lagipun Aqil dan Akashah (bff dia yang dapat 5A di atas) dah berjanji nak sekolah dekat2 sini je. Janji tak nak kemana-mana kata mereka...hihi. 

Saya pula memang 50-50 nak hantar anak ke asrama atau tidak ni. Tu yang hantar je permohonan ke SBP hari tu, kalau dapat bole pergi.Tapi dalam masa sama, saya mahu anak-anak saya dekat dan rapat dengan adik beradik masing2, so kalau dari form 1 dah ke asrama, selalunya memang kurang rapat hubungan tu. Jadi tunggu lepas PT3 pun takpelah kan. Dah besar sikit, dah lebih pandai berdikari. Tapi apa pun, semua terpulang kepada pandangan masing-masing. Setiap dari kita pasti nak kan yang terbaik untuk anak-anak, dan tak semestinya pandangan kita sama.

Ibu dan abah cuma mengharapkan keputusan ini akan buat Aqil lebih semangat belajar di masa hadapan. Perjalanan masih jauh, ibu pun tak mahu paksa2 Aqil, harap Aqil dapat beri semangat kepada adik-adik untuk belajar bersungguh-sungguh juga. Tapi apa pun, ibu memang akan sentiasa pantau Aqil, tak mahu Aqil tersasar ke lain, anak2 generasi X ni lagi banyak dugaanya untuk kita bentuk kan. Semoga Allah sentiasa melindungi  anak-anak kita semua, Ameen.


~ يوس ~

Tuesday, November 25, 2014

Tips Atasi Anak Muntah-muntah Dengan Cepat

Assalamualaikum semua....

Pagi ini mulanya nak kongsi cerita mengenai prestasi Arif di tadika, tapi oleh kerana semalam dia tiba-tiba muntah-muntah, saya nak kongsi tips atasi masalah anak tiba-tiba muntah dengan semua. Kadang-kadang bila anak asyik muntah saja, panik sekejap kan, lebih-lebih lagi kalau ianya berlaku pada waktu malam.

Kejadian berlaku ketika maghrib, waktu semua yang lain sedang bersiap nak bersolat dan kemudian nak mengaji, Arif tiba-tiba muntah. Dia sempat berlari ke bilik air waktu tu. Terkejut juga saya. Kemudian ingatkan semua dah ok, baru abahnya bentang sejadah nak solat, sekali dia muntah lagi. Banyak pula tu, dahlah habis semua tempat solat dan sejadah terkena muntah dia...huhu. Yang keluar semua mee segera yang dia makan petangnya pukul 5. Baru teringat, abang dan kakak, sibuk nak mee segera, ibu tak kasi buat, mereka buat juga sendiri, adik pun makan sama, sekali muntah-muntah sudah....huhu. (Kan dan kata jangan makan mee segera, pi buat juga saper suruh...hehe). Sudahnya, lewat sikit semua bersolat maghrib kena kemas dulu najis muntah yang ada.

Tak habis di situ, kemudian tu, dia muntah lagi 2 kali, adeh!! Risau ibu di buatnya, suruh makan tak mahu pula. So, apa saya buat untuk mengatasinya?? Meh kita baca sama-sama ya...◕‿◕

Kalau anda google cara atasi masalah muntah mesti banyak yang keluar, tapi saya hanya cuba 2 ni saja, dan itu sudah memadai, alhamdulillah.

"Try some ginger tea with a little sugar or eat some fresh gingerbread or fresh ginger slices with salt." [Sumber]
"Ginger tea stops vomiting immediately." [Sumber]

1. Ok, dari 2 maklumat di atas, tahulah saya air teh halia boleh atasi masalah muntah. Makanya apa lagi, cepat-cepat buatkan segelas air teh kosong di campurkan dengan seinci halia tanpa gula buat Arif. Walau tak minum habis, tapi nampak ok dia minum tu alhamdulillah.

segelas teh tanpa gulu + seinci halia

2. Saya juga buatkan Arif  air Performance Drinks untuk di minum. Air teh halia tu dia minum dalam 6 sudu teh saja, tapi air Performance Drinks dapat dia habiskan sehingga ke pagi. Saya cuma bancuh 400ml air masak bersama Performance Drinks dalam shaker dan kemudian beri dia minum.

Arif tidur selepas minum separuh air performance drinks dalam shaker biru tu.

Kenapa Air Performance Drinks pula??

