Monday, February 24, 2014

Kelebihan dan Kebaikkan ESP Shaklee

 ESP - Energizing Soy Protein
==================

* Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi.
* Didatangkan dalam canister 850 gram dan berbentuk serbuk.
* ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, horlick, susu atau jus buah-buahan.
* ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi. (iaitu air panas)

Info lengkap ESP telah saya kongsikan dalam entri ESP (Energizing Soy Protein Shaklee).


Kalau saya sendiri memang suka dengan rasa asli ESP tu, tapi bila di campur dengan Horlicks lagi sedapppp!!!


ESP + Horlicks yang sedap dan ,menyelerakan.
Apa sebenarnya kelebihan dan kebaikkan ESP Shaklee ni?




Untuk keterangan lanjut, dan konsultasi percuma, jangan segan-segan;


Hubungi Your Shaklee Independent Distributor
 Yusmawati Paiman (Yus) | SID: 1094266 |SMS/WhatsApp: 013-7308040 |FBpage: Yus Vitamin Store| Email:yus76.maznaz@gmail.com

***Produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.***

~ يوس ~

Wednesday, February 19, 2014

Projek Landskap Laman tepi rumah

14.2.2014 hari tu genaplah 4 tahun kami duduk rumah ni. Alhamdulillah, di beri rezeki dan kenikmatan dariNya untuk dapat membeli dan punya rumah sendiri. Takdelah menyewa saja.

Dan dalam temph 4 tahun itu jugalah, bercita-cita dan berangan-angan nak buat landskap atau paling tidak pun tanam rumput je pada laman tepi kami ni. Kalau tengok rumah jiran-jiran, semua dah ada dinding batu bahagian tepi rumah, jadi bila mereka pasang rumput carpet ke, rumput mutiara ke memang nampak cantik. Kami ni masih lagi dengan pagar hijau pemaju beri. Cantik ke kalau tanam rumput carpet nanti???

Google sana sini, tetiba terjumpa satu blog ni dengan gambar ini.

Kredit to google. Gambar ni dah tersimpan lama dalam lappy ni, tak ingat ambil dari blog mana...huhu.

Berinspirasikan kepada contoh landskap dalam gambar di atas, maka aku pun pasang idea sendiri nak buat yang hampir serupa. Walau tepinya pagar hijau biasa je, cantik juga ada landskap macam tu kan.

Dan bila hasrat yang lama di hati tu di suarakan pada SRD, dan dia pun setuju, maka projek pun berjalan.

Ini tanah selepas di buang serba sedikit batu-batu kecil yang penuh di dalamnya. Pokok pandan kat tepi tu pun terpaksa di korbankan. Sebelum ni pokok pandan aku punyalah gemuk, kini tiada sudah...huhu.
Proses berjalan, dari meratakan tanah sehinggalah memasang rumput dan batu. Bermula 13.2.2014

Proses memasang pagar hijau tepi. Aku minta pagar warna putih, tapi tak cukup stok nak pasang sampai habis semua pagar tepi rumah kami tu. Makanya warna hijau pun hijau lah...huhu.

Dan bila sudah selesai inilah hasilnya.

Cendawan berlampu tu idea orang yang tolong buat semua ni. Pasu dan pokok2 di tepi tu memang dari koleksi simpanan aku selama ni.


Rumput masih belum cantik, al-maklum baru seminggu lebih kurang hari ini. Ini adalah bahagian yang paling aku suka
Sekarang ni tinggal proses menyiram rumput setiap pagi dan petang. Moga rumput2 tu tumbuhnya elok dah tidaklah mati. Tengah musim panas ni, kalau lupa siram, takut kering pula kan.

Hajat hati mulanya nak tanam rumput mutiara, tapi sebab adik tu kata rumput mutiara lagi mahal harganya, dan kalau panas, senang nampak kuning, makanya terus tukar ke rumput carpet.

Bagi mereka atau kawan-kawan area Parit Raja atau sekitar BP yang ada hajat nak buat landskap juga, bolehlah tanya saudara Rizal ni di facebooknya Tamu Tani.

Ok, puashati, akhirnya ada juga landskap simple di rumah sendiri. Sejuk mata memandang pagi2 dan petang.



***Berminat nak beli produk Shaklee??;

Hubungi Your Shaklee Independent Distributor
Yusmawati Paiman (Yus)
SID: 1094266
SMS/WhatsApp: 013-7308040
FBpage: Yus Vitamin Store
Email: yus76.maznaz@gmail.com

Ikhlas,

~ يوس ~

Tuesday, February 11, 2014

Perkembangan Arif di sekolah.

Baru masuk bulan ke dua Arif di tadika Pasti. Arif kira masuk awal ke sekolah berbanding abang2 dan kakaknya. Kenapa aku masukkan dia awal?? 

Sebab dia sangat susah nak ikut apa aku kata. Kita ajar A dia sebut B, kira gitulah perumpamaannya. Tambahan lagi, bila aku dah sibuk dengan Amani, tahap kesabaran kurang nak ajar dia. Kalau yang lain, dah kenal huruf, dah pandai bunyi sukukata, baru masuk sekolah, tapi Arif, satu apa tak kenal lagi. Sebab itu masukkan dia awal ke sekolah.

