Monday, September 30, 2013

Home » » Perkembangan Amani Zuhrah

Perkembangan Amani Zuhrah

Hari ini Amani dah berusia 3 bulan 16 hari. Cepat je dah berlalu 3 bulan. Aku tahu, sekarang ni dah malas nak update apa perkembangan anak di blog selalu macam dulu. Jadinya ni kira update ringkas je perkembangan terbaru dia.

Dah pandai senyum, dah mula kenal orang. Pantang nampak ibu dia, mula mata mengekor aje. Terbaru dah pandai meniarap, letak je terus terlangkup kadang tu. Tapi terlentang balik tak pandai. Namun begitu, leher dia kuat, mata tetap melilau sana sini, kepala pun ikut pusing sama...hehe.

Letak gambar je lah. Gambar ulangtayang dari ig kebanyakkannya...:)

Dah suka nak senyum saja

Amani berkhatan 26 September yang lalu. Tak nangis pun, bunyi ekk sikit aje.

Amani bersama kakak Alia

Amani dalam botol...hihi.

Ni masa mula2 pandai meniarap.

Gambar ni nak tunjuk muka Amani yang penuh dengan habuk roti. Kiri kanan nampak roti bersepah, penangan abang Arif nak suap Amani makan roti masa ibu tinggal sekejap mereka berdua ke dapur. Nasiblah adik dia tak mahu buka mulut....huhu.
Ini pula sebenarnya ialah Arif dan Amani. Iras sangat mereka kan. Dua2 masa ni di usia 3 bulan.Sekali pandang macam orang yang sama. Adik beradik lah katakan. Sebelah kiri gambar Arif, sebelah kanan Amani. Senang kata, berbaju biru Arif, berbaju putih pink Amani...hehe. Betul-betul adik abang kan.


Ini pula video Amani mula2 pandai meniarap. Untuk simpanan ibu di masa depan. Sayang Amani....:)

Lain-lain, masa check-up 3 bulan hari tu, berat dia baru 4.6kg, kecil berbanding Arif dulu 5.2kg di usia 3 bulan. Menyusu kuat, tapi comel je badan, huhu. Ibu punya susu kurang zat ke Amani? Dan sebab itu juga, ibu sekarang mula ambil Shaklee. Nampak ada perubahan susu pun makin meriah. Semoga Amani boleh bam bam sikit dari sekarang...

Dan satu lagi yang terbaru, walau Amani baru 3 bulan, dia dah jadi makcik! Aku dah dapat cucu, anak buah dapat baby girl Jumaat lepas, makanya Amani dah jadi makcik di usia muda...hihi.Tahniah buat Sarah, anak kaklong Pizah. Kami tumpang gembira. Bilalah nak tengok cucu kita ni ekk?

Sekian....
~ يوس ~

16 comments:

  1. Kuat ek leher Amani..Aisyah nak suh tiarap punyalah malasnya, dah mengiring pastu nak marah2 ngan nangis sebab tak leh niarap betul, hehe..Amani ringan cam senang je nak niarap kan..

    ReplyDelete
  2. amani dah boleh meniarap ye... comel sangat2!!! lebih kurang juga masanya dgn zayyan dulu. terubat juga rindu ngan kak yus n anak2 sbb still dpt tgk IG akak.

    ReplyDelete
  3. comelnyer dier pipi tembam n gebu shangat ni...

    ReplyDelete
  4. Dah kakak kata ni adik Arif betul. Jangan-jangan lincahnya pun sama - mesti best ni. Kalau macam tu gaya mesti ramai yg rindu kalau Yus tak update blog. Kakak rindu tengok Arif tau... kadang sesaja masuk sini cuma tengok dia aje. Yg video lagi best sebab macam live ajekan..

    ReplyDelete
  5. hehehe suka KA tgj makin comel dier

    ReplyDelete
  6. Salam Perkenalan..

    Syoknye ada baby gurl.. ( Sambil berangan bila la nak dapat bby gurl pulak hehehe )

    Ske tgk yg gambo dalam botol tu.. Ala2 lagu Geniie in a bottle ekekeke

    ReplyDelete
  7. budak pompuan kalau kuat makan pun tak seberat budak lelaki..anak saya pun sama camtu kak..

    ReplyDelete
  8. wah..dah bercucu...suka tengok gambar berhabuk roti tu..aahaha

    ReplyDelete
  9. fuyohh dalam botol ada amani tuu., dh mcm tajuk filem melayu.,ehHHHEe

    ReplyDelete
  10. Nama kita sama! hehe..

    Comelnya amani ni! cepat dia pandai meniarap!

    Yus datang follow 'yus' ni! ekekeke...

    ReplyDelete
  11. alahai comel sungguh amani ni..buat acik tingin nak baby lagi...heheh

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,

    kecik2 dah jadi makcik amani ye..

    kak ati memang suka tgk dia ...comel sgt
    macam korea gitu :)

    ReplyDelete
  13. comeynya dia.. nama comey secomey tuannya :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...