Tuesday, January 15, 2013

Home » , » Wajah terbaru mereka : Aqil dan Alia

Wajah terbaru mereka : Aqil dan Alia

Yang seorang memang sudah sedia maklum dia seorang yang rabun. Dari umurnya 5 tahun di UK doktor di sana memaklumkan dia perlu berkaca mata. Teringat di sana kalau kanak-kanak, makanya kos untuk membuat cermin mata adalah percuma. Tapi di sini, satu cermin mata sudah beratus-ratus harganya walaupun untuk kanak-kanak...huhu.

Namun sejak berada di tahun 3 akhir, dia selalu tak mahu bercermin mata ke sekolah. Katanya ada seorang guru ni selalu panggil dia budak spec, dia malu. Bila di suruh pakai, dia jawab, "Aqil nampak ibu! Takpe!"

Ketika itu power matanya hanya 50 tapi dia mempunyai masalah silau yang agak tinggi. Kemudian bila adiknya Arif patahkan cermin matanya, terus dia kata tak mahu dah buat baru. (Kes malu dengan siapa entah)

Sejak tahun lepas, si adik pula Alia yang selalu mengadu tak nampak di kelas. Dia selalu kata, bila cikgu tulis di depan, dia tak boleh nak salin, dan terpaksalah dia salin dari kawannya di sebelah. Aku dah agak, ni mesti kes rabun juga. Tapi cuma menyangka rabunnya masih di tahap biasa, tak sampai 100 pun powernya aku kira.

Awal tahun ini baru berkesempatan buat pemeriksaan mata untuk kedua-dua mereka semula. Terkejut bila pegawai Optometrist tu kata, Alia rabun matanya dah capai tahap 250 untuk kedua-dua mata. Aduh!!! Patutlah kalau tengok tv pun mata di kecikkan macam apa je. Nilah akibat suka sangat baca buku sebelum nak tidur kot. Kadang tu kita dah tutup lampu pun dia masih membaca dengan bantuan cahaya lampu dari luar saja...huhu. Kalau baca buku pelajaran tu takpe juga, ini balik-balik komik, majalah, buku cerita. Tapi alhamdulillah Alia takde masalah silau cuma rabun yang teruk sikit.

Kemudian periksa mata Aqil pula, kan dah kata, rabun matanya dah bertambah, terus jadi 100 belah kanan, dan silau matanya juga meningkat. Ni memang sebab suka sangat main komputer ni. Makanya kedua-dua kini berkaca mata. Wajah baru anak-anak ibu di awal tahun ini. Harap dapat menjaga cermin mata itu dengan baik, sebab bukan murah harga satu-satu tu ya. Kalau kat UK yalah, boleh dapat free untuk kanak-kanak...huhu.

Yang seorang baru balik sekolah kebangsaan, yang seorang lagi baru nak pergi sekolah agama. Gambar terbaru sebentar tadi,
Aqil di sarankan memakai cermin mata yang berubah jadi gelap bila terkena lebih cahaya matahari. Takut juga cikgunya marah, kata nak melawa pula, tapi optometrist tu kata perlu sebab silau matanya agak tinggi. Maka dapatlah surat pengesahan untuk mereka yang berkenaan kalau ada yang bertanya.

Baru tahu kanta yang boleh berubah menjadi redup/gelap bila terkena cahaya matahari ni di panggil photogrey
Ibu dan abah dah memang rabun, anak-anak pun ikut rabun. Sekolah rendah dah perlu bercermin mata, kesian pula anak-anak ibu. Tapi Alia tu sukahati berkaca mata, dia kata, "Kawan-kawan Alia cakap Alia comel ibu pakai cermin mata!"

Perasanlah tu! Aqil masih macam dulu, kurang minat nak bercermin mata, tapi kali ini memang kena bertegas dengan dia, takut rabun power matanya bertambah lagi.

Apa-apa pun dua-dua anak ibu memang nampak berbeza sikit berkaca mata, lebih nampak matang kot...hehe.



~ يوس ~

30 comments:

  1. Yelah, Alia nampak smart pula bila specky ni. Aqil pun nmpk matured pulak.
    Cik Ana pun nak tukar spec lah gini. Dah bertahun tak tukar..huhu

    ReplyDelete
  2. Oh gitu kisahnya..biarlah bercermin mata dari bertambah powernya..ada jugak cermin mata boleh tukar ke gelap kan, best tu tapi mesti mahal kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huda cermin mata diorang harga sama, Alia punya guna kanta kodak, lebih baik sebab power mata dia tinggi, Aqil boleh bertukar gelap sbb silau dia tinggi, end up harga sama je...huhu.

      Delete
  3. Ramai anak2 sekarang mula rabun di awal usia. Mungkin faktor banyak membaca atau terlalu lama mengadap komputer...

    ReplyDelete
  4. kesian..kecik2 da rabun.. kesihatan mata kena jaga..jgn bagi diorang tengok tv atau membaca dalam gelap.. tapi comel jugak bercermin mata sebenarnya.. hehe..