Dapat ambil gambar saat dia balik sekolah je. Ini masa mula2 dapat pakaian seragam sekolah dia, sampai ke balik elok je pakainya...hehe.

Jadinya, selepas sebulan lebih ni apa yang dia dah belajar ya??

Setakat ini dah kenal huruf A sampai F saja, huruf O dia kenal juga. Kalau menulis boleh tulis huruf A, B, C dan O besar. Yang lain aduhhh suruh tulis depan kita tak nampak apa. Dah pandai menyanyi lagu apa entah. Bila suruh nyanyi depan kita, yang dengarnya cuma " Ya Allah!! KepadaMu", perkataan lain langsung tak dapat tangkap...hihi.

Aku sendiri tak berapa nak faham apa dia sebut sebab dia pelat, hehe. Dah boleh baca doa makan dah sekarang. Kalau dulu bila kita suruh baca doa makan ikut abang dan kakaknya, tak bunyi langsung Dengarnya cuma Bismilah je, itu pun pelat juga. Alhamdulillah.

2 minggu pertama sekolah sangat senang nak kejut dia bangun dari tidur. Sungguh teruja dia nak ke sekolah. Tapi sekarang, aduhai!! Liatnya nak bangun, sampai menangis2 kadang tu. Tapi bila wakut balik, tengok dia ceria saja. Alhamdulillah.

Mula2 dulu bila kita tanya "Siapa kawan Arif di sekolah?" Dia jawab "Ayip!" Hahaa, nama sendiri yang keluar. Kemudian ada perubahan sebut nama lain pula, tapi  sebenarnya takde pun kawan nama tu, yang di sebut tu, nama sepupunya Awisy. 

Sekarang dah ada best friend rasanya. Asyik sebut Iqbal je bila kita tanya siapa kawan dia. Dulu bawa beg Ultraman, tapi sebab kawan dia tu bawa beg Boboiboy, dia pun nak bawa beg tu juga. Semua nak ikut kawan, huhu.

Ceria balik dari sekolah. Sekarang bila waktu balik tu, kopiah entah kemana, stokin pun entah kemana...huhu
Awal2 dulu dia panggil cikgunya dengan panggilan Cikgu Mama. Sampai cikgunya terkejut, peramah kata cikgunya. Banyak celoteh walau susah nak faham, hehe. Sekarang dah panggil Cikgu Ayu pula, kadang2 tu dengan ibu pun dia panggil Cikgu.

Semoga perkembangan Arif akan terus baik di sekolah. Luv U Arif!!


***Berminat nak beli produk Shaklee??;


Hubungi Your Shaklee Independent Distributor
Yusmawati Paiman (Yus)
SID: 1094266
SMS/WhatsApp: 013-7308040
FBpage: Yus Vitamin Store
Email: yus76.maznaz@gmail.com

Ikhlas,
~ يوس ~

Sunday, February 09, 2014

ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee

ESP merupakan antara produk Shaklee terlaris yang mendapat permintaan ramai. Siapa yang dah cuba ESP pasti suka dengan rasanya dan sesiapa yang belum pernah cuba inilah masanya untuk mencuba kerana banyak kelebihan dan kebaikan yang boleh anda perolehi daripadanya. Saya sendiri sudah jatuh cinta dengan ESP Shaklee ni.

Apa itu ESP?


ESP @ Soy Protein Isolate Powder merupakan Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Tahukah anda?
Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

Faedah ESP Shaklee yang utama:

  • Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  • Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
  • Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.
  • Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  • Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  • Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
  • Membantu Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu – Komposisi utama dalam susu ibu ialah protien dan pengambilan protien menggalakkan lagi penghasilan susu ibu. Protien diperlukan utk membina sel, kulit, rambut dan pertumbuhan yg sihat.
*Pengalaman saya sendiri, ESP memang membantu memberi lebih tenaga sepanjang hari dalam melaksanakan tugas-tugas seharian di rumah di samping menguruskan 5 anak-anak super duper aktif saya itu. Kalau tidak, belum sampai ke petang saya dah kurang tenaga. Masuk maghrib je rasa nak tidur sudah....hehe. Tapi semenjak ambil ESP memang berbeza!
 

Berapa harga ESP Shaklee ni?

Harga runcit bagi ESP ialah RM150 dengan berat bagi 1 bekas ESP 850g, cukup untuk bekalan lebih dari 2 bulan. Sangat2 berbaloi tau! Untuk pembaca blog saya, HARGA ISTIMEWA menanti anda.

Untuk keterangan lanjut, dan konsultasi percuma, jangan segan-segan;

Hubungi Your Shaklee Independent Distributor
 Yusmawati Paiman (Yus) | SID: 1094266 |SMS/WhatsApp: 013-7308040 |FBpage: Yus Vitamin Store| Email:yus76.maznaz@gmail.com

ATAU
JIKA MAHU BUAT PEMBELIAN ONLINE SENDIRI BOLEH KLIK LINK DI BAWAH YA

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=3d8e28caf901313a554cebc7d32e67e5

 

***Produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.***
~ يوس ~

7 tanda-tanda anak anda SAYANG pada anda

1. Bayi anda yang baru lahir merenung tajam ke dalam mata anda
Sebenarnya dia sedang bekerja keras untuk menghafal muka anda. Dia tidak memahami apa-apa lagi tentang dunia , tetapi dia tahu anda adalah penting!.