Ini kerana Performance® Natural Orange Drink Shaklee juga di gelar sebagai minuman penghidratan tulen. Apabila kita mengalami muntah-muntah yang teruk, badan kita akan kehilangan banyak air dan ini akan mengakibatkan dehidrasi (penyahairan) berlaku. Bila badan dah kehilangan banyak air, perlulah minum air yang banyak, tapi air Performance Drinks bukan setakat air oren biasa saja tau!!

Performance Drink terbukti secara klinikal mampu menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. Di samping itu, Performance mengandungi lebih banyak elektrolit dan membekalkan lebih banyak tenaga kepada badan kita. Sebab itu saya pilih PD untuk mengembalikan tenaga Arif yang hilang akibat kerap muntah-muntah tadi. 

Arif kemudiannya tidur nyenyak sampai ke pagi. Ada dua kali dia terjaga dari tidur, tapi cuma sebab nak minum lagi air Performance Drinks tu. Alhamdulillah habis dia minum dan pagi ini dia nampak sangat ceria.

Performance Drink ni memang wajib ada di setiap rumah. Bila ada saat-saat genting macam ni, boleh terus guna. Kalau sebagai minuman seharian pun memang elok sangat. Yalah, anak-anak kita ni banyak bermain, tapi jarang nak minum air masak sangat kan. PD bantu mereka kekal cergas bertenaga. Untuk ibu dan abahnya pun sangat bagus.

Arif yang kembali ceria pagi ini bersama robot GimLock nya...pakai baju askar lagi,...◕‿◕

Ok, selamat mencuba tips @ petua di atas ya, mudah je kan... ◕‿◕. 

Nak tahu lebih lanjut mengenai Performance Drink?? [Klik sini
p/s: kalau ada tips atau petua lain yang rakan2 blogger nak tambah, jangan segan-segan tinggalkan komen ya... 

Salam Ceria buat semua ,..



 ~يوس ~

Monday, November 24, 2014

Anugerah, Birthday dan Optimus Prime

"Ada yang up status di fb kata tak perlulah kongsi kisah kejayaan anak yang tak seberapa, ada orang yang anaknya lebih berjaya diam-diam je ni baru dapat sikit dah kecoh"...huhu.

Oklah, lain orang lain pendapat, ramai juga yang up status kejayaan anak-anak masing-masing. Tumpang seronok baca, ibu pun up juga. Tapi terasa jugalah dengan status di atas, bukan nak bermegah atau apa cuma nak abadikan sebagai sweet memories. Dan ibu tahu, kejayaan anak ibu tidaklah seberapa di banding dengan anak-anak kawan lain, tapi ianya dah cukup menggembirakan hati ibu. Walau tak cemerlang tip top, semua ibubapa pun pasti tersenyum bila anak dapat anugerah kan.

Dan tahun ini antara 5 anak2 ibu,2 yang berjaya dapat anugerah. Hari ni nak abadikan cerita Abid anak ke 3 ibu yang manis.

Kejayaan dapat tempat ke 3 untuk sekolah kebangsaan, serta terbaik dalam mata pelajaran Jawi. Tahniah Abid!

Majlis Anugerah yang di adakan pada 19 November yang lalu.

Abid juga dapat anuerah untuk sekolah agama. Berjaya dapat tempat ke 2, kalah lagi dengan Zabir kawan baikknya yang ibu tunjuk mukanya pada gambar di atas tu. Tinggi kawannya tu kan, dapat 5 hadiah untuk sekolah pagi saja, sekolah agama dapat lagi 1. Ibu memang suka Abid kawan dengan Zabir, sebab nampak peningkatan yang sangat baik dalam pelajaran. Bila anak-anak kita berkawan dengan kawan2 yang pintar ni, mereka dapat auranya sama kan. Tu yang bagusnya.

Gambar kenang-kenangan terima hadiah untuk tahun 2, 2014. Majlis di adakan pada 19 November juga.

Dan tarikh 20 November pula ialah hari ulangtahun Abid yang ke 8. Selamat hari ulangtahun ke 8 anak ibu Muhammad Abid Zulfan.

wajah-wajah Abid dari lahir hingga sekarang.