    ReplyDelete
  5. pembetulan kak...kalau mata silau pada cahaya dipanggil Photophobia...manakala Photogrey merujuk kepada cermin yang bertukar warna tuh...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo, ok, my mistake...hehe. TQ betulkan ya...:)

      Delete
  6. dua2 nampak matang la kak bila berkaca mata ni....

    ReplyDelete
  7. Comelnya Alia bila pakai cermin mata..Aqil pula nampak macam ustaz...:)

    p/s anak akak, Ainaa pun dah pakai cermin mata sebab silau...

    ReplyDelete
  8. Kalau dah terpaksa memang tak boleh elak Yus. Anak kakak adik pun sepatutnya bercermin mata tapi test tak tinggi lagi baru 75 so kakak pun biarkan aje. Tapi anak no. kakak dah 450/500 memang mandi aje dia buka spec. Yg sulung dah pandai bergaya tak mahu berspek so selalu guna contact lens. Tapi ada juga spec bila tak sempat dia guna spec.

    Buat Aqil dan Alia hati-hatilah ye memang tak boleh baca kalau cahaya tak terang.

    ReplyDelete
  9. risau coz anak org suka main game dalam gelap..leh sebabkan rabun gak kan?

    ReplyDelete
  10. Salam yus..

    Mmg makin comel keduanya.. bila dah mcm tu mmg terpaksa juga bercermin mata.. klu tak jadi masalah pula bila di sekolah nanti kan..

    ReplyDelete
  11. oo..kat sana free ye??baru tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. percuma dengan syarat masa ke kedai cermin mata nak buat tu, mesti ada prescription dari doktor, kiranya ada surat dari doktor anak kita perlu berkaca mata dan berapa power yang di perlukan untuk kanta mereka. Kedai tinggal buatkan je lah.

      Delete
  12. salam kak yus..
    huhuh..kuat jugak power diorg tu ye..
    oo..bru cma tau kat UK spek utk kanak2 free..

    hihi..mmg berbeza..nmpk muka berubah :)

    ReplyDelete
  13. hmmm dulu saya pelik tgk budak2 pakai spek, skrg ni baru tahu sebabnya, aqul and alia nmpk smart and comel ;)

    ReplyDelete
  14. kena minta dia jaga cermin mata tu.. takut tertingggal kat mana mana..

    ReplyDelete
  15. Aqil nampak smart dengan cermin mata dan alia mmg nampak comel.. Aunty nak buat cermin mata macam aqil jugaklah, ada penyakit silau jugakni.. huhu..

    ReplyDelete
  16. farisyah start pakai cermin mata tahun lepas lagi kak tapi pakai time belajar je...

    ReplyDelete
  17. sala yus..lama tak singgah sini...comel jer dua2 pakai spek tu...nmpk mcm org pandai2 tau.

    ReplyDelete
  18. dua2 genius ni dah pakai spek.. comelnya..

    ReplyDelete
  19. Nampak macam sama pulak. Anak dara saya nama ALIA juga. Pun suka baca komik, buku citer dalam gelap juga. TV komputer apa lagi. So bila dia ngadu tak nampak cikgu tulis kat depan, kami bawak check. Nahhhh 400 power mata dia. Apa lagi, spek saja la. Tapi kami beli time sale dalam Wangsa Walk, dapat RM120 saja, siap setengah jam.

    ReplyDelete
  20. saya dah tua2 ni baru berkaca mata.ni gara2 keje ngadap komputer.huhu
    kalau boleh taknak anak2 berkaca mata tp risau juga sbb diorang pun suka tgk tv
    tp anak dara cakap 'kalau kakak kawen nak suami pakai spek mcm ayah'perghhh tak tahan tu
    katanya 'pakai spek nampak cerdik'

    ReplyDelete
  21. xpelah pakai cermin mata demi utk kesihatan mata..lagipun nmpk comel and smart gitu..

    dee rasa fifi pun start kena check mata..confirm mesti cataract sama mcm dee..Mimi yg sulung tu ok mata dia..ikut ayah dia..

    ReplyDelete
  22. Alia mmg nampak comel... Aqil pun nampak matang dan smart je......

    ReplyDelete
  23. hehehe comeii nampak genius bila pakai spek.. ^_~

    ReplyDelete
  24. dulu kalau budak pakai cermin mata mseti budak bijak2kan... lagi tebal lagi bijak.. anak sedara akakpun dua orang pakai cermin mata...

    ReplyDelete
  25. Wah comel je dua beradik nie bercermin mata,klu anak Nurul pun suka main cermin mata Nurul tu,klu ayahnya memang x kasi main sbb takut rosak mata diorg.

    ReplyDelete
  26. Alala sian, kecik2 pakai cermin mata...saya pun risau juga anak saya sulung tu sbb selalu mengadu silau....tambah2 lagi saya dan hubby dua2 pun rabun...

    ReplyDelete
  27. ok apa, untuk kebaikan mereka juga kan !

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...