2. Bayi anda fikirkan tentang anda walaupun anda tiada di sisinya.
Antara 8 dan 12 bulan, dia akan mula mengerutkan mukanya dan melihat sekeliling apabila anda meninggalkan bilik, dan dia akan tersenyum apabila melihat anda kembali.

3. Anak kecil anda melemparkan tantrums jahat
Apabila mereka menjerit kuat dan tak terkawal, itu bukan bermakna dia berhenti mencintai anda . Dia tidak tidak akan menunjukkan dia begitu terluka dan marah jika dia tidak mempercayai anda begitu mendalam . Ini berlaku kerana anak anda terlalu mempercayai anda!

4. Anak kecil anda berjalan kepada anda untuk keselesaan apabila dia terjatuh ke bawah atau sedang bersedih.
Kanak-kanak zaman ini mungkin tidak benar-benar memahami maksud " I love you, " tetapi tindakan mereka menunjukkan maksud lebih baik daripada perkataan.

5. Anak prasekolah anda memberi anda bunga yang dipetiknya dari taman
Atau apa jua hadiah lain yang di fikirnya sesuai untuk anda. Dia sayang anda!

6. Anak prasekolah anda mahu perhatian dan kelulusan anda
Dia akan mula menjadi lebih berkerjasama di rumah dan dia akan mencari peluang untuk menarik perhatian. " Lihat saya ibu ! ", tindakannya akan menjadi petunjuk kepada anda .

7. Anak anda yang sudah bersekolah mula berkongsi rahsia mereka dengan anda
Ini mungkin boleh menjadi saat pertama mereka menyukai seseorang atau saat yang paling memalukan beliau. Anda orang kepercayaan beliau , walaupun dia malu untuk menyatakan,dengan memeluk anda pun sudah cukup memadai.

Sumber: |rujuk sini|

* Maklumat ni sebenarnya aku dapat dari babycenter.com yang aku alih bahasa mengikut kefahaman aku sendiri. Ada salah translate, inform aku ya. Suka baca yang no 1 dan 2, ketara nampak pada Amani bayi comel ibu yang manis.

Gambar dari instagram. Amani yang 5 hari lagi akan masuk 8 bulan.
~ يوس ~

Thursday, February 06, 2014

I am now your Shaklee Independent Distributor

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam kembali blogku.

Ok hari ni nak memaklumkan bahawa aku kini adalah salah seorang 
Shaklee Independent Distributor.

Amboi! Sekali sekala muncul dan update blog, tetiba terus buat pengumuman dah jadi ahli Shaklee. Maaf!! Ampun!! Hehe....Rasanya ramai juga yang dah tahu pasal Shaklee ni. Google je jumpa.

Ok. Macam mana boleh terjebak ni kan? 
Secara ringkasnya sebab suka dengan set menyusunya terutama ESP dan yang paling utama jatuh cinta dengan vitamin Carotomax dari Shaklee.

Carotomax ni bagus untuk kesihatan mata. Semua yang pernah baca blog aku mesti tahu aku pernah buat pembedahan mata kerana masalah retinal detachement. Ada perbezaan ketara selepas aku ambil produk Carotomax ni. Itu yang membuatkan aku lebih jatuh cinta dengan Shaklee. Nanti akan cerita lebih lanjut.

Kemudiannya dapat tahu pula di samping membeli, boleh juga jana pendapatan dengan Shaklee. Kenapa tak nak cuba kan? Dan aku pasti semangat nak bisnes ni juga akan membuatkan aku lebih rajin update blog. Takdelah suam-suam kuku macam sekarang, hehe. ( Tapi bukan semata pasal Shaklee ya!)

"Ramai dah yang buat bisnes Shaklee ni yus!! Tak payahlah buat!"

Kalau ada yang kata macam tu, aku akan cuba lebih positif. Setiap orang Allah dah tetapkan rezeki mereka masing-masing. Tinggal dengan usaha lebih atau tidak. Aku percaya pada rezeki Allah. Kalau ada rezeki aku dengan Shaklee InsyaAllah akan adalah tu, kalau tidak itu mungkin sebab aku sendiri yang cepat mengalah dan tak konsisten untuk melakukannya. Lagipun Shaklee dah memberi manfaat untuk aku, dan aku berharap ianya juga akan memberikan manfaat kepada kesihatan orang lain. Yang lain tu adalah dariNya jua. Doakan ya kawan-kawan semoga aku lebih positif dan terus konsisten.

Dengan itu kepada kawan-kawan dan pembaca blog yang berminat dengan produk Shaklee,



Hubungi Yusmawati Paiman | SID: 1094266 |sms/whatsApp 013-7308040 | email:yus76.maznaz@gmail.com

Ikhlas,
~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...