Dari awal tahun dia dah minta nak robot Opitmus Prime. Tapi bila melihat harganya ibu dan abahnya ni buat dunno je. Setiap kali ke Aeon Big BP ( dulunya Carefour) mesti dia menuju ke rak yang ada terpamer Optimus Prime tu. Di belek satu2. Setiap kali itu juga di mintanya. Kalau ikut ibu memang tak bagi punya, huhu.

Tapi nak bagi dia bersemangat sikit belajar, ibu cabar dia, kalau sekolah pagi dan sekolah petang Abid dapat no baik dan dapat hadiah di pentas, mungkin abah akan belikan Optimus Prime tu, siapa tahu? Berdasarkan prestasinya pertengahan tahun, sekolah pagi no 27, sekolah petang no 5, so ibu pun yakin tak yakinlah dia dapat ke tak capai. Sekali dapat, alhamdulillah. Memang tak sangka juga. Dia sendiri menjerit gembira walau tidak tempat pertama. 

Dan kerana birthday Abid juga jatuh bulan November, abahnya berbesar hati tunaikan permintaan dia nak Optimus Prime tu. Harap dapat di jaga dengan baik ya Abid. 

Wajah Abid bila dapat Optimus Prime. Sebenarnya dah malas nak senyum tu, tak sabar nak buka Optimus Prime dia.
Belajar erti syukur ya Abid kerana abah mampu belikan untuk Abid, sedangkan di luar sana ramai yang tidak mampu. Ibu dan abah berdoa sentiasa moga Abid dan anak-anak yang lain terus cemerlang dunia akhirat.

Terima kasih pada yang sudi baca.  

p/s: next cerita Arif pula...

~ يوس ~

Sunday, November 23, 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2014 MELALUI SMS

Pagi ini menerima WhatsApp dari rakan yang juga seorang guru tentang tarikh pengumuman keputusan UPSR 2014. Anak ambil periksa, ibu yang berdebar sama...huhu. 

Di maklumkan, calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014 akan memperoleh keputusan UPSR mereka pada 26 November ini. Selain daripada mendapatkan keputusan di sekolah masing2 pada hari tersebut bermula jam 10 pagi,  keputusan boleh juga disemak melalui SMS bermula jam 10:00 pagi 26 November 2014 sehingga 11:59 malam 2 Disember 2014.

Ini image yang saya terima dari rakan ; Makluman untuk murid/ibu bapa/penjaga Tahun 6 mengenai Semakan Keputusan UPSR melalui SMS.


Semua dah mudah sekarang kan. Segalanya di hujung jari. Tapi kesian pula pada Aqil anakku, kerana pada hari yang sama 26 November tu, dia masih perlu menghadapi kertas akhir untuk peperiksaan SDEA ( Sijil Darjah Enam Agama). Peperiksaan dahlah habis pukul 12 tengahari, tak dapatlah nak pergi sekolah ambil keputusan awal, kiranya ibu jelah yang tolong ambil keputusan ni nanti ya...

26 November, hari akhir peperiksaan SDEA bagi murid2 sekolah agama Kerajaan Negeri Johor.
Rasanya tak tenanglah jawab periksa SDEA dia ni. Semua gara-gara pengulangan beberapa kertas UPSR 2014 menyebabkan tarikh keputusan lambat dari biasa, kalau tidak pengumuman tentu tidak bertindih dengan tarikh peperiksaan SDEA ni.

Takpelah, kena fikir yang positif. Semoga keputusan peperiksaan kedua-duanya UPSR dan SDEA tidak mengecewakan.



Murid Yang Mendapat Keputusan Cemerlang

Bagi calon yang mendapat keputusan cemerlang boleh memohon kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

Maklumat permohonan boleh rujuk melalui judul pautan (link) yang disertakan

Klik – Permohonan SBP Tingkatan 1 permohonan sudah dibuka pada 1 Oktober hingga 30 Oktober

Klik – Permohonan MRSM Tingkatan 1 permohonan akan dibuka mulai tarikh keputusan UPSR diumumkan

Pautan sumber : [Klik]


Untuk Aqil, dia dah kata dapat 5A atau tidak, tak mahu pergi mana-mana Asrama...huhu, tapi ibu dia 50-50, kejap nak anak masuk asrama, kejap kata tidak. Ibu yang konfius ya Aqil...hihi, yang nak belajar dia, apa2 yang terbaiklah nak...

Sama-sama kita doakan semoga anak2 yang ambil UPSR tahun ini mendapat keputusan yang cemerlang, Ameen.

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...